BAB 19

Romance Series 29933

" Kita nak pergi mana ni?" Tanya Iman.Dia memerhatikan Adam yang sudah mengemas semua pakaiannya.

" Nak balik."

" Balik?Tapi bukan ke reunion ada 2 hari."

" Aku kata balik tu balik jelah!Aku tak nak si Sandra tu kacau kau lagi." Kata Adam seraya menggalas bag pakaiannya di bahu.

" Kau dah siap kemas kan?Hah dah jom!" Adam terus menapak keluar daripada bilik.Tanpa berlengah,Iman lekas membontoti Adam daripada belakang.

" Eh kau dah nak balik ke Adam?Awal.." tegur Hanif sewaktu mereka melintasi lobi hotel.

" Haah,aku balik dululah.Lagipun aku taknaklah eksiden semalam jadi lagi." Sengaja Adam berkata begitu seraya matanya dijelingkan ke arah Sandra yang berada di belakang Hanif.Sandra menundukkan wajahnya.Tidak mampu untuk melawan jelingan itu.

" Aku gerak dululah,Hanif.Bye." Adam terus meninggalkan mereka semua lalu menuju ke tempat perking.Iman juga baru sahaja hendak mengikuti Adam,namun tiba-tiba dia rasakan tangannya kemas digenggam seseorang.Dia menoleh ke belakang.

" Iman.I-I'm sorry about last night." Kata Sandra.Iman terdiam.Reti minta maaf jugak si Sandra ni.

Iman menarik tangannya perlahan.Dia hanya tersenyum melihat Sandra.

" It's ok." Iman terus menyambung langkahnya yang terhenti tadi.Dia terus menuju ke arah kereta Perodua Bezza milik Adam.

" Apasal lambat?" Tanya Adam agak dingin sebaik sahaja Iman memasuki kereta itu.

" Errr...Takde apa-apa." Tipu Iman sambil tangannya memakai tali pinggang keledar.Adam tidak banyak tanya,enjin kereta dihidupkan lalu mereka terus keluar daripada perkarangan hotel itu.

                        >>>

" Iman...Bangunlah.Kita dah sampai ni." Iman yang rasa seperti bahunya digoyangkan lantas membuka kelopak mata.Dia mengeliat kecil sambil menguap besar.Hisy,dasar tak senonoh!

" Dah jomlah keluar." Adam terlebih dahulu keluar daripada kereta membiarkan Iman yang sedang meregangkan urat sendi.Dia pantas membuka pintu kereta.Tidak sabar mahu menyambung tidurnya di atas tilam empuk pula.

" Finally,dah sampai pun dekat...Hah?!" Ayat Iman terhenti tatkala matanya terbeliak melihat bangunan yang gah berdiri di hadapannya kini.Avillion Hotel?

Dia menoleh ke arah Adam yang berada di sebelahnya.Lelaki itu hanya mengangkat bahu bersama dengan satu senyuman yang sukar ditafsirkan.

Tanpa berkata apa-apa,Adam terus menapak masuk ke dalam lobi hotel,meninggalkan Iman yang masih lagi terkebil-kebil di luar bangunan.Pelbagai persoalan mula menerjah ke dalam kotak fikirannya.

" Mamat ni buat apa bawak aku datang sini?"


>>>

" Kenapa kita datang sini?Kenapa tak balik rumah?!" terjah Iman sebaik sahaja di memasuki bilik.Bilik hotel itu agak besar dengan mempunyai katil bersaiz king di dalamnya.Iman menghempaskan punggungnya di atas sofa.Tangannya disilangkan di dada sambil membuat riak tidak puas hati.

" Eh marah ke?Kan kita nak honeymoon ni..." Adam tersenyum meleret memandang isterinya.Iman jungkit kening.

" Honeymoon?Oh please..." mata gadis itu dijulingkan ke atas.Macamlah dia nak percaya.

" Tak percaya?Jom ikut aku." Adam menarik isterinya keluar ke balkoni.Dia menaikkan jari telunjuknya lalu ditalakan tepat ke ke hadapan.Iman tersentak.Panorama pantai itu betul-betul memukaukan dirinya.Dengan angi sepoi-sepoi bahasa tu...Siapa je yang tak sukakan?

" So,sudi tak kau nak honeymoon dengan aku?" Adam menoleh melihat Iman sambil menghadiahkan satu senyuman yang tersangatlah manis.Iman sedikit terpana melihat perkara itu.Jantungnya tiba-tiba berdebar-debar.Aduh,dah datang balik dah penyakit debar-debar dia ni...Ingatkan dah hilang.

" K-Kau serius nak honeynoon dengam aku?B-bukan kau benci dekat aku ke?" Iman memandang tepat ke dalam anak mata Adam.Mana tahu mamat ni ada sembunyikan sesuatu helah!Mamat ni bukannya boleh percaya!Panjang je akal dia.

" Kalau kau kata aku suka kau,kau terima?" Adam memerangkap Iman dengan soalannya kali ini.Iman menelan air liurnya payah.Dah sudah dia main soal perasaan pulak!Takkanlah aku nak cakap yang aku memang dah lama ada crush kat dia sejak dulu?Hisy,think Iman,think!

" Err..Aku ngatuklah.Aku nak tidur." akhirnya jawapan iyu sahaja yang mampu Iman katakan.Kaki gadis itu terus melangkah masuk semula ke dalam bilik lalu merebahkan badannya di atas katil.Iman menekup mukanya ke atas bantal untuk menyembunyikan mukanya yang sudah pasti berona merah.Betulkah apa yang dia dengar tadi?Adam sukakan aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience