BAB 20

Romance Series 29933

IMAN menghirup udara segar pada petang itu.Sudah lama agaknya dia tidak menghirup udara pantai.Maklumlah dulu bukannya dia rajin keluar rumah pun.Pantai yang terbentang luas di hadapannya dipandang sayu.

Adam hanya merenung Iman daripada jauh.Tersenyum senget dia apabila melihat Iman begitu leka menikmati panorama itu.Dia memasukkan tangannya ke dalam poket seluar sebelum mula menapak menghampiri Iman.

" Cantik kan?Pandai betul aku pilih tempat honeymoon." Adam memuji dirinya sendiri.Cuba untuk meraih perhatian isterinya.Namun,itu semua hanya sia-sia apabila Iman hanya diam tanpa kata.Malah,gadis itu mula menundukkan wajahnya.Alamak,aku salah cakap ke?!

" Eh,Iman.Kau dah kenapa monyok pulak aku tengok ni.Tadi bukan main lagi kau senyum sampai ke telinga.Sekarang masam je macam asam keping rumah mak aku apahal?" Tanya Adam.Sisi Iman direnung lama menunggu jawapan.Tapi hampa.Gadis itu masih lagi kaku sahaja.Adam menggigit tepi bibirnya.Geram pulak!Aku dah bawak pergi honeymoon pun tak reti nak senyum ke?!

" Iman..Apa masalah kau ni?Kalau ada masalah share jelah dengan aku.Tak payahlah nak..."

" Aku rindu mama dengan papa aku,Adam." Pintas Iman menyebabkan Adam tergamam.Iman kembali mendongakkan wajahnya.Dia tersenyum bersama dengan air mata yang sudah meniti di tubir mata.

" Dulu waktu aku kecil,mama dengan papa selalu bawak aku dengan Haziq berkelah dekat pantai.Berenang sama-sama.Makan sama-sama.Semuanya kitaorang buat berempat." Iman menghentikan ayatnya tatkala setitis air matanya jatuh.Cepat-cepat dia mengesat menggunakan belakang tangannya.Jangan menangis depan Adam lagi Iman...You are strong right?

" Tapi sekarang aku tak sangka...Yang aku dah tak mampu nak rasa semua benda tu lagi.Aku rindu benda tu semua.Kalaulah aku dapat ulang balik masa..." Sambung Iman sebak.Suasana sepi seketika diantara mereka berdua.Adam juga turut dilanda rasa sayu.Wajah Umi dan Abahnya mula berlayar di dalam ingatan.Apalah khabar mereka berdua sekarang...

Perlahan Adam mendekati Iman sebelum dia merangkul lembut pergelangan isterinya itu.Wajah Iman ditolehkan supaya memandangnya.Ditatapnya wajah itu dengan penuh sayu.

" Kau jangan risau Iman.Insyallah,aku pasti suatu hari nanti,kau akan rasa semua tu balik.Cuma dengan situasi yang berbeza." Kata-kata Adam itu membuatkan kening Iman bercantum.Rasa semua tu balik?Macam mana?

" Maksud kau?" Adam tersenyum nakal.Minah ni tak faham rupanya.

" Maksud aku,3 tahun akan datang kita datang sini balik eh.Engkau,aku dengan anak-anak kita.Ok?"

GLUP!

Iman meneguk air liurnya yang terasa payah sekali hendak ditelan.Patutlah daripada tadi mamat ni asyik tersengih je.Ada 'permintaan' rupanya.

" Err...A-Aku hauslah.A-Aku pergi beli air kejaplah.Kau tunggu sini eh." Tanpa berlengah Iman terus melangkah pergi meninggalkan Adam yang masih lagi menayangkan satu senyuman bergula.Lelaki itu hanya menghantar langkah Iman melalui pandangan mata.

Haih...Iman Safiya.Malulah tu!


>>>

JAM sudah menunjukkan pukul 8.30 malam.Iman yang duduk di atas katil hanya tersenyum sendiri.Fikirannya kembali belayar mengingati bait-bait kata Adam pada petang tadi.

" Maksud aku,3 tahun akan datang kita datang sini balik eh.Engkau,aku dengan anak-anak kita.Ok?"

Anak-anak kita?Maksudnya dia dah boleh terima aku sebagai isteri ke?Ataupun dia main-main je?

Iman menggelengkan kepalanya berulang kali.Hah,tak kesahlah!Janji dia happy gila sekarang ni.Yelah,siapa je tak happy bila lelaki yang kita puja selama ni nak ada anak dengan kita kan?

" Kau dah kenapa tersengih sorang-sorang ni?" Ujar Adam tiba-tiba.Iman terkejut lantas menggaru belakang tengkuknya.

" Err...Mana ada." Tipu Iman.Dia cuba untuk menutup gugupnya kala itu.

" Yelah tu.Dah aku nak keluar kejap tau.Nak jumpa kawan.Before pukul 10 aku balik." Ujar Adam membawa kerutan di dahi Iman.Kawan?Siapa?Kalau betul kawan kenapa dia tak ajak aku sekali?

" Kalau aku nak ikut boleh?" Pinta Iman tanpa berselindung

" Tak payah!Aku keluar sekejap je.Kau duduk je kat dalam bilik." Adam menegah.Iman tarik muncung.Alaaa...Nak ikut pun tak boleh.Kata honeymoon.

" Dahlah aku pergi dulu.Nanti lambat.Bye." Adam terus pergi meninggalkan Iman yang sudah membuat muka.Cis,dasar jantan tak sweet!Sepatutnya malam ni bawalah aku pergi candlelight dinner ke apa ke,ini boleh dia pergi jumpa kawan pulak?Apalah nasib aku...

Iman mendengus perlahan.


>>>

ADAM mendecit geram.Sudah hampir 20 minit dia duduk bertenggek di tepi jalan raya ini.Namun batang hidung pun langsung tidak nampak.

VROOM!VROOM!

Bunyi deruman motor itu menarik perhatian Adam lantas dia menoleh.Daripada jauh dia dapat melihat seorang lelaki bersama dengan motor kapcainya menghampiri dia.Lelaki itu hanya tersengih.

" Apasal kau lambat?" Tanya Adam sebaik sahaja motor itu diberhentikan di hadapan kereta miliknya.Aniq hanya tayang sengih.

" Sorrylah.Aku terlupa tadi." Ujar Aniq sambil mengeluarkan sesuatu daripada raga motor.Adam hanya menjelingnya tajam.Aniq dengan sikap pelupa memang sukar untuk dipisahkan.

" Hah,mana barang yang aku suruh bawak tu?" Tanya Adam.

" Ni.Barang ni baik punya daripada ladang!" Aniq menghulurkan item tersebut sambil tangannya lagi satu membuat tanda 'good'.Adam menyambutnya dengan perasaan ragu-ragu.

" Kau pasti benda ni menjadi?" Adam meminta kepastian.

" Pasti menjadi punyalah!Tongkat Ali ni turun temurun tau!Daripada zaman bapak aku lagi!Dulu bapak aku guna nilah dulu untuk dapatkan aku.Last-last dapat jugak.Alhamdulillah!" Beriya Aniq bercerita.Dengan tangan-tangan sekali kaw!

Adam hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal.Peket tongkat ali di tangannya direnung sekilas.

" Err...Kalau macam tu aku balik dululah,Aniq.Terima kasih tau.Kirim salam dekat mak dengan ayah kau nanti." Adam melangkah menuju ke pintu kereta.

" No problemlah,bro!Lepasni bagi hadiah anak buah eh kat aku.Bye! " Aniq juga menuju ke motor kapcainya.Enjin motor dihidupkan lalu laju dia menderum meninggalkan tempat itu.

Sementara itu,Adam menyandarkan belakangnya ke atas seat kereta.Dia menghela nafas sedikit lega.Selamatlah Aniq mengambil cuti untuk balik ke kampungnya pagi tadi dan kampungnya itu berdekatan dengan hotel yang dia dudukinya sekarang.Kalau tidak manalah agaknya dia mahu mencari tongkat ali malam-malam buta begini.

Peket tongkat ali yang berada di seat penumpang di sebelahnya direnung sebelum dia tersenyum nakal.

" Iman...Tunggu.Aku dah nak balik ni."

>>>

ADAM menghirup air tongkat ali itu sampai habis dengan hanya sekali nafas.Cawan itu dia letakkan di tepi.Wah,aura dia lain macam lepas minum tu!

Dia terus menghampiri katil lalu merebahkan badannya di situ.Dia berpura-pura.Let's start the game now!

KREAK!

Iman keluar daripada bilik air.Dahinya berkerut apabila melihat Adam sudahpun lena.Bukan main awal lagi mamat ni tidur.Penat sangat ke?

Dia menutup suis lampu.Malas nak fikir panjang,dia terus menapak ke arah katil dengan berbekalkan cahaya lampu tidur.Dah alang-alang si Adam ni tidur awal,baik dia pun join sekaki!

Namun baru sahaja Iman mahu menarik selimut,tangannya terus disambar oleh Adam.Iman tersentak.

" Iman...tolong aku." Ujar Adam seakan merayu.

" Tolong?Tolong apa?"

Adam lantas bangun daripada pembaringannya lalu duduk bertentangan dengan Iman.Bahunya sengaja digerak-gerakkan berulang kali.

" Tolong urut bahu aku.Lenguhlah." Iman membuat muka.Malam-malam nilah dia nak lenguh bagai.

" Kau urutlah sendiri.Aku ngantuk dah ni."

" Alaaa...Please Iman..." Adam membuat itonasi comel sekaligus membuatkan Iman tidak keruan.Dengan terpaksa,Iman menyentuh bahu Adam itu lalu diurutnya perlahan.Adam tersenyum kemenangan.Nampaknya tupai sudah masuk perangkap yaaa!

" Dah?" Tanya Iman.

" Eh belum lagi.Atas sikit.Atas sikit." Iman hanya menurut.Bergetar juga sebenarnya tangannya waktu.Tidak sangka dia dapat menyentuh bahu Adam.Boleh tahan keras jugak!

" Bawah sikit Iman.Hah kat situ.Uishhh,sedapnyaa..." Adam sudah tersenyum meleret.Tanpa Iman sedar rupa-rupanya tangan kanan Adam mula meliar menuju ke suis lamppu tidur sebelum...

TUP!

Suis lampu tidur dipadamkan sekaligus menyebabkan keadaan di dalam bilik itu menjadi gelap gelita.Iman tersentak.

" Yang kau pergi tutup lampu tu dah kenapa?Bukak balik! " arah Iman seraya menepuk perlahan bahu suaminya.Namun Adam hanya diam.Hanya desahan nafasnya sahaja yang kedengaran.

" Eh kau dengar tak ni?Bukak lampu tu balik! " masih lagi sama.Arahan itu lansung tidak dihiraukan oleh Adam.Iman sudah mendecit geram.Dia ingat ni filem vampire ke apa?!

Perlahan-lahan Iman cuba menghampiri lampu tidur.Namun baru sahaja dia mahu membuka suisnya kembali,tangannya direntap kasar oleh Adam.Iman terkejut.Amboi,main kasar pulak mamat ni!

" Lepaslah!Main pegang-pegang tangan pulak!Aku nak bukak..." kata-kata Iman terhenti tatkala dia merasakan bibirnya dipagut oleh sesuatu.Iman tergamam.

Adam pula langsung tidak menghiraukan isterinya yang sudah beku itu.Dia mencium bibir Iman puas.Setelah hampir sebulan berpuasa,akhirnya bibir itu menjadi miliknya jua.Hampir 5 minit mereka dalam keadaan itu sebelum bibir mungil itu dilepaskan.Adam tersenyum sendiri apabila melihat Iman yang sudah menggigil.Betul ke apa yang dah jadi tadi?

" A-Adam...Aku..." Baru sahaja Iman mahu bersuara tetapi Adam lebih pantas.Jari telunjuknya diletakkan tepat di tengah bibir gadis itu.

" Shh...Goodnight sayang.Welcome to our dreams..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience