Bab 14

Drama Completed 10365

" Lepaskan aku ! Hantar aku pulang ! Atau aku bunuh kau ! HAHAHAHAHA"

Dengan kuat aku berteriak. Faliq yang terkejut melihat perbuatan ku itu hanya mengangguk. Lalu aku pinta telefon bimbit miliknya.

Perlahan-lahan poketnya diselup dan dikeluarkan sebuah telefon berjenama Iphone 6 berwarna hitam.

Lantas aku rampas telefonnya itu dan aku tolak Faliq dengan kuat hingga dia terduduk diatas katil itu. Dengan pantas nombor Papa aku dail dan aku telefon.

" Hello, Pa selamatkan Lisya pa. Selamatkan Lisya ! "

Aku yang sudah menangis itu hanya meminta Papa untuk menyelamatkan ku. Lalu suara Papa yang cemas aku dengarkan diatas talian itu.

" Hello ?! Lisya ?! Lisya dekat mana sayang ?! Hello ?! "

Tiba-tiba telefon bimbit itu dirampas. Aku lihat dikiri ku. Faliq , kini berdiri tegak bersama wajah bengisnya memandang tepat ke arah ku. Telefon bimbitnya digenggam dengan kuat dan dimatikan panggilan itu.

Melihat aku yang menangis dan bersandar pada tingkap itu Faliq tertawa. Lalu dengan lantang dia berkata.

" Aku takkan lepaskan kau , sayang. "

Lantas Faliq mencangkung dihadapan ku dan mengusap rambutku lembut bersama senyuman sinis diwajahnya. Dengan perlahan dia berbisik.

" Faliq pergi dulu ya sayang. Jangan nakal-nakal okay. Aku pergi sekejap je."

Lalu dicuitnya hidungku sambil mengenyitkan mata dan berkata.

" See you tonight. "

Dengan pantas dia berdiri semula dan mengatur langkahnya keluar dari ruangan itu. Pintu bilik itu ditutup dengan perlahan.

Aku yang masih menangis hanya berpeluk tubuh dan bersandar di kaki katil itu. Mental ku terganggu. Emosi ku tidak terkawal. Hari demi hari aku merasakan seoalah-olah , aku bukan lagi diri ku. Aku.. Aku menderita !

Sedang aku merenung nasibku yang 360° berubah ini , kenangan manis bersama abang mulai menerpa diminda ku.

" Abang , bangun ! Nanti lambat pergi kerja. Abang bangun lah ! Qaseh dah siapkan breakfast ! "

Jerit aku sambil menepuk bahu Khalif untuk mengejutkan dia dari tidur yang lena. Khalif yang masih mamai perlahan-lahan menggosok kedua kelopak matanya dengan wajah yang berkerut.

Lantas dibuka matanya dan duduk bersandarkan bantal. Tangan ku ditarik lalu digenggam erat tangannya sedang wajahnya menguntumkan senyuman indah.

Dia yang sudah menyedarkan diri akhirnya berkata.

" Seronoknya ! Ada orang tolong kejutkan laaa ! Kalau abang tau macam ni awal-awal lagi abang dah masuk meminang sayang tau ! "

Mendengarkan kata-kata yang terlafaz dari bibir abang itu berjaya membuatkan hati ini berbunga. Tanpa melengahkan masa genggaman tangan aku dan Khalif aku leraikan. Dengan tegas aku berkata.

" Qaseh tahu abang happy. Tapi , sekarang ni abang kena pergi mandi , siap-siap pergi kerja okay ? Dah bangun ! "

Khalif yang masih ingin melengahkan masa cuba untuk berkata lagi. Namun disekat oleh ku. Bibirnya yang memuncung itu aku tekapkan dengan jari telunjuk kanan ku sebagai tanda menyuruhnya diam.

Dengan pantas langkah ke tandas diambilnya. Aku yang melihat dia ke tandas mengatur langkahku turun ke dapur untuk menghidangkan sarapan.

Khalif yang berkemeja hitam berlipat dilengannya dan kot berwarna hitam dikepit dilengan kirinya bersama senyuman yang terukir kini tiba diruang tamu.

" Morning sayang. "

Diucapnya selamat pagi lalu diciumnya dahiku. Perlahan-lahan kerusi ditarik dan kot yang dikepit dilengannya itu diletakkan diatas kerusi bersebelahannya.

Lalu berlabuhlah Khalif diatas kerusi itu dan menikmati sarapan.

Diwaktu itu.. Aku benar-benar bahagia. Terasa seakan dunia ini aku yang punya. Namun kini , segalanya berubah.

Tiada lagi bahagia , tiada lagi gelak tawa. Yang tinggal , hanya kerinduan yang tak terubat , kesepian , kesakitan didera juga kemurungan.

Dengan tenaga yang ada , aku berusaha berdiri. Perlahan-lahan mengatur langkah untuk ke tandas. Kaki kiri aku langkahkan memasuki tandas itu. Tiba-tiba..

" Arghhhhh ! "

Aku tergelincir dan terbaring diatas lantai. Kepala ku terhantuk pada lantai dengan kuat. Mata ku berpinar , kepala ku terasa begitu sakit. Bibir ku kekeringan menahan kesakitan. Akhirnya , mata ini aku lelapkan.

Tidak lama selepas itu Faliq yang baru pulang setelah seharian tiada dirumah memasuki bilik Khalisya. Berukir senyuman diwajah Faliq mencari-cari susuk tubuh Khalisya.

Melihat Khalisya yang terbaring diatas lantai dan tidak menyedarkan diri itu berjaya memadamkan senyuman Faliq. Berkerut wajah Faliq melihat Khalisya dalam keadaan begitu.

Digendongnya Khalisya memasuki perut kereta Range Rover berwarna hitam itu. Tibanya di hospital Faliq segera menggendong tubuh Khalisya memasuki perkarangan hospital itu untuk menerima rawatan.

Sedang Doktor Yusof memeriksa Khalisya , Faliq yang gelisah hanya mampu merenung Khalisya dengan wajah yang kegusaran

" Encik Faliq jangan risau , keadaan Puan Khalisya baik-baik saja. Cuma.. hentakan yang kuat telah mengakibatkan amnesia pada Puan Khalisya. Jangan risau , inshaa Allah. Tak lama lagi Puan Khalisya akan sedar. Kalau tiada apa-apa , saya minta diri dulu. "

Terang Doktor Yusof pada Faliq secara ringkas mengenai keadaan Khalisya diwaktu ini.

Faliq yang masih keresahan merenung lama pada wajah Khalisya yang pucat itu. Tangan Khalisya digenggam erat olehnya. Disamping Khalisya , Faliq duduk. Faliq yang begitu bimbang akan Khalisya akhirnya terlena disamping Khalisya ketika menanti Khalisya sedar.

Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Khalisya akhirnya menyedarkan diri. Dilihat sekelilingnya dan ditarik kasar tangannya yang berada digenggaman Faliq itu.

Bersama wajah yang berkerut Khalisya memandang Faliq yang masih tidur disampingnya itu.

Faliq yang masih mamai perlahan-lahan menggosok matanya dan memandang Khalisya. Dengan cemas Faliq bertanya pada Khalisya.

" Khalisya dah bangun ? Khalisya okay ? Sakit lagi tak ? Nak Faliq panggilkan doktor ?"

Khalisya yang masih berkerut merenung tajam ke dalam mata Faliq yang berwarna hitam itu.

" Siapa kau ? Aku kat mana ni ? "

Kata Khalisya yang bersuara serak itu.

" Khalisya tak ingat Faliq ke ? Khalisya ? Ni Faliq..Suami Khalisya.. Khalisya dekat hospital. Khalisya pengsan semalam. "

Perlahan-lahan tangan Khalisya dicapai Faliq lalu digenggam dengan erat sambil dia menerangkan siapa dirirnya pada Khalisya.

Khalisya yang masih tidak percaya lantas menepis tangan Faliq dengan kasar dan berkata.

" Faliq..? S-suami aku ? Aku tak kenal kau... Aku tak kenal kau.. !"

Lalu Khalisya menggigil dan meraup kasar wajahnya. Khalisya yang masih terkejut menarik rambutnya yang kusut itu dengan kedua-dua tangannya dan memejamkan matanya sambil menjerit.

" KENAPA AKU TAK INGAT KAU ?! KAU TIPU ! ARGHH SAKIT ! KEPALA AKU SAKIT ! ARGHHHH ! "

Faliq yang bimbang melihat Khalisya menjerit begitu dengan pantas berlari untuk memanggil doktor Yusof.

Tibanya doktor Yusof dan jururawatnya di ward Khalisya dengan segera ubat penenang dicucuk pada bahu Khalisya.

Khalisya yang agresif itu perlahan-lahan kembali tidak menyedarkan diri. Faliq yang cemas memandang Khalisya lalu bertanya pada Doktor Yusof dengan wajah yang bimbang.

" Doktor , kenapa isteri saya jadi macam tu ? Isteri saya okay ke doktor ? "

Doktor Yusof yang mendengarkan itu dengan pantas menjawab.

" Puan Khalisya cuma terkejut dan dia paksa otak dia untuk ingat semula memori dia. Tekanan untuk mengingat semula memori itu. Kerana itu Puan Khalisya mengalami kesakitan pada bahagian kepalanya. "

Faliq sekali lagi bertanya pada Doktor Yusof.

" Sampai bila ingatan dia akan hilang doktor ? "

Dengan tenang Doktor Yusof menjawab pertanyaan Faliq.

" Hal itu , saya tidak dapat untuk jawab. Ingatan Puan Khalisya mungkin akan kembali dalam masa terdekat , atau memakan masa lebih lama dan mungkin juga akan hilang buat selamanya. "

Usai itu hadirlah seorang jururawat memanggil Doktor Yusof untuk memeriksa keadaan pesakit lain. Dengan sopan Doktor Yusof meminta diri dan bergegaa keluar dari ward Khalisya.

Mata Faliq yang tadinya tertumpu pada Doktor Yusof kini kembali beralih pada Khalisya yang masih terbaring diatas katil itu. Perlahan-lahan langkah diambil mendekati Khalisya.

Diatas kerusi dilabuhkan tubuhnya. Disamping Khalisya , Faliq duduk. Tangannya mengusap lembut rambut Khalisya sedang matanya menangisi kesedihan hati.

Lalu degan sebak Faliq berkata pada Khalisya dengan perlahan.

" Khalisya , maafkan Faliq.. Faliq cintakan Khalisya. Maafkan Faliq.. Faliq janji.. Faliq takkan pukul Khalisya lagi. Faliq janji.. "

Dengan air mata yang berjuraian itu diciumnya dahi Khalisya penuh sayang sedang tangannya menggenggam erat tangan Khalisya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience