BAB 26

Romance Series 29933

" Iman pergi dulu ye abah."

Tangan tua itu disalam Iman sayu.Encik Hashim...Sentiasa mengingatkan dia tentang arwah papanya yang sudah lama menghadap Ilahi.

" Kenapa tiba-tiba balik ni?Kenapa tak balik dengan Adam?" Lembut sahaja Encik Hashim menyoal menantunya.

Iman menundukkan wajah.

" Iman ada hal sikit abah dekat KL.Tu lah yang kena balik." Selindung Iman.

Encik Hashim hanya mengeluh kecil.Tidak mampu dia hendak menghalang.Mata tuanya hanya memandang pergi Iman yang sudah bergerak menuju ke kereta Honda Accord milik abangnya,Haziq.

Beg baju yang dibawanya dimasukkan ke dalam bonet kereta.Sebelum dia hendak masuk ke tempat pemandu,dia menoleh ke belakang semula.Tangannya melambai-lambai perlahan ke arah Encik Hashim.Matanya juga sempat menangkap susuk tubuh Adam yang hanya tegak berdiri di tepi tingkap.Langsung tidak memandang ke arahnya.

' Benci betul dia dekat kau sekarang,Iman.Sampai tengok muka kau pun dia tak nak...'

" Iman!Dah jom masuk.Nanti lambat pulak sampai KL." Panggil Haziq yang sudah berada di tempat duduk pemandu.

Iman tersedar daripada lamunan.Lantas tubuh kecilnya itu terus masuk membolosi kereta.Beberapa minit,barulah kereta itu bergerak keluar daripada perkarangan rumah.Menderum laju membelah jalan.

Deruman kereta itu terus membuatkan Adam memalingkan wajahnya perlahan.Kereta Honda Accord yang semakin menjauh itu dipandang dengan rasa yang dia sendiri tidak pasti apa.Nak kata dia gembira...mungkin ya...dan mungkin tidak.

" Dah blah dah perempuan tu?Bagus!Lepas ni kau bolehlah ceraikan dia." Sergahan Mawar itu membuatkan Adam sedikit tersentak.

Wajah Mawar direnungnya.Bibirnya dibasahkan atas bawah.

" Hmm...Perlu ke Adam ceraikan dia,kak? "

Akhirnya,terpacul keluar juga soalan yang sering kali berlegar di fikiran Adam.

Mata Mawar terbuntang.Dia mencerlung Adam dalam.

" Perlu ke?Perlulah!Eh,ramai lagi lah perempuan dekat kampung ni yang kau boleh buat bini!Bukan perempuan tu sorang je." Tegah Mawar geram.

Adam menundukkan wajahnya.Perasaannya kini berbelah bagi.Dia tahu,hatinya sudah begitu cinta akan Iman.Kalau tidak masakan perasaan sedih menerjah dirinya sewaktu gadis itu pergi tadi.

Namun,rasa sakit hati terhadap gadis itu juga masih lagi belum padam.Adam keliru.Perasaannya begitu sukar ditafsirkan sekarang.

" Kalau Adam tak nak ceraikan dia?"

Tanpa Adam sedar dia bertanyakan soalan berani maut kepada Mawar.

Rahang Mawar jatuh.Lengan bajunya terus disingsingkan naik ke atas.Dia bercekak pinggang.

" Kau jangan nak buat benda bodoh eh,Adam!Aku dah mudahkan kerja kau untuk ceraikan dia tau.Tup-tup kau tak nak pulak?Kau ingat apa? "

Adam mendiamkan diri.Tangannya bermain-main di hujung baju.Tidak berani untuk bertentang mata dengan kakaknya yang sudah ' menyinga '.

" Adam,kau dengar sini.Akak nak kau ceraikan dia cepat-cepat.Akak taknak perempuan pemusnah hidup orang ada kat dalam keluarga ni.Akak tak nak!Akak benci! "

Dada Mawar sudah berombak geram.Matanya sudah dijegilkan ke arah Adam sebagai petanda dia begitu serius waktu ini.

" Apa yang kau tak nak ni,Mawar?Benci apa? "

Kedua-dua mereka tersentak.Pantas wajah mereka dipalingkan ketepi.Kelihatan figura Encik Hashim sedang tepat merenung mereka bersama dengan dahi yang berkerut seribu.

GLUP!

Mawar menelan air liurnya payah.Rasa gelisah menyebulungi dirinya dengan tiba-tiba.

Dia dan Adam berpandangan sesama sendiri.


>>>

" Iman..."

Lembut sahaja panggilan Haziq kepada Iman kali ini.Beg baju Iman yang dijinjit diletakkan di tepi pintu masuk rumah.

Langkah Iman yang baru hendak menaiki tangga juga turut terhenti.Dia tidak menoleh.Cuma berdiri tegak sahaja.

" Aku mintak maaf dengan kau.Semua ni salah aku.Aku tak tahu pulak yang kau...macam ni selama ni.Kenapa kau tak bagitau aku Iman?Kenapa kau tak bagitau aku yang kau menderita macam ni? "

Iman tersenyum pasrah.Perlahan dia memusingkan badannya.Bibirnya sedikit bergetar untuk bersuara.

" Kadang-kadang ada benda yang kita boleh luah,Haziq.Tapi kadang-kadang jugak ada benda yang kita kena simpan.Walaupun...simpan tu menyakitkan.Tapi itulah yang terbaik untuk kita menjernihkan keadaan." Luahnya sepi.

Iman dah tak mampu.Anak kakinya mula melangkah menaiki anak tangga meninggalkan Haziq yang sudah terdiam seribu bahasa.

Pintu bilik dibuka lalu ditutupnya dengan kasar.Belakangnya disandarkan ke pintu.Air matanya menitis dengan laju.

Ya Allah...

Iman menangis tanpa suara.Dia menangis semahu-mahunya.Tubuhnya melorot ke bawah sebelum dia duduk memeluk lutut.Tersedu-sedan dia seorang diri.

" Kenapa hidup aku macam ni?Kenapa aku tak boleh rasa bahagia macam orang lain....." air matanya begitu murah mencurah jatuh seirning dengan hatinya yang semakin lama semakin hancur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience