Bab 26

Drama Completed 10354

Setelah beberapa minit Khairil kaku dihadapan pintu , langkah pertama ke arah Khalif diambil olehnya.

Dipeluknya tubuh Khalif yang duduk bersandarkan bantal itu sekuat hati. Air mata kebahagian , terus mengalir jatuh ke pipi Khairil.

Hampir basah bahu Khalif dihujani air mata Khairil. Khalif yang masih sakit-sakit bandannya hanya berdiam dan tersenyum nipis.

" Thank you. Thank you for waking up bro ! Terima kasih Ya Allah "

Bisik Khairil ditelinga Khalif bernada sebak. Nafasnya Khairil yang tersekat-sekat didengarkan Khalif. Kerinduan Khairil terhadap adik kembarnya akhirnya terubat.

Doktor Maliq yang melihat kasih sayang yang terjalin diantara adik-beradik kembar itu juga menitiskan air mata bahagia. Hati Doktor Maliq tersentuh melihat mereka berdua.

Perlahan-lahan air mata Doktor Maliq diseka lalu Doktor Maliq melangkah menuju ke belakang Khairil. Sekali lagi bahu Khairil diusap lembut.

" It's okay. Cry all out. It's okay Khai "

Setelah hampir 7 minit Khairil menangis dibahu Khalif , akhirnya pelukan itu dileraikan. Wajah Khairil yang merah dilihat Khalif.

Sisa air mata dipipi Khairil diseka olehnya lembut. Khalif yang melihat abang kembarnya menangis bersungguh-sungguh itu lantas tertawa kecil.

Lalu bernada manja Khalif mengusik abangnya itu dengan berkata.

" Alolo siapa buat kau nangis ni Ril ? Sampai merah-merah muka ni. Hahaha ! "

" Diamlah kau ! "

Balas Khairil bernada marah. Bagaimana tidak marah ? Sudahlah Doktor Maliq membuatnya cemas. Tambah lagi diusik oleh Khalif begini. Sudah tentu tterasapanas dihati ini.

Lalu Doktor Maliq pun duduk dihujung katil Khalif. Renungan tajam Khairil diberikan pada Doktor Maliq. Khairil pun berkata

" Wah. Hebat ya uncle berlakon. Boleh la Khai bagi trofi Pelakon Terbaik nanti ! "

Doktor Maliq memandang Khairil lalu ketawa.

" Alhamdulillah finally impian uncle tercapai. Dah lama uncle nak trofi tu tau. Kalau boleh hadiahkan cepat sikit okay ? Hahaha "

Balas Doktor Maliq yang saling tidak mengalah. Khalif yang melihat Doktor Maliq dan Khairil berbual itu tertawa kecil.

Usai itu Doktor Maliq pun menceritakan kepada Khairil hal yang sebenarnya. Bahawa Khalif sudah memberikan tindak balas positif selama hampir 1 bulan yang lalu lagi.

Doktor Maliq juga memberitahu Khairil bahawa dia sengaja merahsiakannya kerana dia mahu itu menjadi kejutan buat Khairil.

Khairil yang pada awalnya terasa marah akan tindakan Doktor Maliq yang merahsiakan serta memalsukan tahap kesihatan Khalif kepadanya.

Namun begitu kemarahannya reda apabila perasaan syukurnya akan kesedaran adik kembarnya dari koma yang panjang.

Hari itu pun berlalu. Khalif yang baru sedar dari tidur yang panjang perlahan-lahan memulakan rawatan physiotherapist bagi memulihkan daya fizikalnya setelah hampir setahun terlantar kaku diatas katil.

Setiap hari yang dilalui oleh Khalif , nama Khalisya sentiasa disebut olehnya. Khalif juga , begitu merindui isteri kesayangannya itu.

Setelah dimaklumkan oleh Khairil mengenai keadaan isterinya itu sudah tentu Khalif meronta-ronta mahu berjumpa isterinya itu. Namun apakan daya ? Dia harus pulihkan fizikalnya dahulu.

Khairil yang faham akan perasaan adiknya itu turut membantu Khalif dalam membawa Khalif bertemu isterinya itu.

Tepat jam 12 malam , pasti Khalif akan ditinggalkan bersendirian didalam ward bersama Khalisya.

Khairil akan menunggu diluar ward tersebut hingga jam 1 pagi. Syukur , Khalisya yang masih berjuang melawan sakitnya itu tidak pernah terjaga disaat Khalif berada disampingnya.

Memandang tubuh Khalisya disaat ini lemah kerana ubat yang diambil olehnya.

Didalam keheningan malam dan gelapnya ruangan yang disinari cahaya lampu yang malap , Khalif sendirian menangis sambil mengusap lembut rambut isterinya yang semakin membotak.

Pipi Khalisya yang dahulunya gebu namun bertukar cengkung diusap lembut tangan Khalif yang hangat itu.

Tangan Khalisya yang dingin digenggam erat tangan kiri Khalif yang kasar itu. Sebak didada Khalif benar-benar tidak mampu ditahan. Melalui air mata kesedihan itu dilepaskan.

Berjuraian air mata Khalif jatuh membasahi pipi kusamnya. Dalam kebisuan Khalif menahan kerinduannya yang membuak-membuak terhadap isteri kesayangannya itu.

" Sayang , abang datang ni.. Sayang.. Terus kuat ya ? Janji dengan abang.. sayang akan terus berjuang lawan penyakit ni. Abang akan datang jumpa sayang. Sayang tunggu abang okay ? "

Kata Khalif yang membisik lembut dicuping telinga Khalisya. Lantas itu dahi Khalisya dicium lama oleh Khalif. Menitis air mata Khalif membasahi wajah Khalisya yang pucat.

Jam sudah tepat menunjukkan 1 pagi. Waktu untuk pergi. Perlahan-lahan pintu ward Khalisya dibuka oleh Khairil. Langkah menuju kearah Khalif diambil berhati-hati.

Bibir Khalif pada dahi Khalisya kembali dijauhkan. Tangan Khalisya yang digenggam oleh Khalif diangkat. Lalu diciumnya Khalif tangan isterinya yang dingin itu.

Lalu perlahan-lahan genggaman itu dilepaskan. Khalif kembali berbisik pada cuping telinga Khalisya.

" Sayang. Esok abang datang lagi ya ? I love you.. and I miss you a lot. Selamat malam sayang. "

Perlahan-lahan kerusi roda Khalif ditolak oleh Khairil keluar dari ward tersebut. Air mata yang sudah membasahi pipi Khalif diusap kasar tangannya.

Benarlah kata orang , rindu itu memang menyakitkan. Khalif yang melihat perubahan isterinya diketika ini terasa bagaikan dihiris-hiris hatinya. Melihat isterinya berjuang bersendirian benar-benar mengecewakannya.

Kerna itu Khalif dengan bersungguh-sungguh melakukan rawatan physiotherapist untuk kembali pulih seperti sedia kala.

Dengan gigih Khalif melakukan rawatan itu. Hingga terkadangnya Khalif memaksa dirinya untuk melakukan rawatan yang berlebihan dan menyebabkan otot-ototnya kejang.

Namun begitu Khalif tetap saja tidak serik. Tidak dipeduli sakit yang dialaminya. Buat Khalif , dia terdesak untuk kembali pulih. Dia , tidak mahu melengahkan masa lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience