BAB 22

Romance Series 29933

" Kalau kau nak tahu,ummi start jatuh sakit selepas je dia balik daripada kes kau haritu.Ummi selalu batuk-batuk,demam.Sampai dia terlantar je kat atas katil.Akak dah suruh ummi pergi klinik tapi dia tak nak.Sampailah semalam akak nak bagi dia makan malam,akak tengok ummi dah tak bernafas." Cerita Mawar pada pagi tadi masih terngiang-ngiang di telinga Adam.Cerita yang begitu menyayat hatinya.Jadi umminya jatuh sakit disebabkan dia?Sakit sehingga meninggal dunia?

' Adam...Macam yang kakak kau cakap tadi.Ni semua bukan salah kau.Ni salah perempuan tu.Iman yang perangkap kau sampai kau tangkap basah! ' suara jahat hati Adam mula membisikkan sesuatu.

Adam menggelengkan kepalanya.Tapi bukankah kau dah jatuh cinta dengan dia Adam?Takkanlah kau masih lagi nak salahkan dia atas kesilapan masa lalu?

' Cinta itu buta Adam.Takkanlah hanya disebabkan cinta kau sanggup nak nafikan sebuah kenyataan.Lagipun belum tentu lagi si Iman tu cintakan kau.Entah-entah dia mempergunakan kau je selama ni." Adam mengepal penumbuknya.Wajah polos Iman terbayang di dalam minda.Mungkin memang betul apa yang dikatakan oleh suara hatinya.Dia tidak boleh lemah kerana cinta!

Pantas Adam berdiri daripada sofa itu lalu terus menuju ke arah tingkap.Dia perlukan masa untuk berfikir.Tanpa Adam sedar rupa-rupanya,dia sedang diperhatikan oleh seseorang daripada jauh.Iman hanya mengeluh perlahan.
Dia tahu suaminya itu sangat sedih sekarang.Yelah,siapa je yang tak sedih bila ibu yang melahirkan kita pergi buat selama-lamanya...

Perlahan Iman mula mendekati lelaki itu.

" Adam..." lembut sahaja suara Iman.Adam yang mendengar langsung tidak berpaling.Matanya masih setia menikmati pemandangan kampungnya yang indah nian itu.

" Dah lah tu.Jangan sedih-sedih lagi.Kita sama-sama doakan arwah ummi kau ditempatkan di kalangan orang yang beriman ok." Iman cuba memberi kata semangat namun semua itu hampa.Adam masih lagi membatukan diri.

Dia mengeluh lagi.Bukan apa,dia cuma tidak mahu Adam menjadi seperti dirinya dahulu.Hidup di dalam kenangan masa lalu.

Bahu Adam disentuh lembut.Senyuman manis sudah bersedia untuk dilemparkan buat cik suami.Moga Adam mendapat sedikit ketenangan melihat senyumannya itu.Hihihi...

" Adam...janganlah macam ni.Aku kan ada.Lepasni ni kita-"

" Jangan sentuh akulah,perempuan!" Teriak Adam tiba-tiba seraya menolak kasar tangan Iman yang berada di bahunya.Iman tersentak.Wajah suaminya dipandang dengan riak terkejut.A-Apa yang dah jadi ni?

" A-A-Adam..K-kenapa kau ni?" Iman memberanikan diri untuk bertanya walhal dia sendiri sudah kecut perut membalas pandangan penuh marah Adam.

" Sudahlah!Aku tak nak dengar apa-apa lagi daripada mulut kau!Aku benci kau!Aku benci kau sampai bila-bila! " Adam merengus geram.Dia terus pergi dari situ lalu memasuki biliknya.Pintu kayu itu dihempas kasar.

" Arghhh!" Jerit Adam geram.Bantal yang berada di atas katil ditumbuknya berkali-kali.

Iman yang masih lagi berada di ruang tamu pula sudah terkedu.Herdikan daripada suaminya tadi bermain di dalam kepala.Adam...Apa yang dah jadi dengan kau?Kenapa kau tiba-tiba berubah?

" Hahahaha..."

Suara tawa seseorang itu menarik perhatian Iman.Kepalanya didongakkan sekaligus matanya menangkap susuk tubuh seorang wanita yang berada di depan muka pintu masuk.Dia kenal wanita itu.Kakak iparnya a.k.a akak Adam.

Mawar menghadiahkan senyuman sinis kepada Iman.Puas hati apabila dia melihat kejadian yang berlaku di antara dan Iman sebentar tadi.Dia mendekati Iman.Senyum joker dileretkan.

" Best tak kena marah tadi?Nak aku tambah?" Begitu sinis sekali ayat yang terpacul keluar daripada bibir yang bersalut gincu merah itu.Iman hanya menundukkan wajah.Matanya ditalakan ke arah lantai kayu.Dia dapat mendengar ketawa kecil perempuan itu sebelum dia rasa seseorang mendongakkan dagunya kasar.Iman terkejut dengan perbuatan itu.Kini matanya bertaut dengan anak mata penuh kebencian milik Mawar.

Mawar pula mula menguatkan cengkamannya pada dagu Iman lalu mengakibatkan gadis itu mengaduh kecil.

" Hey,perempuan!Kau ingat lepas kau dah musnahkan hidup orang,kau akan bahagia?Kau silaplah.Aku takkan benarkan perempuan macam kau ni jadi bini adik aku.Luar je nampak baik,tapi perangai macam sial! " dahi Iman ditunjalnya kasar sehingga menyebabkan tubuh kecil gadis itu terandah ke belakang.Iman hanya mampu mendiamkan diri.Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.Hujung bajunya digenggam kuat bagi menahan perasaan.

Mawar sempat menjelingnya tajam sebelum turut juga beredar daripada situ.Tubir mata Iman sudah bergenang.Apa salah aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience