BAB 16

Romance Series 29935

" HAHAHAHAHA! " Aniq melampiaskan tawanya.Adam yang melihatnya pula hanya tersenyum nipis.

" Power betul kau!Baru cuti satu hari,dah dapat cium bini.Untunglah..." ujar Aniq setelah tawanya habis.Air mata yang terkeluar dek kerana terlalu banyak ketawa dikesatnya kasar.Kelakar sangat!

" Kan...Ini baru namanya anak jantan!" Adam menambahkan lagi gelak tawa Aniq.

" So,amacam?Dah siap bercium ni...Dapat rasa tak aura cinta tu?" Duga Aniq.Keningnya dijungkitkan ke atas.Adam gigit bibir bawah.

Jujur dia kata,sekarang ini dia keliru dengan perasaannya kepada Iman.Kalau dia kata yang dia tak  suka tu tipulah...Kalau tak macam mana perkara semalam boleh terjadi kan?Takkanlah itu semua nafsu semata.

Setelah lama berfikir akhirnya Adam angkat bahu.

" Entahlah.Aku pun tak tahu." Jawab Adam jujur.

" Kau kalau dah jatuh cinta dengan dia,jangan simpan-simpan lama.Luahkan je.Bukan apa,aku cuma takut dia terlepas pergi tangan orang lain ke nanti.Kau jugak yang gigit kuku nanti." Lagak orang professional Aniq menasihat.Adam tergamam.

" Hmmm,tengoklah dulu macam mana.Dahlah aku nak pergi jumpa Encik Haziq.Nak tanya pasal cuti hujung minggu ni.Chau dulu!" Adam pantas bergerak meninggalkan Aniq di situ.Sengaja dia mempercepatkan langkah.Sebenarnya,dia malas mahu disoal siasat oleh Aniq tentang perasaannya.Kerana dia sendiri pun tidak pasti dengan apa yang dia rasa sekarang ini.

" Takkan lah kau dah jatuh cinta dengam dia Adam...Cepat sangat ni.." Adam bermonolog sendiri.Dirinya ragu-ragu.Tapi bukankah cinta itu tidak mengenal masa?

                             >>>

ADAM  meloloskan dirinya masuk ke dalam bilik 502 itu.Beg baju yang diangkutnya daripada tadi diletakkan di tepi katil.Tengkuknya di gerakkan ke kiri dan ke kanan bagi meregangkan urat sendi setelah lama duduk di dalam kereta.

Dia berpaling ke arah Iman yang masih lagi duduk tercegat di depan pintu bilik hotel.

" Yang kau duduk bertapa dekat luar tu dah kenapa?Cepatlah masuk dalam!" Arahan daripada Adam itu mengejutkan Iman daripada lamunannya panjangnya.

Adam tersenyum.Setelah dipujuk banyak kali,akhirnya Iman kalah jugak dengannya menyebabkan perempuan itu termasuk mengikutnya ke reunion ini.Nasib baik jugalah,Haziq membenarkan dia mengambil cuti hari ini.Adik iparlah dikatakan...Ehek!

Dia memandang ke arah Iman yang dari tadi nampak seperti gelisah sahaja.

" Kau ok tak ni?" Tanya Adam agak risau.

" Errr...A-Adam aku nak tanya ni."

" Hmmm?" Adam jungkit kening menunggu soalan yang bakal diajukan oleh gadis di hadapannya itu.

" K-Kau nak bagitau kawan-kawan kau ke pasal kita?" Agak gugup Iman bertanya.Adam terdiam sejenak.Jujur dia kata perkara itu jugalah yang bermain-main dalam mindanya sepanjang perjalanan mereka ke sini tadi.

" Kau jangan risaulah.Aku tahu apa aku nak buat.Kau duduk diam je." Iman mengangguk perlahan.Kakinya melangkah longlai menuju ke birai katil lalu duduk di situ.

" Dinner malam ni start pukul 8.Tapi aku akan gerak awal sikit dalam 7.30 macam tu.Ada benda sikit nak setting." Beritahu Adam.Iman mengangguk.Dalam hati pelbagai andaian telah muncul.Patut ke aku pergi malam ni?Tak rasa macam menyibuk je ke?Aku pun bukannya rapat mana dengan diorang...

Iman mengeluh perlahan.Redhalah jelah Iman!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience