BAB 12

Romance Series 29933

IMAN bangun daripada tidurnya.Selesai sahaja menyiapkan diri dia terus turun ke bawah bagi menyiapkan sarapan.Walaupun dia berat hati,namun itu sudah menjadi tugasnya sebagai seorang isteri untuk menyediakan sarapan buat suami.Jadi nak tak nak,dia terpaksalah buat juga.

Iman melintasi ruang tamu dahulu sebelum ke dapur.Dia sempat mengerling ke arah Adam yang masih lagi tidur di sofa.Semalam selepas sahaja Adam meletakkan bajunya di bilik,dia terus sahaja turun ke bawah.Tak sangka pulak Iman yang dia akan tidur di sini.

Iman hanya mengeluh.Kakinya terus mengorak langkah menuju ke dapur. Malas lagi dia mahu mengambil tahu perihal lelaki itu.

Adam yang terdengar seperti orang berada di dapur mula terpisat-pisat bangun.Matanya yang kuyu itu digosok-gosok sebelum melangkah naik ke tingkat atas untuk mandi.

Sementara itu,Iman di dapur mula membancuh sejag air milo bersama dengan roti sapu nutella.Maklumlah,dia bukannya tahu memasak.Setakat sapu-sapu kat roti ni dia tahulah!Selamat jugalah semalam dia sempat singgah ke kedai runcit untuk membeli sedikit barang dapur.Kalau tidak memang tidak bersarapanlah dia pagi ini!

Dia meletakkan hidangan itu ke atas meja makan.Derap tapak kaki daripada tangga menarik perhatian Iman.Dia pantas memandang ke tangga lalu matanya terus berpaut dengan pandangan mata lelaki itu.Namun perkara itu berlaku tidak lama apabila Adam mengalihkan pandangannnya ke arah lain.Adam pantas berlalu pergi ke muka pintu.Muak dia melihat muka Iman pada pagi-pagi sebegini.

" Err...Adam.Aku ada buat sarapan ni.Jom." ajak Iman gugup.Adam yang baru hendak menyarungkan kasutnya lantas berpaling ke arah Iman.Senyuman sinis lagi nista dilemparkan buat insan yang bergelar isteri itu.

" Apa?Kau nak suruh makan sarapan yang kau buat tu?Heh,takpelah aku tak nak.Yelah,manalah kau dah 'kangkangkan' roti tu,betul tak?" Kata-kata sadis daripada Adam itu menusuk bagaikan belati ke dalam hati Iman.Iman mengetap bibirnya kuat bagi menahan amarah.Adam tersenyum puas.Kasut disarungkan ke kakinya sebelum melangkah menuju ke kereta.

Iman duduk di kerusi.Dari pintu yang terbuka sedikit itu,dia hanya mampu memandang kereta Perodua Persona itu meluncur keluar daripada perkarangan rumah.

Gadis itu mengepal penumbuknya.Sakit hatinya apabila dihina sebegitu rupa.

                               >>>

" Kau ok tak ni,Adam?Murung je daripada semalam." Tanya Aniq.Wajah Adam yang murung sahaja daripada tadi menghadirkan kerisauan kepada dia.

" A-aku ok je." Tipu Adam sambil menghadiahkan senyuman paksa.Heh,ok apa kalau hidupnya dah macam tunggang terbalik?

" Hah,ni aku nak tanya ni.Kenapa kau pindah?Duduk jelah satu rumah ngan aku.Semalam aku terkejut gila tau bila kau balik rumah je terus packed barang and then kata yang kau nak pindah." Aniq mula membuka topik perbualan.Atau lebih tepat lagi topik yang paling menyakitkan hati Adam!

Adam mula panik.Dia menelan air liurnya berkali-kali bagi memikirkan alasan yang munasabah.

" Err...U-ummi aku suruh." Sedikit gagap Adam menjawab.

" Tipu!Kalau betul ummi kau suruh,baik daripada dulu lagi kau dah pindah.Betul tak?Come on lah Adam,kita kawan since form 1 kot.Takkan lah kau nak berahsia-berahsia lagi daripada aku." Adam buntu.Peluh mula merenek di dahinya.

" Err..betullah takde apa-apa." Adam masih lagi cuba menegakkan benang yang basah.Walaupun dia tahu,Aniq sudah mengesyaki sesuatu.

" Aku tahu kau ada sorok sesuatu daripada aku,Adam.Cepat,cerita je dekat aku." Aniq mula mendesak Adam untuk menceritakan perkara sebenar.Adam mengeluh perlahan.Wajahnya ditundukkan memandang lantai.Nafasnya dihembus berat.

" Ok,aku bagitahu.Sebenarnya...A-A-Aku dah kahwin." Luah Adam perlahan namun sudah cukup untuk membuatkan mata Aniq membuntang.Siap ada package mulut ternganga sekali ye.

" Hah?!Kau biar benar?!Bila?Bagaimana?Di mana?Dengan siapa?!" Berdesup-desup Aniq melemparkan soalan.

" Hmmm...Aku baru kahwin dengan dia 2 hari lepas.Lepas annual dinner haritu,sebab kena tangkap basah." Jawapan terlebih jujur daripada Adam kali ni betul-betul membuatkan Aniq tidak keruan.Kalau dia ada sakit jantung,memang dah lama meninggal kat sini.

" K-kena tangkap basah?Wey,kau kena tangkap basah dengan sape ni?Cakap dengan aku siapa perempuan tu?!" Aniq makin ingin tahu.Dia memandang ke arah Adam tanpa berkedip.

" Hmmm...Iman.Iman Safiya." Jawab Adam jujur.Malas lagi dia mahu berselindung.Kalau dia berselindung pun apa je yang dia dapat?

Aniq tergamam.Terkejut dia mendengar gerangan nama si isteri.

" Iman?!Perempuan psycho tu?!" Aniq cuba meminta kepastian namun anggukan lemah daripada Adam sudah cukup untuk membuktikan semua itu.

" Kan aku dah kata!Aku rasa Si Iman tu yang rancang semua ni!Entah-entah dia memang dah lama ada hati dengan kau!Yang kau ni pun,senang-senang je kahwin dengan dia kenapa?!Ke..." Adam memandang ke arah Aniq.Menunggu ayatnya yang seterusnya.

" Ke...kau dengan dia memang dah 'ehem'?" Adam terus meluku kepala Aniq tatkala mendengarkan soalan itu.Bodoh punya soalan!

" Aku tak bersalah pun tau.Aku sikit pun tak sentuh dia.Aku kena perangkap."Adam menceritakan hal yang sebenar.

" Habistu kalau kau dengan dia kena perangkap,kenapa kau kahwin dengan dia?" Aniq masih kurang faham.

" Aku terpaksa.Encik Haziq dengan ummi abah aku suruh."

" Encik Haziq?Apa kena mengena Encik Haziq dengan benda ni?" Aniq pelik.Mana datang pulak Encik Haziq ni...

" Untuk pengetahuan kau,Encik Haziq tu abang Iman.Abang kandung."

Aniq tersentak.Tidak sangka rupa-rupanya Encik Haziq mempunyai adik.Dan yang paling tak sangka ialah Iman merupakan adiknya!

" Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni.Aku ada terfikir nak ceraikan dia tapi...haih...." Adam meraup-raup mukanya berulang kali.Pening kepalanya memikirkan tentang masalahnya ini.

Aniq dipagut rasa simpati.Kesian dia apabila melihat sahabat baiknya itu ditimpa dugaan seberat ini.Perlahan-lahan dia menggosok-gosok bahu Adam.Cuba untuk menyalurkan semangat.

" Kalau kau tak boleh nak ceraikan dia,then try love her.Aku mengaku yang aku pun tak berkenan kau kahwin dengan Iman tu tapi...Aku rasa tak salah kalau kau cuba." Aniq mengutarakan pendapatnya.Dia melemparkan senyuman manis kepada Adam.Walaupun ramai orang yang menggelar Iman itu psycho,tapi rasanya tak salahkan kalau orang psycho pun mahu bahagia?

" Maafkan I.Aniq,tadi Syafiq panggil you tolong dia dekat lobby.Ada tetamu katanya." Sapa Kilah,salah seorang staff di hotel tersebut.

" Ok,Kilah.Thanks bagitau." Kilah hanya tersenyum sebelum berlalu pergi.Aniq pula sudah bangun daripada kerusinya.

" Aku gerak dulu.Ingat apa yang aku cakap tadi.Just try.Who knows apa yang jadi lepastukan..." sempat lagi Aniq menitipkan sebuah pesanan.Dia mula melangkah pergi meninggalkan Adam yang sudah mengelamun jauh.

Dia menyandarkan badannya ke kerusi.Matanya dipejamkan perlahan-lahan sambil otaknya masih memikirkan masalah yang dihadapinya kini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience