BAB 14

Romance Series 29933

HAZIQ duduk mengelamun jauh memikirkan adiknya nan sorang itu.Perasaan ketika itu bercampur baur.Risau,kecewa,sedih semua ada.

Mak Yah yang melihat akan perkara itu juga mengeluh perlahan.Sejak Iman berpindah keluar daripada rumah itu,Haziq lebih banyak mengelamun.Ditanya sepatah,dijawabnya sepatah.Sampai dia pun mati kutu untuk mencari topik yang sesuai untuk dibualkan dengan majikannya itu.

Mak Yah melangkah menghampiri Haziq.

" Encik Haziq..." panggil Mak Yah lembut.Dia melabuhkan duduk di sebelah Haziq yang kosong.Haziq tersedar daripada lamunannya lalu memandang ke arah wajah tua milik Mak Yah.

" Ya,Mak Yah.Ada apa?" Mak Yah melemparkan senyuman manis kepada majikannya itu.

" Sudah-sudahlah tu mengelamun.Mak Yah tengok encik sekarang ni dah berubah tau.Diam je.Dah tak macam dulu.Cuba cerita dekat Mak Yah apa yang dah jadi?" Mak Yah cuba mengumpan Haziq untuk meluahkan perasaannya.Haziq menggigit bibir bawah.Berkira-kira untuk memberitahu perkara sebenar.

" Encik risau pasal layanan suami Iman dekat dia ye?" Soalan daripada Mak Yah kali ini betul-betul membuatkan Haziq terkejut.

" M-macam mana Mak Yah tahu yang Iman dah kahwin?"

" Mak Yah dah dengar semuanya.Daripada malam kamu bergaduh dengan Iman tu lagi Mak Yah dah tahu." Mak Yah menerangkan apa yang terjadi.Haziq menundukkan wajahnya.Perasaan malu sedikit menjelma dalam diri dia sekarang.

" Itulah yang saya risaukan Mak Yah.Saya takut kalau Adam tu buat benda yang tak elok dekat Iman.Saya takut kalau benda buruk jadi dekat dia." Akhirnya terluah juga perkara itu dari mulut Haziq.Mak Yah hanya setia mendengar.

" Semua ni salah saya Mak Yah.Kalau saya tak rancang benda bodoh ni,mesti semua ni takkan jadi.Saya ni bodoh Mak Yah!Saya bodoh!" Haziq mula hilang kawalan.Dia mengetuk-ngetuk kepalanya menyesali kesilapan diri.

Mak Yah yang terkejut akan perkara itu cuba untuk menghalang Haziq daripada terus-terusan memukul diri.Dia beristighfar panjang.

" Encik Haziq!Bawa bertenang encik.Semua benda dah ditakdirkan Allah.Memang betul,encik yang rancang semua ni.Tapi Allah menentukan.Mungkin ada hikmahnya kenapa Adam tu kahwin dengan Iman." Mak Yah menenangkan Haziq yang sudah menekupkan mukanya ke lengan.Belakang Haziq diusap-usapnya perlahan.Agak lama mereka diam sehinggalah Mak Yah terdengar sedu-sedan Haziq yang perlahan.Haziq...menangiskah?

" Encik Haziq..." panggil Mak Yah lagi.Lembut dan mendayu sahaja itonasinya.

Haziq mengangkat wajah miliknya.Betullah tekaan Mak Yah,Haziq menangis!

" Saya gagal,Mak Yah.Saya gagal sebagai seorang abang." Lirih sahaja suara Haziq.Dia betul-betul menyesal akan perbuatannya.Tapi apa boleh buat,nasi sudah menjadi bubur.Kalau dia menangis air mata darah sekalipun,semua tu takkan mampu mengubah apa-apa.

" Tak,encik.Encik tak pernah gagal sebagai seorang abang.Mak Yah tengok encik ni seorang abang yang baik.Cuma kali ni encik tersalah cara je.Tapi Mak Yah tahu,encik buat semua ni untuk kebahagian Iman kan.."

" Tapi benda yang saya buat ni salah Mak Yah...Saya macam jual adik saya sendiri.Saya rendahkan maruah adik saya Mak Yah!"

" Semua benda tu dah lepas dah encik.Sekarang ni kita cuma perlu tawakal je dekat Allah.Moga apa yang jadi ni menjadi titik kebahagiaan untuk Iman." Mak Yah menitipkan pesanan itu bersama senyuman terukir di bibir tuanya.Haziq diruntun rasa sayu.Entah mengapa setiap kali dia bersama Mak Yah,dia rasa seperti bersama dengan arwah mamanya.Walaupun Mak Yah cuma orang gaji di rumah itu,tetapi cara dia menegur dan menasihati saling tak tumpah macam mamanya dahulu.

" Mak Yah nak encik terus berdoa dekat Allah.Jangan pernah putus doa.Insyaallah,Allah akan dengar doa kita..Tak kira cepat atau lambat." Nasihat daripada Mak Yah kali ini berjaya menerbitkan senyuman nipis di hujung bibir Haziq.

" Mak Yah pergi dulu ye.Mak Yah nak siram pokok bunga dekat luar." Pamit Mak Yah lalu berdiri meninggalkan Haziq.Haziq menghantar Mak Yah dengan pandangannya yang redup.Kata-kata Mak Yah tadi betul-betul memberikan kesan yang dalam kepadanya.


>>>

ADAM keluar daripada bilik air.Mukanya yang basah diraup perlahan sehingga menyebabkan air itu merenjis jatuh.Dia duduk di birai katil.Bibirnya pula sedari tadi tidak henti-henti daripada tersenyum.Wajah Iman yang malu-malu petang tadi masih lagi terbayang-bayang dalam mindanya.Eee...comel jugak kau ni Iman Safiya!

Tiba-tiba telefonnya berdering menujukkan panggilan masuk.Dia melihat nama yang tertera di skrin telefon.

ANIQ.

Pantas panggilan itu dijawabnya.

" Hello,Aniq.Ada apa kau call aku ni?Takkan cuti satu hari dah rindu kot..." gurau Adam.

" Banyaklah kau punya rindu!Tak hingin aku!" Sembur Aniq dari hujung talian.Adam ketawa kecil.

" Aku telefon ni pun sebab nak cakap dengan kau,tadi Hanif ada call aku.Dia kata diorang nak buat reunion next week.Jom join! " ajak Aniq teruja.Adam sudah terkedu.Reunion?

" Err...Tapi kan minggu ni aku dah cuti,takkanlah minggu depan pun nak cuti jugak?" Adam cuba mencipta alasan.Bukan apa cuma dia rasa yang dia belum bersedia untuk memberitahu statusnya yang sebenar kepada kawan-kawannya yang lain.

" Ala kau ni,nanti kau mintaklah cuti dekat Encik Haziq.Dia tu kan abang ipar kau.Takkan cuti tu pun nak berkira.Lagipun nanti kau ajaklah Iman tu.Dia pun ex-classmates kita jugak dulu." Pujuk Aniq lagi.Adam memikir-mikirkan perkara itu lama.

" Err...Tengoklah dulu.Aku tak janji.Lagipun- "

ARGHHHH!

Baru sahaja Adam mahu menyambung ayatnya,namun terputus akibat daripada jeritan seseorang dari tingkat bawah.Pantas Adam berdiri daripada duduk.Iman...

" Weyh,siapa yang menjerit tu?" Tanya Aniq.

" Hmmm...Nanti aku call kau lagilah Aniq.Bye." Adam mematikan panggilan.Tanpa berlengah dia terus berlari menuruni anak tangga.Hatinya diruntun rasa risau yang tidak terkira.Apa yang dah jadi dekat Iman?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience