BAB 4

Romance Series 29933

SUASANA di Hotel Muzaffar kian meriah dengan kehadiran para tetamu ternama.Iman memilih untuk duduk di penjuru belakang dewan.Lebih tersembunyi daripada semua orang.Haziq pula sudah hilang entah ke mana.Mahu melayan tetamu katanya.Maka tinggallah Iman keseorangan di situ.Iman tersenyum.Heh,dah biasa dah duduk sorang-sorang ni.

Tanpa Iman sedar,dia sedang diperhatikan oleh seseorang daripada jauh.Adam memerhatikan gadis itu lama.Muka gadis itu dia tidak nampak  kerana kedudukan mereka yang bertentangan.

" Weyh,yang kau berdiri tercegat kat sini dah kenapa?Dah jom duduk.Kejap lagi Encik Haziq dah nak bagi speech." Ajak Aniq yang tiba-tiba muncul entah dari mana.Adam sempat menghadiahkan sebuah jelingan maut buatnya.Heh,budak sorang ni kalau tak terkejutkan dia sehari memang tak sah!

" Hmm,kau pergi lah dulu!Jagakan tempat aku.Jap lagi aku datang."

" Ok,bro!Cepat sikit tau!Jangan lama-lama! " Aniq mula pergi meninggalkan Adam.Adam memandang semula ke arah gadis itu.Gadis itu masih di tempatnya.Langsung tidak menunjukkan tanda-tanda hendak berganjak pergi.Adam mulai pelik.

" Dah kenapa minah tu duduk situ sorang-sorang?Dah takde tempat lain ke dia nak duduk?" Monolog Adam sendiri.Entah mengapa hatinya begitu tertarik untuk memegur gadis itu.Tanpa berfikir panjang,Adam mula mengorak langkah.

" Assalamualaikum,cik.Majlis dah nak mula.Cik dah boleh pergi ke tengah dewan." Tegur Adam ramah.Iman tersentak.Aduh,siapa pulaklah yang terlebih ramah tegur dia ni?

Iman memusingkan badannya.Menghadap ke arah pemilik suara garau itu.

Iman tergamam.Dia terkedu.Kakinya terasa seperti digam ke lantai.Dia beku.Sungguh dia tidak sangka masih lagi wujud pertemuan di antara dia dengan lelaki ini.Adakah ini mimpi?

" I-Iman?" Ujar Adam.Iman sudah menundukkan wajahnya.Malu!

" Kau Iman kan?Classmate aku time sekolah menengah dulu?" Adam mula meminta kepastian.Yelah,mana tau dia tersalah orang ke,boleh malu setahun dibuatnya!

Iman sudah tidak keruan.Dia cam kau lagi Iman?Oh My God!

" Errr...Haah.Kau Adam kan?" Iman mula membuka bicara.Debaran di hatinya ditepis sebaik mungkin.

" Weyh,tak sangka aku dapat jumpa kau kat sini!Kau macam mana sekarang?Sihat?Kerja apa?" Bertubi-tubi soalan dilemparkan oleh Adam.Dah lama tak jumpakan...

" Err...Aku sihat,Alhamdulillah.Aku macam ni jelah.Menganggur lagi.Kau?" Kali ini giliran Iman pula mula bertanyakan soalan.Atau lebih tepat lagi,soalan yang dia sendiri sudah tahu jawapannya.

" Oh,aku macam biasalah.Kerja bellboy je yang mampu." Adam tergelak kecil di akhir kata-katanya.Cuba untuk menghilangkan rasa tidak selesa di antara mereka berdua.Iman hanya membalas ketawa itu dengan senyuman.Senyuman yang dibuat-buat.

" Kau kata kau tak kerja?Habistu macam mana pulak kau boleh sesat kat sini?" Tanya Adam pelik.Iman sudah meneguk air liurnya kelat.Apa aku nak jawab ni?Takkanlah aku nak jawab yang aku ni adik kepada CEO kat sini?Tak nampak macam riak ke?

" Err...a-aku..." Iman mula gagap.Otaknya tidak dapat memikirkan sebarang alasan.

" A-aku...."

" Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,kini tibalah masanya yang ditunggu-ditunggu.Dengan ini dipersilakan Encik Haziq Ikhwan,CEO Hotel Muzaffar,untuk memberikan sedikit ucapan seterusnya merasmikan majlis kita pada malam ini." Ucapan daripada pengacara majlis itu disambut dengan tepukan yang gemuruh daripada para tetamu.Semua tetamu mula memberikan perhatian di atas pentas.

" Eh,jom kita-" belum sempat lagi Adam menghabiskan ayatnya,Iman mengambil kesempatan itu untuk berlari keluar daripada dewan.Adam terpinga-pinga.Dia hanya memandang ke arah kelibat Iman yang sudah hilang di balik pintu dewan.

" Apasal dia lari?Baru aku nak ajak borak jap." Gumam Adam sendiri.Hatinya dijentik dengan penuh tanda tanya.Akibat malas mahu berfikir panjang,Adam mula melangkah ke arah Aniq yang sudah melambai-lambaikan tangan ke arahnya.

" Cepatlah!" Aniq mula membuat isyarat mulut.Adam berlari-lari anak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience