Bab 23

Drama Completed 10365

Dalam keheningan malam , diatas sejadah panjang terduduknya Khalisya sendirian bersama tangan yang ditadahkan serta air mata yang berjuraian.

" Ya Allah.. Aku tahu aku tidak layak untuk mempersoalkan tentang ujian-Mu.. Tapi.. Ujian ini terlalu berat Ya Allah.. "

" Berilah aku pertunjuk Ya Allah.. Permudahkanlah setiap urusan ku.. Bantulah aku ya Allah. Sesungguhnya Engkau tahu apa yang terbaik buat ku Ya Allah. Ya Allah.. Aku berserah pada-Mu... "

Perlahan-lahan tangan yang ditadah tadi diraup kasar dimuka Khalisya sebagai tanda mengaminkan doa-doa itu.

Usai itu air mata dipipi Khalisya diseka kasar. Surah Yaasin diatas kabinet hadapannya dicapai lalu dibaca.

Selesai membaca Surah Yaasin , langkah ke katil diambil Khalisya. Perlahan-lahan dilabuhkan tubuhnya ke atas tilam empuk itu.

Dengan fikiran yang entah kemana melayang , serta hati yang tidak keruan Khalisya tutupkan matanya dan mencuba untuk tidur.

Tepat jam 8 pagi. PinPinbilik Khalisya diketuk lembut. Suara Puan Sri Serina jelas kedengaran.

" Khalisya , bangun sayang. Jom breakfast dengan mama papa. Dah dua hari Khalisya tak makan sayang. Khai pun ada dekat bawah tu.. Jom la sayang. Jangan buat mama papa macam ni please... Lisya... "

Suara juga ketukan pintu bilik Khalisya itu telah berjaya menyedarkan Khalisya dari tidurnya yang pendek.

Dengan tubuh yang lesu dan wajah yang pucat Khalisya mengatur langkahnya ke arah pintu lalu perlahan-lahan tombol pintu biliknya dipulas.

Pintu ditarik wajah Puan Sri Serina yang kegusaran jelas kelihatan.

Melihat saja Khalisya yang pucat itu Puan Sri Serina lantas berkata.

" Lisya , kita makan sekali ya ? "

Bersama tenaga yang tersisa segaris senyuman kecil Khalisya ukirkan diwajahnya yang memutih pucat itu.

Tiba-tiba , senyuman itu pudar dan hilang dari wajah Khalisya. Tubuhnya yang hampir terjatuh itu disambut kemas oleh ibunya , Puan Sri Serina.

Ibunya yang panik melihat Khalisya begitu lantas menjerit memanggil suaminya itu , Tan Sri O' Ghazali yang menunggu di ruang
tamu.

" Abang ! Lisya pengsan ! Abang cepat ! Khai ! Tolong !  "

Tan Sri O' Ghazali dan Khairil yang juga panik setelah mendengar jeritan isterinya itu dengan pantas mendaki anak-anak tangga itu.

Tibanya Khairil ditingkat atas , lantas tubuh Khalisya dirangkul dan dipeluk erat. Tenaganya dikerah sehabisnya dan digendongnya Khalisya.

Degan pantas Khairil berlari menuruni anak tangga dan menuju ke arah keretanya. Pintu kereta Range Rover putihnya dibuka lalu dibaringkan tubuh Khalisya diatas kusyen kereta itu.

Khairil yang terlalu panik lantas memandu menuju ke arah hospital berdekatan. Tibanya dihadapan hospital tubuh Khalisya digendong memasuki hospital.

Sementara Khalisya diperiksa oleh Doktor , Khairil yang masih panik cuba untuk bertenang.

Wajah Khairil diraup kasar lalu Khairil tertunduk. Hatinya tidak tenang. Kerisauan yang dirasakan oleh Khairil semakin sukar dikawal.

Perlahan-lahan kedua tapak tangan Khairil ditekupkan ke wajahnya.

" Ya Allah , selamatkan Khalisya.. "

Desis hati Khairil sedang air matanya jatuh menitis membasahi pipi kusamnya.

Sedang Khairil menyeka air matanya , terdengar satu suara garau milik Doktor Yusof yang menyapanya.

" eh  , Khai ? Kenapa ni ? "

Khairil yang menyeka air matanya lantas memandang Doktor Yusof yang berdiri dihadapannya.

Dengan tenang Khai menjawab persoalan Doktor Yusof itu.

" Khalisya. Dia pengsan.."

Selepas mendengarkan itu wajah Doktor Yusof yang tadinya tersenyum bertukar panik.

Tiba-tiba pintu ward Khalisya dibuka lalu keluarlah seorang doktor wanita berusia lingkungan 30-an. Melihat Khairil dan Doktor Yusof , doktor wanita itu lantas bersuara.

" Boleh saya berjumpa keluarga Puan Khalisya ? "

Persoalan itu disuarakan ringkas.

Khairil dan Doktor Yusof yang masing-masing risau akan keadaan Khalisya  lantas mengatakan bahawa mereka adalah ahli keluarga Khalisya.

" Saya doktor. "

Jawab Khairil dan Doktor Yusof secara serentak.

Usai itu Khairil dan Doktor Yusof saling berpandangan. Lalu Khairil kembali mengalihkan pandangannya kepada doktor Wanita itu , Doktor Sarah.

Lantas itu Khairil kembali bersuara memberikan kenyataan bahawa dia adalah ahli keluarga Khalisya.

" Saya abang ipar dia doktor. You can talk about her to me. What happened ? Is it serious ? "

Bertalu-talu soalan ditujukan pada Doktor Sarah. Mendengarkan jawapan serta persoalan Khairil dengan pantas Doktor Sarah berkata.

" Okay , come follow me. Kita discuss dekat my office. "

Beransurlah Doktor Sarah dan Khairil hilang dari pandangan Doktor Yusof.

Masa yang tersisa tidak dilepaskan oleh Doktor Yusof. perasaan bimbangnya terhadap Khalisya begitu dalam.

Lantas itu langkah ke ward Khalisya diambil. Khalisya yang masih terlantar tidak menyedarkan diri diatas katil ditenung lama oleh Doktor Yusof.

Sementara itu di pejabat Doktor Sarah , wajah Khairil yang berkerut jelas kelihatan. Penerangan demi peneragan dijelaskan pada Khairil mengenai kesihatan Khalisya.

Ternyata Khalisya adalah pesakit Doktor Sarah sejak 3 bulan yang lalu. Dimana Khalisya sudah mengetahui mengenai kesihatannya.

Qaseh Khalisya , disahkan menghidap barah otak tahap 3.

Khairil yang masih seakan-akan tidak percaya akan kenyataan yang keluar dari bibir Doktor Sarah sekali lagi menitiskan air mata.

" Tak.. Tak mungkin ! Doktor salah ! Khalisya tak boleh sakit... ! "

Jerit Khairil yang tidak dapat menerima kenyataan.

Doktor Sarah yang faham akan perasaan Khairil hanya melihat Khairil yang tidak dapat mengawal perasaan sedihnya.

Sebagai seorang Doktor Pakar , perkara ini sudah biasa terjadi dihadapan matanya.

Dengan tenang , Doktor Sarah berkata pada Khairil bernada perlahan.

" Encik , saya faham encik terkejut. But please , bertenang... "

Khairil yang sudah tidak mampu mengawal dirinya dengan kesedihan itu dengan pantas mengatur langkahnya keluar dari ruangan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience