BAB 24

Romance Series 29933

KAKI Iman menguis-nguis perlahan karpet berbulu itu.Matanya pula sibuk memandang ke arah ibu jarinya yang sudah berbalut dengan plaster jenama Topplast.

Sakit?

Tak jarinya tak sakit langsung.Hatinya sahaja sekarang yang rasa sakit yang teramat.Rasa seperti ditoreh dengan sebilah pisau tajam.

Malam semalam,Adam langsung tidak masuk ke dalam bilik ini.Tidur apatah lagi.Bantal dan selimut pun sudah siap sedia lelaki itu bawa keluar daripada petang semalam.Dah menyampah sangat dengan aku agaknya...

KREAKK!

Kedengaran bunyi pintu dibuka daripada luar.Iman tidak menoleh mahupun mengerling sekilas.Sudah boleh agak siapa gerangan orangnya.Dia terus-terusan bermain dengan jarinya.

Adam yang melihat hanya buat tidak tahu.Bantal dan selimut yang dibawa diletakkan di atas katil.Seusai itu,tubuh kecil Iman direnung daripada belakang.

" Sakit ke jari kau tu?" Soal Adam.Iman tidak bersuara sebaliknya hanya membuat tidak tahu sahaja.

Adam tersenyum sinis.Tak tahulah dia mahu rasa apa ketika ini.Patutkah dia rasa simpati ataupun rasa gembira melihatnya?

" Kalau jari kau tu sakit,baguslah.Setakat jari je kan yang sakit.Bukannya hati..." penuh sadis Adam berkata.Hati Iman terasa seperti direntap.Sakit hatinya semalam masih lagi belum terubati,ni nak tambah sakit baru pulak?

" Apa yang kau cuba nak cakap sebenarnya ni hah?Kau nak salahkan aku?Ok kalau aku ada salah dengan kau,aku mintak maaf awal-awal...Aku tak berniat pun." Iman bersuara.Dia sudah berdiri memandang tepat ke dalam anak mata hitam milik Adam.Kali ini dia benar-benar memerlukan satu penjelasan.Dia takkan berdiam diri seperti semalam.

" Wow!Senangnya cakap!Buat salah mintak maaf,buat salah mintak maaf!Eh kau fikir dengan maaf kau tu boleh hidupkan mak aku balik ke hah?! "

Kening Iman bercantum.Apa kena mengena aku dengan kematian ibu Adam ?

" Apa yang kau cuba nak cakap ni?A-Aku tak faham."

" Kau tak faham ke atau buat-buat tak faham?!Eh Iman kau tahu tak semua ni jadi disebabkan engkau!Kalau kau tak perangkap aku haritu mesti kita takkan kena tangkap basah.Kalau kau tak perangkap aku,mesti kita takkan kahwin.Dan kalau kau tak perangkap aku,mesti ummi aku takkan jatuh sakit sampai mati! " luah Adam berang.Suaranya sudah naik seoktaf.Matanya dijegilkan memandang Iman.

" Sekarang baru kau nampak kan?Semua benda ni jadi berpunca daripada kau.Disebabkan engkau aku dah jadi anak yatim,aku dah takde mak kau faham?! " tengking Adam lagi.Tidak sanggup lagi dia lama-lama rasa ini.Biar perempuan itu tahu akan salahnya.

Iman terus terkaku.Seperti yang dia jangka,tragedi hitam itu masih lagi meninggalkan kesannya sehingga sekarang.

" Sekarang kau dah sedar dah apa salah kau?"

Adam tersenyum sinis.Keningnya dijungkitkan tinggi.Menunggu jawapan daripada sang isteri.Namun,Iman tidak mampu untuk menjawab apa-apa.Bibirnya terketar-ketar.Matanya mulai berbalam dengan air mata yang bertakung.

" A-A-Adam...A-Aku...A-A-Aku..."

" Aku-aku apa?!Kau nak nafikan pulak benda ni sekarang?! " jerkah Adam.Sekaligus dengan itu air mata Iman jatuh menitis.Dia tidak mampu lagi menahan.Adam hanya merenungnya tanpa perasaan.

Suasana hening melanda mereka.Hanya kedengaran sedu-sedan milik Iman sahaja.Itupun antara dengar tidak dengar.Adam memendam rasa.Tipulah kalau tidak timbul rasa simpati dalam dirinya apabila melihat keadaan Iman sekarang.

Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia menyeka air mata yang mengalir di pipi itu.Tetapi ego mengatasi semuanya.Rasa simpati dibiarkan terkubur jauh di lubuk hati.Egonya menang.

" Dah tak guna kau menangis Iman.Semuanya dah jadi macam kau nak.Perangkap kau berjaya.Kau patut gembira sekarang."

Iman menggigit bibir bawah.Hatinya seperti tersiat-siat kasar.Tanpa dia sedar,Adam mula menghampirinya.Perasan sahaja lelaki itu sudah berada di hadapannya.

Dengan payah Iman mendongakkan wajahnya memandang ke arah Adam yang jauh lebih tinggi daripadanya.Pandangam mereka bertaut lama.Bukannya pandangan kasih seperti suami isteri lain,tetapi pandangan penuh kebencian.

" Thanks Iman.A big thanks for you for this great plan!Aku akan ingat benda ni sampai bila-bila.Sampai mati pun aku takkan lupa.Selama ni aku tertipu dengan sikap kau.Aku mula ingat kau lain.Tapi rupanya kau sama je macam perempuan luar tu.Baik dekat depan tapi busuk kat belakang!Aku jijik dengan kau!Dasar perempuan murah! " Iman memejamkan matanya mendengar tomahan itu.

Air matanya turun dengan menjadi-jadi.Hatinya bagai dilanda ribut taufan yang sangat teruk.Ianya hancur!Hancur sehingga dia yakin takkan cantumkan semula.Sungguh dia tidak sangka perkara seteruk ini akan terjadi dalam masa yang singkat sahaja.

Beberapa hari lepas baru sahaja dia terfikir untuk meluahkan rasa cinta yang sudah lama dia pendam kepada Adam.Namun kali ini semua itu seakan-akan mustahil.Adam membenci dirinya,dari dulu sehinggalah sekarang.Semua perkara yang terjadi kepada mereka dahulu cumalah detik indah 'sementara' sahaja.Yang tidak berkekal lama.

Tanpa menunggu masa,Iman terus berlari anak keluar daripada bilik yang menyesakkan dada itu.Tidak betah lagi dia mahu memandang anak mata Adam yang oenuh rasa benci.Cukuplah dia menguatkan diri sejak daripada tadi.Kali ini dia tidak mampu!

Langkah-langkah Iman hanya dihantar melalui pandangan mata Adam.Dia menghela nafas berat.Rambutnya dikuakkan ke belakang.Satu-satu masalah yang menimpanya membuatkan dia runsing untuk membuat tindakan.Betulkah perbuatannya tadi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience