BAB 11

Romance Series 29933

IMAN memarkirkan kereta Honda Citynya di perkarangan rumah teres dua tingkat itu.Enjin kereta dimatikan lalu dia terus keluar daripada kereta.
Iman memerhatikan sekeliling kawasan itu.Cantik dan indah.

Iman mengeluarkan beg bajunya daripada bonet lalu di melangkah menuju ke arah pintu rumah.Pintu itu terbuka lalu terserlah dekorasi rumah tersebut.Semua perabot sudah sedia berada di tempatnya.Tanpa berlengah,Iman terus menaiki anak tangga.Dia sudah tidak peduli lagi tentang ruang tamu,yang lebih dia pentingkan sekarang ni cuma bilik sahaja.Ya,tempat yang bakal menentukan hidup dan matinya pada malam ini!Haziq ada memberitahunya bahawa terdapat 5 buah bilik di rumah ini.Jadi Iman lebih memilih untuk di bilik di tingkat atas.

Sampai sahaja di tingkat atas,Iman dapat melihat terdapat 3 bilik di tingkat tersebut.Pasti lagi 2 bilik berada di bawah.Tanpa berfikir panjang,Iman terus menuju masuk ke dalam bilik utama.Di dalam bilik itu terdapat satu katil bersaiz king.

Iman meletakkan beg bajunya di tepi katil sebelum merebahkan badannya ke atas tilam yang empuk itu.Kalau dapat tidur sekejap ni mesti best!Baru sahaja Iman mahu melelapkan matanya,tiba-tiba handphonenya berbunyi menandakan ada mesej masuk.Iman dengan pantas membaca mesej yang terpapar di skrin handphonenya itu.

HAZIQ:AKU LOCK SEMUA PINTU KECUALI PINTU BILIK UTAMA.SO,KORANG JANGAN MIMPILAH NAK TIDO ASING-ASING.BTW,GOODLUCK FOR TONIGHT :p

Mata Iman terbuntang.Mesej itu dibaca semula satu persatu.Mulutnya sudah melopong.Tidak percaya dengan apa yang dibacanya.

" Haziq!!!!! " jerit Iman tidak puas hati.

                               >>>

MALAM mulai menjelma.Iman sedang seronok menonton anime kegemarannya di televisyen.Mulutnya pula penuh dengan keropok Jacker yang dibelinya di kedai runcit tadi.Sedang dia khusyuk menonton,tiba-tiba telinganya menangkap deruman kereta memasuki perkarangan rumah itu.Iman menelan air liurnya pahit.

" He's home..."

Pintu utama dibuka oleh Adam daripada luar.Dia dapat melihat Iman yang sedang menonton televisyen.Iman pula langsung tak menoleh ke belakang.Tak teringin langsung untuk mengetahui gerangan siapa yang memasuki rumah.

Adam menjeling ke arah Iman sebelum dia terus melangkah naik ke tingkat atas.

Apabila dia sampai,Adam terus menuju ke pintu bilik utama.

" Shit!" Maki Adam tatkala melihat bilik itu sudah penuh dengan barang Iman.Dia melangkah menuju ke bilik lain pula.Nampaknya terpaksalah dia duduk di bilik lain.

Namun,dahi Adam berkerut tatkala mendapati bahawa pintu bilik itu berkunci.

' Locked?Siapa pulak yang main locked-locked pintu ni? ' rungut hati Adam.Dia melangkah menuju ke bilik yang lagi satu tetapi hasilnya tetap sama.Berkunci!Makin bertambah kerutan di dahi Adam.

' Punyalah ada 3 bilik kat atas ni,last-last satu je yang boleh guna?'

" Haziq dah kunci semua pintu bilik.Termasuklah lagi dua bilik kat tingkat bawah.Jadi,kita terpaksalah tidur satu bilik." Tegur Iman sekaligus manjawab persoalan di fikiran Adam.Tersungging senyuman mengejek di bibir lelaki itu.Dia meletakkan beg bajunya di sisi sebelum menepuk-nepukkan tangannya kuat.

PAP!PAP!PAP!PAP!PAP!

" Wah,hebat permainan kau kan!Haritu kau perangkap aku kat bilik hotel sampai kita kena kahwin,sekarang kau nak tidur satu bilik dengan aku pulak.Hey,kau memang dah terdesak sangat ke perempuan?" Sinis lagi berbisa ayat yang dilemparkan oleh Adam.Tetapi Iman hanya berlagak biasa.Langsung tidak terasa dengan kata-kata itu.

Akibat malas mahu melayan,Iman mula melangkah masuk ke dalam bilik.Adam bengang.Dia laju menuju ke arah Iman sebelum lengan gadis itu dia pegang kuat.

" Eh apa ni pegang-pegang?!" Iman mula naik angin.Tangannya cuba direntap daripada genggaman itu tapi tidak berjaya.

" Ini semua salah kau!Kau penyebab semua ni!" Tengking Adam.Matanya tajam mecerlung ke dalam anak mata Iman.

" Kau nak tuduh aku?Terpulang dekat kau.Aku tak boleh paksa." Selamba Iman membalas.Kali ini dia berani bertentang mata dengan Adam.Sudah tidak ada lagi berdebar-debar seperti dulu.

Adam tergamam.Genggaman di lengan Iman mula dilonggarkan.Iman mengambil kesempatan dengan merentap tangannya.Sempat lagi gadis itu menghadiahkan sebuah jelingan maut sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik.

Iman tidak kesah kalau dia yang dipersalahkan akan hal ini.Biarlah dia yang menjadi mangsa asalkan bukan abangnya.Iman tahu,seteruk-teruk Haziq tu pun,dia tetap abangnya.Satu-satunya saudara kandung yang dia ada sekarang.Jadi tak salahkan kalau dia cuba mempertahankan abang sendiri?Walaupun dia tahu abangnya itu yang bersalah dalam hal ini.Lagipun kalau dia beritahu perkara sebenar dekat Adam sekalipun,bukannya lelaki itu mahu percaya.Entah-entah makin dihinanya!

Iman meraup wajahnya berkali-kali.

' Takpe,Iman.Biarkan je dia tuduh kau.Kalau dia tahu perkara sebenar pun,bukannya dapat mengubah apa-apa.Silap-silap makin teruk jadinya.Sabar,Iman.Kau kuat...Ingat tu.' Iman cuba memberikan kata-kata semangat kepada dirinya.Dia menghembus nafas berat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience