BAB 21

Romance Series 29933

AZAN yang berkumandang mengejutkan Iman daripada tidurnya.Dia mengeliat kecil.Wajah Adam di sebelah direnungnya lama.Dia tersenyum sendiri.Semalam,dia telah berjaya menjalankan tugasnya seorang isteri.Lepas ini tak perlulah dia perlulah susah hati lagi.

" Adam...Bangun jom.Dah Subuh ni." Kejut Iman lembut.Bahu Adam digoyangkan berulang kali.Adam sedikit mendengus.

" Kau pergilah dulu.5 minit lagi aku bangun." Ujar Adam dengan matanya yang masih tertutup.Letihnya pada malam semalam masih lagi belum hilang.Iman hanya menganguk sebelum terus menuju ke bilik air untuk mengangkat wudhuk.

TRUTT!TRUTT!

Bunyi deringan telefon yang bingit mengejutkan Adam.Dia mengeliat malas.Siapa pulaklah yang call pagi-pagi ni?

Dengan terpaksa,handphone yang berada di atas meja itu dicapai.Dahi Adam berkerut tatkala membaca nama pemanggil yang tertera di atas skrin itu.Pantas sahaja dia menjawab.

" Hello,Assalamualaikum.Ada apa call ni?"

" Hah?!Kau jangan main-main!"

" Ok,a-aku balik sekarang "

Panggilan telefon itu dimatikan.Dadanya kini terasa kian sempit dengan perasaan kecewa dan sedih yang tak mampu digambarkan.

" Siapa call tadi?" Soal Iman yang baru sahaja selesai mengambil wudhuk.Adam menoleh.Suaranya seakan-akan tersekat untuk berkata.

                              >>>

" Aminnn Ya Rabbal Alamin..." Adam dan Iman sama-sama mengaminkan doa itu serentak.Tanah kubur yang masih merah itu dipandang sayu oleh Adam.Bibirnya diketap kuat bagi menahan air mata daripada tumpah.

Iman yang melihat juga turut bersimpati ke atas nasib yang dialami oleh suaminya.Pagi tadi mereka baru sahaja dikejutkan dengan berita pemergian ibu Adam.Terkocoh-kocoh dia dan lelaki itu datang ke sini.Tapi malangnya,sebaik sahaja mereka sampai,majlis pengebumian sudah pun dijalankan.Orang kampung jugak kebanyakannya sudah pulang ke rumah masing-masing.

" Ummi,Adam mintak maaf atas semua benda yang Adam dah pernah buat dekat ummi dulu.Maafkan Adam sebab Adam bukan anak yang buat ummi bangga.Halalkan makan minum Adam selama ni.Kalau ada umur panjang Adam datang lagi.Adam balik dulu ye." Ujar Adam sambil tersenyum.Iman hanya diam.Dia tahu di sebaliknya senyuman manis suaminya itu,pasti ada seribu kesedihan yang tidak dapat dia gambarkan.Dulu,dia juga pernah mengalami situasi ini.Jadi dia sudah sedia tahu akan perkara tersebut.

Mereka mula menapak keluar daripada kawasan tanah perkuburan.Rumah Adam menjadi destinasi mereka yang seterusnya.

                               >>>

Tangga kayu rumah itu dinaiki oleh mereka berdua.Walaupun seluruh rumah itu diperbuat daripada kayu,namun keunikannya cukup menarik perhatian Iman.

" Assalamualaikum abah." Pamit Adam sebaik sahaja dia matanya tertancap akan Encik Hashim yang sedang duduk di sofa.Lantas dia menyalami tangan tua itu.Sudah lama rasanya dia tidak bertemu dengan orang yang berjaya membesarkannya ini.

" Waalaikummussalam.Dah lama dah Adam-"

" Adam mintak maaf abah.Semua ni salah Adam.Ummi mati sebab Adam.Adam ni memang anak yang tak guna." Potong Adam.Dia menyalahkan dirinya atas apa yang terjadi.Dirinya sudah melutut di hadapan Encik Hashim.Sungguh dia yang bersalah akan hal ini.Semua yang terjadi ini angkara dia!

Tanpa Adam sedar air mata jantannya jatuh menitik juga.Biarlah kali ini dia menangis.Biarlah kalau Iman nak mengangapnya lemah sekalipun.Yang pasti,perasaan bersalah yang menyelubunginya semenjak tadi memang tidak dapat diselindung lagi.

Encik Hashim sebak melihat satu-satu anak lelakinya itu sudah mengalirkan air mata.Walaupun Adam pernah menghampakan dia dulu, namun perasaan sayang ke atas anaknya itu tidak pernah luput.Perlahan tangan tuanya memegang ubun-ubun Adam.Rambut hitam milik anaknya itu diusap penuh kasih.

" Ini semua bukan salah kamu Adam.Ummi dah lama maafkan kamu.Dia tak salahkan kamu pun atas apa yang jadi.Cuma Allah tu lebih sayangkan ummi kamu Adam.Sebab tulah Dia ambil ummi kamu dulu." Encik Hashim cuba menenangkan anaknya.Adam pula terus-terusan melampiaskan rasa sedihnya.Dia menangis teresak-esak di riba Encik Hashim.Orang tua itu hanya menggeleng.Dia dah agak,pemergian isterinya akan memberikan impak yang sangat besar kepada Adam.Sudahlah memang daripada dulu lagi anak lelakinya itu rapat dengan arwah isterinya.

" Sudahlah tu menangis,Adam.Malu sikit dekat isteri kamu tu." Iman yang daripada tadi menjadi pemerhati tersentak apabila Encik Hashim sudah memandangnya.Dia hanya tersenyum.

Adam berdiri semula.Air mata dan hingus yang sudah meleleh keluar dikesatnya kasar.Dia menghampiri Iman yang hanya tegak sahaja berdiri.

" Abah,ni isteri Adam.Iman." lekas Iman mendekati Encik Hashim lalu menyalaminya.Orang tua itu hanya tersenyum.

" Cantik je menantu abah ni.Sama macam haritu." Puji Encik Hashim bagi menceriakan sedikit suasana di antara mereka bertiga.Iman ketawa kecil.

" Kamu berdua rehatlah dulu dalam bilik.Mesti penatkan.Lagipun ayah nak jumpa tok Imam ni.Nak bincang pasal tahlil arwah." Adam hanya mengangguk sebelum dia mula melangkah ke bilik yang berada di hujung sekali.Iman hanya membontotinya daripada belakang.

" Ni bilik aku.Kau masuklah dulu.Aku nak pergi dapur jap." Iman hanya mengangguk faham.Pintu bilik itu dibuka lalu dia meloloskan diri masuk ke dalam.

Adam sudah menapak menuju ke dapur.Tekaknya yang kering itu perlu dibasahkan semula.Dia mengambil cawan sebelum mengisikan air sejuk ke dalamnya.Adam meneguk air itu rakus.Betapa nikmatnya apabila air itu mengalir di tekak.

" Baru ingat nak balik?Ingatkan dah lupa dah jalan balik rumah." Tegur seorang wanita yang baru sahaja masuk daripada pintu belakang.Wanita itu melemparkan senyuman sinis.

Adam tersentak.Dia hanya memandang redup ke arah wanita itu.Sudah lama rasanya.dia tidak melihat wajah tersebut.Wajah satu-satunya kakak kandung yang dia ada.Mawar.

Adam hanya diam.Malas mahu berkata apa-apa.

Mawar yang melihat sikap selamba Adam itu mula baran.Dia lekas mendekati adiknya bersama dengan pisau yang sudah sedia ada di tangan.

" Eh,Adam!Kau tahu tak semua ni jadi sebab kau!Kau penyebab ummi mati!Kalau kau tak kena tangkap basah haritu aku pasti benda ni semua ni takkan jadi tahu tak?! " pekik Mawar kuat.Hujung pisau itu ditalakan di hadapan wajah adiknya.Biar dia tahu bahawa marahnya kali ini bukan main-main.

Adam hanya membalas pandangan tajam yang diberikan oleh Mawar.Sudah agak dah kakaknya itu akan naik angin.

" Kak,Adam mengaku kalau semua ni jadi sebab Adam.Tapi Adam nak akak tahu yang semua yang jadi tu bukan Adam yang rancang.Adam kena perangkap." Adam cuba mempertahankan diri.Tidak mahu juga Mawar terus-terusan memandang serong terhadapnya.

" Habistu siapa yang perangkap kau?Bini kau tu?Kalau betul dia yang perangkap kau kenapa kau tak ceraikan dia je?!Kenapa kau simpan dia lagi?! " Adam terdiam.Dia mengaku dahulu dia teringin sekali ingin melafazkan cerai itu kepada Iman kerana perbuatan perempuan itu.Namun selepas apa yang dilaluinya,perkara cerai itu sudah lama dia lupakan.Apakah dia sudah jatuh cinta dengan isterinya sendiri?Ya,harini dia mengaku...Dia memang sudah jatuh cinta dengan Iman Safiya.

" Kenapa kau diam?Kau nak cakap yang kau dah jatuh cinta dengan dia,macam tu?" Mawar menduga.Matanya dijegilkan tepat ke arah Adam.Adiknya itu hanya menundukkan wajah kerana memang itulah kebenarannya.Mawar merengus geram.Pisau ditangannya dihempaskan ke atas meja.Perasaan marahnya cuba untuk dikawal.

Dia mengangkat tangannya lalu memegang bahu Adam kuat.Dia mengeluh.Kali ini rasanya di perlu berlembut dengan adiknya nan satu itu.

" Adam...Akak tahu kau tak salah dalam hal ni.Akak kenal kau.Kau takkan sesekali buat perkara terkutuk tu.Tapi tolonglah Adam...Akak merayu.Ceraikan perempuan tu.Kau tak nampak ke?Semua yang jadi ni berpunca daripada dia.Dia yang perangkap kau sampai kau kena tangkap basah,sampai hidup kau musnah.Takkanlah perempuan macam tu pun kau masih lagi nak simpan. " ujar Mawar.Suaranya sudah kembali kendur.Tragedi hitam yang pernah menimpa Adam itu muncul kembali di dalam ingatannya.Saat di mana Adam terus-terusan meraih kepercayaan daripada ibu dan bapa mereka.Mawar ada menyaksikan semua itu,cuma dia hanya mampu melihat daripada luar balai polis sahaja seperti yang diarahkan oleh Encik Hashim.

Walaupun Encik Hashim dan Puan Asma tidak mempercayai Adam ketika itu,namun jauh di sudut hatinya,dia tahu Adam tak bersalah.Perempuan itu yang bersalah!Bukan adiknya!

Adam hanya membisu.Tidak tahu respon apa yang dia patut berikan.Mampukah dia menceraikan Iman sedangkan bunga-bunga cinta sudah berputik di hatinya?Tetapi...sanggupkah dia hidup bersama dengan pemusnah hidupnya sendiri sehingga menjadi punca umminya meninggal dunia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience