BAB 6

Romance Series 29933

Sejak itu Iman selalu menstalk Adam.Entah mengapa lelaki itu seolah -olah mempunyai daya tarikan yang kuat yang berjaya membuatkan hati Iman jatuh.Sejak itu jugalah baru dia tahu bahawa rupa-rupanya Adam merupakan salah seorang rakan sekelasnya.Lagilah dia happy!

Tapi happy-happy pun,dia hanya mampu saja pendam perasaan ini.Maklumlah,perempuan anti-sosial macam dia ni siapa je yang nakkan?

Iman tersenyum mengenangkan kisah tersebut.Tapi dalam itu juga dia teringat kisah sedihnya sewaktu di sekolah itu.Sepanjang tahun itu,tiada siapa berani berkawan dengannya.Semuanya angkara fitnah yang mengatakan dia seorang perempuan psycho!Mana ada dia psycho!Dia cuma tidak pandai bergaul sahaja!

Disebabkan itu zaman form 5nya banyak dihabiskan bersendirian.Ibarat orang depressed pun ada!Tetapi Alhamdulillah jugalah keputusan SPM cukup-cukup makan!Kalau tidak pasti sudah kena ceramah dengan Haziq!

" Hoi!Kau buat apa sorang-sorang kat luar ni?" Ujar Haziq yang tiba-tiba muncul.Panjang umur.Bahu Iman ditumbuknya lembut bagi menyedarkan gadis itu daripada lamunannya.Iman tersentak.Habis berterabur semua throwbacknya.

" Biarlah.Eh,yang kau ada kat sini dah kenapa?Bukan sepatutnya kau bagi speech ke?" Tanya Iman.

" Dah lama habis dah speech aku.Kau tu je yang berangan tak habis-habis.Selamatlah aku jumpa kau kat sini.Dah jom!" Haziq menarik lengan Iman supaya mengekorinya.Namun,Iman berjaya menarik lengannya itu kasar.

" Nak pergi mana?"

" Pergi makanlah.Apa guna datang annual dinner tapi tak makan?"

" Hmm,takpelah.Aku taknak.Takde selera." Iman cuba mencipta alasan.Padahal bukan dia tidak ada selera,tetapi di cuma takut kalau bertembung dengan Adam di dalam nanti.Huh,minta simpang!

" Betul ni?" Haziq meminta kepastian.Iman hanya mengangguk perlahan.

" Kalau macam tu,aku ambilkan kau airlah.Kau mesti haus."

" Bolehlah." Haziq melangkah masuk semula ke dalam dewan bagi mendapatkan air,meninggalkan Iman keseorangan di luar.

                               >>>

" Kenapa tadi kau suruh aku pergi dulu? " tanya Aniq sambil menikmati Kambing Golek yang diambilnya tadi.Hush,sedap!

" Oh,tadi aku jumpa Iman." Jawab Adam pendek sambil melihat skrin handphonenya.

" Iman?Iman mana?" Tanya Aniq ingin tahu.

" Kau tak ingat ke?Iman Safiya.Classmate kita waktu form 5 dulu."

" Iman Safiya?Classmate?Hmm..." Aniq mula berfikir sejenak sebelum otaknya mula mengingati sesuatu.

" Oh,maksud kau Iman budak yang budak baru pindah tu ke?Yang psycho tu?" Teka Aniq.

" Hah,yang tulah!" Adam mengiyakan tekaan Aniq itu.

" Woi,dia kan psycho!Yang kau punya baik hati tegur dia dah kenapa?!"

" Kenapa korang semua gelar di psycho ek?" Soalan Aniq dibalas dengan soalan.Adam tertanya-tanya.Sebenarnya daripada dulu lagi dia pelik,mengapa rakan sekelasnya menggelar Iman itu perempuan psycho sehinggakan menyebabkan semua orang menjauhkan diri daripada gadis itu.Bagi Adam,Iman kelihatan seperti gadis biasa sahaja,cuma perangainya sahaja pelik sedikit.

" Kau tak nampak ke dulu?Dia tu pendiam gila.Lepastu suka duduk sorang-sorang.Aku pernah nampak dia lukis benda pelik-pelik tau!Tak ke seram?Tulah ramai orang gelar dia psycho tu!Anti-sosial!" Penuh beriya Aniq bercerita.Sampai terbeliak-terbeliak matanya.Adam ketawa kecil.Geli hati dia mendengar cerita sahabatnya itu.

" Yang kau ketawa kenapa?Aku serius ni!" Aniq mula rasa tidak puas hati.Orang tengah serius,dia boleh pergi bantai gelak pulak.

" Ya,aku tahu.Dah kau sambunglah makan.Aku takut tercekik tulang kambing pulak kat kerongkong kau nanti." Statement Adam itu dibalas dengan jelingan daripada Aniq.Dia mula menyambung makan Kambing goleknya tadi sementara Adam masih lagi leka dengan handphone di tangan.

                             

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience