BAB 29 ( AKHIR )

Romance Series 29933

" Assalamualaikum."

Tunak mata itu memandang ke arah Adam.Adam menelan air liurnya kelat.Sudah lama rasanya dia tidak bersua muka dengan insan di hadapannya ini.

" W-Waalaikummussalam." Gagap Adam menjawab.Takut-takut dia hendak bertentangan mata dengan lelaki tersebut.

" Boleh aku masuk? "

Lelaki itu meminta izin.Adam hanya menganguk sekali sebelum memberi ruang kepadanya untuk masuk.

Haziq meloloskan badannya masuk ke dalam rumah.Keadaan rumah itu diperhatikan satu-persatu.

" A-Ada apa Encik Haziq datang sini? " soal Adam.

Haziq menoleh ke belakang.Dia tersenyum sinis.Satu item yang berbentuk empat segi yang dikepitkan di ketiak dihulurkan kepada Adam.

" Aku datang...sebab nak bagi benda ni dekat kau."

Dahi Adam sedikit berkerut.Item yang ditutupi dengan kain putih itu dipandang lama sebelum perlahan-lahan tangannya menyambut.

Sebaik sahaja benda itu bertukar tangan,Adam lantas menyelak kain putih tersebut.Bertambah kerutan di dahinya apabila otaknya mengenal pasti apa barang tersebut.Board lukisan?

Di belakang board itu terdapat sebaris ayat yang masih lagi terang.

' I DON'T NOW SINCE WHEN , I FEEL SOMETHING SPECIAL ON YOU . '

Adam pelik.Dia menterbalikkan board itu,cuba melihat apa yang dilukiskanan.Melihat sahaja lukisan tersebut,terus dia terkedu.

Adam merenung potret lelaki itu lama.Dia membuat perbandingan dengan dirinya.Kenapa muka lelaki dalam potret seiras dengan aku?

Lelaki itu mengalihkan pandangannya ke arah Haziq dengan penuh tanda tanya.

" Apa benda semua ni? " soal Adam.

Haziq menapak menghampiri.Sebelah tangannya memeluk tubuh sementara sebelah lagi menunjukkan tepat ke arah potret tersebut.

" Potret ni...Iman yang lukis.Waktu dia form 5." pendek dan bersahaja jawapan Haziq namun cukup memberikan Adam satu kejutan yang besar.

Dia sedikit melopong.Hujung matanya mengerling kembali lukisan di tangan.Iman yang lukis?M-maknanya...maknanya...

" Iman dah lama sukakan kau,Adam.Sejak daripada zaman sekolah menengah lagi.Cuma dia pendam je."

Luahan daripada Haziq itu membuatkan mata Adam membulat.Jadi selama ni cintanya berbalas tanpa dia sedar?

" T-Tak mungkin...Benda ni mustahil.Iman tak pernah pun sukakan saya.Encik tipu kan? " Adam cuba menafikan benda yang sudah nyata.Bukan apa,cuma dia dihimpit dengan perasaan ragu-ragu.

Kalau betul Iman dah lama suka dia,kenapa tak pernah sekali gadis itu cuba untuk meluahkan?Kenapa Iman hanya diam?

" Takde faedah pun kalau aku tipu kau.Memang betul Iman tu dah lama suka kau.Cuma macam yang aku kata tadi.Rasa tu dia pendam.Dia takut nak bagitau."

" Tapi kenapa? " Adam membalas renungan mata Haziq.Dirinya perlukan jawapan sekarang.

Haziq tayang senyum sinis.

" Because she afraid of being rejected.Iman sedar Adam.Yang dia tak layak untuk kau.Dia tak pernah mengharap pun kau balas cinta dia.Sebab dia tahu,dekat mata kau, dia cumalah perempuan yang korang gelar psycho.Tak lebih dari tu."

Suasana hening melanda mereka.Adam terkaku.Tidak tahu mahu memberi respon apa.

Dalam hati dia menyumpah dirinya sendiri.Dia bodoh!Dia bodoh kerana tidak pernah bertanyakan soal ini kepada Iman.Kalau dia tanya,pasti semua ini akan menjadi lebih mudah.

" Adam..."

Adam mendongakkan wajah.Kelihatan Haziq sudah membuat riak serba salah.Lelaki itu berdehem kecil.

" Sebenarnya aku datang sini pun...Sebab nak mintak maaf dekat kau."

" Mintak maaf?Untuk apa?" Kening Adam ternaik.Dia menanti penuh sabar menanti jawapan yang akan diberikan oleh Haziq.

" Aku...Aku yang rancang benda malam tu.Aku yang pukul kau sampai kau pengsan,dan aku jugaklah yang telefon pejabat agama dan buat kau dengan Iman kena tangkap basah."

ZAP!

Adam rasakan seperti dirinya dipanah petir.Wajah Haziq dipandang tajam memohon sebuah kepastian.Namun,diam lelaki itu sudah mampu menjawab semuanya.

Adam meraup wajahnya.Dia menghela nafas berat.Tak pernah menyangka Haziq adalah punca kepada semua perkara yang berlaku.

" Kenapa? "

Soalan itu sahaja yang Adam perlukan jawapan.Mengapa Haziq berbuat sebegini rupa?Dah takde cara lain yang lebih elok ke...

Haziq menggigit bibir bawah.Mencari kekuatan untuk meluahkan semua benda yang dia lama pendam.

" Sebab aku nak senyuman Iman yang dulu balik.Aku nak adik aku yang dulu."

Haziq mengenggam tangannya kuat.Mengumpul kekuatan yang semakin berkurangan.

" Sejak mak bapak aku mati,Iman dah berubah,Adam.Dia tak macam dulu.Sebab tulah waktu dia form 5 dia jadi macam tu.Suka menyendiri,tak suka bergaul dengan orang lain.Dia suka duduk dalam dunia dia sendiri.Bagi dia orang luar dah tak penting."

" Lagi-lagi sejak korang gelar dia psycho,anti-social.Dia jadi makin teruk waktu tu.Dia lagi banyak habiskan masa dia dekat dalam bilik.Tak keluar-keluar.Sampai kadang-kadang aku ada dengar dia menangis malam-malam.Sebut mama dengan papa kitaorang."

Adam tekun mendengar.Wajah Iman yang menangis tempoh hari terbayang di dalam minda.Ya Allah Iman...banyaknya seksa yang kau kena tanggung selama ni.

" That's why aku rancang semua ni.Aku pun tak tahu kenapa,tapi hati aku kuat cakap...Yang kau mampu ubah Iman.Kau mampu bagi dia tersenyum balik...."

Haziq mengawal nada suara yang hampir disebulungi dengan sendu.Dia merengus perlahan.

" Dan aku fikir tindakan aku betul.Tapi rupa-rupanya tak.Aku rasa bersalah sangat.Bila aku fikir-fikir balik,baru aku sedar yang aku macam menjatuhkan maruah adik aku sendiri.Aku bukan abang yang baik,Adam.Aku dah kecewakan adik aku.Aku bodoh."

Air mata Haziq merembes jatuh.Tangan kanannya diangkat lalu matanya ditutup.Dia tersedu-sedan.

' Maafkan abang mama,papa...Abang gagal jadi abang yang baik buat Iman.' Rintihnya hanya dalam hati.

Adam juga dipagut rasa sayu.Tidak pernah dia melihat majikannya ini mengalirkan air mata.Kini,dia tahulah bahawa Haziq begitu menyayangi Iman.Walau dengan apa cara sekalipun,lelaki itu sanggup berkorban.

" Sekarang Iman dah makin teruk.Dia dah langsung tak nak bercakap.Makan pun tak nak.Aku tak tahu nak buat apa,Adam.Aku pening.Semua benda ni berpunca daripada aku."

" Jadi Adam,aku harap kau tolonglah jangan salahkan Iman lagi atas benda yang jadi.Dia tak bersalah.Dia mangsa keadaan.Korang mangsa keadaan.Aku yang bersalah dalam semua ni."

Haziq menapak menghampiri Adam lagi.Bahu adik iparnya itu disentuh.Bibirnya sedikit berketar-ketar untuk berbicara.

" Adam...andai kata kau memang tak pernah ada perasaan dekat Iman,aku nak mintak tolong sangat dengan kau.Tolonglah...lepaskan dia dengan cara baik."

Haziq menarik nafas dalam.Bibir bawahnya dibasahkan bagi meneruskan ayat seterusnya.

" Tapi kalau kau dah mula sukakan dia...Kau pergilah jumpa dia.Dia perlukan kau sekarang Adam.Jelaskan semuanya dekat dia.Luahkan semua.Ketepikan ego kau tu.Jangan biarkan ego kawal kita,tapi kita kawal dia."

Adam menahan rasa di dada.Dia cuma nakkan satu je sekarang ni.Dia nak jumpa Iman.Dia mahu mintak maaf dekat isterinya.

Pasal Haziq?Dia maafkan semua..Tiada guna kalau dia marah sekalipun.Nak berdendam apatah lagi.Benda semua dah lepas.Takkan merubah apa-apa.

" Saya nak jumpa Iman,encik.Saya cintakan dia."

Penuh ikhlas Adam berkata.Dia tidak mahu selindung.Haziq sedikit terkejut mendengar sebelum dia tersenyum nipis.Bahu Adam ditepuk-tepuk lembut sebelum dia mengangguk perlahan.

" Pergilah..."


>>>

ADAM melangkah masuk ke dalam bilik itu.Tubuh Iman yang sedang menghadap ke luar balkoni dipandang daripada belakang.

Ya Allah...Begitu rindunya dia akan gadis itu sehingga dia rasa seperti dia hendak memberikan satu pelukan hangat buat sang isteri.

Namun rasa itu dia tahan.Belum masanya lagi.Diam-diam Adam melangkah ke arah Iman.

" Iman..."

Lembut sahaja suara itu menyapa masuk ke dalam gegendang telinga Iman.Iman tersentak.Suara itu...Ya,dia kenal suara itu.

Iman hanya membatu diri.Malas dia mahu berpaling ke belakang.Dia sakit.Dia tidak mahu melihat muka lelaki itu lagi.

Adam mengeluh.Kakinya digagahkan jua untuk melangkah ke sebelah Iman yang kosong.

Wajah sisi Iman dipandang.

" Iman...Aku minta maaf."

Hanya itu sahaja yang mampu terluah di mulut Adam.Iman masih lagi diam.Langsung dia tidak menghiraukan Adam yang berada di sebelah.

Tanpa dia sedar,satu tangan kekar mula menghinggap kedua-kedua belah pipinya sekaligus memaksa dia berpaling ke tepi.Iman terkedu.Terbeliak matanya apabila Adam melakukan sedemikian rupa.

" Apa kau nak buat ni Adam?Lepaslah! " Iman cuba meronta tetapi rontaannya tidak lama apabila satu kucupan hangat hinggap di dahinya.

Adam melepaskan rasa rindu yang mencengkam dada.Dahi isterinya dikucup lama.

" Aku cintakan kau,Iman Safiya.Aku betul-betul cintakan kau."

Iman terdiam.Bibirnya seperti terkatup rapat sehingga tak mampu lagi untuk berbicara.Benarkah apa yang dia dengar sebentar tadi?Adam cintakan dia?Betulkah?

Pantas dengan segala kudrat yang ada,Iman menolak kuat tubuh sasa itu sehingga dia terandah ke belakang.Matanya memandang tajam ke dalam anak mata hitam milik Adam.

" Tak!Kau tipu!Kau tak cintakan aku!Kau tipu! "

Iman menaikkan suaranya tinggi.Dadanya turun naik menahan rasa yang bercampur.

Adam hanya beriak selamba.Redup dia membalas pandangan Iman.

" Iman...I don't know since when,i feel something special on you." Adam mengulang semula kata-kata keramat itu.

Mata Iman mulai berkaca.Macam mana...

" Aku tahu kau cintakan aku Iman.Aku dah tahu semuanya.Potret aku yang kau lukis tu pun,aku dah tengok.Haziq bagi.Dia dah terangkan semua yang berlaku.Kes malam tu pun dia dah terangkan Iman."

Iman menggelengkan kepalanya berulang kali.Rambutnya diramas kasar sehingga berserabut.

" Tak!Aku tak cintakan kau Adam!Tak! "

Iman menafikan perasaannya sendiri.Dia tidak boleh lemah kali ini.Dia dah letih.

Sekali lagi,Adam menapak menghampiri.Kedua-dua tangan Iman dicengkam kemas.Tubuh gadis itu didekatkan ke arahnya.

" Lukisan kau tu dah mampu luahkan semuanya Iman.Kau jugak dulu pernah kata kan,setiap lukisan membawa maksudnya yang tersendiri.Dan lukisan tu membawa maksud cinta.Kau cintakan aku Iman.Kau cintakan aku..."

Iman menangis.Dah takde apa dah yang dia mampu sorokkan lagi.Semuanya dah terbongkar.Rahsianya yang selama ini disimpan kemas bocor juga akhirnya.

Iman menundukkan wajah.Air matanya merembes-rembes jatuh.Adam juga turut sedih.Jari telunjuknya diangkat lalu dagu gadis itu dinaikkan.Supaya gadis itu memandangnya.

Iman hanya menurut.Dia tidak lagi memberontak seperti tadi.Anak mata mereka bertaut lama.

" I'm sorry,Iman.Aku mintak maaf sebab tuduh kau macam-macam even kau tak salah pun.Aku hina kau.I'm so sorry..."

Adam mendekatkan bibirnya ke telinga Iman.Bibirnya lantas membisikkan sesuatu.

" Give me a chance to be your husband.Give me a chance to be your khalifah.And please...don't go away from me again dear...Cause only girl like you can be my wife.Only Iman Safiya that I loved untill the end of my life,Insyaallah..."

Dengan tulus dan ikhlas Adam meluahkan keinginan hati.Itulah yang dia mahu sekarang.Dia hanya mahu hidup bersama isterinya yang tercinta.Dan isterinya itu adalah Iman Safiya...Hanya Iman Safiya.

Iman tersenyum dalam tangis.Susah untuk digambarkan rasa hatinya sekarang.Rasa sedih yang menghantui dirinya seakan pergi,lalu menghadirkan satu rasa bahagia yang sudah lama dia impikan.

Hati perempuannya begitu terusik dengan bait-bait kata Adam.Lantas tubuh lelaki itu dirangkul lalu dibawak ke dalam satu pelukan.

Wajahnya disembabkan ke atas dada bidang lelaki itu.Tangisnya dihamburkan lagi.Bukan lagi tangisan kesedihan,tetapi tangisan kesyukuran ke hadrat Ilahi.

Adam membalas pelukan itu.Tubuh isterinya dipeluk seerat mungkin seperti tidak mahu lepas.Dia juga turut bersyukur dengan perancangan Allah kepada-Nya.

Ya,mungkin pada mulanya perkahwinannya ini merupakan perkahwinan yang paling dia benci,namun sekarang perkahwinan inilah yang akan dia jaga sampailah ke hujung nadi.

" Jadi...kau bagi aku peluang kedua? " soal Adam.Iman hanya tersenyum bahagia sambil menganggukkan kepalanya.Layak rasanya Adam diberikan peluang kedua.

Untuk apa dia mahu terus-terusan membenci Adam,sedangkan hatinya masih lagi sayang.Biarlah dia memaafkan sahaja...Yang selebihnya hanya diserahkan kepada Yang Maha Esa.

Mereka berpelukan lama.Melepaskan segala rasa.Hati masing-masing membisikkan rasa cinta antara satu sama lain.

Haziq hanya memerhatikan pasangan dua sejoli itu daripada halaman rumah.Dia tersenyum.

" Alhamdulillah...Aku doakan kau bahagia Iman..."

Doa dipanjatkan kepada Allah S.W.T.Berharap agar rumah tangga adiknya sentiasa dilindungi dan diberkati oleh-Nya.

Iman Safiya dan Adam Mukhlis...Semoga engkau berbahagia hingga ke akhirnya.


- TAMAT -

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience