BAB 25

Romance Series 29949

GONCANGAN kasar di bahu membuatkan lenanya diganggu.Iman terpisat-pisat kecil.Matanya dibuka perlahan-lahan dalam payah.

" Amboi-amboi!Sedap kau membongkang dekat luar ni eh?Dah cepat bangun! " tegas Mawar bersuara sambil bercekak pinggang.

Iman agak terperanjat mendengar suara wanita itu.Pantas sahaja dia bangun daripada pembaringan.Matanya memandang kawasan sekeliling.

' Laaa...aku tertidur dekat pondok depan rumah rupanya...'

Iman mengeliat.Diregangkan semua urat sendi.Tangannya kanannya pula bergerak ke matanya yang sedikit bengkak.Mungkin kerana terlampau banyak menangis sejak dua menjak ni.

" Sekarang dah pukul berape kak?" Tanya Iman masih lagi dalam nada mengantuk.

" Dah 6 petang dah kau tahu!Kau tu kalau membongkang memang tak ingat dunia kan?Selamatlah abah suruh aku kejutkan kau,kalau tak memang tak ingin aku.Biarlah kau dekat luar ni sorang-sorang.Silap-silap pukul 10 malam baru kau bangun! "

Iman tepuk dahi.Dah pukul 6 petang...Alamak,aku tak solat asar lagi ni!

Tanpa berlengah dia terus turun daripada pondok dan mula melangkah pergi.

" Eh,dia boleh blah macam tu je?! " rungut Mawar sambil anak matanya memandang Iman daripada belakang.

" Hoi,Iman! " panggil Mawar seraya menapak pantas mengekori adik iparnya. Langkah Iman terhenti.

Aduh...Apa pulaklah minah ni nak.

" Ye,ada apa kak Mawar?Iman nak cepat ni.Nak solat Asar." Ujar Iman malas.Mawar tersenyum sinis.Anak matanya mencerlung tajam ke arah Iman.Tangannya diangkat lalu dia berpeluk tubuh.

" Aku nak kau mintak cerai daripada Adam." Selamba sahaja Mawar berkata.

Iman terdiam.Tubuhnya sedikit terandah ke belakang mendengar benda mengejut itu.Lepas satu-satu nak jadi!

" Ermm...Iman dah lambat nak solat ni,kak.Iman pergi dulu." Iman mencipta alasan.Malas dia mahu berkata apa-apa lagi.Sekali lagi Iman mula melangkah pergi.

Mawar masih lagi dengan senyuman sinisnya.

" Aku bagi kau tempoh 2 hari.Sama ada kau tuntut cerai daripada Adam,atau kau keluar daripada rumah ni.Dan...jangan sesekali kau berani nak tunjuk muka kau kat depan adik aku lagi."

Ya Allah!Apa benda pulak benda yang aku kena hadap pulak kali ni?

Iman menarik nafasnya dalam.Nafas itu ditahan di bahagian abdomen sebelum dihembuskan keluar.Dia letih.Dia penat dengan semua yang berlaku.

' Kalaulah Adam tahu yang bukan aku yang perangkap semua ni,tapi Haziq...'

' Tak!Kau tak boleh bagitahu benda ni dekat Adam!Kau tak nak Adam cari pasal dengan abang kau pulak kan?Kau dah janji yang kau takkan benda bagitahu pasal benda ni dekat sesiapa kan?Then keep your promise,Iman.Pertahankan abang kau,macam mana dia sanggup berkorban untuk bahagiakan kau.Walaupun pengorbanan dia tu bodoh,tapi niat dia still sama.Ingat tu,Iman Safiya.'

Iman bertelagah dengan perasaannya sendiri.Kalau diikutkan ketidakwarasan mahu sahaja dia menjerit di situ sekuat-kuatnya.Melepaskan perasaan yang betul-betul mencengkam dada.

Iman menoleh kembali ke arah Mawar.Dia mengeluh perlahan.Kalau betul ini takdir dia,dia pasrah.Dia akur dengan semua yang bakal jadi lepas ini.

" Baik.Kalau tu yang akak rasa terbaik untuk Adam,untuk keluarga ni.Iman...akan pergi." Iman mengeluarkan kata putus.

" Well...That's good.Memang tu pun yang aku nak dengar daripada dulu.Ramai lagi perempuan dekat luar sana yang layak untuk adik aku,selain daripada kau.Lagipun aku taknak ada keturunan perempuan sial dekat dalam family aku nanti.Perempuan yang sanggup gadai maruah,terdesak sampai sanggup perangkap sorang lelaki.Sampai kena tangkap basah kau,wow!Marvelous! " sadis sungguh perlian daripada Mawar.Sedikit pun wanita itu tidak melapikkan kata-kata.Dia peduli apa!Lagipun untuk apa dia berbudi bahasa dengan perempuan yang dah perangkap adiknya sendiri kan?

" Mawar,Iman!Apa lagi kamu berdua duduk tercegat dekat situ tu?Cepat masuk!Dah nak maghrib ni." Laungan Encik Hashim daripada tingkap itu mengejutkan mereka berdua.Terus sahaja Mawar tayang senyum plastik kepada ayahnya itu.

" Ye abah!Nak naik lah ni! "

Encik Hashim mengangukkan kepala sekali sebelum menutup tingkap tersebut.Mawar menarik nafas lega.Selamat tak kantoi!

Dia menolehkan kepalanya ke sebelah.Kelihatan Iman hanya menundukkan wajahnya.

" Heh,aku harap kau tepatilah kata-kata kau tadi tu.Kalau tak...Memang lumat kau aku kerjakan.Lagi teruk daripada Adam buat." Mawar memberikan amaran.Gadis itu menapak pergi daripada situ lalu terus memasuki pintu utama rumah.

Iman mengetap bibir.Sakit hatinya tak terkira kala ini.Rasanya macam nak pecah!Air mata jangan cakap lagi lah,memang dah bertakung daripada tadi.

Perlahan tangannya diselok masuk ke dalam poket seluar slack yang dipakai.Hanphonenya dikeluarkan lalu pantas sahaja dia menaip nombor dia atas skrin itu.

Trutt..Trutt..Trutt..Truttt..

" Hello..." dalam payah Iman memulakan bicara.

Share this novel

Norazyah Hamid
2020-01-24 17:50:46 

kasian iman mcm2 dugaan bertabah la


NovelPlus Premium

The best ads free experience