Bab 9

Drama Completed 10354

Jam didinding aku tenung dengan kedua mata yang sembap. Sudah 8 malam. Dengan pantas aku capai tuala mandi dan berlalu pergi ke tandas untuk mandi. Air pancut aku pasang sederasnya. Dibawah curahan air pancut itu aku duduk sambil termenung.

Fikiran aku benar-benar melayang. Aku tidak tentu arah. Apa yang sudah terjadi pada kau Khalisya ? Kemana perginya kesabaran mu ? Kemana perginya Khalisya yang dulu ?! Teresak-esak aku menangis sambil tubuh dibasahi curahan air pancut itu.

No ! Kau tak boleh macam ni. Kau patut solat. Khalisya , this is totally wrong. Kau dah berkasar dengan Mama Papa tadi. You should hold your back together ! Kau kuat !Bisik hati ku. Lalu bergegaslah aku bersiap dan mengambil wudhu'.

Usai itu , solat maghrib aku tunaikan. Berbicaralah aku sedang tangan aku tadahkan. Segala isi hati yang terbuku , aku curahkan diatas sejadah panjang. Al-Quran dikabinet aku capai lalu aku buka. Air mata yang berguguran aku usap sayu.

Dengan suara yang serak dan sengau aku alunkan surah didalam Al-Quran itu. Dipohon niat ketenangan hadir diruang hati ini. Aku tahu , Allah itu Maha Mendengar.

Setelah hati ini terasa sedikit tenang dan air mata tidak lagi jatuh berguguran dengan berhati-hati aku berdiri. Telekung dan sejadah aku lipat kemas. Langkah ke ruang tamu aku aturkan.

Melihat Mama dan Papa yang masih jelas kebimbangan diwajah itu benar-benar menghadirkan perasaan sedih dijiwa ku. Langkah ku menuju ke arah Mama dan Papa aku tambahkan kelajuan.

Dihadapan Mama dan Papa yang sedang duduk diatas sofa aku berlutut.

" Mama , Papa .. Maafkan Lisya.. Lisya tak sengaja. Maafkan Lisya. "

Tangan Mama dan Papa aku genggam seeratnya dicium kedua tangan itu lalu disalam aku penuh penyesalan. Tertunduk aku memohon kemaafan dari Mama dan Papa. Aku telah berdosa Ya Allah.

Mama dan Papa yang begitu bimbang akan ku perlahan-lahan mengusap lembut rambutku.

" Its okay sayang. Mama dah maafkan Lisya."

Ujar Mama bernada sebak.

Lalu ditarik lembut dagu ku mendongak memandang Mama dan Papa.

" Lisya , lepas ni.. Promise me that you will never make us worried again please ? And .. Promie me that you won't keep anything from us ? Qaseh Khalisya , you are my daughter. I love you. Promise me , please. "

Wajah Papa yang terpapar kesedihan itu aku renung lama. Kata-kata yang terlafaz dari bibir papa aku dengarkan. Perlahan-lahan aku mengangguk sebagai tanda setuju. Bersuara serak dan sengau aku menjawab.

" I promise you Pa. I love both of you. Thanks Pa , Ma. "

Mendengarkan apa yang terlafaz dari bibir ku , Mama dan Papa tersenyum gembira.

" Khalisya , Khai minta maaf.. Actually I have to do this. I have to protect you. Cause Khalif  has entrusted you to me. I'm sorry if I had been rude to you. "

Suara Khai jelas kedengaran. Lantas aku toleh ke belakang. Aku lihat dia yang sedang tertunduk. Lalu aku berdiri dan menghampiri Khai yang duduk diatas sofa dihadapanku. Disamping Khai aku duduk.

" Khai , tell me the truth. Apa yang terjadi dekat Khalif ? Khalif is still alive right ? "

Mata ku tenung lama pada Khai. Tubir mata ku terasa panas saat melepaskan kata-kata itu. Khai yang tertunduk perlahan-lahan kepala diangkat. Lalu dipandang lama wajah ku yang pucat.

" I can't tell you now. When the time has come , I'll tell you everything. I'm sorry Khalisya , not now. Please , jangan desak Khai. "

Pecahlah genangan air mata ku mendengarkan kata-kata yang terbit dari bibir Khai. Nafas ku tarik panjang lalu ku lepas perlahan.

" Okay , I'll wait. "

Dengan tenang aku mengatakan itu. Sekarang , aku harus siapkan diri untuk kebenaran yang mungkin tak terjangka. Ya Allah , jika benar abang masih hidup.. lindungilah dia Ya Allah.

Hari itu berlalu pergi. Hari ini , genaplah tiga bulan abang tiada disisi. Kehilangan abang disamping ku , telah banyak memberi impak ke dalam hidupku. Manakan tidak ? Sesuatu yang aku fikir akan kekal selamanya hilang begitu sahaja.

Setelah hampir dua bulan aku berperang dengan perasaan. Aku kini telah kembali pulih. Qaseh Khalisya , is back.

Aku yang sekarang lebih tenang , lebih tabah dan lebih berdikari. Perasaan ku terhadap abang ? Tetap sama. Tidak pernah kurang. Tidak luntur walau sedikit. Meski aku sendiri masih tidak pasti apa yang berlaku pada Abang , namun cinta ini tetap milik abang seorang.

Sudah empat bulan abang tinggalkan Qaseh. Abang , I just want to let you know that your wife is still here waiting for you. And your wife still love you dearly.

Pagi ini aku mulakan seperti rutin harian aku dan abang. Solat subuh didirikan lalu dilanjutkan dengan bacaan Al-Quran. Abang , Qaseh rindu nak abang imamkan Qaseh solat.. But its okay. I'll just wait the time to reveal everything. I'll wait , patiently.

" Abang , this house felt so empty without the King. If only you can see the emptyness. Abang , I love you so much. What happened to you , is still a big question to me. But , I'll just wait patiently. Whatever it is , I'll accept. If you are still alive , alhamdulillah. But if you really are dead.. Then wait for me ! Tunggu Qaseh datang tau ! Setia dengan Qaseh !

Yours truly , Wifey."

Setiap hari , sebelum aku tidur aku akan menulis sekurang-kurangnya setengah muka surat didalam diari kami berdua. Walaupun aku tau , abang mungkin benar-benar sudah tiada. Tapi tak mengapa.

Siapa tahu , suatu hari nanti sesuatu terjadi pada aku ? Nyanyok ke ? Boleh la aku baca diari ni. Sedikit sebanyak , aku akan ingat betapa cintanya aku pada Megat Khalif.

" Khalisya ! Cepatlah ! Khai dah sampai ni ! Qaseh Khalisya ! "

Ya Allah aku dah lewat ! Lama betul aku tenung cermin depan mata ni hahaha. Beg tangan berwarna hitam aku galas sepantas mungkin. Telefon pintar aku capai. Bergegas aku menuruni anak tangga itu. Aku lihat Khai sudah sedia dibawah.

" Ma , Khalisya nak pergi kerja ke nak pergi mana ni ? Kenapa melaram bukan main lagi ni ? Habislah semua cair nanti ! Hahaha"

Mendengarkan gurauan Khai dipagi hari berjaya meletuskan ketawa aku dan Mama. Hari ini merupakan hari pertama aku kembali bekerja di syarikat milik Papa dan Daddy. The Megat Holdings.

Sudah lama rasanya tak bekerja. Biasalah , untuk seorang workaholic macam aku ni , dua bulan terasa macam 2 tahun !

Khai yang duduk di meja makan aku dekati dengan wajah tersenyum.

" Amboi ! Seronok eh menyakat Lisya ! "

Setelah dikatakan itu aku dengan pantas duduk dan bersarapan bersama.

Usai bersarapan aku dan Khai memulakan perjalanan ke office. Dalam perjalanan , banyak juga yang disembangkan. Tapi yang pasti , hubungan aku dan Khai sudah bertambah baik. Dia , benar-benar abang ipar yang baik. Beruntung aku punya dia sebagai abang ipar.

Tiba di syarikat , kegelisahan mulai terasa. Biasalah , first day. Sambil menunggu lif , Khai yang melihat aku dalam kegelisahan diberinya nasihat.

" Its okay Khalisya. Everything is gonna be fine ! Relax ! "

Tersenyum nakal dia memandang ke arah ku. Aku yang gelisah kini terasa lega sedikit.
Alhamdulillah. Hari pertama ku di syarikat ini disambut pekerja dengan baik.

Setelah bersapa dengan para pekerja , dibawanya aku ke pejabat lama ku.

" Oh my god ! Ya Allah Khai ! Pejabat Khalisya ! Eee rindunya !!! "

Seperti kanak-kanak yang mendapat permainan baru , begitulah aku yang teruja melihat pejabat lama ku. Khai yang sudah masak akan perangai ku hanya tersengih melihat gelagat ku.

Aku yang begitu teruja lantas menerpa masuk ke pejabat itu dengan riang. Khai yang masih tersengih lantas berkata

" So Khalisya , I'll leave you here. Anything just call me or ask the staff. I got to go ! See ya ! "

Dengan itu , hilanglah Khai dari pandangan ku.

(Ring)
Sedang leka membuat kerja , telefon ku berdering. Aku capai telefon didalam beg tangan lalu ku lihat papar skrin. Entah kali keberapa , nombor itu menghantar mesej pada ku.

" Khalisya , aku ada benda nak bagitau kau pasal Khalif . Kalau nak tahu , kau kena jumpa aku ! Aku tunggu kau di lokasi yang sama. Kau masih ingat kan ? Aku tunggu ! "

Kertas kerja yang bersepah aku tinggalkan aplikasi grab aku buka dan aku order. Beg tangan aku galas dengan pantas aku keluar dari office. Selang lima minit , kereta Bezza biru telah tiba. Dinaikinya aku kereta itu untuk ke lokasi yang tertera.

Kali ini , aku harus tahu juga apa yang terjadi. Aku perlu tahu siapa lelaki yang telah mengganggu ku selama ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience