Bab 18

Drama Completed 10354

Doktor Maliq yang melihat Khai kebimbangan dan mendesak meminta jawapan itu hanya tersenyum nakal.

Setelah beberapa kali didesak oleh Megat Khairil , Doktor Maliq akhirnya bersuara.

" Megat Khairil , relax bro ! "

Mendengarkan itu Khai kembali bersuara bersama wajah yang merah padam.

" What ?! Relax ?! Uncle bagitau Khai kenapa dengan Khalif ? Jangan buat Khai macam ni.."

Doktor Maliq yang melihat Khai sudah begitu memuncak amarahnya perlahan-lahan memudarka  senyumannya. Situasi diruangan itu , kini menjadi serius.
Bibir Doktor Maliq kini kembali berbicara.

" Okay-okay. Uncle bagitau but first please relax. "

Nafas ditarik sedalam-dalamnya lalu dihela. Khai cuba untuk bertenang. Usai itu Doktor Maliq yang melihat Khai sudah bertenang sedikit menyuruh Khai memandang pada Megat Khalif yang masih terlantar itu.

" Okay now , tengok Khalif. "

Pandangan mata Khai tertumpu pada Khalif yang masih dalam koma. Perlahan-lahan jari telunjuk kiri Khalif bergerak.

Khai yang melihatkan itu lantas terbeliak matanya kerana terkejut. Kedua matanya kini tertumpu pada Doktor Maliq dan senyumannya dilemparkan.

Doktor Maliq yang memandang Khai itu tersenyum lebar mengangguk. Benar , ini adalah berita gembira.

Setelah hampir 10 bulan Megat Khalif terlantar dan tidak menyedarkan diri , akhirnya dia memberikan tindak balas positif meski hanya sedikit.

Khai yang sudah begitu bahagia melihat perkembangan terbaru Khalif lantas memeluk erat Doktor Maliq.

Bersama air mata bahagia yang jatuh berguguran , dengan bernada sebak Khai berbisik pada cuping telinga Doktor Maliq.

" Alhamdulillah. Thank you , uncle. Thank you so much ! "

Doktor Maliq yang mendengarkan itu mengusap lembut belakang Khai sambil tersenyum.

Lalu pelukan antara Doktor Maliq dan Khai akhirnya terlerai. Khai yang masih tersenyum memandang ke arah Khalif sambil mengusap lembut pipinya yang basah.

Kerusi disebelah katil Khalif itu ditarik lalu diatas kerusi itu Khai melabuhkan dirinya. Tangannya menggenggam erat tangan Khalif yang sejuk itu dan berkata.

" Khalif , cepat sihat okay bro ? Khalisya still tunggu kau. Bangun cepat okay ? Dah lama sangat kau rest ni. Bangun okay ? Aku tunggu kau ! "

Usai melafazkan kata-kata itu pipi Khai diherotkan hingga terukir senyuman manis. Matanya yang masih bergenang sekali lagi menghujani pipinya dengan air mata.

Perasaan sayang Khai yang terzahir buat kembarnya itu , benar-benar mendalam.

Sementara Megat Khairil meluangkan masa di apartment mewah itu , Khalisya yang masih tidak mengetahui mengenai suaminya masih meratapi kerinduan.

Diatas sejadah panjang itu Khalisya menadah tangan dengan hati yang terluka dan fikiran yang agak berserabut Khalisya berdoa seikhlasnya.

Usai menunaikan solat isyak itu , Khalisya mencapai Al-Quran milik suaminya dengan perasaan yang sedih tidak terkata.

Bernada sebak ayat-ayat suci Al-Quran itu Khalisya alunkan ditemani keheningan malam serta tangisan.

Beberapa muka surat diselak dan dibaca. Setelah hampir 30 minit , Khalisya akhirnya selesai membaca Al-Quran itu.

Perlahan-lahan Al-Quran itu diletakkan semula diatas kabinet. Diatas katil itu Khalisya terduduk dan mengusap air matanya yang bersisa.

Dibuka telekungnya itu dan diletakkan di ats sejadah lalu dilipat ketepi. Kemudian Khalisya menghamparkan dirinya diatas katil bersaiz King itu.

Selimut ditarik menyelimuti kakinya hingga ke paras pinggang. Tubuhnya diiringkan menghadap ke kirinya. Tempat dimana Khalif sentiasa tidur.

Tangan kanan Khalisya digerakkan ke kawasan itu. Diusapnya lembut bahagian itu sedang tubir matanya terasa panas.

Sebak yang dirasakan kini tidak dapat ditahan. Jantungnya berdegup laju esakannya , mula kedengaran.

Dengan nafas yang tersekat-sekat dia mengucapkan gelaran yang telah dia berikan pada suaminya itu.

" A-abang..."

Keperitan itu terlalu menyakitkan. Bersama mata yang berkaca Khalisya memejamkan matanya itu dan menarik nafas panjang.

Khalisya yang dilanda kesedihan itu cuba untuk menenangkan dirinya. Matanya yang terpejam itu , semakin ligat menghasilkan air mata.

Bersama kedukaan itu Khalisya terlena. Terlepaslah dia dari realiti yang menyakitkan. Dan berbahagialah dia dialam mimpi bersama cinta sejatinya , Megat Khalif.

Dihari yang cerah , diterangi cahaya matahari itu Megat Khalif Khalif menggenggam erat tangan Khalisya. Terapar kebahagiaan yang dirasakan itu diawajah mereka.

Berdua mereka berpegangan tangan berjalan-jalan dikawasan taman bunga itu sambil memakan aiskrim.

Sedang keindahan dinikmati , Khalif yang memandang Khalisya itu mengajaknya duduk diatas kerusi kayu itu.

" Sayang , jom duduk. Abang penat lahhh "

Khalisya yang melihat wajah Khalif bersama mata yang membulat itu ketawa kecil akan gelagat Khalif yang keanak-anakkan itu.

Diatas kerusi kayu itu mereka berlabuh. Khalif yang berkaca mata hitam , berbaju t-shirt putih , berjaket denim biru berlipat di lengan dan berseluar jeans biru direnung lama oleh Khalisya.

Khalif yang perasan akan renungan Khalisya itu menoleh memandang kearah Khalisya dan berkata.

" Sayang , jangan la tengok abang macam tu. Malu lah. Hahahaha "

Khalisya yang masih memandang kearah Khalif bersama wajah yang sayu menahan sebak.

Khalif yang melihat Khalisya begitu lantas menarik tubuh Khalisya dada bidangnya sambil mengusap lembut bahu Khalisya.

Khalisya yang tadinya menahan sebak akhirnya menangis didalam dakapan suamninya itu. Bahunya ditepuk-tepuk perlahan oleh Khalif mencuba untuk memujuk hatinya.

Tiba-tiba , suara garau Khalif kedengaran. Bernada lembut Khalif berkata kepada Khalisya.

" Sayang... Don't cry please ? Abang ada ni... "

Khalisya yang mendengarkan kata-kata Khalif itu semakin kuat menangis. Tubuh Khalif yang sasa itu dipeluk erat oleh Khalisya.

Perlahan-lahan wajah Khalif berpaling pada Khalisya yang berada didakapnya. Dengan perlahan dia berkata.

" Abang loves you sayang. Not just today , but forever sayang. Forever. "

Usai mengatakan itu dahi Khalisya dicium lama oleh Khalif. Tangan kiri Khalif mengusap lembut kepala Khalisya yang berlapik tudung bawal itu.

Setelah hampir 2 minit dahi Khalisya dicium oleh Khalif , wajah Khalisya ditarik lembut oleh tangan Khalif yang kasar itu hingga memandang wajah Khalif.

Khalisya yang kini mendongak memandang wajah Khalif. Air mata Khalisya yang tersisa diseka lembut oleh Khalif.

Pipi Khalif diherotkan hingga terukir segaris senyuman sedang matanya memandang ttepatkearah Khalisya.

Lalu dengan suara yang garau itu Khalif berkata.

" Alololo , kesiannya sayang abang sorang ni.."

Tangan Khalif yang tadinya mengusap air mata Khalisya kini mencuit hidung Khalisya yang tidak seberapa mancung itu sambil berkata.

" Merah-merah dah hidung dia. Ish cute betul badut ni ! "

Selepas mengatakan itu , meletuslah ketawa Khalif. Khalisya yang tadinya tersenyum melihat Khalif kini mencebik.

Khalisya menundukkan wajahnya itu dan memuncungkan wajahnya. Pelukannya pada Khalif juga dileraikan.

Khalif yang sedar bahawa Khalisya sedang merajuk lantas berlutut dihadapan Khalisya dan menguhulurkan tangan kanannya kepada Khalisya.

Wajah Khalif diangkat memandang wajah Khalisya. Dengan wajah tersenyum Khalif berkata.

" Adinda sayang , janganlah merajuk. Maafkan beta ? Beta tak sengaja , Adinda. "

Khalisya yang masih lagi berdiam membuatkan Khalif berkerut memikirkan cara untuk memujuk isterinya itu.

Sejurus itu Khalif menarik dagu Khalisya lembut hingga memandang ke wajahnya.

Setelah pandang mata Khalisya tertumpu ke arahnya Khalif memeperlihatkan wajahnya yang hodoh. Cerimin mata hitamnya dibuka lalu dijulingkan matanya. Bibirnya tersenyum hingga menampakkan barisan giginya.

Khalisya yang melihat itu , akhirnya ketawa melihat wajah suaminya. Khalif yang melihat isterinya kembali tertawa juga turut tertawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience