Bab 27

Drama Completed 10354

Hari bersilih ganti ditempuhi dua jasad ini bersama kerinduan yang tidak tertanggung lagi rasanya. Sebulan telah pun berlalu.

Sedang kesihatan fizikal Khalif semakin membaik , kesihatan Khalisya semakin merosot.

Qaseh Khalisya kini merupakan seorang penghidap barah otak tahap 4.

Setelah 4 minggu berhempas pulas melakukan rawatan physiotherapy akhirnya masa yang dinanti tiba.

Meski belum sepenuhnya sihat Khalif tiada pilihan. Khalif kini kesuntukan masa. Tidak lagi dihirau perkara lain. Khalisya , adalah yang paling utama diwaktu ini.

Usai saja solat subuh kedua-dua tangan Khalif ditadahkan doa meminta pertolongan dari Yang Maha Esa.

" Ya Allah ya Tuhan ku. Berikanlah isteriku kesihatan yang baik ya Allah. Sembuhkanlah penyakitnya Ya Allah. Berikanlah kami peluang untuk berbahagia Ya Allah. "

Bernada sebak rintihan Khalif berkunjung air mata. Diatas sejadah panjang Khalif terduduk sendiri menadahkan doa-doa buat isterinya.

Usai itu perlahan-lahan Khalif mencapai tongkatnya yang bersanda pada dinding itu. Perlahan-lahan Khalif berdiri sendiri. Tongkat digenggam kuat. Atas bantuan tongkatn Khalif kembali bisa berjalan.

Seawal jam 7.30 pagi Khalif sudah bersiap sedia berpakaian kemas. Hari ini , adik-beradik kembar ini akan menjelaskan segalanya pada keluarga mereka. Dan yang paling utama , isteri Khalif yang sedang berjuang.

Sedang Khalif ralit merenung dirinya didalam cermin itu tiba-tiba pintu biliknya dibuka dan Khairil melangkah masuk.

" Lif ? Are you ready ? "

Tanya Khairil kepada Khalif untuk memastikan adik kembar kesayangannya itu sudah benar-benar bersedia.

" Yes , I'm totally ready for this. Can't wait to see my precious little princess ! "

Balas Khalif bersama senyuman yang lebar. Khairil yang melihat Khalif begitu turut tersenyum lebar.

Tibanya dihadapan pintu ward Khalisya , nafas Khalif ditarik panjang lalu dihembus lembut. Pintu ward dibuka oleh Khairil. Keluraga mereka satu persatu dilihat wajahnya.

Langkah pertama diambil Khalif. Ahli keluarga mereka yang melihat Khalif dan Khairil jelas terpapar wajah mereka yang terkedu.

" Ya Allah abang ! Anak kita ! "

Teriak ibu Khalif dan Khairil bersama air mata yang mengalir laju menuruni pipi yang putih itu.

Dengan pantas Puan Sri Mazrin melangkah menuju ke arah Khalif. Lalu dipeluknya Khalif penuh sayang. Perasaan syukur menerpa hati si ibu itu.

Manakala Tan Sri Megat Amin pula melangkah ke arah belakang isterinya itu dan mengusap lembut bahu isterinya.

Perlahan-lahan pelukan erat itu dilepaskan oleh Puan Sri Mazrin. Tan Sri Megat Amin pula yang memeluk anaknya yang seorang itu. Air mata kebahagian jelas kelihatan.

Lalu pelukan itu juga dileraikan. Tangan kedua-dua orang tuanya itu disalam mesra oleh Khalif. Wajah Khalif diraup kasar. Air matanya diseka. Khalisya yang berada disamping orang tuanya dipandang oleh Khalif.

Langkah menuju ke arah Khalisya diambil. Tangan kedua orang mertuanya disalam. Lalu dihadapan Khalisya , Khalif berdiri.

Air mata bahagia terus menitis sederasnya. Tubuh Khalif lantas dirangkul oleh Khalisya. Bersandarkan dada bidang Khalif tangisan Khalisya dicurahkan.

Khalif yang juga sedang menangis kegembiraan mengusap lembut kepala isterinya. Sungguh , penantian juga kerinduan mereka berdua benar-benar menyentuh jiwa keluarga mereka.

Setelah hampir 10 minit Khalisya menangis dan memeluk erat tutubusuami yang amat dirinduinya , pelukan itu dilepaskan.

Wajah Khalisya yang tertunduk perlahan-lahan diangkat oleh Khalif. Dengan wajah yang tersenyum Khalif mengusap lembut pipi isterinya yang masih bersisa air mata itu.

" Sayang , I'm back. "

Bernada romantik juga sebak kata-kata itu dilafazkan dari bibir Megat Khalif sedang air matanya terus menitis.

Khalisya yang memandang tepat kearah wajah kacak suaminya itu lantas mengukir senyuman hingga ke telinga.

Perlahan-lahan tangan Khalisya yang dingin itu menyentuh pipi suaminya lalu diusap air mata yang mengalir basah dipipi itu.

" Thank you for coming back , husband. "

Balas Khalisya bernada lembut berasam suara yang serak.

Ahli keluarga mereka berdua yang melihat mereka berdua juga turut mengalirkan tangisan kebahagian. Penyatuan dua jiwa yang saling berpegang teguh setia pada cinta mereka benar-benar menyentuh perasaan keluarganya.

Lalu Khalif mencium lama dahi isterinya itu. Sekali lagi air matanya mengalir membasahi wajah Khalisya. Kerinduan mereka , kini kembali terubat.

Usai itu Khalif dan Khairil mula bercerita tentang perkara sebenar kepada seluruh ahli keluarga mereka.

" Mummy , Daddy , Papa , Mama , and my dearest wife. Qaseh Khalisya Tan Sri O' Ghazali. First of all , Khalif harap you guys tak marahkan Khairil. Because there's a reason why he kept my status as a secret. "

Kata Khalif yang membuka bicaranya dan meminta agar ahli keluarganya tidak memarahi abang kembarnya itu atas tindakan yang telah diambil oleh Khairil.

" Sebenarnya , keadaan Khalif selepas accident tu teruk sangat-sangat. That time , percent untuk Khalif hidup sangat rendah. I have no choice. Khai terpaksa rahsiakan dulu. "

" Khai tak mahu semua kecewa buat kali kedua. Khai dah nampak macam mana teruknya family kita sedih bila pihak polis jumpa mayat yang rentung disebabkan kereta Khalif explode. I just don't want to make you guys dissapointed again and again. I'm sorry.. "

" and , tentang mayat yang dijumpai rentung tu adalah mayat anak lelaki uncle Maliq. Do you remember him daddy ? "

" Doktor Maliq ? Please come in "

Pintu ward pun dibuka. Wajah Doktor Maliq ditenung lama oleh Tan Sri Megat Amin. Mata kedua-dua lelaki yang berusia itu berkaca.

Langkah Doktor Maliq diteruskan hingga ke beliau berdiri dihadapan sahabat karibnya itu. Sahabat yang sudah hampir 10 tahun terpisah oleh jarak dan waktu.

" Megat Amin ! "

Jerit Doktor Maliq yang bernada ceria itu. Senyuman diukirkan diwajah mereka berdua hingga menampakkan barisan gigi yang cantik tersusun.

" Malique Rahman ! "

Tan Sri Amin juga berteriak dengan nada ceria. Lalu dua sahabat karib itu berpelukan buat beberapa ketika. Pelukan dileraikan lalu air mata diseka.

Usai itu Khairil kembali menyambung cerita.

" After 3 or 4 months right uncle ? "

Soal Khairil sambil memandang Doktor Maliq yang mahukan kepastian. Doktor Maliq hanya menagguk perlahan memastikan ia.

"Baru Khalif sedar dari koma buat pertama kali. "

" If Khalisya ingat lagi , masa tu Khalif ada jumpa Khalisya. Yang marah Khalisya dan halang Khalisya dari berjumpa Faliq tu adalah Khalif. Bukan Khai. Masa tu Khalif baru semunggu sedar dari koma. "

" and.. after that incident Khalif kembali koma becuase of the injury at his brain. "

" Khalif koma. For about 3 months. Khalif terlantar diatas katil. And Alhamdulillah. Allah makbulkan doa Khai. Allah kembali sedarkan Khalif dari koma a month ago. "

" But Khalif still need time to heal. For a month Khalif jalani rawatan physiotherapy untuk pulihkan semula fizikal dia. "

Jelas Khairil yang bercerita panjang lebar. Seluruh ahli keluarga mula mengesat air mata mereka.

" Ouh yes. About Faliq. Actually Faliq was our good friend. Dulu Faliq sangat-sangat rapat dengan kami berdua. Tapi , selepas kamu memasuki zaman kolej , Faliq mulai berubah"

" Keputusan dia merosot and his family push dia study untill he stressed. But after a few months Faliq terjatuh hati pada Khalisya. But , Khalif yang berjaya curi hati Khalisya dulu. Start from that , he got annoyed. "

" Since there , Faliq sentiasa cuba untuk pisahkan Khalif dan Khalisya. Because he loved Khalisya so much. He obsessed. Sebab Khalisya layan Faliq baik. Not like other girls that only wants his money. "

Jelas Khalif menerangkan mengapa Faliq menculik dan mendera fizikal Khalisya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience