Bab 13

Drama Completed 10365

Hari demi hari berlalu pergi. Siang dan malam ku , kini tiada lagi bezanya. Terkurung didalam kamar yang kelihatan indah ini menyekat aku dari melihat dunia luar. Hidup ku kini , bagaikan seorang banduan.

Faliq Arshad. Seorang lelaki yang terkadangnya cinta yang teramat. Namun terkadangnya pula kebencian yang menguasai jasadnya.

Tubuh ku dijadikan tempat melepaskan segala dendam , kebencian juga kemarahannya pada Megat Khalif.

Sedang aku merenung nasib diri ini , ketukan pintu bersama suara yang bernada lembut itu menghentikan lamunan ku.

(TokTok)

" Khalisya , Faliq datang ni ! "

Perlahan-lahan pintu itu dibuka dan terlihatlah susuk tubuh Faliq yang tinggi lampai itu. Bersama senyuman dan dulang yang berisi makanan Faliq mengatur langkahnya menghampiri aku yang sedang bertenggek di jendela itu

Diletaknya dulang itu diatas kabinet berhampiran ku dengan baik. Aku yang sudah tawar hati akan Faliq , langsung merenung ke luar jendela melihat panorama yang indah itu.

Perlahan-lahan tangannya yang kasar itu mengusap lembut rambut ku. Lalu ditundukkan wajahnya dan mencium dahi ku. Tangannya yang mengusap rambut ku itu kini memeluk jasadku yang seakan-akan tidak bernyawa.

Ditelingaku , dibisikkannya bernada romantik.

" Sayang , dah la tu. Jom kita makan ? Jangan buat Faliq macam ni."

Titisan demi titisan air matanya yang jatuh itu mengalir ke bahu ku. Mata ku yang masih tertumpu pada panorama itu hanya diam menyepi. Jujur , aku sudah lelah dengan semua ini.

Faliq yang masih menangis perlahan-lahan mengusap air matanya itu. Dengan perlahan , bisikan suaranya kembali kedengaran.

" Khalisya .. "

Lalu diacukan sebilah pisau itu tepat pada leher ku. Aku yang sudah seakan tiada semangat hidup masih diam membatu.

Faliq yang masih mengacukan pisau ke leherku itu dengan kasar menarik rambutku sekuat hatinya.

Sakit. Memang sakit. Tapi aku dah terbiasa.Ditarik rambut , dipukul , diacukan pisau.. Perkara itu , tidak lagi menakutkan. Malah menjadi kebiasaan. Sekali lagi aku mengendahkan tindakan Faliq sedang mata masih tertumpu ke arah panorama itu.

Melihat aku yang masih membatu , telah menaikkan amarah Faliq. Rambutku yang masih digenggamannya ditarik lagi hingga membuatkan aku berdiri. Pisau yang tadi ya diacukan pada leherku diturunkan.

Diatas lantai itu tubuh ku dihempas oleh Faliq. Dikaki katil aku bersandar diri.Kemarahannya yang sudah membuak-membuak itu jelas kelihatan.

Dulang yang berisi makanan dan minuman itu , perlahan-lahan diambil oleh Faliq lalu diletakkan diatas lantai. Dulang itu , benar-benar dihadapan ku.

Faliq bersama wajah yang bengis itu membongkokkan tubuhnya dan berlabuh diatas lantai itu. Dihadapan ku dia duduk bersila.

Perlahan-lahan pisau digenggamannya diletakkan diatas kabinet. Pinggan yang berisi nasi putih dicapai. Lalu menggunakan tangan kanannya Faliq menggaul kasar nasi diatas pinggan itu.

Aku yang bersandar pada kaki katil itu hanya melihat Faliq dengan pandangan kosong. Faliq yang telah menggaul nasi itu perlahan-lahan mengepalkan nasi itu dan digenggam kuat.

Sedang tangan kirinya menarik kasar rambutku hingga mendongak tangan kanannya dengan pantas menyumbatkan kepalan nasi digenggamannya tadi ke dalam mulutku.

Ketawa Faliq , akhirnya meletus. Usai ketawa , Faliq berteriak sekuat hatinya.

" HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA ! KAU INGAT AKU APA ? BERANI KAU YA ?! JANGAN SAMPAI AKU BUNUH KAU ! "

Lantas didekatkan bibirnya pada cuping telinga ku hingga nafasnya dapat ku rasakan. Faliq , membisik pada ku.

" Aku sayang kau. Jangan paksa aku bunuh kau. Jangan terlalu meminta Khalisya. Kau tak kenal siapa Faliq Arshad. "

Lalu kepala ku ditolak dengan kuat secara berulang-ulang kali hingga terhantuk pada kaki katil itu. Hentakan yang kuat itu , telah membuatkan aku tidak menyedarkan diri.

Diatas lantai aku habiskan malam ku. Bersama tubuh yang sakit dan kepala yang pening perlahan-lahan aku berdiri dan mengatur langkah ke tandas.

Paip ditekan tangan aku basahkan. Dengan lembut wajah ku raup kasar. Aku lihat diri ku didalam cermin. Lebam yang begitu ketara terlihat disana sini. Darah yang sudah mengering , juga bahagian bibir yang masih comot akibat disumbat gumpalan nasi.

Sedang aku merenung jasad ku yang berada didalam cermin , tubir mataku terasa panas. Jantung ku , kian laju berdegup.

Dengan renungan yang tajam pada cermin itu aku menjerit sekuat hati melepaskan setiap perit yang dihitung dari hari ke hari.

Bersama esakan , air mata ku jatuh dengan deras. Kedua tangan ku , aku genggam semahunya. Dengan lantang , aku menjerit.

Diatas mangkuk tandas aku duduk. Rambut yang kusut aku usap kasar. Air mata yang masih deras , aku biarkan. Terdiam aku , menangis dalam kebisuan.

Usai melepaskan keperitan yang sekian lama dipendam , langkah ke katil aku ambil. Faliq. Aku lihat dia yang terduduk diatas katil itu bersama wajahnya yang berkerut.

Melihat aku yang kelesuan wajah yang pucat Faliq segera mengatur langkah menghampiri ku. Dia yang cuba memimpin aku ke katil aku tolak kasar. Jelingan tajam aku berikan padanya.

Diatas katil aku hamparkan diri. Faliq yang masih berkerut merenung aku lama. Dihadapan ku Faliq berlutut sambil tangannya mencuba untuk menggapai tangan ku.

Lantas itu aku berpaling darinya bersama jelingan. Faliq yang masih berlutut akhirnya mendengarkan suaranya yang sedang menangis.

" Khalisya , maafkan Faliq. Faliq tak dapat kawal diri Faliq semalam. Khalisya , maafkan Faliq. Jangan buat Faliq macam ni. Khalisya.."

Entah sudah berapa kali aku tertipu dengan permohonan maafnya itu. Entah berapa kali juga aku dibelasah olehnya. Bersama suara yang serak dan sengau aku melontarkan kata bernada tegas.

" Keluar. Aku benci tengok muka kau. "

Esakan Faliq yang semakin kuat aku dengarkan. Bernada sebak dia sekali lagi memohon kemaafan dan menzahirkan penyesalannya.

" Faliq tak sengaja. Khalisya... Maafkan Faliq. Faliq janji .. Faliq tak pukul sayang lagi. Faliq cintakan Khalisya. Jangan buat Faliq macam ni. "

Tanpa sebarang perasaan , aku bersuara.

" Kalau kau sayang aku , kau takkan pukul aku. Kau takkan dera aku. Kau takkan kurung aku. Jangan panggil aku sayang. Kau tak layak. Jangan cakap kau cintakan aku. Sebab kau cuma obses dengan aku. Sudahlah. Kau buatlah apa kau nak. Aku redha. Bunuh saja aku jika itu yang kau mahu. Aku dah penat. Cukuplah... "

Faliq yang masih menangis itu perlahan-lahan merapati diriku. Disamping ku dia duduk dan menghadap ke arah ku. Tangannya yang mencuba untuk menggapai tangan ku , aku tepis dengan pantas.

Pipi Faliq yang sudah basah dihujani air mata itu diraup kasar. Pandangannya pada ku , kini berubah. Faliq , ketawa sekuatnya.
Lalu dia berkata.

" HAHAHAHAH ! Khalisya , Khalisya... "

Lalu dirapatinya tubuh ku hinggan wajahnya benar-benar dekat dengan wajahku. Nafasnya dicuping telinga ku , aku rasakan. Mata ku , masih tertumpu pada panorama diluar jendela.

Perlahan-lahan tangan kanannya memegang bahu ku dan memeluk aku dari belakang. Tangan kirinya pula , diacukan pada leherku. Aku yang sudah kosong jiwanya hanya berdiam diri sambil menikmati keindahan.

Faliq , kembali bersuara. Perkataan demi perkataan yang terzahir dari bibirnya itu. Satu persatu aku dengarkan.

" Jangan cabar aku Khalisya. "

Lantas tangan kanan ku angkat memegang tangan kiri Faliq yang sedang mengacukan sebilah pisau pada leherku. Tangannya aku genggam sekuatnya dan aku dekatkan lagi pada leherku hingga terkena pada kulit ku.

Pandangan yang kosong aku berikan pada Faliq. Wajah ku yang dari tanda berpaling darinya aku hadapkan pada Faliq. Wajah Faliq yang bengis aku renung sambil bibir ku berkata.

" Teruskan. Aku cabar kau. Bunuh aku. Cepat. Bunuh aku. Dapatlah aku berjumpa Khalif dengan anak aku. Bunuh aku ! "

Mendengarkan kata-kata itu Faliq terkedu. Wajahnya yang bengis kini berubah. Perlahan-lahan pisau itu cuba dijauhkan dari leherku.

Segala tenaga yang ada aku kerahkan. Tangan Faliq yang memegang sebilah pisau itu aku genggam sekuat hati. Aku tarik semula hingga terkena pada permukaan leher ku.

Segaris senyuman nipis aku berikan pada Faliq. Bernada sindiran aku kembali berkata.

" Kenapa ? Kau takut ? Bunuh je aku. Aku nak jumpa Khalif cepat ! Aku rindukan dia ! Bunuh aku ! "

Faliq yang masih terkejut kini membatu. Matanya yang semakin membulat dan wajahnya yang pucat aku perlihatkan.

Tiba-tiba , wajahnya kembali bengis. Dengan kuat dia menggenggam pisau itu. Dengan segaris senyuman nakal dia berkata

" Bukan sekarang Khalisya..Bukan sekarang. Kau tak boleh jumpa Khalif. Tak boleh Khalisya ! "

Lalu didengarkan semula gelak tawanya itu. Perlahan-lahan tangannya yang aku genggam aku lepaskan. Sedang Faliq ketawa sekuat hati , pisau ditangannya aku rampas dengan pantas.

Lantas aku berdiri dihadapan Faliq membelakangi jendela itu.

" Aku tak tahan lagi ! Baik aku mati ! "

Pisau yang dirampas aku acukan pada nadi ditangan kiri ku. Dengan kuat aku tertawa sepuasnya.

Faliq yang melihatkan aku kini berdiri dan cuba merampas pisau itu dari tangan ku. Sedang aku dan Faliq bergelut tubuh Faliq aku rangkul kemas dilehernya , aku acukan pisau itu. Ditelinganya aku rapatkan bibirku dan aku mulai berbisik.

" Faliq , lepaskan Khalisya please. Faliq sayang Khalisya kan ? "

Lalu meletuslah ketawa ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience