BAB 7

Short Story Completed 43158

Siapa sangka kebetulan yang ada depan mata Marwah sekarang.Macamana dia lupa nak tanya yang Elina sekolah mana?.Tak pasal-pasal hari pertama dia bekerja dia menyambut kedatangan Elina.

Dari jauh dia sudah tersenyum disebalik topeng muka bercorak kartun itu.Safa membetulkan rambut Elina dan memakaikannya dengan beg galas.

Marwah menarik nafas sedalam-dalamnya.Dia rasa berdebar melihat dua beranak itu menuju ke arahnya dengan senyuman penuh dipagi hari.

Safa yang mengenakan kemeja putih dan seluar slack hitam mungkin mahu ke pejabat terus lepas hantar Elina.

"Bagi salam dekat cikgu Elina"ucap Safa pada Elina.

"Asalamualaikum...ibu"ucap Elina sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Eh Elina dekat sekolah panggil Cikgu jangan panggil ibu"pesan Safa pada Elina.

Marwah menyambut huluran salam Elina.

"Walaikumusalam.... Elina dah salam Ayah?"soal Marwah pula.

Elina mengangguk kepalanya.

"Elina masuk dalam tengok TV dulu.Bye Ayah"ucap Marwah.

Setelah Elina melambai tangan dia terus masuk ke dalam sekolah.

Safa masih memerhati Elina.

"Ehh..nanti kalau saya tak boleh datang ambil dia.Saya inform dalam group Whatsapp.Itu nombor awak kan"ucap Safa melihat telefonnya.

Sebab baru kali ini dia mendapatkan nombor baru Marwah sejak dia pulang ke Malaysia.

"Ya nanti Encik maklumkan dalam group saja"balas Marwah.

Safa tersenyum.

"Ehh...tolong tengokkan buah hati saya tu"ucap Safa mahu gerak ke kereta.

Marwah hanya membalas dengan senyuman.

Safa memalingkan badannya semula ke arah Marwah.

"Ya Encik ada apa-apa tertinggal ke?"soal Marwah.

"Hati saya tertinggal dekat sini"ucap Safa dengan selamba sebelum meninggalkan kawasan sekolah.

Bahu Marwah disentuh oleh Kak Nora pembantu guru disitu.Dia memegang dadanya.

"Amboi baru hari pertama masuk kerja dah ada yang cuba nak masuk jarum.Bertuah Marwah.Lagipun Encik Safa tu duda hot dekat tadika kita ni"ucap Kak Nora.

Marwah memandang wajah Kak Nora sambil mengerutkan dahi.

"Ialah tu Kak Nora ni.Dahlah saya nak masuk tu budak-budak dah tunggu lama"ucap Marwah dengan muka merah.

"Eleh nak ngelat dengan Kak Nora lah tu"ucap Kak Nora yang melihat wajah Marwah merah menahan malu.

*******

Raid mengetuk pintu pejabat Safa.Rasanya dah kali ketiga dia mengetuk tinggal nak tercabut pintu aje.

Dia melihat Safa dari tadi asyik tersenyum.Nak kata projek besar masuk pun dia tak tahu.

Raid mengetuk meja Safa.Dia mendongak memandang Raid.Lalu keningnya diangkat pada Raid.

"Kau okay tak ni?"soal Raid.

Safa menegakkan badannya menghadap Raid.

"Aku okay.Kau nampak aku serabut ke?"soal Safa.

"Tak ada cuma lain macam harini.Bulu roma saya pun tegak aje ni.Ada apa-apa nak kongsi ke?. atau Elina nak dapat Mak baru"ucap Raid.

Safa tergelak kecil.

"Aku happy salah nanti aku datang pejabat muka monyok kau kata rezeki tak masuk"ucap Safa.

Raid menarik kerusi dihadapannya dan duduk menyilangkan kakinya.

"Ialah aku dah lama tak nampak kau senyum penuh sampai telinga.Selalu serius memanjang, lagi satu kerap kau balik rumah keluarga kau sekarang"ucap Raid.

"Entahlah aku rasa macam lain.Sejak akhir-akhir ni aku rasa semacam.Perasaan yang aku tak boleh nak cakap dekat kau macamana"ucap Safa dengan teruja.

"Jap..jap selalu orang yang suka cakap merapu ni satu je namanya dia dah nak mati"

Safa memandang Raid sambil membaling pen ditangannya.

"Agaklah cakap macam tu.Kau tak faham Raid sebab kau belum pernah bercinta macam aku"ujar Safa dengan gaya berlagak.

*******

Semua murid sudah balik dijemput oleh keluarga masing-masing.Elina bermain dengan permainan lego.

"Eh Mummy...."suara seorang budak lelaki meluru ke arah seorang wanita.

"Ya sayang tu...kawan Adrian ke?.Mana ibu dia tak ambil lagi?"ucap wanita itu.

"Dia tak ada ibu Mummy"ucap budak lelaki itu.

Wanita itu menuju ke arah Elina.

"Siapa ambil awak?.Betul ke Adrian cakap Elina tak ada ibu"soal wanita itu.

"Betul Mummy ibu dia dah mati"ucap budak lelaki itu lagi.Bunyinya agak kasar didengar oleh Marwah yang kebetulan mahu keluar.

"Kesian awak..."

"Elina!!!" panggil Marwah dari belakang.Elina terus meluru ke arahnya dan memegang tangan.

"Eh ni mesti Cikgu Marwah kan?.Guru baru Adrian.Saya Sally Mummy Adrian."ucapnya dengan nada lembut.

Marwah hanya tersenyum sinis.Dia memandang budak lelaki bernama Adrian disamping wanita dihadapannya.

"Adrian minta maaf dekat Elina"ucap Marwah.

Adrian menyorok dibelakang wanita itu.Puan Sally memandang Marwah.

"Kenapa pulak anak saya kena minta maaf pada Elina?" ucapnya dengan nada serius.

"Macam ni Puan Sally.Anak ni cerminan diri kita.Macamana diri kita macam tu juga anak kita.Jadi saya nampak tadi Adrian cakap perkara yang mengores perasaan Elina"ucap Marwah mempertahankan diri.

"Mana ada Cikgu.Anak saya bergurau saja.Gurau budak-budak kecil macam tulah"ucap Puan Sally masih nak tutup kesalahan.

Marwah tersenyum manis.

"Saya rasa tak salah tak ada Ibu tapi akhlaknya baik dari ada Ibu tapi akhlaknya tak baik kan?"soal Marwah sambil menekan ayat.

Wajah Puan Sally berubah.Dia terus menarik tangan anaknya dan berlalu keluar dari kawasan sekolah dengan muka marah.

Marwah menunduk dia memandang Elina yang muram.

"Kenapa ni Elina?"soal Marwah sambil mengusap rambutnya.

"Elina nak balik....mana Ayah?"soal Elina yang berpeluh-peluh.

"Kita masuk dalam dulu. "Ibu" telefon Ayah kalau Ayah tak angkat kita balik sama-sama"ucap Marwah menarik tangan Elina.

*********

Safa melihat mesej dan panggilan dari Marwah masuk.Dia baru teringat pasal Elina.Dia ada mesyuarat tadi lupa nak mesej Umi untuk ambil Elina.

~Saya bawa balik Elina.Kesian dia tunggu awak sampai tertidur~

Mesti Elina merajuk dengannya nanti.Dia mengambil plan holder diatas meja dan bergegas keluar dari pejabat.

Raid yang terserempak dengan Safa pun tidak sempat mahu menegur.

******

Nombor telefon Marwah didail.Dalam beberapa saat panggilan dijawab.

"Asalamualaikum....awak sorry..sangat saya lupa tadi nak inform dengan Umi suruh ambil Elina"ucapnya memberhentikan kereta pada lampu isyarat.

"Walaikumusalam....takpe saya bawa dia balik sebab tadi pun dia dah tertidur sementara saya telefon awak"ucap Marwah.

Safa meraup wajahnya.

"Mesti dia merajuk dengan saya ni.Saya mungkir janji dengan dia"ucap Safa memikirkan tentang Elina.

"Takpelah awak pujuk dia.Kalau awak rasa tak boleh janji dengan dia.Jangan janji.Budak-budak ni dia ingat janji yang dibuat berbanding dengan janji yang orang dewasa buat.Selalu yang lupa janji ni orang dewasa"perli Marwah dalam talian.

Safa terkena juga dengan Marwah.

"Aik..lain macam bunyinya"

"Saja bertazkirah dipetang hari mungkin bermanfaat.Sebab kita ingat mengingati.Dahlah saya tutup dulu"ucap Marwah.

"Wait.... Terima kasih sebab bawa Elina balik saya janji takkan ulang lagi"ucapnya.

Terus panggilan dimatikan.

Marwah menggelengkan kepalanya.

*******

Safa sampai dirumah juga lepas menempuh sesak jalan raya.Puan Hajar disalamnya.

"Elina mana?"soal Safa.

"Ada dalam bilik.Balik sekolah murung aje.Umi ajak makan sikit je dia makan"ucap Puan Hajar.

"Takpelah Umi Safa naik atas jumpa dia dulu"ucap Safa berlari ke arah bilik anaknya di atas.

Pintu diketuk tapi tiada bunyi.Lalu tombol pintu dipulas dan ditolak.

Hanya ada lampu meja belajar terbuka.Dia nampak Elina baring sambil memeluk anak patung.

Dia mendekati Elina.

"Sayang.... Ayah minta maaf sangat Ayah lupa nak ambil Elina"ucap Safa.

Elina membuka matanya.

"Ayah tak sayang Elina"ucapnya.

"Ishh... Ayah sayang Elina"Safa memeluk tubuh kecil itu.

"Ayah gaduh dengan "Ibu" ye? Kenapa Ayah tak pujuk "Ibu" ?".

"Ahhh....kenapa pulak Elina cakap macam tu?"

"Ialah... kawan-kawan lain semua ibu ayah dia hantar pergi sekolah tapi Elina ayah saja hantar.Pastu "ibu" tak duduk rumah kita macam kawan-kawan lain"ucap panjang anak kecilnya.

Ahhh.....sudah mati akal Safa dengan soalan Elina.Soalan itu lebih susah dari sijil pelajaran Malaysia (SPM).Dia menyandarkan tubuhnya berpura-pura tertidur.

Elina terus menggeletek badan Safa...Mereka tergelak sesama sendiri.

Ketawa dua beranak itu didengar oleh Marwah yang sedang duduk ditepi kolam renang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience