BAB 13

Romance Series 29933

MALAM itu Adam sengaja balik lambat ke rumah.Tak payahlah dia kena hadap muka Iman tu lagi.Jam tangan sudah menunjukkan pukul 1 pagi.Pasti perempuan tu dah tidur!

Adam membuka pintu keretanya lalu melangkah pintu rumah.Pintu itu dibukanya menggunakan kunci pendua yang diberi oleh Haziq.Dia menutup pintu itu perlahan.Sedang dia mahu menaiki tangga untuk ke tingkat atas,matanya tertancap akan sekujur tubuh yang sedang terbuai lena di salah satu sofa di ruang tamu.

" Dia tidur kat situ ke?" Monolog Adam sendiri.Dia mula mendekati Iman.Wajah gadis itu ditiliknya tanpa berkedip.Bagi Adam,Iman memiliki rupa paras yang cantik.Mempunyai bulu mata yang lentik dan bibir yang merah-kemerahan.Dia yakin kalau Iman bersikap happy go lucky dan ceria selalu,pasti ramai lelaki yang akan terpikat dengannya.

Entah mengapa timbul perasaan kasihan dalam diri Adam.Perlahan dia menyelimutkan Iman menggunakan selimut yang berada pada hujung kaki gadis itu.Bagi mengelakkan gadis itu dilanda kesejukan.

Iman yang rasa seperti tidurnya diganggu mula mengeliat kecil.Terpisat-pisat dia cuba membuka mata.

" A-Adam!" Iman tersentak apabila melihat Adam berada di hadapannya.Kelam kabut dia bangun daripada pembaringan.

" Errr...A-Aku ada belikan nasi goreng untuk kau tadi.Ada kat dapur." Adam tergamam.Hatinya terusik dengan sikap Iman ini.Dia belikan makanan untuk aku?

" Oh,takpe.Aku dah makan tadi dengan Aniq.Aku naik dululah." Adam melangkah pergi daripada situ.

" Eh,Adam!" Panggil Iman lagi.Adam menoleh semula.

" Apa?"

" Harini biarlah aku tidur kat ruang tamu,kau pulak tidur kat dalam bilik tu.Yelah,tukan bilik kita.Bukan bilik aku sorang je." Ujar Iman.Adam terdiam.Lama dia memandang ke arah Iman.Cuba mencari keikhlasan di wajah mulus itu.Setelah beberapa minit barulah dia mengangguk kepala perlahan.Adam terus meneruskan langkahnya naik ke tingkat atas.Iman hanya menghantarnya melalui ekor mata.

Sampai sahaja di bilik Adam terus merebahkan badannya ke atas katil.Kata-kata Aniq pagi tadi kembali terngiang di kotak fikirannya.

" Patut ke kau cuba untuk cintakan dia Adam?" Soalan itu bermain-main di benaknya.

' Kenapa kau nak cintakan dia?Ingat,dia yang perangkap kau.Perempuan macam tu memang tak boleh nak bagi muka!' Bisik suara jahat hatinya.Adam keliru.
Lama dia berfikir-fikir sehingga tanpa dia sedar matanya makin lama makin kuyu.Lalu dia pun terlena dibawa ke alam mimpi.

                             >>>

ADAM terjaga daripada tidurnya akibat daripada cahaya matahari yang sudah memancar masuk melalui celahan tingkap.Adam menggosok-gosok matanya sebelum melangkah keluar daripada bilik.Dia menguap perlahan.Rasa mengantuk masih lagi bersisa.Mungkin kerana dia tidur lambat sangat kot semalam.Selamatlah juga hari ini dia cuti,jadi dapatlah dia berehat-rehat di rumah.

Dia terus menuju ke dapur untuk bersarapan.Tudung saji dibuka lalu senyuman sinis terukir di hujung bibirnya.

" Roti dengan nutella lagi?Nampak sangatlah yang kau tak pandai masak,Iman..." sempat lagi Adam mengutuk sajian yang terhidang itu.Penutup nutella itu dibuka lalu disapukan ia ke atas roti.

Lepas tu apa lagi,terus dimasukkan roti itu ke dalam mulut.Roti pun roti lah janji kenyang.Dia berjalan menuju ke ruang tamu sambil matanya meliar-liar mencari kelibat Iman.

" Mana pulak minah ni pergi?Keluar ke?Kereta ada kat luar." Baru sahaja Adam berkira-kira mahu menonton televisyen,namun niatnya itu dibatalkan apabila telinganya menangkap nyanyian kecil seorang wanita.Perlahan dia mencari dari mana datangnya suara itu sehinggalah dia terperasan akan Iman yang berada di beranda rumah.

Dia memerhatikan Iman yang sedang melukis itu dari jauh.

" Haih Iman...Kau daripada dulu sampai sekarang sama je.Suka nau melukis." Gumamnya sendiri.

Tiba-tiba idea nakalnya datang.Adam tersenyum sebelum terjengket-jengket dia menghampiri gadis itu.

" POM!" Sergah Adam.

" Oh mak kau hansome!" Latah Iman seraya tak sengaja terpicit warna air yang berada di tangannya.

SPUSHH!

Habis kotor baju Iman dek kerana warna air itu.Iman memandang ke arah Adam yang sudah terkekek-kekek ketawa.

" What is your problem?Memang tak reti nak bagi nak bagi salam dulu ke?Kau tengok dah kotor dah baju aku!" Marah Iman.Warna air yang dipegangnya itu pantas ditutup lalu diletakkan di tempatnya.

" Alahai kau ni...Aku sergah je kot,bukannya terkam!" Ujar Adam bersama dengan sisa tawanya.Iman membuat muka.Entah hantu apa agaknya yang dah rasuk si Adam ni.Tiba-tiba je nak bergurau dengan aku.Sebelum ni nak bengis je!

" Kau buat apa ni?" Tanya Adam.

" Oh,tengah buat kenduri kesyukuran!Hish kau ni!Dah terang lagi bersuluh aku tengah melukis,takkan kau tak nampak?!" Iman geram.Buta ke apa mamat ni.

" Ini ke yang kau namakan lukisan,buruk je aku tengok.Macam takde seni je." Selamba badak Adam mengkritik.Tangan Iman yang sedang mewarnakan lukisannya itu automatik terhenti.Memang pantang atuk nenek dia bila ada orang lain yang mengkritik hasil karyanya.Lagi-lagi kritikan itu datang daripada Adam Mukhlis.Arrghh!

Cepat dia menoleh ke arah Adam yang berada di sebelah.

" Excuse me!Engkau tu yang tak berbakat!Sebab tu lah tak tau benda-benda ni semua." Balas Iman semula.

" Kalau macam tu cuba kau terangkan apa yang kau cuba nak lukis ni?" Tanya Adam lagi.Sengaja dia buat begitu.Mungkin masa inilah yang dia perlu isikan dengan mengenali Iman.

Iman memandang ke arah lukisannya itu.Mungkin orang seperti Adam takkan faham,apa yang dia cuba sampaikan di dalam lukisan tersebut.

" This is my life.Just emptiness." Ujar Iman sambil jari telunjuknya ditundingkan tepat ke lukisannya.Adam tergamam.Anak matanya turut ditalakan ke lukisan itu.

' Oh,patutlah warna pakai warna hitam putih je...' fikir Adam dalam hati.Cerita pasal hidup dia rupanya.

" Err...Untuk buatkan aku lebih faham,apa kata kalau kau ajar aku melukis?" Adam mencuba nasib.Dahi Iman sudah berkerut.Dia memandang ke dalam anak mata coklat yang dimiliki oleh Adam.Cuba untuk mencari kesungguhan di mata itu.

" Betul kau nak aku ajar ni?"

" Betullah!"

" Ok,kalau macam tu kau duduk sini." Iman bangun daripada kerusinya lalu mempersilakan Adam duduk di situ.Adam hanya mengikut.

" Firstly,kau ambik pensel tu." Iman menjuihkan bibirnya ke arah pensel yang berada tepi meja.

" Lepastu...Kau bayangkan dulu apa yang kau nak lukis.Bayangkan...Bayangkan...Dan!Bayangkan..." Iman menaikkan jari telunjuknya lalu digerakkan ke kiri dan ke kanan.Anak mata Adam pula hanya mengikut gerakan jari itu seperti orang kena pukau.

" Kau dah tahu kau nak lukis apa?" Tanya Iman apabila melihat Adam begitu khusyuk membayangkan sesuatu.Siap sampai tutup mata lagi.Amboi,bukan main mamat ni!

Adam hanya menggangguk perlahan.

" Perlahan,kau lukis benda yang kau nak kat atas kertas ni.Perlahan je.Slow and smooth." Penuh itonasi Iman memberikan arahan.Seperti seorang guru matapelajaran PSV dah gayanya.Adam mengangguk faham.Hujung mata pensel itu ditekan kuat lalu melukis perkara yang terbayang di mindanya.

" Adam!" Teriak Iman tiba-tiba.Adam terkejut lantas memandang wajah Iman semula.

" Kenapa?" Tanya Adam pelik.Dia memandang ke arah lukisannya.Takkan dia dah buat salah kot?Padahal baru satu garisan sahaha yang dia baru lukis.

" Kenapa kau pergi tekan kuat-kuat pensel tu?!Kan aku dah kata,slow and smooth!" Suara Iman sedikit tinggi kali ini sehingga menyebabkan Adam menelan air liurnya.Mak aiii...Boleh tahan garang minah ni!

" Laaa...Manalah aku tahu.Aku kan baru belajar.Kalau salah tolong tunjukkan."

" Kalau tak tahu,buatlah cara tak tahu!Sinilah biar aku tolong!" Dengan pantas Iman merampas pensel kayu itu.Bukan setakat pensel je dia rampas,dengan tangan-tangan Adam sekali disambarnya!

Adam teguk air liur.Belum pernah ada perempuan lain lagi yang pernah memegangnya selain umminya sendiri.Hatinya mula berdebar kencang tidak menentu.Lagi-lagi dengan keadaan mereka yang cukup rapat sehinggakan Adam dapat mencium bau haruman syampu Rejoice pada helaian rambut Iman.Adam mula tidak keruan.Tipulah kalau dia kata nafsunya tidak naik ketika ini.Namun perasaan itu cuba ditepis sebaik mungkin.

" EHEM..." Adam berdehem kecil.Cuba untuk memberi 'kesedaran' kepada Iman tetapi langsung tidak diendahkan.Gadis itu masih lagi membebel sambil tangannya(dan tangan Adam) leka melukis di atas kertas.Hilang terus gaya guru PSVnya tadi.Kini dia seperti seorang emak mengajar anaknya melukis pula!

" EHEM."

Masih lagi sama.Kedudukan mereka masih lagi begitu namun Adam rasakan semakin rapat pula.Adrenalin Adam mengalir laju.Makin lama dia begini,boleh sakit jantung dibuatnya.

" EHEM!" Adam mencuba lagi dengan nada yang lebih kuat.

" Kau ni dah kenapa dok ehem-ehem daripada tadi!Banyak sangat ke kahak kau!" Iman yang terperasan akan perkara itu mula berang.Dia tengah mengajar,mamat ni boleh main-main pulak!

" Err..." Adam tidak tahu mahu berkata apa cuma tangannya sahaja digoyang-goyangkan seperti minta dilepas.Iman yang tersedar akan keterlajurannya itu mula tersentak.

Cepat-cepat dia melepaskan tangan Adam lalu mula menjauhkan diri daripada lelaki itu.Sungguh dia tidak perasan akan perkara tersebut!Dia leka!

" Err...S-sorry." Pinta Iman gagap.Peluh mula merenek di dahinya.Pipinya sudah merah menahan malu.Adam tersenyum kecil.Reti malu jugak minah ni.

" No,takpe."

" A-aku masuk dululah.Kau sambung jelah lukis." Iman tidak betah lagi duduk di situ.Perasaan malunya sudah tidak terkira.Jadi lebih baik dia duduk di dalam rumah.Namun,baru sahaja Iman mahu melangkah masuk ke dalam,tangannya terus dipaut kemas oleh Adam.

Iman terkelu lantas Adam memandang semula.

" Sampai hati kau nak tinggalkan aku.Kau kata kau nak ajar aku tadi.Belum habis lagi kot." Iman terdiam.Tidak tahu mahu membalas apa.

" Please..." rayu Adam sambil membuat riak muka comel.Iman menarik nafas dalam sebelum menarik pantas tangannya daripada Adam.

" Ok,aku ajar kau.Tapi aku nak kau bagi full attention kat aku eh."

" Baik,bos!" Adam menabik hormat ke arah Iman sambil melemparkan senyuman manis.Ala-ala sarjan gitu!Iman tidak mengendahkan lalu terus mengajar Adam semula.Kali ini,Adam menumpukan 100 peratus perhatiannya.Good!

Sesi pembelajaran mereka berjalan dengan sangat lancar.Sesekali Iman pasti akan mengerling ke arah Adam yang sedang khusyuk menyiapkan lukisannya.Satu persoalan mula timbul di benak hati.

' Kenapa perangai kau tiba-tiba berubah Adam?Kenapa kau tiba-tiba baik dengan aku? ' soalan itu terus berlegar di dalam kotak fikiran Iman sepanjang petang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience