BAB 2

Romance Series 29933

Haziq memandang ke arah frame gambar keluarga yang terletak elok di hujung meja kerjanya.Gambar itu merupakan gambar percutian mereka di Paris sewaktu Iman masih lagi berada di Tingkatan 3 manakala dia pula sudah 18 tahun.Semua kelihatan sempurna waktu itu.Senyuman mereka empat beranak sungguh meruntun naluri lelaki Haziq.Dia sudah kehilangan senyuman kedua orang tuanya.Ya,hilang buat selama-lamanya.Dan sekarang dia seolah-olah sudah hilang senyuman adiknya sendiri.Mana senyuman itu Iman?Mana senyuman yang kau selalu lemparkan dekat orang dulu?

Haziq kian sebak.Gagalkah dia sebagai seorang abang?Kalau dia tidak gagal,mengapa Iman jadi sebegitu rupa.Duduk terperuk di dalam bilik,seperti orang tiada dunia?

" Kau kena buat sesuatu,Haziq.Kau kena kembalikan balik senyuman Iman.Tapi,macam mana? " monolog Haziq sendiri.Dia berpeluk tubuh.

" Wait.Bilik lukisan dia.Ya,mesti ada sesuatu kat dalam bilik lukisan dia." Haziq mula mendapatkan idea.Sungguh!Walau macam mana sekalipun,malam ni dia kena masuk jugak bilik tu!

Entah mengapa hati Haziq kuat menyatakan bahawa di bilik lukisan itu ada jawapan.Pasti,bilik itu bakal merungkaikan semua ini!

                             >>>

Iman mula menggerakkan tangannya.Skill lukisan yang sudah terpahat dalam dirinya mula diluahkan di atas kertas lukisan tersebut.Penuh berhati-hati dan teliti dia melukis sehinggalah lukisan itu siap.

" Ya Allah,apa benda kau lukis ni,Iman?" Iman mula tersedar akan kesilapannya.Potret lelaki yang dilukisnya itu direnung lama.Kenapa kau mesti selalu muncul dalam fikiran aku?Potret itu diambilnya lalu disorokkan di dalam sebuah laci khas.Ya,laci yang hanya Iman sahaja tahu isi kandungannya.

Iman mengeluh perlahan.

" Lupakan dia,Iman.Kau tak layak untuk dia.Ingat tu." Bisik hati Iman.

                              >>>

Haziq menghampiri bilik itu.Pintu kayu itu dibuka lalu terus terpampang semua hasil karya adiknya.Haziq seakan-akan tidak percaya.Bilik itu penuh dengan hasil lukisan dan potret.Dia tergamam.Tidak sangka adiknya begitu berbakat sekali.Potret itu diteliti satu persatu sehinggalah matanya tertancap dengan sebuah potret yang ditutup dengan sehelai kain putih.

Dahi Haziq berkerut.Dia berjalan menghampiri potret yang berada di hujung bilik itu.Kenapa potret ni je yang kena tutup dengan kain putih?Istimewa sangatkah potret ini?

Perlahan-lahan kain putih itu diselak lalu terserlahkan lukisan di atas potret itu.Dahi Haziq bertambah lagi berkerut tatkala melihat lukisan potret tersebut.

" A-apa semua ni?" Gumam Haziq.Potret itu dipandangnya tanpa berkedip.Ya,dia kenal lelaki ini!Adam Mukhlis!Salah seorang bellboy di Hotel Muzaffar!Tapi apa hubungan dia dengan Iman?

Potret itu disentuhnya lembut sebelum diterbalikkan ke belakang.Seperti yang dijangka,ada ayat di belakang potret itu!

" I DON'T NOW SINCE WHEN , I FEEL SOMETHING SPECIAL ON YOU . "

Haziq tergamam.Iman...IMPOSSIBLE!

                             >>>

Haziq menghampiri Iman yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.Sofa kosong di sebelah Iman menjadi sasaran duduknya.Iman pula langsung tidak mengalihkan pandangan daripada kaca televisyen.Seolah-olah Haziq tidak berada di situ.

" Lusa aku nak kau ikut aku." Ujar Haziq tiba-tiba.

" Pergi mana? " Iman yang tidak tahu pangkal cerita bertanya.

" Lusa Hotel Muzaffar ada buat annual dinner.So aku nak kau ikut aku malam tu."

" Kalau aku cakap aku tak nak ikut macam mana?"

" No excuses.FULL STOP! " sengaja Haziq menekankan perkataan ' full stop ' supaya Iman tahu bahawa kali ini dia serius.

" Ok,fine!Aku ikut." Iman mengalah.Malas lagi dia mahu bertikam lidah dengan abangnya itu.

Haziq tersenyum puas.Nampaknya rancangannya akan berjaya!Sekarang ini dia cuma perlu menyelesaikan 'seorang' sahaja lagi.

Iman tunggu ya.Sikit je lagi,abang pasti senyuman Iman akan kembali semula...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience