" Sayang , abang pergi dulu ya. Jaga diri tau sayang ? Abang loves you so much ! You , will always be my little princess forever and after !!"
" Abang ! Jangan pergi ! "
Jerit ku yang baru tersedar dari mimpi. Ku lihat paparan telefon yang menunjukkan sudah tepat jam 3 pagi. Sekali lagi , tidurku bertemankan mimpi tentangnya dan sekali lagi , air mataku mengalir tanpa ku sedari.
Dengan tubuh yang lesu dan mata yang berkaca aku gagahkan diri untuk mengambil wudhu' untuk solat tahajjud. Beginilah hari-hari ku setelah abang pergi meninggalkan ku. Tiada lagi erti tidur lena buat ku. Hidupku , tidak lagi begitu bermakna tanpa kehdirannya dia. Kehilangan dia , begitu memberi kesan pada hidupku.
Ya Allah , apakah semua ini ? Mengapa Abang sentiasa menerpa masuk ke dalam mimpi ku ? Mengapa suara itu sentiasa ku dengari Ya Allah ? Menagapa ya Allah ?
Ya Allah , apakah rencana mu buat ku ?Mengapa begitu berat ujian mu ini ya Allah ?
Jujur , aku tidak kuat untuk semua ini. Inilah permulaan hari-hari ku setelah abang , pergi meninggalkan ku.
Diatas sejadah ini ku hamparkan jiwa yang terganggu , ku luahkan isi hati yang kecewa dan ku tangiskan keperitan yang dirasa pada Tuhan , aku ceritakan segalanya.
Setelah selesai solat subuh , ku capai diari diatas kabinet. Diari , yang menjadi bukti kenangan aku dan dia. Aku rindu akan dia. Aku rindu , segalanya tentang dia. Mengapa begitu pantas waktu berlalu ? Mengapa begitu singkat masa yang kau pinjam kan Tuhan ? Diari ini , ku peluk erat sedang air mata membasahi wajahku.
" Qaseh , bangun sayang ! Bangun ! Dah pagi ni. Bangun cepat ! Jom kita breakfast sama-sama ! Bangun ! "
Suara itu. Aku kenal suara itu... Suara yang paling aku rindui..
" Abang ? Abang ke tu ? Qaseh rindu abang ! Abang ! "
Jeritku sejurus mendengar suara dia , yang paling aku rindui. Tetapi , nyatanya.. ia cuma halusinasi ku. Abang tak akan pernah bisa kembali.. Sekali lagi aku tertunduk sendiri mengusap air mata yang jatuh berguguran ini. Ya Allah , mengapa begitu perit rasa ini ?
Dikumpul segala kekuatan yang ada , langkah yang lesu ku ambil perlahan. Aku berjalan menghampiri pintu bilik dan berhati-hati aku menuruni tangga dengan tubuh yang menggigil. Kedengaran suara Mama yang sedang mengarahkan adik untuk membantunya menghidangkan makanan. Aku tersenyum. Benar , Allah telah ambil abang dari hidup ku. Namun , keluarga ku masih setia didalam hidpku.
Perlahan-lahan ku turuni tangga. Aku , sudah hampir tiba di ruang tamu. Entah mengapa , kepala ku terasa sakit yang teramat. Badan ku terasa lemah selemahnya dan penglihatan ku , mulai kabur. Aku , tidak terdaya lagi.
" Sayang , tak nak lah macam ni. Sayang , you loves me right ? Kalau sayang dekat abang , sayang tak boleh macam ni. Sayang kena kuat. Sayang dah janji kan nak jaga diri ? Janganlah macam ni. Sayang , jaga baby kita elok-elok okay ? Abang loves you..! Sayang kuat ya ? "
Abang. Sekali lagi aku mendengarkan suaranya. Air mata ku , kembali menangisi kerinduan yang tak terubat ini. Abang...
" Makcik , Makcik jangan risau ya. Puan Khalisya pengsan kerana overthinking dan stress yang melampau. Makcik jangan risau ya. Puan Khalisya tidak menghadapi sebarang penyakit serius. Cuma buat masa ini , Puan Khalisya perlu ditahan di ward untuk 2 ke 3 hari untuk dipantau kandungannya. Kalau tiada apa-apa saya pergi dulu ya makcik. "
Kata doktor yang merawatku kepada Mama.
Mama dan Papa memandang tepat ke arah ku yang sedang terbaring diatas katil dan menangis sekuat hati. Terpancar wajah mereka yang dilanda kerisauan akan kesihatan ku. Dahulu , akulah anak yang paling sihat dan jarang demam. Tapi kini , akulah anak yang sering dimasukkan ke ward. Hospital , bagaikan rumah kedua ku sejak abang pergi dari hidup ku.
" Lisya ? Lisya okay ke sayang ? Kenapa Lisya macam ni ? Kenapa buat Mama Papa risau ? "
Mama meluahkan perasaan risaunya terhadapku bersama cecair jernih yang terbit dari kedua matanya itu sambil memeluk erat tubuh ku.. Dan aku , masih menangis sekuat hatiku tanpa bisa ku hentikan.
Hilangnya dia dari hidupku , memberikan seribu satu rasa yang tak pernah aku sangkakan. Hidupku kini , bagaikan mimpi buruk.
Seperti kebiasaannya , diwaktu ini aku kembali terjaga. 3 pagi , waktu yang sesuai untuk aku bercerita pada Allah. Melihat Papa dan Mama yang ketiduran diatas sofa demi menjaga ku. Terpapar kepenatan diwajah mereka. Menimbulkan rasa serba salah dijiwa kecilku. Maafkan Lisya Papa Mama.
Entah mengapa , disaat ini aku merasakan seakan Allah tidak lagi sayang pada ku. Ujian ini , terlalu berat buat ku. Keperitan yang aku rasakan kini , tidak tertahan lagi. Aku tidak kuat !
Perlahan-lahan aku berjalan. Perlahan-lahan ku bentangkan sejadah. Dengan tubuh yang lesu ku gagahkan diri menghadapkan tubuh kepadamu Ya Allah. Kerna aku tahu. Allah itu maha mendengar. Aku mahu berkongsi segala isi hati ini. Kerna cuma itu , bisa menenangkan ku. Walau sementara.
" Ya Allah , sesungguhnya kau lah Tuhan yang maha Mengetahui apa yang terbaik buat ku. Namun mengapa harus abang pergi disaat aku begitu memerlukannya disamping ku ? Mengapa Ya Allah ? Begitu perit rasa ini.. Tidak bisa ku tanggung lagi Ya Allah.. Redha kan lah hati ku ini Ya Allah. Aku mohon pada mu.."
Mengalir air mata ku , sedang tangan ku tadahkan doa. Termenung ku sendiri melihat sejadah panjang dihadapan ku. Surah Yaasin ku capai dan ku bacakan buat dia. Suami yang amat ku rindukan. Sendirian aku mengusap air mata. Didalam kesunyian malam aku hamparkan keperitan.
Malam yang panjang , ku rasakan singkat. Mungkin , terlalu banyak yang diluahkan. Terlalu banyak yang dipinta. Ya Allah tenangkanlah hati ku.
Malam menghilang , pagi menjelma. Usai sudah solat subuh mama dan papa bergegas pulang ke rumah untuk menguruskan diri dan melihat keadaan adik yang sendirian di rumah. Sementara aku , kembali ke katil untuk mendapatkan tidur yang berbaki.
" Sayang. Abang loves you. Remember that okay ? "
Abang ! Suara itu... Buat kesekian kalinya , suara itu kembali mengganggu tidurku.
Sedang aku cuba menenangkan diri , terlihat kelibat mama dan papa yang sedang memasuki ward yang aku duduki. Mama dan papa menghampiri aku yang sendirian mengusap air mata ku. Reaksi wajah mama , bertukar kerisauan. Bungkusan ditangan dihulurkan pada ku. Mama memujukku dan berkata ;
" Lisya , Lisya okay tak ni ? Dah-dah jangan macam ni sayang. Anak Mama kuat kan ? Dah jom kita makan Mama dengan Papa dah belikan breskfast untuk Lisya. Makan ya ? Kesian baby tu. Dia pun lapar juga. "
Benar , kini aku hidup bukan sekadar untuk aku sendiri. Di rahim ini. Adanya zuriat aku dan abang. Sambil mengusap perutku yang masih kempis , hatiku mulai berkata.Maafkan Mama baby , Mama tak jaga baby betul-betul. I'm sorry..
Perlahan-lahan aku mencapai bungkusan makanan itu. Aku cuba menelan makanan yang ada , meski terpaksa. Aku harus melawan kehilangan selera ini. Aku harus makan. Walau sedikit. Khalisya , Fighting !
Selesai sahaja breakfast , doktor yang bertanggungjawab atas kesihatan ku , Doktor Halina hadir untuk melihat keadaan ku.
" Assalamualaikum Puan Khalisya. Puan macam mana ? Ada rasa sakit dekat mana-mana ? Puan dah breakfast ? "
Doktor Halina , bertanya akan keadaan ku. Senyuman diwajahnya itu , tidak pernah lekang. Dengan penuh perasaan ingin tahu , dia melihat kearah ku. Menantikan jawapan dari bibir ku.
" Waalaikumsalam. Saya rasa okay sikit doktor. Tak ada sakit mana-mana. Dah , saya dah breakfast tadi. Tapi itulah. Morning sickness agak teruk. Kurang selera makan. "
Jawabku yang menjelaskan keadaan ku padanya.
" Ouh.. Kalau begitu tak apa , yang penting Puan makan ya. Jangan biarkan perut kosong. Nanti saya akan minta nurse sediakan Vitamin yang diperlukan ya. Saya pergi dulu ya , nak check patient lain. "
Dengan tergesa-gesa dia keluar dan berlalu pergi. Mungkin ramai yang berada dibawah tanggungjawabnya.
(Ring Ring)
Deringan telefon Mama , memecahkan keheningan pagi ini. Dengan pantas telefon Mama digapai dan ku berikan pada Mama.
Sejurus melihat skrin telefon , Mama menjawab panggilan tersebut.
" Waalaikumsalam. Ya , Khalisya baik-baik saja. Keadaan dia dah semakin stabil. Kamu janganlah risau sangat. Dia okay. Lagipun Mama ada ni. Mama dah bagitahu mummy kamu. Katanya dia nak melawat kejap lagi. Jangan risau ye. Ha iyelah. Kamu tu baik-baik. Waalaikumsalam. "
Talian ditamatkan dengan pantas sejurus perbualan terhenti disitu. Aku musykil , dengan siapa Mama bercakap ? Kenapa dia seolah-olah bimbang akan keadaan ku ? Siapa dia ?
" Sayang , jaga zuriat abang elok-elok okay ?"
Suara itu , telah berjaya mengejutkan aku dari tidur yang lena. Kali ini , aku terasa sedikit tenang berbanding kebiasaanya. Mungkin , Allah sedang membantu ku untuk redha akan kehilangan abang dalam hidupku. Di ward ini , cuma aku sendirian. Mungkin , Mama dan Papa pergi breakfast. Yelah , lepas subuh tadi , aku kembali tidur selepas membaca diari. Ku capai telefon diatas kabinet , jam menunjukkan 8 pagi.
Kedengaran pintu diketuk. Tibanya seorang nurse dan doktor memasuki ruang ward itu.
" Assalamualaikum Puan Khalisya , how are you today ? "
Terlihat wajahnya yang ceria bertanya tentang keadaan ku. Berhiaskan segaris senyuman yang pucat , aku menjawab pertanyaan itu.
" I feel better. Doktor , boleh tak kalau saya nak discharge harini ? Saya dah okay.. Baby pun okay je ni. "
Lalu , dengan wajah yang terhias senyuman itu doktor menjawab
" Boleh Puan , sebab badan Puan dah stabil. Tapi Puan kena ingat , jaga kesihatan , jaga makan and jangan stress okay ? "
Alhamdulillah , urusan ku dipermudahkan. Tanpa disedari , mama dan abah pun sudah kembali. Kedua-dua wajah itu memandang tepat ke arah ku berhias senyuman yang terhasil dari wajah yang lesu. Pastinya mereka kepenatan berulang alik dari rumah ke hospital semata-mata untuk menjaga ku. Maafkan Khalisya Mama , Papa.
(Ring Ring)
Telefon Mama berdering lagi. Aku lihat pada sekeliling ku. Mama hilang dari pandangan. Mungkin , Mama ke toilet sebentar. Keputusan di ambil. Panggilan itu , ku jawab sopan.
" Helo Assalamu...."
Belum sempat aku menghabiskan salam ku. Suara lelaki di atas talian tersebut memotong percakapan dengan pantas. Kedengaran nada percakapannya agak bimbang. Terlalu banyak yang diperkatakan dia. Mendengar suaranya , aku terdiam. Cuma satu yang terdetik di akal fikirku. Abang ? Suara itu. Aku kenal sekali.
" Helo Assalamualaikum Mama. Khalisya macam mana okay ke ? Ma ? Petang nanti Khairil datang ya. Khai datang dengan Mummy. Lagipun Khalisya dah boleh discharge kan ? Nanti Khai datang tolong Mama Papa okay. Okaylah itu je , Khai ada kerja sikit pergi dulu ! Assalamualaikum Mama ! "
Panggilan itu , terputus disitu. Siapa lelaki itu ? Siapa Khai ? Mengapa suaranya begitu sama dengan abang ? Apa hubungannya dengan Mama dan Papa ? Aku , terdiam seribu bahasa memikirkan semua itu. Sedang leka termenung memikirkannya , Mama yang entah bila tiba disisi ku mulai bertanya pada ku.
" Lisya , kenapa ni ? Kenapa phone Mama dekat tangan Lisya ? Ada orang call ke ? Siapa yang call ? Lisya ?? "
Aku terdiam. Aku memandang Mama dengan mata yang bergenang. Mama terlihat semakin risau Tubuhku dipeluk kemas oleh Mama. Hati ku , seakan sakit. Nafasku terasa bagai tersekat. Mengapa begini perasaan ku ? Mengapa ?
Dengan bersungguh-sungguh aku bertanya pada Mama. Aku perlu tahu siapa Khai. Aku perlu tahu mengapa suaranya seperti Abang ? Aku perlu tahu. Aku berhak tahu.
Bersama mata yang bergenang , aku perlahan-lahan melonggarkan pelukan Mama dari tubuhku. Mama ku pelawa duduk disisi ku. Pandangan ku , kini tertumpu tepat ke arah Mama. Tangan Mama yang hangat itu , aku genggam seeratnya. Dalam kesukaran , aku memulakan pertanyaan ku.
" Mama , please jujur dengan Lisya. Siapa Khai ? Kenapa suaranya sama dengan suara abang ? Kenapa dia ambil berat tentang Lisya ? Untuk apa dia datang melawat Lisya ? Kenapa Ma ? Mama jawab Ma. Jangan diam macam ni. Lisya perlu tahu. Siapa Khai Mama ? Abang betul-betul dah meninggalkan Ma ? Ma jangan buat Lisya macam ni. Ni semua mimpi ke Ma ? Mama ?!"
Berjuraian air mata ku jatuh membasahi pipi , tidak ku endahkan lagi. Yang aku mahu , cuma jawapan yang pasti dari bibir Mama. Dalam keadaan terkejut , Mama mula menjawab soalan ku perlahan-lahan. Namun , jawapan itu. Bukanlah jawapan yang aku mahukan.
" Maafkan Mama Lisya. Betul , Khalif dah meninggal. Lisya , Lisya sabar ya. Bertenang. Jangan macam ni..."
(Ring)
Sekali lagi telefon Mama berdering. Kali ini , pesanan mesej diterima. Mama mengambil telefonnya yang berada digenggaman ku. Sejurus melihat telefonnya itu. Mama menyambung semula percakapannya dan berkata ;
" Lisya sabar ya. Sekejap lagi Khai datang. Lisya tanya dia sendiri ya. Sekarang , Lisya bertenang dulu. Jangan stress. Maafkan Mama. Mama tak berhak jawab persoalan Lisya. "
Tangan yang digenggam erat oleh Mama perlahan-lahan aku leraikan. Tiada apa yang bisa ku fikirkan lagi. Akal ku bercelaru. Hati ku terasa pedih. Nafas ku tersekat-sekat. Ya Allah apa lagi rancangan mu ini ? Bantulah aku ya Allah..
Share this novel