Bab 5

Drama Completed 10354

" Okay kita dah sampai ! Hati-hati Khalisya. "

Dipenuhi senyuman kata-kata dilafazkan dari bibir Khai. Sambil tangannya dihulur pada ku. Rumah ini. Abang , andai saja abang tahu betapa kosongnya rumah ini tanpa abang..

Penuh berhati-hati aku cuba berdiri sendiri. Huluran tangan Khai ditarik perlahan. Mama yang berada dipintu rumah membantu aku yang masih lemah memasuki ruang tamu.

" Kakak ! Yeay kakak dah balik ! "

Belum sempat aku duduk diatas sofa , teriakan adik dari atas menghentikan ku. Adik , meski dia sudah menamatkan pengajiannya namun sikapnya yang manja masih kekal sama.

Dari jauh aku melihat dia yang sedang berlari menuruni tangga bersama keceriaan yang terpancar jelas diwajahnya. Tangan ku disalam oleh dia. Tubuhku dipeluk erat olehnya. Rindu benar dia pada aku.

" Kakak , kakak sihat ? I miss you so much ! "

Pelukannya yang begitu kemas memeluk tubuhku membuat aku mengerang kesakitan. Tanpa menjawab persoalan itu aku memandangnya dan meleraikan pelukan itu perlahan.

" Adik , sakit. Bagi kakak dulu okay ? "

Dia yang pada awalnya tersenyum mulai cuak. Dibantunya aku duduk diatas sofa penuh berhati-hati. Dia yang masih menunduk ku pelawa duduk disamping ku.

" Adik , duduklah dekat sini. Kata rindu kakak ?"

Meski dipelawa duduk , adik setia beridri sambil menunduk. Bernada perlahan aku mencuba memujuknya lagi.

" Adik , Kakak baru keluar hospital. Ada luka yang tak sembuh lagi. Sorry k ? Kakak tak sengaja. Adik , tak nak kawan kakak ke ? Kan kakak dah minta maaf ? Adik ? "

Alhamdulillah , aku berjaya memujuknya duduk disampingku.

Mama yang sibuk membuat air didapur mula mengatur langkahnya ke ruang tamu bersama dulang yang berisi jag air dan cawan. Tibanya diruang tamu , dituang pula air ke dalam cawan-cawan itu. Melihat Mama yang melakukan itu semua , membuatkan aku berasa malu. Itu adalah apa yang harus aku lakukan. Bukan Mama.

" Mama , maafkan Lisya sebab susahkan mama. Sepatutnya Lisya yang buat semua ni..."

Lantas aku meluahkan rasa malu itu pada Mama. Mama yang sedang sibuk menuang air itu mengendahkan saja kata-kata ku. Setelah gelas telah diisi air , Mama duduk disisi ku. Dengan tenang dia berkata

" Lisya , tak apa. Lisya kan tak sihat. Sikit je ni. Don't worry okay ? Lagipun Lisya takda maid. Its okay sayang. "

Sambil melihat sekeliling ruang tamu Mama kembali bersuara.

" Mummy dengan Khai mana ? "

Aku yang kebingungan menjenguk ke luar. Lah , dari tadi Khai dekat luar ? Memuncung mulutku memandang ke arah Mama menunjukkan bahawa Khai sedsng berada diluar.

Mama yang kebingungan memandang ku terus memandang ke pintu rumah. Sejurus melihat Khai yang berada diluar itu dengan pantas Mama ke pintu dan memanggil Khai untuk masuk ke rumah.

" Khai , kenapa duduk diluar ? Masuklah. "

Langkahnya diatur memasuki rumah. Penuh sopan Khai memberi salam lalu melangkah masuk ke dalam rumah ku. Mama yang tadinya dipintu kembali duduk disisi ku.

" Duduklah Khai. Minum dulu. "

Pelawa Mama sambil tersenyum pada Khai yang masih segan silu. Senyuman Mama dibalas oleh Khai. Dengan perlahan dia duduk diatas sofa itu.

Mama yang masih melihat tepat ke arah Khai kembali bersuara.

" Mummy mana ? "

Khai yang masih segan menjawab pertanyaan Mama dengan tenang.

" Ouh , Mummy pergi office jumpa Daddy. Katanya ada hal sikit. "

Sedang asyik Mama dan Khai berbual , aku yang terpaku melihat Khai dihadapan tidak bisa mengalihkan padanganku. Wajahnya , benar-benar mirip Abang. Mengapa aku nampak abang didalam Khai ? Abang , Qaseh rindukan abang.

" Makcik , Khai balik dulu ya. Dah lewat ni. Khai ada meeting kejap lagi.. Terima kasih untuk air ni. Nanti kalau ada apa-apa , makcik just call me okay ? Assalamualaikum"

Keluarnya Khai dari rumah ku menamatkan renungan ku terhadapnya.

Aku yang terduduk di sofa itu perlahan-lahan berdiri. Adik yang masih disisi memandang aku dengan penuh kebingungan. Tangan ku dipegang erat tangannya lalu dia bertanya.

" Kakak , kakak nak pergi mana ? "

Melihat adik yang sedang menantikan jawapan itu aku menjawab persoalan itu dengan ringkas.

" Kakak nak naik bilik kakak.

" Adik boleh tolong kakak ? "

Tambahku lagi yang meminta pertolongan adik untuk menaiki anak-anak tangga itu.

" Mestilah boleh kak. "

Segaris senyuman nipis diperlihatkan pada ku. Lantas dia menjawab dengan ringkas.

Tangan ku digenggam erat olehnya. Tubuh ku dirangkul kemas dipangkuannya. Penuh berhati-hati dia memimpin aku yang masih lemah. Kini anak-anak tangga itu berada dihadapan mata ku.

" Lisya buat ape tu ?! "

Belum sempat tangga itu ku daki , jeritan Mama menghentikan ku. Dengan pantas Mama mencapai tubuh ku yang lesu itu.

" Lisya , awak tu dalam pantang. Duduk bilik bawah dulu k ? Nanti dah sihat sikit baru naik ke atas boleh ? "

Kebimbangan yang dirasakan oleh Mama jelas terpapar diwajahnya. Aku yang masih mentah tentang perkara-perkara itu , akur akan kata-kata Mama.

" Adik , pimpin kakak ke bilik sana ya ? Mama dah kemas semalam. "

Ujar Mama yang mengarahkan adik untuk membantu aku ke bilik yang telah disediakan.

Langkah kecil ku ambil perlahan. Entah kenapa , laluan yang sering aku lalui ini terasa jauh jaraknya. Perlahan-lahan pintu bilik itu dibuka. Langkah kanan , ku ambil sejurus tiba dihadapan pintu bilik itu.

Diatas katil ku hamparkan diri. Genggaman erat aku lepaskan. Bantal disisi ku ke peluk erat didalam dakap ku. Mata ini , ku tutup rapat.

Terasa kasar tangan itu mengusap lembut rambut ku. Nafasnya yang kuat itu aku rasakan. Degupan jantungnya aku dengarkan. Dengan pantas aku buka kelopak mmataku ini.

Abang. Abang yang berada disamping ku itu. Sedang dia melihat ku sambil mengusap air matanya , mata ini ku renung ke arahnya.

Melihat aku yang setia menatapnya itu. Dengan pantas tangan itu menggenggam erat tangan ku yang lemah itu. Wajah ku yang lesu itu dilihat tanpa kata. Pipi ku pucat , dikucupnya perlahan. Titisan demi titisan air matanya ku rasakan hangat mengalir di wajahku. Dadanya yang bidang itu , ku tolak perlahan.

Dia , membuatkan hati yang gembira bertukar resah. Wajahku yang berkerut ku paparkan padanya.

" Abang , kenapa ni ? Abang ? "

Tanpa menghiraukan pertanyaan ku ditariknya aku kedalam dakapnya itu. Tubuhku yang tidak berdaya dirangkul kemas ke pangkuannya. Degupan jantungnya yang laju mengepam darah , aku dengarkan. Tubuhnya yang hangat aku rasakan. Air matanya yang laju membasahi pipi itu ku usap perlahan.

Kehagatan tubuhnya itu , membuat aku merasa nyaman. Bibirnya kini berada tepat didahi ku.

Tanpa sebarang kata abang mulai menghilang. Abang pergi , meninggalkan aku sendiri.

" Lisya ? Lisya ? Bangun Lisya ! "

Mendengarkan suara Mama , berjaya menyedarkan ku. Pipi ku yang terasa hangat aku usap lembut. Mata yang masih bergenang aku buka perlahan. Mama yang sedang duduk disisi ku itu ku genggam tangannya.

Kesedihan ini , terlalu sukar untuk ku tahan. Menangis aku , dalam kebisuan. Mama yang dilanda kebimbangan memeluk mesra aku yang masih terbaring. Diusap rambutku penuh kasih. Dicium dahiku menyalurkan semangatnya.

"Qaseh Khalisya , Mama ada untuk Lisya. You have me sayang. Its okay , cry it out. I'm here for you. "

Kata-kata itu , terbit dari bibir Mama dipenuhi nada sebak. Mama , insan yang setia dikala duka dan bahagia ku.

Kata-kata itu , telah berjaya menyentuh hati kecilku. Air mata ini , terus menghasilkan mutiara jernih tanpa bisa ku hentikan. Hati ini bagi ditusuk-tusuk. Nafasku yang kian memendek. Begitu perit rasa ini Ya Allah. Teguhkanlah hati ini Ya Allah. Aku mohon pada mu , Ya Allah. Bantulah aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience