BAB 28

Romance Series 29933

MAK YAH memerhatikan Iman yang duduk berteluku di atas kerusi.Wanita tua itu mengeluh perlahan.Sudah beberapa hari Iman balik semula ke sini.Dan sejak daripada itulah dia dapat melihat perubahan sikap majikannya itu.

Gadis itu kini lebih banyak mengelamun.Diam sahaja memanjang.Kadang-kadang kalau diajak berborak pun,Iman hanya membuat endah tak endah.Ataupun gadis itu akan mengelak dan terus berlari masuk ke dalam bilik.Perangainya jauh lebih teruh daripada dahulu.

Mak Yah menapak menghampiri.Cawan yang berisi air Milo panas itu diletakkan di atas meja yang terletak di hadapan Iman.

" Ni,cik Iman.Mak Yah ada buat air.Cik minum ye."

Diam.

Iman hanya membuat tidak tahu sahaja.Seolah-olah tiada siapa di situ.Pandangannya juga turut dilemparkan ke arah kolam.Dia mengelamun jauh.

Mak Yah mengeluh lagi.Kerusi kosong di sebelah Iman didudukinya.Perlahan tangannya yang sudah berkedut itu menyentuh belakang bahu Iman.

" Sudah-sudahlah tu,Cik Iman.Mak Yah tak sampai hati nak tengok cik macam ni.Diri tak terurus.Diam memanjang.Mak Yah risau tau." Kerisauan di hati diluahkan jua.Wajah mulus Iman direnung mengharapkan balasan.Namun,semua itu sia-sia.Iman masih lagi dalam dunianya.

" Huh...Cuba cik bagitau dengan Mak Yah apa yang dah jadi sebenarnya?Apa yang budak tu dah buat sampai cik jadi sampai macam ni sekali? "

Iman merengus perlahan.Wajahnya ditundukkan.Air matanya jatuh setitik demi setitik.Dirinya terasa begitu lemah ketika ini.Dia yang dahulunya berhati kental entah sudah hilang ke mana.

Sekarang yang tinggal cuma dirinya yang menjadikan menangis itu satu hobi dalam hidup.Biarlah apa orang lain nak kata,dia sudah tak mampu nak menahan cecair ini lagi untuk lebih lama.

" I-Iman tak kuat,Mak Yah.Iman tak boleh...Sakit sangat.Kenapa Iman kena hadap semua ni?Apa salah Iman?  " tersedu-sedan Iman mengadu.

" Iman teringin nak rasa bahagia,Mak Yah.Iman nak ada hidup macam orang lain.Tapi kenapa setiap kali bahagia tu datang,sekejap je dia pergi.Iman ni tak layak ke nak rasa bahagia? "

Mak Yah menarik Iman ke dalam pelukannya.Belakang tubuh genit itu diusap-usap demi menyalurkan satu semangat.

" Bawak mengucap,cik.Semua yang jadi ni pasti ada hikmahnya.Allah sedang uji cik sekarang.Dia nak tengok sama ada cik mampu atau tak lalui semua ni dengan tenang."

" Saya dah tak mampu,Mak Yah.Saya lemah.Saya dah tak sanggup lagi.Kenapa saya tak mati je macam mama dengan papa?Apa guna saya hidup dekat dunia ni lagi kalau macam ni nasib saya?! "

Iman mula memberontak.Wajah Mak Yah dierenung tajam bersama linangan air mata.

Mak Yah sedikit terkejut mendengar bait-bait bicara yang terpacul keluar daripada bibir mungil itu.Sampai macam itu sekali gadis ini fikir?

Mak Yah makin mengeratkan pelukannya.

" Bawak mengucap,cik.Ingat Allah.Tak elok cik cakap macam ni.Allah tahu cik kuat untuk hadapi semua ni.Dia takkan sesekali menduga hambanya di luar kemampuan..."

Mak Yah menenangkan Iman yang sudah diam dalam pelukan.Hanya desahan tangisnya sahaja yang kedengaran.Jiwa tuanya dilanda rasa simpati.Kesian majikannya ini...Bermacam-macam dugaan dia terpaksa hadapi walaupun dalam usia yang masih muda.

" Allah Maha Mengetahui,Maha Mendengar cik Iman.Jangan sesekali kita putus doa dekat Dia.Insyaallah,bila kita sentiasa tawakal kepada-Nya...Dia akan mempermudahkan semua."

Iman hanya mampu mendengar.Lidahnya tidak kuat lagi untuk berkata-kata.

Tanpa mereka sedar,seseorang telah memerhatikan adegan sedih mereka sejak daripada tadi.Haziq menolak rambutnya ke belakang.

Air mata yang bertakung cuba ditahan daripada tumpah.Ayat-ayat pasrah Iman tadi benar-benar meruntun jiwanya.

Dia bersandar pada dinding.Kejadian pada malam itu kembali berlayar semula di dalam ruang minda.

" Maafkan aku,Iman...Aku punca semua ni.Maafkan aku..."


>>>

KREAKK...

" Assalamualaikum."

Adam menutup semula pintu tersebut.Hari ini dia balik juga ke KL setelah seminggu lebih dia bermalam di kampung.Itupun atas desakan daripada abahnya.

Matanya memandang sayu ke arah ruang tamu yang sudah lama dia tidak jejak itu.

Semuanya masih lagi tersusun seperti dahulu.Sama seperti sebelum dia meninggalkan rumah itu untuk pergi ke reunion bersama Iman.

Iman...

Satu baris nama itu meniti di bibirnya.Rasa rindu mula menerpa diri.Ya,dia mengaku...dia rindu akan Iman.Dia rindu isterinya.Kalau masa boleh diundur,mahu sahaja dia memeluk tubuh Iman sewaktu dia menangis di kampung dahulu.Mahu sahaja dia mencium lembut ubun-ubun sang isteri.

Namun,semua itu telah terlambat.Betullah apa orang kata...terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya.

Itulah rasa yang dia hadapi sekarang.Rasa menyesal.

Kakinya melangkah menghampiri salah satu sofa.Punggungnya dilabuhkan di situ.Dia mengeluh.

Tiba-tiba matanya tertancap akan paintbrush berjenama faber castell di atas meja kopi.Perlahan tangannya mencapai item tersebut.

Paintbrush itu dibelek-belek lama.Sedikit kesan gigitan di hujung paintbrush tersebut membuatkan kening Adam sedikit bercantum.

Beberapa minit sahaja,sebelum dia tersenyum nipis.Ni mesti kerja Iman ni.

Teringat kembali dia detik-detik Iman mengajarnya melukis dahulu.Terasa seperti baru semalam sahaja perkara itu berlaku...

Tetapi malang sekali ia tidak.Adam meraup wajahnya.

' Dah tak guna kau menyesal,Adam.Haritu bukan main lagi kau hina dia.Sekarang rindu pulak?Boleh blah!Dia dah benci kau dah pun.Kau cinta lah dia setinggi gunung everest pun,dia mesti takkan balas punya.Perempuan kalau dah tersakiti,takdenya dia bagi peluang kedua...'

Suara hati Adam mula berkata-kata.Adam mengetap bibir.Mungkin betul apa yang hatinya kata.Dia dan Iman pasti tidak dapat bersama lagi.Mungkin cerai adalah perkara yang terbaik.

TOK!TOK!TOK!

Ketukan di pintu utama rumah menyentak Adam daripada lamunannya.Dia menoleh.

Siapa pulak yang datang?

Dengan rasa was-was dia bangun daripada duduk lalu berjalan ke arah muka pintu.

Pantas pintu itu dibuka sebelum Adam terkedu seribu bahasa.Wajah insan di hadapannya itu direnung lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience