BAB 10

Romance Series 29933

IMAN terjaga daripada tidurnya.Terpisat-pisat dia cuba untuk membuka mata.Selepas beberapa minit dia mendiamkan diri di atas katil,Iman mula bangun daripada pembaringannya lalu menuju ke bilik air.

Pili air itu dibuka.Iman mula membasuh mukanya.Namun,perbuatannya itu terhenti tatkala dia melihat dirinya yang terpantul pada cermin.Iman memegang matanya yang kelihatan sedikit sembab.Ini semua gara-gara dia menangis dengan teruk semalam.Teringat sahaja tentang kejadian yang berlaku itu,terus membuatkan hati Iman berdarah kembali.Sakit!Terkhianati!Itu yang dia rasakan saat ini!

Iman melangkah keluar daripada bilik.Kakinya terus mengorak langkah menuju ke dapur akibat daripada perutnya yang sudah berkeroncong minta diisi daripada tadi.

Tetapi langkah Iman terus mati tatkala dia sampai di meja makan.Iman kaku di tempatnya berdiri.Mata mereka berbalas pandangan.

' Dia ni tak pergi kerja lagi rupanya.'bisik Iman dalam hati sambil melihat ke arah Haziq yang sedang menikmati sarapan paginya.

" Duduklah sarapan.Takkan nak duduk tercegat kat situ je." Ujar Haziq tegas.Iman tersentak.Kalau ikutkan hatinya ini mahu sahaja dia masuk semula ke dalam biliknya.Namun kerana dia lapar,Iman mula menarik salah sebuah kerusi di meja makan itu lalu duduk.Sengaja dia memilih kerusi yang agak jauh daripada kedudukan Haziq.Haziq hanya mampu memerhati.

Iman mula mencedok bihun goreng itu ke dalam pinggannya.Bihun itu disua ke dalam mulut.Sedap rasanya!Iman menikmati kelazatan bihun itu dengan khusyuk.Hmmph,bihun goreng Mak Yah memang terbaik!

Haziq yang dari tadi hanya memerhati mengeluarkan sesuatu daripada poket seluar.Gugusan kunci itu dipegangnya kejap.Perlahan-lahan dia mula memanjangkan tangannya lalu meletakkan kunci itu di hadapan adiknya.Iman hanya mengerling kunci itu sekilas.

" Apa ni?" Tanya Iman endah tak endah.

" Ini kunci rumah kau dengan Adam.Haritu,aku ada belikan rumah untuk korang.Jangan risau.Tak jauh pun daripada sini." Kata Haziq.Iman terkelu sebelum dia tersenyum sinis.

" Cepatnya.Nampak sangat kau dah tak sabar nak aku berambus daripada rumah ni."

" Tak,Iman.Bukan tu maksud aku.Aku kalau boleh nak kau tinggal lagi lama kat sini.Tinggal dengan aku.Tapi,aku harap kau faham.Status kita sekarang dah tak mengizinkan.Kau dah jadi isteri Adam.Kau kena sentiasa ada di disisi dia.Bukan di sisi aku lagi." Iman terdiam sejenak mendengarkan perkara itu.Isteri Adam?Adam tu terima ke aku ni sebagai isteri dia?

Soalan itu berlegar-legar di ruang fikiran Iman.Dia yakin,kalau Adam tahu bahawa Haziq yang perangkap mereka berdua,pasti dia akan jadi lebih marah.Silap-silap mereka boleh bertumbuk!

Iman menggelengkan kepalanya memikirkan kebolehjadian perkara itu berlaku.Dia sudah nekad.Dia terpaksa juga merahsiakan perkara itu daripada Adam walaupun lelaki itu berhak mengetahuinya.

Iman memandang semula ke arah kunci itu lama.Dia berfikir panjang.

" Hmm...Nanti send aku alamat rumah ni." Iman pasrah.Kunci itu dia ambil lalu dimasukkan ke dalam kocek hoodienya.Haziq sudah tersenyum.Hatinya lega apabila Iman setuju dengan ideanya ini.

" Thanks,Iman.Pasal Adam kau jangan risau.Nanti aku cakap kat dia bila sampai hotel nanti." Kata Haziq lalu bangun daripada duduknya.

" Aku pergi dulu eh?Bye.Assalamualaikum." Haziq  melangkah keluar daripada dapur,meninggalkan Iman yang masih menguis-nguis bihun di pinggannya.

" Waalaikummussalam." Jawab Iman.Dia melepaskan keluhan berat.Nampaknya malam ni dia bakal mendapat housemate baru.Atau lebih tepat lagi,suaminya sendiri.Adam Mukhlis.

                              >>>

Pintu CEO Hotel Muzaffar itu diketuk oleh Adam.

" Masuk!" Arah Haziq daripada dalam.Dengan perasaan malas,Adam membuka pintu itu sebelum dia melangkah berat ke arah Haziq.Selepas apa yang berlaku kepadanya semalam,dia rasa sangat malas untuk bertemu dengan Haziq apatah lagi mahu bercakap dengannya.Tetapi disebabkan Haziq sudah memanggilnya,Adam gagahkan diri juga ke situ.Yelah,dia masih lagi pekerja biasa,Haziq itu pula majikannya.Nak tak nak,setiap arahan Haziq terpaksa juga dia turutkan.

Adam menghampiri Haziq yang sedang duduk di meja kerjanya.

" Ada apa Encik nak jumpa saya ni?" Soal Adam dingin dan beku.Tiada lagi itonasi sopan dalam ayatnya seperti selalu.Haziq memandang ke arah wajah Adam.Kelihatan ketat sahaja mukanya.Haziq mengeluh.

" Nah." Hulur Haziq.Adam melihat ke arah gugusan kunci itu.

" Kunci apa ni?"

" Kunci rumah awak dengan Iman.Nanti saya send alamat rumah ni dekat awak." Pendek sahaja ayat Haziq,tetapi cukup untuk membuat Adam tersentak.

" W-wait...Apa?Maksudnya saya kena duduk satu rumah dengan Iman?"

" Yes,absolutely!Dan saya nak awak pindah rumah ni malam ni jugak!" Tegas Haziq.Adam sudah membuat muka tidak percaya.Apa Encik Haziq ni gilakah?!

Baru semalam dia 'berkahwin paksa' dengan Iman,tup-tup hari ni dah nak pindah rumah!Bukan main cepat!

" T-tapi Encik...Kitaorang baru je-"

" Saya tak nak dengar apa-apa alasan daripada awak,Adam!As I said,saya nak awak pindah rumah tu malam ni jugak.No rejection!" Haziq sengaja meninggikan kelantangan suaranya.Adam terdiam.Tangannya digenggam bagi menahan marah yang sudah melanda diri.Kalau dia sudah tidak ada sifat hormat,pasti sudah lama dia layangkan penumbuk ke arah muka Haziq!Kasi sedar sikit!

" Baiklah,Encik.Kalau itu yang Encik nak.Saya akan buat." Balas Adam geram.

" Dah takde apa-apa lagikan?Kalau macam tu saya nak keluar dulu.Saya ada lagi banyak kerja kat luar tu." Adam mula berpaling ke arah muka pintu.Dia mula mengorak langkah.

" Adam!" Panggil Haziq.Langkah Adam terhenti.

" Aku nak kau bahagiakan adik aku." Dengan penuh ketegasan Haziq berkata.Adam sudah tersenyum sinis.

" Maaf.Saya tak mampu nak bahagiakan orang yang saya tak cinta." Luah Adam jujur lalu terus keluar daripada bilik itu.

Haziq hanya menarik nafas dalam.Rambutnya dikuak ke belakang sebelum dia menumbuk meja kerja itu.

" Arghhh!" Jerit Haziq kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience