BAB 1

Romance Series 29935

Paintbrush berjenama faber castell itu diketukkan di dagunya perlahan.Kepalanya ligat berfikir idea bagi lukisannya kali ini.Lukisan yang telah dilukisnya hampir separuh itu ditenung lama sebelum dikoyakkannya kasar.

" Arghh!Rubbish! " Iman melemparkan kertas itu ke dalam tong sampah.Kepalanya yang tidak gatal digaru.Aduh,pening!

TOK!TOK!TOK!

Kedengaran pintu biliknya diketuk daripada luar.

" Masuk." Arah Iman.Pintu kayu itu dibuka lalu memaparkan figura seorang wanita dalam lingkungan 50-an di hadapannya.

" Selamat pagi Cik Iman.Encik Haziq panggil cik bersarapan sama-sama di bawah.Mari." ajak Mak Yah,orang gajinya.

" Hmmm.Nanti saya turun." Balas Iman tanpa langsung menoleh ke belakang.Mak Yah hanya mengangguk sebelum pintu bilik itu ditutupnya semula.

Iman mengeluh.Perlahan-lahan dia bangun daripada kerusi lalu terus turun menuju ke dapur.

                            >>>

" Hah,duduklah.Sarapan pun nak kena aku panggil ke sekarang? " ujar Haziq kasar sebaik sahaja Iman sampai di meja makan itu.Iman hanya berlagak biasa.Sudah lali dengan perkara tersebut.Kerusi kayu di hadapannya ditarik lalu duduk.

" Kau sekarang ni makin teruk ek.Asyik duduk terperuk dalam bilik je." Sembur Haziq.

" Dah tu kau nak suruh aku buat apa?" Jawab Iman bersama mulut yang penuh dengan mee goreng.

" Kerja.Tu dekat hotel tu banyak je jawatan kosong. " kunyahan di mulut Iman berhenti.Garfu di tangannya terus diletakkan di atas pinggan.

" Berapa kali aku nak kata?Aku tak ready lagilah nak kerja dekat hotel tu."

" Habistu nak tunggu sampai bila lagi?!Eh Iman kau dah besarlah!Fikir sikit! " suara Haziq sudah naik seoktaf.Naik darah dia setiap kali bercakap dengan adiknya nan seorang ni.Tak faham bahasa betul.

Iman pantas bangun daripada kerusinya lalu terus naik ke biliknya di tingkat atas.Hilang terus selera makannya.Haziq meraup wajahnya.Dia mendengus perlahan.Dia rindu....

Ya,dia rindu Iman yang dulu.Dia rindu Iman yang dahulunya sentiasa ceria dan nakal.Namun semuanya berubah sejak ibu bapa mereka meninggal tahun 5 tahun lepas akibat daripada kemalangan jalan raya.Sejak daripada tragedi itu,perangai Iman terus berubah 360 darjah.Dia lebih suka menyendiri.Melukis.Itu sahaja penemannya sekarang.

Haziq dirundum rasa kecewa.Apa gunanya sebagai seorang abang kalau adiknya masih lagi berkelakuan begitu?

" Iman...Abang rindu kau yang dulu. "

                            >>>

" Ye,ummi.Nanti Adam cari calon menantu untuk ummi ya." Kata Adam sebelum menamatkan panggilan telefon itu.Dia mengetap bibirnya.Masalah betullah!

" Weh bro!Kenapa muka banyak stress ni?Ada problem ke?" Tanya Aniq pelik.

" Ni ummi aku ni.Nak suruh aku cari menantu pulak dah.Mana aku nak cekau ni?" Adam meraup mukanya berkali-kali.

" Laaaa,pasal ni je?Chilllah bro!Kau laku kot!Kau petik je jari,ramai yang beratur!"

" Kau ingat cari bini ni macam cari ikan kat pasar tani ke? Senang macam tu je." Adam menumbuk bahu Aniq.Heh,tak membantu langsung!

" Hehehehe.Ala,takpe hal kau ni kita settle lain kali.Sekarang ni kau kena tolong aku ngorat minah sorang ni.Aku baru kenal dekat IG haritu.Lawa beb! " Aniq menunjukkan skrin handphonenya yang memaparkan gambar seorang gadis bertudung.Ayu sahaja orangnya.Namun,gadis itu langsung tidak menarik perhatian Adam.Yang dia fikirkan sekarang ni cuma hal umminya sahaja.

Aduh,memang masalah!

Share this novel

Angah Ajalah
2020-01-25 11:02:43 

jagan..lama2 update ye..tak sabar nak tahu seterusnya..


NovelPlus Premium

The best ads free experience