BAB 23

Romance Series 29933

MAJLIS tahlil pada malam itu selamat dijalankan.Para penduduk kampung yang hadir juga mulai pulang ke rumah masing-masing.Pergi meninggalkan rumah kayu milik Encik Hashim itu.

Iman hanya duduk berteluku di pintu belakang rumah.Dia termenung jauh.Otaknya bercelaru.Perubahan sikap Adam pada petang tadi betul-betul membuatkan dia rasa pelik.Tapi dia yakin,perubahan suaminya itu pasti ada kena mengena dengan tragedi hitam yang menimpa mereka bulan lepas.

KLUNG!KLANG!KLANG!

Bunyi pinggan dan mangkuk berlaga itu membuatkan Iman terus menoleh belakang.Jelas terpampang figura Mawar yang sedang membasuh pinggan di singki.

Iman berkira-kira.Daripada petang tadi dia tidak menghulurkan sebarang bantuan.Yang dia buat cumalah duduk termenung sahaja.

Agak-agak kali ni patut tak dia tolong?Hmmm...tolong ajelah!

Akhirnya Iman membuat keputusan untuk menolong sahaja.Dia mula bangun daripada duduk sambil membetulkan sedikit selendangnya yang sedikit senget.Perlahan dia menapak menuju ke arah Mawar.

" Err...Akak,b-boleh Iman tolong? " pinta Iman sedikit gugup.

" Tak payah! " penuh tegas Mawar menolak.Wajahnya langsung tidak memandang ke arah Iman sebaliknya dia terus membasuh mangkuk.

" Eh takpelah.Biar Iman je yang basuh pinggan ni.Lagipun daripada tadi Iman tak buat apa-apa..." Iman mengambil salah satu pinggan kotor itu untuk dibasuh.Namun pantas Mawar juga memegang kejap pinggan itu sambil berdecit kecil.

" Hish,aku kata tak payah tu tak payahlah! "

" Takpe...Biar Iman buat! " Iman degil.Dia cuba juga untuk menarik pinggan itu daripada pegangan Mawar tetapi sedikit pun gadis itu tidak lepaskan.Matanya dicerlungkan
tajam ke arah Iman.Iman kecut perut sebelum perlahan-lahan menarik tangannya daripada memegang pinggan itu.Tangannya dibawakan ke sisi sambil kepalanya sudah ditundukkan.

Mawar tersenyum sinis.Tiba-tiba idea jahatnya muncul di kepala.

" Ok fine.Kau nak tolong sangat kan...Hah nak ambik!" Mawar melepaskan pinggan kaca itu lalu menyebabkan ia jatuh menghempas lantai.Habis pecah berderai semuanya.Iman terkedu.Kepalanya kembali didongakkan memandang Mawar.Apa yang dia buat ni?

" Bunyi apa yang pecah tadi tu? " suara garau yang muncul daripada muka pintu dapur membuatkan Iman mengalihkan anak matanya memandang ke arah lelaki tersebut.

Adam mula menghampiri mereka.Wajah Iman ditenung sebelum matanya dapat menangkap akan serpihan kaca yang sudah berterabur di atas lantai.

" Siapa yang buat ni?" Beku sahaja suara Adam menyoal.

" Siapa lagi?Bini kesayangan kau nilah! " tuduh Mawar terus.Iman terkejut besar.Betul ke apa yang dia tadi?Minah ni baru salahkan dia?

" Betul ke kau yang buat Iman? " kini tiba giliran Iman pula disoal.Iman mati kutu.Entah kenapa suaranya seakan-akan tersekat di kerongkong sehingga dia tidak mampu untuk bercakap.

" Aku cakap ni!Betul ke kau yang buat?! "

Bahu Iman sedikit terhinjut mendengar jerkahan Adam itu.Anak matanya terus ditalakan ke arah lantai.

Melihat kebisuan Iman itu membuatkan Adam mendengus geram.Penumbuk pantas dikepal sebelum menghempaskannya ke atas meja makan.Arghhh!

" Kau ni memang tak habis-habis buat masalah kan?! "

Adam memandang Iman penuh rasa marah.Dadanya turun naik menahan rasa.

" T-tapi b-bukan aku yang jatuhkan pinggan ni.Kak Mawar yang..."

" Amboi-amboi kau!Lepas kau dah pecahkan pinggan ni,kau nak salahkan aku pulak?Pandainya kau berlakon! " Mawar bela diri.Tangannya sudah dicekakkan di pinggang.Iman terus terdiam.Dirinya tidak berani lagi untuk membalas apa-apa.

" Hah sekarang siapa yang nak kemas benda ni semua?" Soal Mawar berang.Namun,masing-masing membisu.Adam merenung Iman tajam.Rahangnya digerakkan ke kiri dan ke kanan.

" Eh,kau tak dengar ke apa yang Kak Mawar cakap tadi?!Kau yang pecahkan pinggan ni kan?Cepatlah kemas! " Iman hanya membatu diri.Bukannya dia yang bersalah.Jadi bukanlah dialah yang patut kemas!

Marah Adam makin naik.Giginya diketap kuat.

" Hey,perempuan!Kalau aku cakap kemas tu,kemaslah!Bodoh sangat ke nak faham! " Adam terus mencengkam sanggul milik Iman lalu menariknya ke belakang.Gadis itu mengaduh menahan sakit.Sakit rambutnya apabila dilakukan sedemikian rupa.Rasa macam nak tertanggal kulit kepalanya.

" Kemas sekarang! "

" Y-Ye!Aku kemas! " Iman beralah.Adam menolak kepala isterinya sekaligus cengkamannya dilepaskan.

" Lagi lima minit aku datang,kau tak siap kemas lagi...Nahas kau aku kerjakan! " Adam memberikan amaran sebelum beredar daripada situ.

Iman menahan air matanya yang sudah bertakung.Tangan kanannya pula sudah memegang sanggulnya yang sudah terburai dek kerana cengkaman kasar Adam.Sakitnya masih lagi bersisa...

" Selamat berkemas ye...Tong sampah ada dekat sana.Satu kaca pun aku tak nak ada yang tertinggal.Faham?! " kali ini giliran Mawar pula memberikan arahan beserta dengan amaran yang padu.Dia juga mula menapak pergi meninggalkan Iman seorang diri di dapur.

Iman mencangkung sebelum dikutipnya serpihan kaca itu satu persatu.Hatinya sayu dan pedih seperti dirobek dengan pisau.

" Apa dah jadi dengan kau Adam?Kenapa kau berubah cepat sangat?"

Iman menjerit dalam hati.Rasa sakit hati mula menyebulungi diri.Kenapa kau tak lawan je dia tadi Iman?Kenapa kau beralah juga tadi?!Mana kau yang dulunya suka menjawab?

Iman geram.Tanpa dia sedar ibu jarinya mula menekan kuat salah satu kaca itu.Darah merah pekat mula menitis perlahan.Iman hanya membiarkan perkara tersebut.Bagi dia jarinya itu tidaklah sesakit hatinya sekarang.

Ya Allah,sakitnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience