BAB 18

Romance Series 29933

" Sorry cik.Saya betul tak sengaja." Ucap gadis itu sambil menolong Iman untuk bangun.

" Eh takpe-takpe.Ok je ni." Gadis itu tersenyum sebelum dia berlalu pergi.Iman mengusap betisnya yang terasa sakit.

" Eeee!Ni semua salah heels kau Adam! " rungut Iman sendiri.Dia kembali mengimbangkan badannya semula seraya menoleh ke belakang.Dia tergamam.Semua mata bekas pelajar 5 Merah tertumpu kepadanya sekarang!

Iman tidak tahu mahu buat apa.Jantungnya berdegup kencang setelah sekian lama dia tidak bertemu mereka semua.Yang dia mampu lakukan waktu itu cumalah membuat tersenyum paksa sahaja.

Adam terkesima melihat ciptaan indah Allah di hadapan mereka semua ini.I-ini Iman Safiya ke?

Iman ditiliknya atas bawah.Gadis itu nampak cantik hari ini dengan mengenakan pakaian yang dibelinya.Mukanya yang selama ini suci tanpa sebarang make-up pun tercalit sedikit dengan pemerah pipi dan gincu berwarna merah jambu.Wah,belum pernah lagi dia nampak Iman berhias seperti ini!

Namun lamunan Adam terhenti tatkala dia merasakan tangannya pedih dek kerana dicubit seseorang.Wajah Aniq disebelah dipandang.

" Pergilah tolong dia kat depan tu." Bisik Aniq agak tegas.Kesian juga dia apabila melihat Iman terkial-kial seorang diri di situ.Adam tepuk dahi.Terlupa pulak!

" Eh,sayang! " Adam bangun daripada kerusi lalu menuju ke arah Iman.Kawan-kawannya yang lain termasuk Iman sudah melongo.Sayang?

" So guys,as you know this is Iman Safiya.Our clasmate and also..."

Adam sengaja memberhentikan ayatnya.Dia memeluk bahu Iman erat.

" She's my wife." Semua orang di situ terkejut.Mulut mereka semua sudah ternganga mendengar pengakuan Adam itu.Sandra sudah membeliakkan mata.Tidak percaya lelaki yang menjadi pujaan hatinya itu sudah berpunya.

" Uyooo Adam..." mereka di situ mula bersorak.Adam hanya tayang sengih sumbing.

" Dah jom duduk,sayang." Lembut Adam berkata seraya memaut tangan Iman kemas.Iman hanya tersenyum palsu.Amboi,bukan main lagi mamat ni!Siap bersayang-sayang bagai!

Iman mengambil duduk di sebelah Adam.Iman cuba memaniskan mukanya.

" Wow,Adam!Unexpectable betul!Tak sangka jodoh kau dengan ex-classmate yang sorang ni! " seloroh Razif.

" Kalau dah jodoh tak ke mana kan..." Adam mengerling ke arah Iman di sebelahnya sambil mengenyitkan matanya nakal.Iman menelan air liurnya.Tak tahu lah nak terpikat ke nak termuntah.

Mereka mula berbual-bual sambil menikmati hidangan yang disediakan.Sesekali pasti Adam akan menyakat Iman sehingga menyebabkan kawan-kawannya tertawa melihat gelagat pasangan itu.Iman cuba menahan sabar di hati.Haih...Kau tunggu aku balas nanti Adam!

Tanpa mereka sedar,rupa-rupanya Sandra memerhatikan sejak daripada tadi.Pandangannya mautnya dihadiahkan buat Iman sambil menikmati makanannya.


>>>

IMAN merenung ke arah malam yang kelam itu.Sengaja dia mengambil angin di luar balkoni ini.Malas lagi dia mahu duduk di dalam.Nanti tak pasal-pasal kena sakat dengan Adam lagi.

" Iman Safiya,am I right?" Sapa satu suara yang tiba-tiba muncul di sebelah Iman.Gadis itu menoleh.

Sandra.

Iman menhadiahkan senyuman manis kepada gadis itu.Mana mungkin dia akan lupakan.Sandralah penyebab dia digelar psycho suatu ketika dahulu.Sandralah yang menyebabkan semua orang takut hendak menegurnya.Semuanya gara-gara dia!Dialah penyebar fitnah itu!

" Yes,I am.Long time no see you,Sandra." Iman cuba bermanis mulut.

" Haah.Dah lama tak jumpa.Actually I datang ni pun bukannya nak berborak dengan you.I just nak tanya something."

Dahi Iman berkerut.

" Tanya apa?" Sandra memandang tepat ke dalam anak mata Iman.Atau lebih tepat lagi,memandang dengan penuh rasa kebencian.

" You guna ilmu apa ye sampai Adam boleh kahwin dengan you?" Soalan yang diajukan oleh Sandra itu betul-betul menyakitkan hati Iman.

" Ilmu?Ilmu apa?" Iman pura-pura tidak tahu.

" You jangan nak tunjuk bodoh depan I lah Iman.Macamlah I tak tahu.You guna minyak pengasih kan dekat Adam.Sebab tu you boleh kahwin dengan dia. " tuduhan daripada Sandra itu membuatkan Iman panas telinga.

" Sandra,I ni Islam tau.Tahu mana halal mana haram.Takkanlah I nak buat benda syirik tu!" Iman cuba membalas.Cukuplah selama ni dia berdiam diri.Hari ini dia akan bersuara!

" Kalau dah psycho tu,benda haram pun dihalalkan.Betul tak?" Sandra tersenyum sinis memandang Iman.Iman mendengus geram.

" Dahlah,Sandra.Kalau you datang sini semata nak sakitkan hati I,baik you blah lah." Iman memalingkan wajahnya.Malas lagi dia mahu memandang wajah Sandra yang bongkak itu.Rasa macam nak bagi je penampar sekali!

" No!I tak nak pergi!I tahu ada something yang jadi between you dengan Adam.Kalau tak mungkin punya Adam tu nak kahwin dengan you." Iman hanya diam membisu.Harap dengan senyap itu dapat menghalau Sandra pergi.

Sandra menggigit bibir geram.

" Hey,you tahu tak!I dah tunggu Adam tu 10 tahun tau!Daripada form 1 lagi I suka dia.Tapi at last you yang kahwin dengan dia.You ni memang dasar perempuan sundal kan!" Maki Sandra geram.Daripada tadi lagi dia tahan rasa ini.

" Alhamdulillah lah dia dijodohkan dengan I yang sundal tapi baik ni.Daripada dengan you,mukanya je lawa.Tapi mulut busuk tahap nauzubillah!Loji kumbahan pun kalah! " sembur Iman.Hah,rasakan kau sebijik!

Mata Sandra terbeliak.Dah berani menjawab dah rupanya!

" Kau memang cari pasal dengan aku kan perempuan!" Sandra naik angin.Dia merentap kuat rambut Iman sehingga menyebabkan tubuh gadis itu terandah ke belakang.

" Hisy,apa masalah kau ni Sandra!" Iman terkejut.Tak sangka Sandra berani naik tangan.

" Apa masalah aku?!Kau tu yang cari pasal ngan aku kau tau tak!Dasar perampas!" Sandra terus-terusan menarik rambut Iman.Melepaskan rasa geram yang teramat.

" Sandra stop it! " Iman cuba melawan cara baik, namun Sandra langsung tidak berhenti.Geramnya sudah sampai level tertinggi.

" Sandra..." rayu Iman.Dia cuba membalas namun kulit kepalanya rasa pedih seperti nak tertanggal.Mulutnya menyeringai menahan sakit.

" Sandra!" Dengan semua kudrat yang ada Iman menolak tubuh Sandra namun itu semua hanya sia-sia.Tubuh wanita itu langsung tidak berganjak.Peh,boleh tahan kuat minah ni!

" Kau dah rampas hak aku tahu tak!Kau dah rampas hak aku!" Sandra menolak kuat tubuh Iman.

KRAKKK!

Iman jatuh terjelopok ke atas tanah.Dia pantas melihatnya bahunya!Shit!

Baju di bahagian bahunya sudah terkoyak sekaligus menampakkan tali baju dalamnya yang berwarna merah.Pantas dia cuba menutup bahagian itu.

" Engkau ni memang...."

" Sandra!!!" Teriak Adam lantang.Langkah Sandra terhenti.Matanya memandang ke arah Adam yang sudah berlari mendapatkan Iman.

" Apa kau buat ni hah?! " tanya Adam berang.Pandangan tajam dihadiahkan buat Sandra.

" Adam,no!Perempuan tu yang cari pasal dengan I dulu!Dia kurang ajar!"

Adam tidak melayan Sandra tetapi dia cuba membantu Iman untuk bangun.

" Iman kau ok ke?" Iman hanya mengangguk perlahan.Tangannya masih lagi terkial-kial untuk menutup bahunya yang terdedah.

Adam yang perasan akan perkara itu tersentak.Lantas dia cepat-cepat menanggalkan baju kemeja yang dipakainya lalu diletakkan di tubuh kecil Iman.Selamatlah dia ada memakai t-shirt lengan pendek di dalam.

" Adam...Please dengar expalanation I!I tak salah!Perempuan ni yang mula-mula dulu-"

" Shut up Sandra! " lantang Adam berpekik.Sandra kecut perut.Tidak berani lagi dia mahu mendekati Adam.

" I nak you dengar eh Sandra.Don't you ever dare to touch my wife again!" Garang lagi tegas amaran yang diberikan oleh Adam.Dia dan Iman mula melangkah keluar daripada situ.Meninggalkan Sandra dan rakan-rakannya yang sudah melongo.

" Adam!Adam!" Sandra cuba untuk memanggil Adam tapi sedikit pun Adam tidak berpaling.Kakinya dihentak-hentak geram.Hisy!


>>>

PINTU bilik itu dibuka lalu Adam membawa Iman masuk.Gadis itu didudukkan di birai katil.

Sejak daripada tadi Iman hanya membisukan diri.Sepatah perkataan pun tidak keluar daripada bibir mungilnya itu.

" Iman..." panggil Adam lembut.Iman tidak berpaling sebaliknya matanya asyik dilemparkan ke arah lantai.

" Iman...Aku mintak maaf pasal Sandra tadi.Aku tahu aku punca korang gaduh kan?" Masih lagi diam.Adam mengeluh sendiri.

" Iman..." Adam cuba memujuk.Hatinya tidak tenang apila melihat Iman sebegitu rupa.

Iman menarik nafasnya dalam sebelum melepaskannya berat.Dia mengeluh.

" Apa salah aku,Adam?Kenapa semua orang benci aku?" Akhirnya Iman bersuara dengan bertanya soalan yang tidak mampu Adam jawab.

" Aku tahu semua orang gelar aku psycho,anti-social.Tapi salah ke aku nak bahagia?Salahkah aku nak rasa semua tu?" Iman menoleh ke arah Adam.Hati lelaki Adam terusik tatkala dia melihat air mata bergenang di tubir mata bundar itu.

" Iman..."

" Aku tahu kau pun anggap aku psycho Adam.Aku mintak maaf kalau-"

" Shhh..." Adam meletakkan jari telunjuknya di bibir gadis itu.Kata-kata Iman terhenti.Pandangan mata mereka berdua bertaut lama.

" Aku tak pernah anggap kau psycho Iman.Walaupun perangai kau pelik,tapi aku tahu yang kau sebenarnya ada masalah yang kau pendam.Dan tekaan aku betul.Sepanjang aku kahwin dengan kau,aku sendiri dapat tengok sisi lain kau Iman.Sisi yang hanya aku je nampak yang orang lain tak." Luah Adam ikhlas.Iman terkesima.Hatinya dipagut rasa terharu yang amat.Sungguh dia tidak menyangka luahan seikhlas ini datang daripada seorang Adam Mukhlis.Atau lebih tepat lagi,suaminya sendiri.

" Aku nak kau tahu Iman.Mulai hari ini aku akan sentiasa ada dengan kau.Aku takkan biarkan kau menangis lagi."

" Betul?" Duga Iman.

" Betul,sayang..." Adam tersenyum penuh makna.Perlahan-lahan bibirnya mengucup lembut dahi Iman.Iman tersentuh.Tidak menyangka akan perkara itu.Tanpa sedar satu senyuman terbit di bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience