Bab 21

Drama Completed 10365

Tik-Tok , jam didinding biliknya itu ditenung lama oleh Khalisya sambil bertungkat dagu.

" Hm. Apa nak buat harini eh ? Haih.. "

Keluh hati Khalisya yang mulai terasa bosan setelah lama terperap dirumahnya itu.  Mungkin sudah terlalu lama Khalisya menyendiri dan tidak melihat dunia luar.

Khalisya yang buntu memikirkan apa yang hendak dilakukan untuk menghilangkan perasaan bosannya itu lantas menundukkan kepalanya diatas meja.

" Hmmmm.. "

Sekali lagi Khalisya mengeluh.

Sedang Khalisya masih berusaha memikirkan aktiviti yang perlu dilakukannya itu , tiba-tiba ketukan pintu kedengaran.

(TokTok)

Lalu suara ibunya jelas kedengaran disebalik pintu itu.

" Lisya , turun cepat ada kawan nak jumpa Lisya ni. Dia ada dekat bawah. Lisya siap-siap lepastu turun ya ? Dia tunggu Lisya tu. "

Dengan pantas kepala Khalisya diangkat dengan wajah yang berkerut.

" Kawan ? "

" Takkan Hana kot ? Mama kenal Hana.. "

" Hish siapa pula ni ! "

Desis hati Khalisya yang musykil akan gerangan 'kawan' yang hadir untuk berjumpanya dirumah itu.

" Lisya , dengar tak Mama cakap apa ni ? "

Tambah Puan Sri  Serina yang mahukan jawapan dari Khalisya.

Lantas itu Khalisya menjawab ringkas.

" Ha.. Iye.. Nanti Lisya turun. "

Dengan fikiran yang masih ligat menyoalkan gerangan tetamu itu Khalisya bersiap agar kelihatan kemas.

Sehelai selendang hitam menjadi pilihan Khalisya disaat ini kerana kemalasannya ingin menggosok tudung.

Cardigan hitam yang tidak bercorak disarung ke tubuhnya untuk menutupi bahagian lengan yang terdedah kerana memakai tshirt lengan pendek.

Dihadapan cermin Khalisya berdiri dan membetulkan tudungnya agar kelihatan kemas.

Cukup 5 minit waktu Khalisya gunakan dengan pantas dan penuh perasaan ingin tahu Khalisya melangkah menuju ke arah ruang tamu.

Wajah Doktor Yusof yang berhiaskan senyuman itu dilihatkan oleh Khalisya yang kini sudah berada diruang tamu.

Dihadapan Doktor Yusof , Khalisya berdiri dengan wajah yang berkerut.

" D-Doktor Yusof ? "

Dengan tergagap-gagap Khalisya melafaskan itu. Khalisya terkedu melihat Doktor Yusof yang berada dirumahnya itu.

Bersama segaris senyuman indah Doktor Yusof mengangguk perlahan pada Khalisya.

Diatas sofa berhadapan Doktor Yusof itu dilabuhkan tubuh Khalisya sedang matanya tertumpu ke arah wajah Doktor Yusof.

" Kenapa Khalisya tengok saya macam tu ? "

Tanya Doktor Yusof kepada Khalisya yang masih tidak berkedip melihat wajahnya itu.

Doktor Yusof yang melihat Khalisya masih berdiam dan memandangnya lama lantas menepuk meja itu dengan kuat sambil menjerit.

" HOI ! "

" OPOCOT MAK KAU ! "

Khalisya yang begitu terkejut telah melatah dihadapan Doktor Yusof. Lantas itu Khalisya menarik nafas panjang dan menghela nafasnya perlahan.

" Astaghfirullah "

Ujar Khalisya bernada perlahan sambil memejamkan kedua-dua matanya.

Doktor Yusof yang melihat gelagat Khalisya yang comel itu hanya tertawa riang.

Siapa sangka seorang wanita yang selama ini kelihatan santai dan seolah-olah tidak mempunyai perasaan itu melatah ?

Perkara itu cukup lucu bagi Doktor Yusof hingga ianya meletuskan ketawanya.

Usai ketawa , Doktor Yusof memandang Khalisya dengan wajah biasa dan berkata.

" Actually saya datang ni nak ajak awak keluar. Boleh ?

Persoalan Doktor Yusof itu membuatkan Khalisya kembali mengangkat wajahnya yang tertunduk tadi dan memandang tepat ke arah Doktor Yusof.

Lalu Khalisya yang seakan-akan tidak percaya  pun kembali bertanya pada Doktor Yusof.

" Keluar ? Berdua ? Untuk apa ? "

Dengan wajah yang tenang Doktor Yusof menjawab.

" Ya. Berdua. "

" Sebagai tanda terima kasih awak dekat saya ? "

Tambah Doktor Yusof sambil tersengih memandang Khalisya.

" Maaf. Bukan saya tak mahu.. Tapi.. tak elok kalau cuma kita  berdua. Saya tak nak orang salah sangka.. "

Dengan sopan Khalisya menerangkan perasaannya mengenai apa yang diinginkan oleh Doktor Yusof itu.

Mendengarkan itu , perlahan-lahan senyuman yang terukir diwajah Doktor Yusof mulai pudar.

" Okay , saya faham... "

Ujar Doktor Yusof bernada kecewa. Cawan yang berisi air kopi perlahan-lahan dicapai lalu diteguk oleh Doktor Yusof.

" I'm sorry. But I just can't... "

Kata Khaliysa yang kian merasa serba salah apabila melihat reaksi Doktor Yusof itu.

Benar , buat Khalisya suaminya sudah pergi meninggalkan dirinya dan tak akan kembali lagi.

Namun cintanya pada suaminya yang kukuh itu dengan tidak sengaja telah menutup pintu hatinya buat insan lain.

Kerana buat Khalisya , suaminya adalah cinta pertama juga terakhirnya sampai bila-bila.

" Its okay. Saya faham. Saya balik dulu ya ? Thanks for the coffee. "

Balas Doktor Yusof bernada sedih sambil memandang Khalisya yang masih merenung kearahnya.

Lantas Doktor Yusof berdiri dan mengambil kunci keretanya dan melangkah keluar dari rumah itu.

Langkah ke kereta BMW berwarna silver miliknya itu diambil pantas. Akhirnya , Doktor Yusof hilang dari pandangan Khalisya.

Khalisya yang dari tadi memerhatikan Doktor Yusof melangkah keluar dari rumahnya dari pintu utama itu melihat Khairil yang baru tiba.

Khairil yang terpinga-pinga lantas bertanya pada Khalisya.

" Who is that ? "

" Doktor Yusof.. "

Jawab Khalisya secara ringkas.

Kaki kanan Khairil melangkah masuk ke rumah Khalisya dan berlabuh diatas sofa.

Sekali lagi , Khairil bertanya pada Khalisya.

" Ouh.. Dia datang ada apa ? "

" Dia ajak Khalisya keluar dengan dia.. "

Jawab Khalisya pada persoalan Khairil.

Dengan wajah yang berkerut Khairil memandang Khalisya dan bertanya lagi.

" Berdua ? "

" Yes. "

Jawab Khalisya sambil mengangguk perlahan.

" So , Khalisya pergi ke ? "

Soal Khairil yang masih lagi kebingungan akan keberadaan Doktor Yusof dirumah Khalisya.

" No.. Khalisya tak nak.. Sebab.. Hati Khalisya cuma untuk Khalif seorang je Khai. Khalisya tak boleh buka hati Khalisya untuk terima orang lain. "

" Khalisya risau if Khalisya keluar dengan Doktor Yusof ia dikira Khalisya bagi harapan pada dia. I don't want that Khai.. "

Terang Khalisya pada Khairil dengan panjang lebar dan terperinci mengenai pelawaan Doktor Yusof itu.

Entah bagaimana Khalisya seakan-akan dapat merasakan bahawa Doktor Yusof menyimpan perasaan terhadap dirinya.

Khairil yang mendengarkan jawapan Khalisya tersenyum sendiri fikirannya teringat akan adik kembarnya , Megat Khalif.

" Khalif , kau beruntung untuk memiliki Khalisya. You really are lucky bro. "

Desis hati Khairil yang merasakan adik kembarnya itu begitu beruntung untuk memiliki  seorang isteri yang setia padanya meski dia tahu suaminya tidak dapat pulang kepangkuannya semula.

" Ingat dekat girlfriend ke tu Khai ? Bukan mmainlebar lagi senyum "

Kata Khalisya yang berbaur sindiran setelah melihat Khairil yang tersenyum seorang diri dalam tempoh yang agak lama.

Bagaiamanapun , kata-kata Khalisya telah berjaya menyedarkan Khairil dari lamunannya.

" Em sorry ? "

Balas Khairil yang masih terpinga-pinga akan apa yang dikatakan oleh Khalisya.

" Girlfriend ? Aduh banyak sangat la Khalisya. Takde masa nak ingat sorang-sorang. Hahahaha "

Kata Khairil bernada angkuh. Lalu meletuslah ketawa mereka berdua memenuhi ruangan itu.

Sedang mereka berdua ketawa sakan , suara ibu Khalisya iaitu Puan Sri Serina mulai kedengaran.

" Amboi bukan main gelak sakan. Ni mama buat kuih. Jom minum petang. "

Susuk tubuh ibu Khalisya bersama dulang ditangan helas kelihatan dari dapur.

Dulang diletakkan diatas meja dan dihidangkan. Air teh panas dituangkan kedalam cawan. Bergembiralah mereka bertiga berkongsi cerita sambil minum petang bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience