BAB 5

Romance Series 29933

Iman berlari keluar daripada dewan itu.Setelah dia sudah berlari agak jauh,barulah dia berhenti.Dia meletakkan tangannya di dada.Aduh,kenapa kau kena berdebar lagi setiap kali jumpa dia?

Iman mengeluh panjang.Wajah Adam tadi mula terbayang di ruang fikirannya.Handsome!Malah lebih handsome daripada dahulu!

PAP!

Satu tamparan lembut dilemparkan Iman ke pipi kanannya.

" Stop think about him,Iman Safiya!Stop!" Iman mengetuk-ngetuk kepalanya berkali-berkali.Wahai Encik Adam Mukhlis,keluarlah dikau daripada kotak fikiran ku ini!

" Iman,kau tak layak untuk dia.Kau tak layak." Gumam Iman sendiri.Dia sedar,walau sebesar mana pun dia menaruh perasaan kepada lelaki itu,lelaki itu pasti akan menjadi milik orang lain.Mana mungkin perempuan anti-sosial sepertinya mahu digandingkan dengan lelaki femes seperti Adam Mukhlis.Heh,dalam mimpi bolehlah!

Iman tersenyum sinis.Macam manalah kau boleh jatuh cinta dengan dia ni,Iman?

Kenangannya 5 tahun lepas kembali terimbau di minda.

                             >>>

5 tahun lepas...

Iman duduk termenung seorang diri di bus stop yang berada di hadapan sekolahnya.Hujan yang turun dengan lebatnya itu betul-betul menguji kesabarannya.

" Aduh,time aku tak bawa payunglah kau nak hujankan! " rungut Iman sendiri.Dia memandang sekeliling.Tinggal dia seorang sahaja di bus stop itu sekarang.Yang lain semua sudah selamat sampai di rumah.Iman mengeluh panjang.

" Kalau aku sekolah kat Johor lagi,mesti Rai ada nak temankan aku." Dia mula teringat akan sahabat baiknya sewaktu dia bersekolah di Johor dahulu.Kini,dia terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur sejak kematian kedua ibu bapanya.Pada mulanya dia tidak mahu,tetapi setelah didesak oleh abangnya,Haziq,akhirnya dia terima sahaja.Semuanya hanya kerana satu alasan.

" Memanglah kalau kau sekolah kat Johor tu duduk asrama.Tapi kau kena faham.Sekarang ni kita tinggal berdua je.Mama dengan papa dah takde.Jadi,aku taknak kau duduk jauh-jauh daripada aku.Aku risau.Aku risaukan keselamatan kau nanti.Kau pindah je sekolah kat KL.Sekurang-kurangnya aku boleh jaga kau." Itulah alasan yang diberikan oleh Haziq.

Sekarang,dia hanya bersekolah di sekolah harian biasa di Kuala Lumpur.Sudahlah dia sudah masuk form 5 tahun ni.Takkah membuang masa nak cari kawan baru bagai?Haish!

Jadi dia membuat keputusan untuk menjadi seorang yang pendiam.Malas lagi dia mahu buat kawan baharu.Mungkin sebab itulah sampai sekarang dia masih belum punyai seorang kawan walhal sudah hampir sebulan dia bersekolah di sini.

Iman meraup wajahnya.Memikirkan soal kawan ini sahaja sudah membuatkan kepalanya pusing.

" Weyh,Adam!Aku chau dulu ek!Dah lambat ni!Kang mak aku marah!" Kata Hanif kepada Adam seraya menghidupkan motornya.Berderum motor itu pergi meninggalkan Adam yang baru sampai ke tempat parking.

" Hoi!Dasar kawan tak guna!" Adam memaki hamun Hanif yang sudah hilang bersama motornya.Adam mula menghidupkan motornya sebelum matanya tertancap ke arah seorang gadis yang sedang berada di bus stop.

Enjin motornya dihidupkan lalu dibawanya mendekati bus stop itu.Motornya diparking di tepi bus stop.Bahunya yang sudah basah lencun sudah tidak dia endahkan.Lama Adam merenung ke arah wanita itu sebelum sesuatu terlintas di fikirannya.

" Itu bukan budak baru pindah tu ke?"monolog Adam.Dia memerhatikan Iman yang sudah tersengguk- sengguk mengantuk.Entah mengapa hati Adam diragut rasa simpati.

' Dah lah tinggal sorang-sorang kat situ.Dengan hujan lebat lagi.'

Adam mula mendekati ke arah Iman.Tangannya pula mula menyelongkar ke dalam beg kanvas miliknya.

" Nah." Hulur Adam kepada Iman.Mata Iman yang sedang tertutup itu dengan serta mertanya terbuka.Dia memandang item yang berada di hadapan matanya.Payung lipat?

" Apa ni?" Tanya Iman blur.Matanya ditalakan ke arah Adam.Dia terkedu.Mak aiiii!Mamat handsome mana pulak yang sesat bagi aku payung ni?!

" Ini namanya payung lipat.Kegunaannya adalah untuk melindungi kita daripada terkena air hujan." Panjang lebar Adam berkata.

" Aku tahulah ni payung lipat.Tapi untuk apa kau-"

" Nah,kau ambillah.Dah cepat pergi balik.Dah lambat ni.Aku blah dulu."Adam menarik tangan Iman,lalu memberikan payung lipat itu.Iman terkejut. Namun,belum sempat lagi Iman mahu berkata terima kasih,Adam sudah berlari ke arah motornya lalu berlalu pergi daripada bus stop itu.

Iman tercengang.Dia memandang payung lipat berwarna hitam di tangannya.Matanya tertancap akan sedikit contengan di bahagian pemegang payung itu.

" Adam Mukhlis..." contengan yang berupa sebuah nama itu dibaca oleh Iman perlahan sebelum dia tersenyum.Tanpa membuang masa,dia membuka payung itu lalu mula bergerak balik ke rumahnya yang tidaklah jauh mana daripada situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience