Bab 11

Drama Completed 10354

Sejak dihari itu , hari-hariku dilalui dengan perasaan ketakutan. Tubuhku habis berbekas lebam , dipukul oleh Faliq. Bibir ku terluka hingga berdarah akibat ditampar Faliq. Perut ku ditumbuknya bertalu-talu. Katanya , rahim ku hanya untuk zuriatnya. Bukan Abang.

Aku yang sudah tidak berdaya hanya mampu menahan kesakitan ini. Membengkak mataku menangis akan tindakan ku. Andai ini pengakhiran hidupku , aku terima Ya Allah.

Sedang aku tertunduk sambil menangisi kesakitan dibelasah Faliq , jeritan Faliq semakin kuat kedengaran. Tapak kakinya kedengaran semakin dekat dengan ku.

Aku yang menggigil ketakutan tidak berani untuk mengangkat kelapa ku. Melihat bayangan Faliq yang membawa sebilah pisau itu cukup membuatkan aku kegelisahan.

Faliq kini sudah berdiri dihadapanku. Kepala ku ditariknya kasar hingga tercabut tudungku. Lalu mendongaklah aku memandang sebuah lampu yang terhuyung- hayang diatas itu.

Setelah itu dihentakkan kakinya ke atas peha kiri ku dengan kuat. Aku yang sudah kesakitan hanya terdiam sambil menahan. Tanpa ku sedari , air mata ku mengalir deras. Kedua-dua mataku , aku pejamkan lama.

" Khalisya sayang , kau buat apa tu ? Abang Faliq rindu Khalisya ! Khalisya jangan nangis.. Faliq tak suka !"

Jerit Faliq sambil mengusap lembut air mata ku yang jatuh berguguran itu. Lalu perlahan-lahan aku buka kedua mataku. Wajah Faliq , begitu dekat dengan wajahku.

Sambil tersenyum nakal dihalakan pisau itu ke leherku. Kedua-dua mata Faliq , merenung tajam ke dalam mata ku. Dengan pantas aku mengalihkan pandangan ku itu. Lalu pisau yang dihalakan ke leherku perlahan-lahan turun.

Ditariknya kepala ku sekuat hati menghadap kearahnya. Faliq yang masih membongkok itu tergelak besar melihat ku sambil pisau ditangannya itu diangkat dan seolah-olah menoreh wajah ku.

" HAHAHAH ! Khalisya , akhirnya kau milik aku ! Milik aku sorang ! HAHAHAHAHA ! "

Dengan kuat kakinya menekan peha kiri ku itu sambil menegakkan tubuhnya dan mendongak sambil menjerit bahagia.

" Qaseh Khalisya , is mine ! Tak ada siapa boleh pisahkan kita ! "

Lantas dibongkokkan semula tubuhnya dan mendekatkan wajahnya itu pada wajahku.
Bernada romantik dia mengusap rambutku sambil berkata ;

" Khalisya , sekarang Khalisya kena dengar cakap abang Faliq tau ? Sebab Khalisya isteri Faliq. Milik  Faliq selamanya okay ? "

Terbeliak matanya memandang kedalam mata ku. Aku yang menangis menahan kesakitan hanya mampu menangguk perlahan.

Lalu dicampaknya pisau ditangannya itu sambil menurunkan kakinya dari peha kiri ku. Diusapnya perutku sambil berkata ;

" Nanti , tak lama lagi anak kita akan ada kat sini. Kan Khalisya ? Faliq ada belikan makanan , sekejap ya Faliq ambilkan. "

Usai itu dia kembali berdiri dan berlalu pergi. Kembalinya dia berdiri dihadapan ku bersama sebuah bungkusan plastik merah. Dibukanya plastik itu dan dikeluarkan sebungkus nasi goreng.

Dengan tersenyum dia menarik kerusi dan duduk dihadapan ku sambil berkata ;

" Sayang kena makan , kesian anak Faliq lapar nanti. Faliq suap ye ? Aaaa"

Perlahan-lahan ku buka mulut bersama bibir yang masih berdarah itu. Setelah itu disuapnya nasi ke mulut ku dengan berhati-hati.

Usai makan , air minuman ditebuk lalu disuap pada ku. Faliq kembali berdiri dan mengusap rambut ku dengan wajah yang tersenyum dia berkata pada ku bernada romantik

" Sayang , Faliq pergi kerja dulu. Faliq kena cari duit untuk sayang dengan baby kita. Sayang jangan pergi mana-mana tau ? "

Melihat Faliq yang berlalu pergi perlahan-lahan menghilangkan perasaan ketakutan ku. Badan ku yang menggigil perlahan-lahan kembali pada asal.

Ini adalah peluang untuk aku melepaskan diri. Fikir Khalisya. Kau kena keluar dari sini ! Desis hati ku sambil tangan ku cuba membuka ikatan itu. Aku lihat sekeliling ku.
Pisau. Pisau itu berada di meja pendek bersebelahan ku.

Dengan pantas aku cuba mencapai pisau itu. Seluruh tenaga dikumpul. Sedaya upaya aku capai pisau itu. Namun , tidak juga berjaya.

Aku yang sudah kepenatan juga kesakitan terus beruasaha hingga tiada lagi tenaga yang tersisa. Kepala ku terasa pening. Mata ku berpinar dan akhirnya aku tidak menyedarkan diri.

**Splash**

Dengan deras air disimbahkan pada wajahku. Aku yang tidak menyedarkan diri akhirnya tersedar. Perlahan-lahan kedua kelopak mata ku buka dengan kepala yang masih berdenyut kesakitan. Faliq yang memegang sebuah baldi aku lihat.

Lalu dicampaknya baldi itu ketepi. Dengan wajah cemas dengan nada bimbang Faliq membelai lembut pipi ku sambil berkata ;

" Khalisya , Khalisya okay ?! Kenapa Faliq kejut tak bangun-bangun ?! "

Kata-katanya itu aku dengarkan. Dia yang masih membelai lembut wajahku akhirnya tertunduk menangis.

" Khalisya , jangan tinggalkan Faliq ? Okay ?"

Diangkat semula kepalanya itu lalu direnung wajah ku bersama air mata yang mengalir dipipinya.

Aku yang masih kesakitan hanya mampu tersenyum nipis melihatnya. Meski aku tidak mengenali siapa dia , aku tahu dia adalah seorang lelaki yang baik. Cuma mentalnya saja.

Seperti aku , disaat aku tidak bisa menerima takdir bahawa Tuhan telah mengambil Abang dari hidupku. Tekanan , kerinduan , kesedihan juga kekecewaan. Tanpa Mama , Khai , Mummy dan Papa.. pasti aku juga sama seperti Faliq.

Faliq yang masih memandang wajah ku yang dipenuhi lebam itu lantas berdiri dan berlalu pergi.

Aku yang masih separuh sedar hanya memejamkan mata menahan sakit dikepala yang semakin menguat ini. Sedang aku menahan sakit itu suara Faliq jelas kedengaran.

" KAU LAYAK MATI ! MUAHAHAHAHA "

Dengan pantas kedua kelopak mata aku buka. Aku lihat bayangan susuk tubuhnya di dinding itu. Sekali lagi aku menggigil ketakutan.

Darah yang pekat itu terpercik ke dinding sejurus Faliq menghayunkan tangannya yang menggenggam sebilah pisau itu.

" HAHAHAHAHAH MATI KAU ! "

Jeritnya lagi bernada marah. Lalu ditikamnya mayat itu berkali-kali. Berseleraklah darah yang pekat itu terpercik pada dinding.

Lalu dicampaknya pisau itu ketepi. Tapak kakinya yang melangkah menghampiri ku semakin kuat ku dengari. Aku yang masih melihat pada bayangan Faliq hanya berdiam.

Tiba-tiba , bersama tangan yang diselaputi darah itu Faliq menyentuh kedua pipi ku dengan mata yang sedang menangis.

Teresak-esak dia menangis. Dengan nafasnya yang semakin memendek dia mulai berbicara.

" Kha-Khalisya ,mm-maaf-maafkan F-Faliq ? "

Lalu perlahan-lahan ditariknya wajahku mendekati dadanya. Aku , kini didalam pelukan Faliq. Dia yang masih menangis meminta maaf kepada ku berkali-kali.

Tubuhku yang masih diikat hanya mampu berdiam. Jantungnya yang berdegup kencang itu aku dengarkan.

Usai itu , pelukan dileraikannya diusap kasar air mata yang berjuraian diatas pipinya itu. Didekatkan wajahnya ke wajahku dan dikucupnya dahi ku lama.

Rambut ku yang kusut dibelai selembutnya. Perlahan-lahan dijauhkan bibirnya itu dari dahi ku. Dengan mata yang merah dan tangan yang berlumuran darah itu Faliq merenung ke dalam mata ku.

Matanya yang kemerahan sekali lagi bergenang. Menitis air matanya. Aku lihat matanya itu. Terpapar kesedihan. Lalu Faliq kembali mengujarkan kata pada ku bernada sebak.

" Faliq sayang Khalisya. Forever... and ever. "

Perlahan-lahan Faliq menegakkan tubuhnya dengan mata yang masih tertumpu pada ku. Tangannya yang berlumur darah itu sekali lagi menyentuh pipi ku yang juga sudah berkesan darah.

Dengan air mata yang semakin deras Faliq bekata pada ku.

" Maafkan Faliq. Faliq terpaksa buat ini supaya Khalisya tetap bersama Faliq."

Lalu dengan kuat ditolaknya kepala ku ke tepi hingga terhantuk kuat pada dinding itu. Kepala ku yang sedia sakit , kini lebih menyakitkan. Denyutannya semakin kuat. Mata ku berpinar dan tubuhku terasa lesu.

" Maafkan Faliq. Maafkan Faliq. "

Suara Faliq yang masih menangis itu aku dengarkan. Tertunduk Faliq melutut disisi kerusi ku. Aku yang sudah tidak bertenaga hanya berdiam sambil melihat dia menangis disisi ku.

Kering bibirku menahan kesakitan yang semakin kuat ini. Akhirnya , aku kembali tidak menyedarkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience