BAB 9

Romance Series 29933

Pintu rumah banglo itu dibuka oleh Haziq perlahan.Iman hanya mengekorinya daripada belakang.Masih lagi terngiang-ngiang di telinganya akad nikah yang dilafazkan oleh Adam sebentar tadi.Sungguh Iman tidak sangka segalanya sudah berubah sekelip mata.Status dia semalam dan hari ini sudah jauh berbeza!

Iman hanya mampu memandang ke arah jubin rumah itu.Perasaan kecewa dan geram mula merasuki dirinya.

" Puas hati kau sekarang?" Soal Iman tiba-tiba.Kepalanya didongakkan lalu memandang tajam ke arah Haziq.Langkah Haziq terhenti.Dia memusingkan badannya menghadap Iman.

" Apa yang kau cakap ni?" Soal Haziq semula.Peluh mula merenek di dahinya.

" Heh,kau jangan nak berlakon lagilah!Aku dah tahu semua benda!" Suara Iman sudah naik seoktaf.Matanya tajam menikam ke dalam anak mata Haziq.

" A-Aku tak faham.Berlakon?Berlakon apa?" Haziq cuba memutarkan belitkan keadaan.Dia sudah menelan air liur pahit.I-Iman dah tahu ke?

" Kau!Kau yang rancang semua benda nikan!Kau yang perangkap aku dengan Adam betul tak?!" Ujar Iman marah.Haziq terkelu.Giginya diketap.Dia memandang ke dalam anak mata Iman.Anak mata itu jelas menunjukkan bahawa adiknya sedang berada di dalam keadaan yang sangat marah.Ya,marah dan kecewa.

" Apa benda kau merepek ni Iman?Kau penat ni,dahlah pergi masuk tidur." Haziq cuba mencipta alasan.Alasan yang dia rasakan cukup masuk akal.

Iman mula ketawa kecil.Lelaki di hadapannya itu dipandang tanpa berkedip.

" Cukuplah kau nak bodohkan aku,Haziq.Kalau bukan kau yang rancang,habistu benda ni apa?!" Iman mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya.Bekas kecil itu ditalakan ke arah Haziq.

Mata Haziq membuntang.Dia melihat bekas kecil yang dipegang oleh Iman itu.Ya,bekas kecil yang mengandungi ubat yang menyebabkan Iman pengsan semalam.Macam mana benda tu boleh ada pada tangan Iman?

" M-mana kau dapat benda tu?" Haziq mula bersuara bersama dengan riak muka terkejut yang sudah tidak mampu untuk dikawal.Iman sudah tersenyum sinis melihat perkara itu.

" Aku jumpa benda ni waktu aku nak naik kereta kau tadi.Kau memang bodohkan?Pandai perangkap adik sendiri,tapi tak pandai nak sorokkan barang bukti.Heh,stupid!" Iman mencampakkan bekas kecil itu ke badan Haziq.Rasa marah dan kecewa sudah tidak mampu lagi dia sorokkan.

" I-Iman...A-Aku boleh explain benda ni."

" Kau nak explain apa lagi?!Haziq,apa yang kau nak sebenarnya hah?!Apa salah aku sampai kau buat aku macam ni?!" Air mata mula bertakung di tubir mata Iman.Dia sedih.Dia kecewa.Kecewa apabila dirinya dilakukan sedemikian rupa.

" Aku buat semua ni untuk kau."

" Untuk apa?!Untuk menjahanamkan hidup aku?!" Air matanya jatuh setitis demi setitik.Iman sudah tersedu sedan.

" Tak,Iman.Aku buat semua ni sebab aku rindu kau yang dulu.Aku rindu senyuman kau.Aku rindu gelak tawa kau." Haziq mula menyatakan sebabnya melakukan semua itu.Tidak sanggup lagi dia mahu berbohong apabila melihat adik kesayangannya itu sudah mengalirkan air mata.

Iman hanya mendiamkan diri.Menunggu pengakuan Haziq yang seterusnya.

" Kalau kau nak tahu,setiap hari aku terfikir.Adakah aku gagal sebagai seorang abang?Sampai kau jadi macam ni.Hidup dalam bayangan arwah mama dan papa." Tanpa Haziq sedar setitis air matanya jatuh ke pipi.Namun,tidak terdetik pun di hatinya untuk mengesat air mata itu.Biarlah ia mengalir jatuh.Dia sudah tidak mampu untuk menahannya lagi.

" Sebab tu,aku masuk dalam bilik lukisan kau.Aku dapat rasa yang jawapan untuk soalan aku ada dekat situ.Dan tekaan aku betul,lepas je aku nampak potret gambar Adam.Dan dari hari tulah aku tahu,yang kau ada simpan perasaan kat dia." Iman terkesima.Jadi,Haziq sudah tahu rahsiannya nan satu itu?Yang dia sukakan Adam?

" Sejak daripada itu,aku mula bina satu rancangan.Rancangan untuk satukan kau dengan Adam.Aku pun tak tahu kenapa aku rancang benda tu,tapi jauh dalam hati aku cakap...Yang hanya Adam je yang boleh kembalikan kau yang dulu balik."

" Sebab tu aku buat semua ni,Iman.Ya,aku mengaku yang aku yang perangkap kau dengan Adam.Aku yang telefon pejabat agama sampai korang kena tangkap basah.Tapi aku terpaksa buat semua ni.Sebab aku tahu,yang ni je jalannya untuk aku satukan korang." Haziq memberhentikan kata-katanya.Dia menarik nafas dalam.

" Aku minta maaf,Iman.Aku tahu kau marahkan aku.Tapi percayalah,aku yakin yang Adam mampu bahagiakan kau,dan balikkan senyuman kau yang dulu.Aku buat semua ni sebab aku sayangkan kau,Iman.Aku sayang kau sangat-sangat."Haziq meluahkan semua yang terbuku di hatinya.Dia memandang sayu ke arah Iman yang hanya berdiam diri daripada tadi.Hanya tersedu-sedan sahaja gadis itu.

" Haziq..." panggil Iman lirih.Bibirnya terketar-ketar untuk bercakap.

" Aku  mengaku,yang aku memang sukakan Adam.Tapi aku hanya sukakan dia dalam diam.Tak pernah terlintas pun dalam fikiran aku untuk kahwin dengan dia.Sebab aku sedar siapa aku.Mana mungkin perempuan macam aku ni layak nak digandingkan dengan dia yang femes tu?"

" Malangnya jangkaan aku selama ni salah.Aku dah kahwin dah dengan dia sekarang ni.Terima kasih sangat Haziq sebab sanggup buat 'perngorbanan besar' ni untuk aku.Tapi aku mintak maaf.Kalau kau rasa dengan kahwinkan aku dengan Adam dapat buat aku bahagia,kau silap,Haziq.Sebab aku tak rasa perasaan bahagia tu sekarang." Selesai sahaja berkata,Iman terus melangkah pergi meninggalkan Haziq yang sudah terdiam seribu bahasa.Iman sakit.Tak pernah terjangkau dalam fikirannya yang perkara ini akan berlaku.

Haziq meraup mukanya yang sudah basah dek air mata.Rasa bersalah menyebulungi dirinya.Dia gagal sebagai seorang abang!

" Kau bodoh,Haziq!Kau memang bodoh!" Haziq menampar-nampar dirinya sendiri.Menyedari kesalahan yang dia lakukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience