BAB 15

Romance Series 29933

ADAM terpempan melihat perkara yang berlaku di hadapan matanya kini.Kelihatan Iman sudahpun berdiri di atas meja makan sambil membuat riak muka geli.Adam pelik.

" Kau dah kenapa menjerit ni?" Tanya Adam.

" T-tu!Eeee....Gelilah!Ambil cepat!" Arah Iman seraya tangannya ditalakan ke arah benda yang berada di lantai itu.Adam mengerling sekilas.Cicak?

" Laaa,cicak je pun.Bukannya apa.Aku ingatkan perompak manalah yang masuk rumah tadi." Ujar Adam.Dia melangkah menghampiri cicak itu.Dah mati pulak tu.Pantas dia mengambil tisu yang berada di atas meja makan untuk mengangkat bangkai tersebut.

" Cicak je pun?!Kau tau tak binatang tu menggelikan!Eeeeeee...Throw it now!"

" Oh,geli eh!Hah,nah-nah!" Adam mula mengacah-acahkan cicak itu ke arah Iman.Iman menjerit kegelian.

" No!Adam!!!" Jerit Iman geram.Adam ketawa terkekek-kekek melihat perkara itu.Tanpa berlengah dia membuang bangkai tersebut ke dalam tong sampah.

" Dahlah aku nak masuk tidur!Selamat malam ye cik takut cicak!" Ejek Adam lalu terus berlari menaiki anak tangga.Iman membuat muka.Mulutnya sudah terherot-berot menyumpah seranah lelaki itu.

Malas mahu berfikir panjang,Iman terus merebahkan badannya ke atas sofa.Hari ini dia tidur ruang tamu.Sengaja dia bagi si Adam tu tidur lagi di dalam bilik hari ini.Rasanya tak salahkan kalau dia nak berbaik-baik dengan Adam.

Jam di handphonenya juga sudah menunjukkan pukul 10.30 malam.Iman bercadang untuk untuk tidur.Selimut sudah dia tarik sampai paras dada.Namun baru sahaja dia mahu melelapkan mata,telinganya telah berjaya menangkap bunyi sesuatu.Ya,bunyi decitan cicak!

Pantas sahaja Iman bangun daripada perbaringan.

" Aduhh,apasal pulak malam ni tiba-tiba ada banyak cicak!Sebelum ni takde pun!" Iman geram.Seram sejuk pun dia ada rasa ketika itu.Dengan cepat kakinya terus melangkah menuju ke tingkat atas.Dia tidak kira!Malam ni dia nak tidur dekat bilik jugak!Apa nak jadi pun jadilah!

Ketika sampai di tingkat atas,dia dapat melihat pintu bilik sedikit terbuka dan lampu bilik masih bernyala.Pasti Adam belum tidur lagi!

Terjengket-jengket dia menghampiri bilik tersebut lalu diketukkan pintu itu perlahan.Adam yang sedang leka menscroll IG pantas memandang ke muka pintu.Wajah Iman tenjengul di situ.

" Kau nak apa lagi?" Tanya Adam pelik.

" Err...Kalau hari ni aku tidur dalam bilik boleh tak?Kau pulak tidur kat ruang tamu." Iman menyatakan hasratnya ke situ.Adam tersentak.

" Dah kenapa pulak?Kau jugak yang kata petang tadi yang malam ni aku tidur dalam bilikkan..." Adam mengungkit.Iman menggigit bibir bawahnya.Dia mengaku yang petang tadi dia sendiri yang meng'offer' Adam untuk tidur di dalam bilik pada malam ini.Tetapi itu sebelum dia tahu yang ada banyak cicak di ruang tamu!Kalau tak memang taklah dia nak bagi.

" Alaaa...Aku takutlah cicak tu datang balik.Bolehlah Adam." Pujuk Iman.Namun itu sama sekali tidak dapat mengubah pendirian lelaki itu.

" No." Adam tetap dengan keputusannya.Iman membuat muka tidak puas hati.Tak boleh jadi ni...

Tanpa meminta izin,Iman terus meloloskan dirinya masuk ke dalam bilik itu.Dia menghampiri Adam lalu melutut di hadapan lelaki itu.

" Please,Adam..." Rayu Iman.Kali ini Iman pula yang membuat mimik muka comel seperti Adam petang tadi.Adam terpana.Entah mengapa wajah itu begitu menarik perhatian untuk ditilik lebih lama.

" Adam...Bolehlah..." Iman menyedarkan Adam daripada dunia imanginasinya.Dia berdehem kecil untuk cover perbuatannya tadi.

" Ok,kau boleh tidur kat dalam bilik ni.Tapi dengan satu syarat."

" Syarat apa?" Mata Iman sudah bersinar-sinar.Senyuman manis sudah terukir di bibirnya.Nampaknya taktiknya tadi berjaya!

" Syarat dia...Kau kena tidur dengan aku malam ni.Aku tak nak tidur dekat ruang tamu tu." Senyuman di bibir Iman itu terus mati.What?Tidur sebilik?That's mean yang dia kena tidur sekatil dengan Adam?Oh no!!!!

" Hisy,mana adil macam ni!" Iman melepas ketidakpuasan hatinya.

" Bagi aku tu adil.Terpulang dekat kau lah nak terima ke tak nak.Kalau kau tak nak,tu pintu bilik tu sentiasa terbuka untuk kau keluar." Bukan main lancang lagi mulut Adam kali ini.Iman sudah ketap gigi.Geram!

" Alright.Aku boleh je tidur dengan dengan kau malam ni.Asalkan aku tak tidur kat ruang tamu tu!" Iman mula memanjat katil lalu duduk di sebelah Adam.Syarat Adam itu dia terpaksa terima.Bantal lebih di sebelah lelaki itu sengaja dia tepuk dengan kuat untuk tunjuk protes.

Adam memandangnya melalui ekor mata.Marahlah tu!Ada aku kesah!

Tiba-tiba Adam mendapat satu idea jahat.Dia mula tersenyum sumbing sebelum berdehem kecil.

" Oh,aku lupa nak bagitau kau.Sebenarnya kat dalam bilik ni ada cicak yang lagi besar tau.Lagi 10 kali ganda besar daripada cicak tadi." Kata-kata Adam betul-betul membuatkan Iman terkejut besar.

" Hah?!Ada cicak?!Mana-mana?!" Iman sudah tidak senang duduk.Matanya diliarkan ke seluruh bilik.

Adam pula sudah tersenyum nakal.Perlahan dia meletakkan handphonenya di sisi sebelum mula merangkak menghampiri Iman yang sudah tidak duduk diam.

Perkara itu langsung Iman tidak sedar sehinggalah Adam betul-betul berada di hadapannya.Iman terkaku.Hatinya mula dilanda debaran yang tak terhingga.Lagi-lagi apabila dia melihat senyuman yang terukir di bibir Adam itu.M-mamat ni nak buat apa pulak ni?!

" A-A-Adam.K-Kau nak b-buat apa ni?" Iman cuba bertanya dalam gagap.Namun semua itu hanya sia-sia apabila Adam langsung tidak mengendahkan soalannya itu.Malahan,tubuh Adam makin menghimpit tubuhnya sehinggalah ruang di antara mereka tinggal beberapa inci sahaja.

Iman dapat rasakan nafas Adam menerpa mukanya.Dia menggigit bibir bawah sambil matanya masih lagi berani bertentang dengan mata Adam.

" Hihihi,ni bapak cicak dah datang! " Gurau Adam perlahan bersama dengan sedikit tawa di hujungnya.

Iman hanya mendengar perkara itu dengan perasaan yang berkecamuk.Entah bagaimana dirinya seakan beku untuk bergerak.Mulutnya juga seperti sudah terkunci rapat.Yang dia hanya mampu sekarang cumalah berbalas pandang dengan Adam.

Adam menggunakan peluang itu dengan menilik seluruh wajah indah Iman satu persatu.Bermula dari bulu matanya yang lentik,matanya yang bundar sehinggalah jatuh ke bibirnya yang kemerah-merahan.

Adam menelan air liurnya berat.Tipulah kalau dia kata yang dia tidak mahu 'menjamah' bibir itu.Tetapi mengenangkan yang dia dan Iman hanya kahwin paksa,Adam terpaksa mengalah.

Matanya dibawa pulak menilik benda lain.Kali ini pipi gebu Iman pula yang berjaya menarik perhatiannya.Dia tersenyum penuh makna.Tak dapat bibir dapat pipi pun jadilah,Adam...

Makin lama wajah Adam makin dekat dengan Iman.Gadis itu sudah tidak keruan.Nafasnya sudah tidak teratur.

" A-Adam...Aku tak-"

CHUP!

Ayat Iman terhenti tatkala kucupan hangat Adam berjaya melekat di pipi kanannya.Iman terkesima.Adam sudah tayang senyum nakal.

Iman memandang ke arah Adam tanpa berkedip.Rasa malu dan marah menebal di dalam dirinya.Tak guna kau Adam!!!

" Apa ni Adam?!" Pekik Iman kuat.Dengan semua kudrat yang ada Iman pantas menolak tubuh sasa Adam sehingga menyebabkan lelaki itu terandah ke belakang.Adam ketawa berdekah-dekat sambil merangkak ke tempatnya semula tadi iaitu di sebelah Iman.

Iman memandang Adam geram.Sesuka hati dia je nak cium anak orang!Eeee,benci!

" Tadi tu hadiah untuk kau tau.Sebab dah ajar aku melukis petang tadi." Seloroh Adam bersama ketawa yang masih bersisa.Iman membuat muka.Hadiah?Ini namanya bukan hadiah tapi mengambil kesempatan!

" Banyaklah kau punya hadiah!Dah lepas ni aku tak nak dah ajar kau melukis!" Ujar Iman geram seraya menarik selimut untuk tidur.Dia terus tidur mengiring ke kiri,bertentangan dengan Adam.

Adam hanya tersengih sumbing melihat teletah gadis itu.

" Eleh kau...Itu baru aku cium pipi tau.Belum bibir lagi.Takpe-takpe,yang bibir tu aku tuntut lain kali ye.Selamat malam." Selamba badak Adam berkata.Iman yang masih belum tidur mengherot-berotkan bibirnya geram.Pipinya yang menjadi mangsa cium Adam tadi dia sentuh.

' Tak guna kau,Adam Mukhlis!!! ' jerit hati Iman bersama dengan perasaan geram yang menggunung tinggi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience