Bab 24

Drama Completed 10365

" Qaseh.. Wait for me okay ? I'll come to you. Please bertahan sampai saat itu.. Can you promise me sayang ? "

Suara yang sayup kata-kta itu dilafazkan dari bibir Megat Khalif yang swdang mengusap lembut rambut Khalisya bersama air mata yang berjuraian.

Khalisya yang melihat jasadnya kejung diatas katil itu hanya terdiam. Melihat Megat Khalif yang sedang menangis membuatkan hatinya terasa seakan dihiris-hiris.

Suaminya. Satu-satunya suami yang ditunggu , dicintai juga dianggap sudah tiada kini didepan mata.

Penuh berhati-hati langkah menuju ke arah suaminya itu. Dengan langkah yang lemah Khalisya tetap gagahi dirinya mendekati Khalif.

" A.. Abang.. "

Bersama suara yang serak , juga seakan hilang Khalisya cuba memanggil suaminya. Namun diendahkan. Seakan tiada apa.

Dengan tangan yang terketar-ketar perlahan-lahan tangan Khalisya cuba menggapai tangan suaminya itu.

Namun tidak dapat dicapai. Tumpahlah air matanya sederas-derasnya. Khalisya merenung Khalif yang sedang meratapi jasadnya.

Khalisya yang tidak mampu menerima kesedihan itu berteriak selantangnya. Lalu terduduk ddiataslantai yang dingin itu.

" Ya Allah ! Apakah semua ini ?! "

Sedang dia melepaskan segala kepedihan didadanya. Khalisya kembali tisak menyedarkan diri.

Nafas panjang ditarik Khalisya. Matanya terbuka seluasnya melihat kawasan sekitarnya. Benar. Itu semua adalah mimpi. MIMPI NGERI buat Khalisya.

Dikerah tenaganya yang berbaki , Khalisya duduk bersandarkan bantal. Nafas ditarik lalu dihembus berulang kali. Khalisya , cuba bertenang.

Lantas itu tangan kanan Khalisya diletakkan didadanya. Dengan tenang Khalisya mula beristighfar.

" Ya Allah.. Tenangkanlah aku ya Allah. Berikan aku pertunjuk... "

Tertunduk Khalisya menahan kesedihan didada sambil mengatakan itu dengan nada sebak.

Sedang Khalisya masih terkenangkan mimpi ngerinya , Khairil pula bergegas menuju ke apartment miliknya dimana Megat Khalif ditempatkan dibawah jagaan Doktor Maliq.

Tibanya Khairil di apartment bernombor 204 , lantas pintu diketuk dan loceng ditekan.

Pintu dibuka , wajah Khairil yang sembab disambut senyuman Doktor Maliq. Berkerutlah dahi Doktor Maliq melihat mata Khairil yang berkaca.

" Hey bro ! What's wrong ? Kau okay tak ni ?"

Soal Doktor Maliq yang kebingungan melihat Khairil sedang berduka. Wajah Khairil yang jelas terpapar kesedihan itu lantas memandang lama wajah Doktor Maliq.

Perlahan-lahan kaki kanannya melangkah memasuki apartment itu. Lalu dipeluknya tubuh Doktor Maliq dan menangislah Khairil dibahu Doktor Maliq.

Bibir Khairil seakan terkunci. Tiada kata-kata yang dilafazkan dari bibirnya itu. Kesedihan yang dirasa tidak tertahan.

Doktor Maliq yang seakan faham akan kesedihan yang dirasa Khairil hanya membiarkan Khairil terus menangis dibahunya sambil tangannya mengusap lembut bahu Khairil sebagai tanda bertenang.

Usai melepaskan kesedihan didada , pelukan antara Khairil dan Doktor Maliq dileraikan. Mata Khairil digosok lembut. Dengan suara yang serak Khairil berkata pada Doktor Maliq.

" Thanks."

Diatas sofa dilabuhkan tubuh mereka dengan tenang Khairil memulakan ceritanya mengenai keadaan Khalisya yang disahkan menghidapi kanser tahap 3.

Mengenangkan adiknya , Megat Khalif dan Qaseh Khalisya begitu menghadirkan rasa sedih dijiwa Khairil. Mereka berdua saling berjuang.

Bersama kuasa cinta yang tulus dan suci. Bersaksikan semesta kisah cinta mereka yang suci kerana Tuhan.

Jasad Khalif yang masih kaku ditenung lama oleh Khairil yang sedang duduk disamping katil Khalif.

Bersama suara yang serak Khairil bercerita
kepada Khalif.

" Assalamualaikum Khalif. Aku datang ni.. Bro , sampai bila kau nak duduk diam macam ni ? Bangun la cepat. Aku rindu kau gila ! "

" Khalisya perlukan kau bro ! "

Tambah Khairil sedang matanya berkaca. Dia tahu , Khalif juga sedang berjuang. Jika di ingat semula , Khalif sudah lama berjuang. Jika tidak kerana semangatnya untuk hidup , sudah pasti dia benar-benar tiada di sini lagi.

" Lif , aku tahu kau kuat ! Bangun cepat okay ? Aku sentiasa tunggu kau Lif ! Khalisya pun sama. "

" Kau tau ? Khalisya masih setia dengan kau Lif ! Walaupun kau dah lama tinggalkan dia. Walaupun semua orang desak dia terima Yusof.. dia masih setia pada kau. "

" Dia tetap tunggu kau. Walaupun dia tahu kau takkan pulang kepangkuan dia. Kau beruntung Lif. So please , bangun cepat ! She needs you bro ! "

Kata-kta semangat itu dikatakan oleh Khairil dengan panjang lebar. Khairil percaya , Khalif pasti akan sedarkan diri secepat mungkin.

Usai itu tangan Khalif yang dingin digenggam Khairil. Lalu Khairil berkata.

" Kau kuat Lif ! Please bangun dari tidur yang panjang ni. Tolong berjuang lebih sikit kalini ! Please wake up ! "

Ujar Khairil bernada sebak. Kesedihannya membuak-buak. Khairil seakan merasakan apa yang dirasakan oleh Khalif dan Khalisya.

Kisah cinta adik kembarnya itu bagaimanapun membuatkan Khairil kagum akan kesetiaan mereka berdua.

Sementara itu di hospital , Doktor Yusof yang juga cintakan Khalisya setia menemani Khalisya meski Doktor Yusof tahu Khalisya tidak akan menerima cintanya.

Perlahan-lahan pintu ward Khalisya dibuka. Tubuh badan Doktor Yusof yang tinggi lampai jelas kelihatan. Wajah Khalisya yang pucat ditenung lama oleh Doktor Yusof.

Khalisya yang kini tidak lagi secantik dahulu. Wajahnya yang semakin memucat , bibirnya yang mengering serta pipinya gebu juga semakin cengkung.

Selangkah demi selangkah Doktor Yusof mengatur acara mendekati Khalisya yang sedang duduk termenung ditepi jendela.

Disamping Khalisya Doktor Yusof duduk. Namun Khalisya tetap termenung.

Melihat Khalisya yang masih tidak sedar akan kehadirannya itu membuatkan Doktor Yusof mengambil keputusan untuk menyapa Khalisya.

" Jauhnya termenung. Pecah cermin tu nanti Cik. "

Khalisya yang mendengarkan itu lantas berpaling mencari pemilik suara. Dilihat sekelilingnya lalu jasad Doktor Yusof ditemui dihadapannya.

Segaris senyuman nipis diukirkan diwajah Khalisya yang pucat sejurus melihat kehadiran Doktor Yusof.

" Hahaha cermin pecah sebab apa tu doktor ? Sebab ditenung lama atau pantulan wajah yang tak cantik ni ? "

Balas Khalisya sambil tertawa kecil. Khalisya yang sedar akan perubahan fizikalnya akibat kanser itu seakan redha akan nasibnya.

" Eh , siapa kata tak cantik ? Tak tahu ke ramai yang cair melihat senyuman tu ? "

Jawab Doktor Yusof yang cuba menidakkan kenyataan Khalisya.

Walaupun Khalisya tidak lagi secantik dahulu , namun dimata Doktor Yusof , Khalisya tetap sahaja wanita yang jelita.

Mendengarkan kata-kata Doktor Yusof berjaya membuatkan Khalisya tetawa kecil.

" Ada-ada sajalah Doktor ni. "

Kata Khalisya pada Doktor Yusof.

Sedang Doktor Yusof dan Khalisya bergurau senda , kehadiran Doktor Sarah disambut mesra.

" Wah.. rancaknya berborak. Borak apa tuu ?"

Kata Doktor Sarah yang baru memasuki ward Khalisya.

Khalisya dan Doktor Yusof yang memandang Doktor Sarah tersenyum lebar.

Lantas itu pertanyaan Doktor Sarah dijawab spontan oleh Doktor Yusof.

" Berborak pasal apa lagi sis ? Pasal masa depan la ! Hahaha "

Mendengarkan jawapan Doktor Yusof berjaya meletuskan ketawa mereka bertiga.

" Khalisya , you better take care. Doktor Yusof dah betul-betul jatuh cinta dengan you ni ! Hahahah "

Kata Doktor Sarah yang berbaur nasihat kepada Khalisya.

Khalisya yang mendengarkan itu hanya tersenyum nipis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience