BAB 17

Romance Series 29933

ADAM membutangkan kemejanya yang dipakainya itu.Dia menilik imbasan dirinya yang terpantul di dalam cermin solek.Dia tersenyum sendiri.Heh,handsome jugak aku!

Bunyi pintu bilik air dibuka menarik perhatian Adam.Kelihatan Iman yang baru sahaja selesai daripada mandi keluar daripada situ sambil memakai bath coat berwarna berwarna maroon.Menampakkan terus betisnya yang gebu.Adam menggigit bibir bawahnya sambil anak matanya dilarikan ke arah lain.Hisy,minah ni tak habis-habis nak menggoda aku ke apa?!

Iman memandang ke arah Adam pelik.

" Kau dah nak gerak ke?" Tanya Iman seraya melangkah mendekati Adam.Jantung Adam entah mengapa tiba-tiba berdebar.Walaupun kedudukan mereka tidak dekat mana,namun itu sudah cukup untuk Adam bau haruman wangi sabun Lux Lavender Lush yang dipakai oleh Iman.Adam membasahkan bibirnya atas bawah.Selamatlah hari ini bukan hari Jumaat.Kalau tidak memang dah lama dah dia menjalankan 'projek' dengan Iman malam ni!Terus tak jadi pergi dinner!

" Eh,aku tanya kau ni!Kau dah nak pergi ke?" Tanya Iman sekali lagi apabila soalannya tadi tidak dijawab.Adam tersentak.Uish,jauh sangat kau mengelamun ni Adam!

" A-Aku nak geraklah ni.Dahlah bye!" Adam mula melangkah pergi ke muka pintu.

" Eh,Adam!" Panggil Iman.Adam memberhentikan langkah,namun dia langsung tidak menoleh ke belakang semula.Hanya menunggu ayat Iman yang seterusnya.

" Err...K-kalau aku tak pergi dinner malam ni boleh?" Iman meminta izin.Adam tersentak lantas terus memandang memandang ke arah Iman semula.Pandangannya tajam menikam wajah gadis itu.

" Aku tak kira!Aku nak kau datang jugak!Kalau aku tak nampak batang hidung kau kat dinner malam ni,siap!Malam ni aku cium kau puas-puas! " tegas suara Adam kali ini.Iman pula sudah teguk air liur takut.Cium?No again please!

" Ok,aku datang!Puas hati?" Iman menurut.Takut juga dia kalau Adam betul-betul memaksudkan apa yang dia kata tadi.Mamat ni sekarang bukan boleh buat main!Makin menjadi-jadi gatal dia tu!

Adam tersenyum kemenangan.Matanya sempat mengerling ke arah dua buah kotak yang berada di atas katil.

" Tu.Dalam kotak tu ada baju and kasut yang kau wajib pakai malam ni.Aku beli haritu." Adam menjuihkan bibirnya ke arah kotak tersebut.Iman tercengang.

" Eh,tapi-"

" Aku cakap pakai tu pakai jelah!Tak payah nak bagi alasan!Kalau kau tak pakai,kau tunggulah apa yang jadi dekat kau malam ni. " tanpa membazir masa Adam terus menapak keluar daripada bilik itu.Iman membuat muka.

" Tak habis-habis nak ugut orang!Hisy,benci betullah!" Iman mengepal penumbuknya.Geram dia dengan Adam waktu itu hanya Allah yang tahu.Kalau boleh diukur pakai termometer,rasanya dah meletup dah!

Iman menghampiri katil lalu dicapainya dua buah kotak yang dimaksudkan Adam.Salah satu kotak itu dibuka.

" Hah?! " Iman melongo seketika.Isi kandungan kotak itu ditilik tanpa berkedip.Dress?!

Dress berenda putih itu diangkat tinggi.Mamat ni biar betul!Belum pernah lagi dia pakai dress seumur hidup!Kalau ada pun mungkin 13 tahun yang lepas!Sewaktu dia masih lagi bersekolah rendah!

Iman merengus kuat.Satu lagi kotak yang belum dibuka itu dipandanganya dengan perasaan yang sukar hendak digambarkan.Perlahan kotak iti dibuka.

" Dia kata dia ada belikan aku kasut.Please don't said yang dia belikan aku..." kata-kata Iman terhenti apabila matanya tertancap akan kasut bertumit 5 inci itu.Seperti yang dia jangka.Heels!

Iman menggosok-gosok kepalanya yang tidak gatal.

" Aduh...Takkanlah aku nak pakai benda alah ni semua." Iman memandang ke arah heels dan dan dress itu silih berganti.Kukunya digigit menahan geram yang sudah setinggi gunung Everest.Dia mengetap bibir kuat.

" I Hate You,Adam Mukhlis!!!"


>>>

SUASANA di dewan makan itu riuh dengan suara bekas para pelajar 5 Merah.Adam juga turut berada di situ bergelak ketawa bersama dengan kawan-kawan yang lama dia tidak jumpa.Perangai mereka masing-masing masih lagi tidak berubah.Masih lagi pedajal macam dahulu!

" Hoi,kau amacam Hanif?Dah kahwin belum?Dulu bukan main lagi kau kata yang kau nak kahwin lepas SPM! " sembur Razif,salah seorang rakan sekelas mereka iaitu selaku ketua darjah pada zaman dahulu.

Hanif yang tadinya gelak sakan macam pontianak terus terdiam.

" Nak kahwin macam mana?Makwe pun takde lagi!" Sampukan daripada Kamil itu berjaya menggamitkan semula meja kembali.Semua sudah ketawa berdekah-dekah melihat wajah Hanif sudah bertukar cemberut.

" Hi guys!Long time no see..." suara lunak seorang wanita menarik perhatian mereka semua.Dilihat Sandra sudah berdiri di hadapan mereka semua sambil melemparkan sebuah senyuman terlebih gula.

" Hi,Sandra!Pewitt!Makin cun melecun sekarang!" Ujar Hanif melihat kawan lamanya itu.Mana tak cunnya kalau baju pun dah merah menyala.Bukan setakat baju je,gincu pun sama!

" Well...This is Sandra Kirana! " Sandra tersenyum bangga apabila semua kawan memuji kecantikannya pada malam ini.

" Hah,kau Aniq!Daripada tadi duk ketawa berdekah-dekah!Dah berpunya?" Soalan daripada Ayu itu membuatkan Aniq teguk air liur.

" Err...Belum lagi.Tapi aku bukan tak laku.Cuma masih lagi menunggu jodoh." Aniq cuba berkias.Heh,padahal dia sama jugak macam Hanif tadi.

" Menunggu jodohlah sangat!Meremang bulu ketiak aku dengarlah! " Hanif mula ketawa sakan diikuti dengan kawan-kawannya yang lain.Aniq pula mencerlung tajam ke arah Hanif.Hanif ni memang daripada dulu,kaki bahan je kerja dia!

" Samalah kita,Aniq.I pun masih lagi tunggu seseorang sekarang ni." Kata Sandra sambil anak matanya dilirikkan ke arah Adam yang berada di sebelah Aniq.Adam menundukkan wajahnya.Adam tahu 'orang' yang disebut oleh Sandra itu adalah dia.Macamlah di tidak tahu yang gadis itu ada menyimpan perasaan terhadapnya sejak zaman sekolah menengah lagi.Cuma Adam sahaja malas mahu melayan.Bukan kerana Sandra tidak cantik.Gadis itu mempunyai rupas paras yang cukup menarik sekali dengan hidungnya yang sedikit mancung.Namun bagi Adam,cukuplah dia dan gadis itu hanya berkawan sahaja dan tak lebih daripada itu.

" Eh,Adam!Kau dah kenapa diam je harini?Dulu bukan mulut kau paling bising ke?" Sampuk Razif sambil ketawa kecil.

" Amboi!Kau mengata aku nombor 1 eh!" Adam memberikan jelingan maut buat Razif.

" Kau amacam Adam?Takkan single lagi kot.Muka bajet ustaz ni takkanlah takde orang yang berkenan! " seloroh Kamil tiba-tiba.Adam terdiam.Dah agak dah!Mesti soalan berkaitan status ini akan ditujukan kepada dia juga!

Adam menelan air liurnya payah.Terasa susah sekali untuk dia bernafas sekarang.Aniq di sebelah dikerlingnya perlahan.Isyarat mata cuba diberikan kepada Aniq untuk membantunya menjawab namun kawannya itu pula sibuk berbual dengan Ayu.Ceh,dasar kawan tak guna!

" Yang kau terkelip-kelip mata dekat si Aniq tu dah kenapa?!" Pekik Hanif.Pelik dia melihat tingkah laku Adam.Adam tersentak.Alamak,diorang perasan pulak!

" Hah,err...A-A-Aku..."

" Aku..." Adam gagap.Dia melihat Aniq sudah memberikan isyarat kepadanya supaya di memberitahu perkara sebenar.Adam mengeluh.

" Huh...A-Aku sebenarnya...Dah kahwin."

" Hah?!" Seperti yang Adam jangka.Satu meja makan itu terkejut.Mereka semua memandang ke arah Adam tidak percaya.

" Kau dah kahwin?Bila?Aku tahu pun!" Bertubi-tubi soalan keluar daripada mulut Kamil.

" Aku kahwin tak sampai pun sebulan lagi.Kitaorang kahwin simple je kat kampung aku.Yang datang pun saudara mara terdekat je." Tipu Adam.Walhal dia berkahwin dengan Iman di pejabat agama!Haih...

" Kau kahwin dengan siapa ni?Kitaorang kenal ke?" Inilah soalan yang paling tidak mahu dijawab oleh Adam.Dia menggigit bibir bawah.Perlu ke dia beritahu yang dia telah berkahwin dengan Iman?Apa reaksi kawan-kawannya nanti.

" Err...A-Aku kahwin dengan-"

" MAK KAU TERGOLEK! "

Baru sahaja Adam mahu menjawab namun latah seseorang telah memutuskan ayatnya.Semua di situ memandang ke arah muka pintu iaitu dari mana suara itu datang.

Di situ terdapat dua orang wanita.Lagi seorang sudah jatuh menyembam tanah manakala yang seorang lagi sedang cuba membantu.
Adam memerhatikan gadis yang jatuh itu.Baju tu...Macam aku kenal?

Wait...I-Itu bukan ke?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience