BAB 3

Romance Series 29935

MEETING pada pagi itu berjaya berjalan dengan lancar.Semua staff Hotel Muzaffar mula mengorak langkah untuk keluar daripada meeting room termasuklah Adam.

" Adam! " panggil Haziq agak kuat.Langkah Adam terhenti,pantas dia berpaling ke belakang.

" Ya,ada apa Encik Haziq?" Tanya Adam sopan lalu menghampiri semula ke arah Haziq yang masih lagi duduk di kerusi.

" Err...Saya nak tanya something ni."

" Something?Apa ya?"

Haziq menelan air liurnya kelat.Patutkah dia bertanya soalan ini?

EHEM!

Adam berdehem kecil menyebabkan Haziq tersentak daripada lamunannya.Dia tersenyum nipis.

" Hmmm,awak kenal ke...Iman?"

" Iman?....." Adam berfikir sejenak.Lama dia mendiamkan diri cuba memproses otaknya semula.Iman?Ada ke aku kenal orang nama Iman sebelum ni?

" Oh,Iman!Maksud encik Iman Safiya ke?" Adam kembali mengingati kawannya nan seorang itu.Kawan yang tak rapat mana pun.Cuma rakan sekelas sewaktu zaman sekolah menengah sahaja.

Haziq tersenyum sinis.Nampaknya betullah tekaannya.Adam merupakan lelaki yang dicari!

" Kenapa Encik tanya?" Tanya Adam pelik.

" Oh,takde apa-apa.Saja tanya.Emm,saya rasa tu je kot.Awak boleh keluar sekarang." Jawab Haziq agak gugup.Adam pelik.Tanpa berfikir panjang dia terus melangkah keluar daripada bilik mesyuarat itu.

" Kenapa dia tanya pasal Iman?" Gumam Adam sendiri tatkala pintu bilik itu ditutup.Soalan itu hanya dibiarkan tidak berjawab.Adam mengangkat bahunya.Huh,lantaklah!Bukan urusannya pun.

                              >>>

" Iman!Cepatlah sikit!" Laung Haziq daripada halaman rumah.Jam di tangan dikerlingnya.30 minit lagi sebelum pukul 8 malam.Dia mendengus.

" Ya,aku dah siap dah ni." Jawab Iman seraya mengunci pintu rumah.Dia menghampiri ke arah kereta Honda Accord itu.

Haziq tercengang.Dia memandang Iman atas bawah.

" Takkanlah baju ni je kau pakai?! " Hoodie hitam yang dipakai oleh Iman itu ditiliknya sekali lagi.

" Yelah.Habistu?" Iman pelik.Setakat annual dinner je pun , bukannya apa kan?

" Hoi,kita ni nak pergi annual dinner tau bukannya nak pergi lepak kedai mamak!Dah cepat pergi tukar! " arah Haziq berang.

" Heh,kalau macam tu aku malaslah nak pergi.Takde masa aku nak tukar-tukar baju bagai! " Iman membangkang.Kakinya mula melangkah menuju semula ke muka pintu.Daripada dia pergi annual dinner,lebih baik dia tengok tv kat rumah!Lagi berfaedah!

" Yelah-yelah!Pakai je baju tu!Dah cepat masuk kereta!" Halang Haziq.Malas lagi dia mahu panjangkan cerita.Pintu pemandu Honda Accord itu dibuka lalu ditutupnya kasar.

Iman mendengus.Dia kalau bab-bab keluar rumah ni memang dia tidak suka!Baik duduk rumah je,banyak boleh benda buat!

PONNNNN!

Haziq membunyikan hon keretanya tatkala melihat adiknya itu masih lagi tidak berganjak daripada kedudukannya tadi.Iman terkejut.Dengan malas dia melangkah longlai ke arah kereta tersebut kembali.

" Aduh!Malang betul nasib aku harini!" 

                            >>>

Haziq mengerling sekilas ke arah Iman yang sedang menilik handphonenya sejak daripada tadi.Dia berdehem kecil.

EHEM!

Iman memalingkan wajahnya ke arah Haziq.Dia berkerut.Dah kenapa nak berdehem-dehem bagai ni?Dah tak boleh nak panggil macam biasa?

" Kau pahal?!" Tanya Iman dingin.Malas dia mahu bersopan santun dengan abangnya.Kalau tak disebabkan Haziq,pasti sekarang dia berada di rumah,melayan drama TV3.Haish,geram!

" Saja.Aku tengok kau daripada tadi tengok phone.Kau tak penat ke?" Iman memandangnya pelik.Sejak bila Encik Haziq Ikhwan ni ambil tahu sangat pasal dia tengok phone ke tidak ni?Pelik!

" Habistu kau nak suruh aku buat apa lagi?Borak ngan kau?Heh,tak apalah!Aku lagi rela hadap phone ni seribu tahun daripada kena berborak dengan kau!" Pedas lagi berbisa ayat Iman lontarkan kepada Haziq.Haziq hanya tersenyum nipis.Sudah masak dengan mulut Iman yang memang tak ada insurans!

Sekali lagi dia memandang ke arah Iman yang sudah melihat handphonenya kembali.

' Iman...Aku harap apa yang aku rancang malam ni,dapat kembalikan kau yang dulu balik....'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience