BAB 10

Short Story Completed 43153

Bahunya dicuit orang.Marwah berpaling dan wajah manis itu tersenyum tipis.

"Kau balik awal ke harini?"soal Rania lembut.

"Aku kena buat sediakan teks untuk pengetua.Minggu depan hari persaraan pengetua kita"balas Marwah sambil menyambung langkah.

Kening Rania terangkat.Dia saingi langkah Marwah.Rajin betul Marwah ni patut diangkat sebagai tokoh murid.

"Aku temankan kau boleh?"

Tapi Marwah diam.Sekadar memeluk buku rapat ke dada.Dia mahu ke surau sekejap untu menunaikan solat zohor.

"Kau tak sudi? atau Kau dah janji dengan Nayla?" wajah ceria Rania berubah keruh.

Langkah Marwah mati.Dia berpaling tepat ke arah Rania yang berdiri agak dekat dengannya.

Dia akui akhir-akhir ni Rania lebih banyak membantunya daripada Nayla dan Safa.Mungkin sebab dia perasan aku selalu berseorangan.

"Rania..."
"Ya" sahut Rania laju.Nampak serius wajah kawannya itu.Mungkin kepenatan harini.

"Aku rasa apa yang kau cakap tu betullah.Safa dan Nayla jarang jumpa aku akhir-akhir ni"

"See? Aku dah cakap dengan kau.Nayla dan Safa bukan sekadar kawan biasa.Aku tahulah daripada pandangan diaorang tu"

"Tapi aku diaorang kawan aku Rania..."

"Macam nilah hanya kau yang tahu cara nak bersemuka dengan diaorang.Lelaki dengan perempuan tak boleh sekadar mesti akan lebih dari tu.Aku tak nak kau sakit hati nanti"Rania kerutkan muka memandang sekeliling kiri dan kanan.

Rania merenung wajah Marwah yang bertukar mendung.

"Kau suka Safa ya?"

Tanpa berlengah.Marwah angguk.

Keluhan keluar dari mulutku.

"Kau kena bagitahu perasaan kau pada dia?"ujar Rania.

Marwah memandang Rania.Betul cakap kawannya itu.Sebelum hubungan mereka lebih jauh baik dia yang mulakan dulu.

**********

Nayla mengejar langkah kaki Marwah.Dia menarik tangan kawan baiknya itu.Tapi tangannya ditepis kasar menyebabkan Nayla jatuh ke lantai.

"Marwah....kenapa kau buat aku macam ni?"soal Nayla menahan sakit pada tangannya.

Marwah berpaling.

"Patutnya aku layan kau lagi teruk dari ni sebab kau....kau yang layan aku teruk.Apa hubungan kau dengan Safa???"jerit Marwah.

Nayla bungkam tidak bersuara langsung.Dia tidak pernah nampak Marwah begitu marah.

"Kenapa kau diam?.Sebab kau dah khianat aku Nayla.Aku pernah cakap dengan kau yang aku ada perasaan pada Safa.Tapi apa kau buat?"soal Marwah sambil menekan bahu Nayla.

"Marwah aku minta maaf sangat...aku tak sengaja nak buat kau macam ni"ucap Nayla.

Marwah menggenggam tangannya.

"Aku tak nak tengok muka kau dengan Safa.Kau nak sangat dia?.Kau ambil tapi kau akan hilang kawan baik kau sendiri.Dan aku kau ingat benda ni sampai kau mati kau tak takkan jumpa aku"ucap Marwah terus berlalu pergi meninggalkan Nayla.

Air matanya mengalir laju, Marwah menolak selimut jauh dari tubuh.Perlahan-lahan dia bangkit mencari inhaler.Dia terpandang arah meja soleknya.Dia berjalan dengan perlahan.

Dia mencapai inhaler lalu dibuka dan disedut dalam dua kali.Dia terduduk di lantai.Dia perlu bertenang apabila tidurnya diganggu dengan memori lama yang menyakitkan.

"Kenapa mesti hati aku yang sakit sekarang?"soalnya lebih kepada diri sendiri.

Hati dia....begitu sakit kerana disakiti lelaki itu.Lelaki pertama yang berjaya mengetuk pintu hatinya.

*******

Risau sungguh nak lepaskan Marwah pergi kerja.Bukan apa semalam dia nampak anaknya terlena di sofa ruang tamu.Baru sahaja dia mahu menyelimut, Marwah bernafas dengan sangat laju.Dengan renek peluh jatuh.

Pagi ni pun Marwah seperti tak cukup tidur mungkin semalam dia terjaga dari tidur.Dia memerhati Marwah yang mengambil beberapa pil ubat.

"Ibu tak tahu nak kata apa tapi hati ibu rasa tak sedap nak bagi Marwah pergi kerja.Apa kata rehat dekat rumah aje?"

"Ibu.... Marwah okay.Lagipun Marwah dah makan.Kalau Marwah penat, Marwah rehatlah"

"Eh bukan apa Ibu risau aje"

"Tak seronok Marwah nak buat kerja kalau ibu tak reda anak ibu pergi kerja.Insyallah semua akan baik-baik saja.Ibu doakan okay"ujar Marwah sambil memeluk tubuh Puan Nor.

Puan Nor tahu Marwah menyimpan banyak rahsia dalam dirinya.Dia takut mahu meluahkan.Kerana takut kecewa yang akan menyambutnya nanti.

"Marwah..."bahu Marwah diraih.Dipeluk tubuh itu erat.Diusap rambut anaknya.

"Ibu sentiasa doakan kebahagiaan anak ibu.Ibu cuma nak pesan reda dengan pilihan dan takdir Allah untuk kita.Jangan pernah mengeluh untuk terus berdoa.Ibu sentiasa ada untuk Marwah"Pelukan terlerai.

"Senyum ya?" Nanti tak cantik Cikgu Marwah kita"usik ibu.

Marwah mengesat air mata yang mengalir.

"Marwah pergi sekolah dulu.Nanti cucu angkat Ibu tu mencari-cari pulak"ucap Marwah mengata Elina.

Puan Nor mencebikkan bibir.

"Cucu angkat Ibu ke atau menantu angkat Ibu?"soal Puan Nor.

"Ibu ni kalau Ilyas dengar kecil hati dia.Tak baik tau"ucap Marwah memuncungkan bibirnya.

Puan Nor hampir terlupa tentang bakal menantunya itu.

"Cakap pasal Ilyas? Bila dia balik sini?"soal Puan Nor.

*******

Langkah diatur masuk ke tanah perkuburan, harini dia berkesempatan menziarahi kubur Arwah Nayla.

Saat tiba di depan pusara itu, riak wajahnya berubah.Safa memanjangkan leher.Mencari sekiranya ada kelibat manusia tapi jelas tiada sesiapa pun.

Dada Safa berdebar.Dia melihat diatas pusara itu terdapat hirisan pandan dan bunga kertas.

Matanya dipejam.Al-Fatihah dibaca perlahan.Diaminkan untuk Nayla.Lantas, dia bangkit dan berjalan ke arah Raid yang menunggu di kereta.

"Ada orang lalu sini tak?"

Raid menggelengkan kepalanya.

"Macam tak ada...."

"Macam, Raid?"tempelak Safa.

"Sorry saya tak perasan"

"Aku rasa dia datang sini tadi..."

*********

Selesai mengemas kelas dia menarik kerusi untuk menarik nafasnya.Walaupun kelas dia tidak besar tapi boleh semput juga menyapu dan mengemop.

Dia memandang Elina yang sedang main lego berseorangan.Sejak balik dari hospital haritu, Marwah jarang berjumpa dengan Elina.Sengaja dia menyibukkan diri.Lagi satu malas dia nak menghadap muka Safa.

Safa memakirkan keretanya dihadapan taska Elina.Dia membawa sejambak bunga rose untuk Marwah.

Dia membetulkan sedikit jambangan bunga itu lalu disorokkan dibelakang badannya.Marwah membawa Elina keluar sebaik sahaja melihat Safa sudah sampai.Dia memakaikan Elina kasut dan memimpin tangan itu menuju ke arah Safa yang menanti dengan senyuman.

"Ayah dah datang.Elina boleh balik"kata Marwah pada Elina.

"Ibu tak balik ke?"soal Elina pada Marwah.

"Cikgu lambat sikit.Elina balik dulu rehat"ucapnya dengan perlahan.

Safa memandang Marwah yang tidak bermaya itu.Wajah itu nampak penat harini.

"Marwah...awak okay ke ni?"soal Safa yang sedikit risau.

Marwah tersenyum.

"Saya okaylah.Kenapa awak cakap macam tu?"soal Marwah mengerutkan dahi.

Safa dapat rasa yang Marwah tak okay.

"Muka awak pucat.Awak sakit ke?"soal Safa sambil mahu memegang dahi Marwah tapi dia mengelak terlebih dahulu.

"Tak....saya okay...dan saya tahu...nak jaga diri..."ucap Marwah dia rasa telinganya berdesing dan pandangannya mula kabur.

Dia rasa badannya lemah dan dengan perlahan jatuh.

Safa menjatuhkan jambangan bunga ditangannya mahu menyambut tubuh Marwah tapi ada satu tangan ghaib yang dia tidak tahu muncul dari mana menyambut tubuh itu dari jatuh dahulu sebelum dia.

Safa memandang wajah lelaki yang dia tidak kenali itu.Lelaki itu menampar-nampar lembut wajah Marwah sambil menyebut nama Marwah.

"Marwah....sayang... Kenapa ni?"soal lelaki itu yang sedang memangku Marwah yang pitam.

"Encik tolong saya.... tunang saya pitam"ucapnya dengan muka cemas.

Dunia Safa terasa gelap gelita.Dia rasa dia tidak salah dengar atau kurang pendengaran rasanya.

Tunang?????. Fikirannya melayang teringatkan kata-kata Marwah minggu lepas.

Awak nampak tak ni?"soal Marwah sambil menunjukkan jarinya yang terdapat cincin belah rotan.

Safa tergelak kecil.

"So awak nak cakap awak ni hak oranglah macam tu?.Saya tak percayalah sebab ramai wanita dekat luar sana tu sengaja pakai cincin nak tunjuk yang dia hak orang sedangkan tak pun"ujar Safa dengan yakin.

"Suka hati awaklah....saya malas nak cakap panjang lebar dengan awak"ucapnya.

Maknanya apa yang Marwah cakap tu bukan gurauan semata-mata?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience