BAB 7

Romance Series 29933

" Nah." Kata Haziq seraya menghulurkan segelas air jus oren kepada adiknya.Iman mengambil gelas itu daripada Haziq lalu air itu dihirupnya rakus.Oh,nikmatnya tatkala air sejuk iru mengalir di tekaknya!

" Thanks." Kata Iman.Haziq hanya menganguk sambil dia juga turut menghirup air di gelasnya.Haziq memandang Iman lama sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah bulan purnama yang terang menyinari pada malam itu.Kenangan lama mula mengusik minda fikirannya.

" Iman.Kau ingat lagi tak dulu.Kau dengan mama suka tengok bulan purnama.Bila mama tanya kenapa kau suka bulan purnama,mesti kau jawab.Iman suka bulan purnama sebab mama pun suka.Iman nak jadi macam mama.Suka semua benda yang mama suka." Haziq mula menceritakan kenangan yang sudah lama berlalu itu.Iman hanya menundukkan wajahnya.Tidak tahu mahu memberikan respon apa.

" Iman,tengoklah bulan purnama tu.Aku rasa kau dah lama tak tengok bulan purnama kan?" Haziq cuba menarik perhatian Iman.Namun,Iman masih lagi begitu.Langsung tidak bergerak.Tangannya masih lagi ligat bermain di skrin telefon.Seolah-olah tiada perbualan di antara mereka.

" Iman...." panggil Haziq lagi.

" Aku dah tak suka bulan purnama dah Haziq.Mama dah takdekan?Untuk apa aku suka lagi kat bulan tu." Jawapan daripada Iman itu betul-betul membuatkan Haziq tersentap.Nampaknya pemergian mama dan papanya masih lagi memberi impak kepada Iman.Sehingga membuatkan sikap Iman berubah serta merta.

Haziq hanya mampu tersenyum paksa.Pandangannya terus dilemparkan ke arah bulan yang bersinar terang itu.Mama...Kalaulah mama ada lagi...

Iman pula mula memegang kepalanya yang dirasakan berdenyut-denyut tiba-tiba.Kepalanya pusing.

" Eh,Iman.Kau ok tak ni?" Tanya Haziq risau.

" Ok-ok." Tipu Iman.Kepalanya makin lama makin pusing.Pandangannya juga makin kabur sebelum semuanya gelap.Tanpa dapat lagi bertahan,tubuh Iman jatuh rebah ke atas tanah.Dia pengsan.

Haziq yang sudah mengagak perkara itu hanya mengeluh kecil.Dia merenung ke arah Iman yang sudah tidak sedarkan diri itu sebelum tubuh itu dihampirinya.

Haziq duduk mencangkung di hadapan Iman.Rambut hitam adiknya itu diusap perlahan.

" Maafkan abang,Iman.Aku harap apa yang aku buat ni betul." Perlahan-lahan tubuh kecil Iman itu dicempung lalu dibawa ke lobi hotel yang kosong pada waktu itu.

                              >>>

Adam tergesa-gesa keluar daripada dewan itu setelah semua para tetamu sudah beredar dan proses pembersihan sudah dijalankan.Adam memerhatikan keadaan sekeliling.Gelap dan kosong sahaja.Langsung tiada kelibat Encik Haziq.

" Encik Haziq belum sampai lagi kot." Gumam Adam sendiri.Dia mengeluarkan handphonenya daripada poket seluar untuk memeriksa semula WhatsAppsnya dengan Encik Haziq tadi.

ENCIK HAZIQ : LEPAS MAJLIS HABIS NNTI SYA NK JUMPA AWK KAT LUAR DEWAN.ADA BENDA SIKIT NK BINCANG.

Adam membaca WhatsApp itu semula.Betullah Encik Haziq nak jumpa aku...

Adam memasukkan handphonenya ke dalam poket seluar semula.Matanya mencari-cari kelibat Encik Haziq,namun masih tidak jumpa.

' Aduh,mana pulak dia ni?Dah lambat dah...' rungut Adam sendiri lalu mengerling ke arah jam tangan miliknya.Sudah pukul 11.30 malam.Dia mengeluh.Tanpa dia sedar,seseorang mula menghampirinya daripada belakang sebelum...

BUK!

Satu pukulan kuat dihinggapkan ke kepala Adam.Adam terjatuh ke tanah.Kepalanya sakit yang teramat.Dia pengsan.

Haziq di belakangnya tidak keruan.Dadanya berombak kencang melihat perkara yang sudah  dilakukannya.Peluk yang merenek di dahi dikesatnya kasar.

" Buat je,Haziq.Demi Iman."

Haziq menghampiri ke arah Adam.Lalu malam itu bermulalah rancangan yang sudah Haziq buat.Rancangan yang bakal mengubah hidup Adam Mukhlis dan Iman Safiya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience