BAB 8

Romance Series 29933

TOK!TOK!TOK!

Ketukan bertalu-talu di pintu bilik itu membuatkan Adam tersedar daripada lenanya.Dia bangun daripada pembaringannya sebelum memegang belakang kepalanya.

" Aduh..." dia mengadu kecil tatkala tangannya menyentuh bahagian itu.Sakit!Dia menyeringai kesakitan.Matanya yang masih kuyu dibukanya perlahan-lahan.

" Aku kat mana ni?" Soalan itu tidak dapat dijawabnya tatkala ketukan di pintu tadi semakin kuat.Dengan keadaan yang belum sedar sepenuhnya,Adam menghampiri ke arah muka pintu.Pintu kayu itu dibuka.Jelas di hadapannya kini terdapat beberapa orang lelaki bersongkok serta berbaju melayu.Adam pelik.Siapa diorang ni?

" Ya,encik cari siapa?" Adam cuba bertanya.

" Kami daripada pejabat agama islam daerah Petaling.Kami mendapat laporan bahawa terdapat seorang lelaki dan wanita bukan muhrim berduaan di dalam bilik ini." Kenyataan daripada salah seorang lelaki itu membawa kerutan di dahi Adam.

" Pejabat agama?Bukan muhrim?" Adam blur.Otaknya masih belum lagi mampu mentafsir apa-apa.Tiba-tiba dia terdengar langkah seseorang di belakangnya.Adam pantas berpaling.Dia dan gadis itu saling berpandangan.

" I-I-Iman?" Hanya itu yang mampu diluahkan oleh Adam ketika itu.Iman pula sudah tergamam.Dia yang juga baru bangun daripada pengsan juga terkejut.Iman melarikan pandangannya daripada Adam.Dia memandang ke arah muka pintu yang dikerumuni dengan beberapa orang lelaki itu.Iman menelan air liurnya kelat.Kenapa ramai-ramai ni?Takkanlah...

Lelaki-lelaki yang berada di luar itu mula berbisik sesama mereka sebelum memandang ke arah Iman dan Adam silih berganti.

" Kamu berdua sila ikut kami ke balai sekarang." Arah salah seorang daripada mereka.Iman terkedu.Dunianya seakan-akan telah berhenti berpusing.Adam yang 
baru mula sedar pula membuntangkan matanya.

Pergi ke balai?Sekejap,maknanya dia dan Iman kena...

                              >>>

" Kamu memang memalukan ummi Adam!" Jerit Puan Asmah kepada anak lelaki tunggalnya itu.

" Adam tak salah ummi!Adam tak salah!Percayalah!" Adam cuba meraih kepercayaan ibunya.Dia duduk melutut di hadapan Puan Asma yang sudah terduduk di kerusi.Puan Asma sudah menangis teresak-esak.Hancur hati ibunya tatkala mendapat berita bahawa anak lelakinya itu telah ditangkap basah.Dia kecewa.Tidak menyangka anak lelaki yang selama ini dia besarkan bagai menatang minyak yang penuh itu mampu melukakan hatinya sebegini rupa!

" Adam,memang ummi minta kamu cari menantu untuk ummi.Tapi buka dengan cara macam ni.Dengan cara merogol anak orang!" Adam bagaikan terkena panahan petir tatkala mendengar tuduhan yang keluar daripada mulut ibunya.Hati diruntun rasa sedih yang terhingga.

" Adam tak buat apa-apa pun,ummi!Tolonglah percayakan Adam!Adam tak tahu apa-apa!" Adam masih lagi cuba meraih sebuah simpati.Air matanya juga sudah banyak gugur berjuraian.

Adam memandang ke belakang.Memandang ke arah Iman yang dari tadi tunduk membisu.Adam menggigit bibirnya geram.Geram melihat Iman yang seakan-akan terima dengan perkara yang berlaku ini.Haziq yang berada di sebelah Iman juga dikerlingnya sekilas.Malam itu barulah dia tahu bahawa Iman merupakan adik kepada Haziq.Patutlah dia ada semasa annual dinner haritu.Tapi itu semua tidak penting lagi untuk dia tahu.Yang dia perlukan sekarang cumalah kepercayaan ibunya.

" Aku tak kiralah kau buat ke tak ke.Yang penting aku nak kau kahwin dengan adik aku." Ujar Haziq secara tiba-tiba setelah lama dia memerhatikan drama di depan matanya.Adam tersentak.Iman yang dari tadi menundukkan kepalanya  juga mula mendongak.

" Apa benda yang kau merepek ni Haziq?" Tanya Iman dalam sendu.

" Macam yang aku kata tadi.Aku nak Adam bertanggungjawab atas semua ni.Adam kena kahwin dengan Iman." Mata mereka semua tertumpu ke arah Haziq.Hati Puan Asmah pula sudah bertambah sakit.Sudahlah dia masih lagi kecewa dengan berita anaknya itu ditangkap basah,kini dia harus menerima lagi satu berita yang anaknya bakal dikahwinkan pula?Akibat rasa kecewa yang tak dapat dibendung,Puan Asmah lantas berdiri lalu bergerak keluar daripada balai polis tersebut.Dia sudah tidak sanggup lagi mahu mendengar apa-apa.

Adam pula seperti sudah beku di tenpatnya.Kata-kata Haziq tadi betul-betul menusuk ke dalam jiwa lelakinya.

Adam memandang di tepinya.Kelihatan ayahnya,Encik Hashim,masih setia memandang sayu ke arahnya waktu itu.Adam bergerak menghampiri ayahnya lalu melutut di hadapan lelaki tua itu.

" Abah,tolong Adam Abah!Adam tak nak kahwin!Adam tak nak kahwin dengan perempuan tu!" Adam meronta-ronta seperti kanak-kanak kecil tidak mendapat gula-gula.Namun,Encik Hashim hanya memandangnya dengan pandangan sayu.

" Abah,tolonglah...A-Abah percayakan Adam kan?Abah percayakan Adam kan?" Tanya Adam sambil menggoncang-goncang lengan bapanya.Berharap supaya dia mendapat kepercayaan seorang bapa.

Encik Hashim meletakkan tangannya ke atas kepala Adam lalu diusapnya rambut berwarna hitam pekat milik anaknya itu.Dia tersenyum kelat.

" Kamu kahwinlah dengan dia,Adam.Cukup-cukuplah kamu nak memalukan keluarga kita." Adam terkedu mendengar jawapan daripada ayahnya itu.Encik Hashim meleraikan pegangan Adam daripada lengannya lalu mula beredar daripada situ.Setitis air mata yang mengalir di pipi Encik Hashim dikesatnya kasar.Hari ini,hati dia turut kecewa dengan Adam.

Adam ditinggalkan keseorangan di situ.Dia masih lagi kaku di tempatnya.Haziq yang melihat akan perkara itu mula dipagut rasa bersalah.Adakah dia yang bersalah kerana telah merosakkan hubungan seorang anak dengan kedua ibu bapanya?

Adam membiarkan air matanya mengalir jatuh.Kini dia sudah pasrah dengan takdirnya.Nampaknya kau akan kahwin dengan Iman,Adam.Dengan perempuan yang kau tak pernah cinta.

Adam meraung di dalam hati.Kenapa dia kena bertanggungjawab dengan perkara yang dia tidak lakukan?Kenapa semua ini berlaku kepadanya?Kenapa?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience