Bab 22

Drama Completed 10354

" Haih , lambatnya mak cik ni ! "

Keluh Khairil yang berdiri bersandar pada kereta BMW hitamnya itu sambil melihat jam ditangan kirinya dengan wajah yang berkerut.

Khalisya yang sudah terlewat lantas berlari menuruni tangga dan keluar dari rumah itu. Kasut converse putih dicapai oleh Khalisya  dan disarungkan kakinya.

Pintu rumah ditutup lalu dikunci sekali lagi Khalisya berlari menuju ke arah Khairil dan berteriak.

" Khai ! Dah siap ! "

Khairil yang tadinya menunduk menahan tterikmentari kini mengangkat wajahnya memandang Khalisya yang mengah dihadapannya.

Khalisya akhirnya tiba dihadapan pintu kereta dan memasuki perut kereta itu. Khairil dengan wajah yang berkerut turut memasuki keretanya itu.

" Wah ! Awalnya Khalisya siap ! "

Kata Khairil bernada sindiran sambil memandang Khalisya dengan senyum pahit.

Khalisya yang masih termengah-mengah lantas menarik nafas panjang. Dengan wajah yang terukir senyuman Khalisya memandang Khairil yang sudah pudar senyumnya itu.

" Awal ya ? Nak Khalisya masuk rumah balik tak ? Boleh je... "

Sindiran berbalas sindiran. Khairil yang merenung tajam ke arah Khalisya sambil mengetap gigi.

Usai itu , Khairil menghidupkan enjin keretanya dan memandu menuju ke sebuah pasaraya berdekatan.

Tibanya mereka dipasaraya tersebut perlahan-lahan langkah diatur memasuki pasaraya itu.

Sedang Khalisya berjalan melihat sekeliling , sebuah kedai pakaian bayi menarik perhantiannya

Pakaian bayi perempuan yang seakan-akan puteri berwarna merah jambu itu ditenung lama oleh Khalisya.

Khairil yang berjalan hanya memandang hadapan sambil bersembang tidak sedar bahawa Khalisya telah tertinggal di belakang.

Khalisya yang masih tertumpu pada baju bayi itu perlahan-lahan mengatur langkahnya memasuki kedai itu.

Khairil yang akhirnya tersedar ketiadaan Khalisya disampingnya lantas berpaling kebelakang. Khalisya yang masih terpukau dengan baju itu akhirnya memegang baju itu dengan mata yang berkaca.

Dengan pantas Khairil mengatur langkahnya menuju ke arah Khalisya dengan wajah yang bingung.

Tibanya Khairil disamping Khalisya , air mata mulai berjuraian dipipi gebu Khalisya.

Bernada perlahan Khairil berkata pada Khalisya.

" Khalisya , don't cry. Khai faham Khalisya sedih. But please. Khai tak nak Khalisya menangis lagi. Yang lepas tu , biarlah lepas Khalisya. You need to move on. "

" Have some faith. Believe in Allah Khalisya. "

Tambah Khairil lagi yang mencuba untuk memujuk hati Khalisya yang dilanda kesedihan itu.

Khalisya yang seakan tak peduli akan Khairil itu perlahan-lahan melepaskan genggaman baju bayi berwarna merah jambu dan menyeka lembut air matanya.

Diangkat wajah Khalisya memandang Khairil yang terpapar kesedihan lalu ditarik dan dihembus nafasnya. Diukirnya segaris senyuman dan berkata.

" I'm okay , Khai. Don't worry. Khalisya okay. "

" You sure ? If not Khai boleh hantar Khalisya balik sekarang. "

Balas Khairil yang masih merasa bimbang terhadap adik iparnya itu.

" No , I really am okay. "

" Dah.. jom beli barang yang Mama kirim. "

Tambah Khalisya yang masih berkeras mengatakan dirinya baik-baik sahaja.

Perlahan-lahan langkah keluar dari kedai pakaian bayi itu diatur. Kini mereka berdua menuju membeli barangan dapur yang telah pun dikirimkan oleh Puan Sri Serina.

Selesai membeli barang dapur , langkah keluar dari pasaraya itu diambil. Kereta BMW hitam mulai dicari dan dituju.

Bonet kereta dibuka lalu diletakkan beg-beg plastik berisi barangan itu didalam bonet kereta.

Lantas itu Khairil dan Khalisya memasuki perut kereta BMW hitam dan menuju pulang ke rumah Khalisya.

Tiba saja dihadapan rumah Khalisya sebuah kereta Alphard putih bersama dua buah kereta Honda Civic putih serta dua buah kereta Subaru XV berwarna hitam jelas kelihatan.

Keluar sahaja dari kereta BMW hitam itu barang dibonet kereta diambil lalu perlahan-lahan langkah menuju ke dalam rumah diambil Khalisya dan Khairil.

Pintu rumah yang terbuka luas perlahan-lahan diketuk dan diberikan salam. Begitu ramai tetamu terlihat sedang duduk bersembang bersama Puan Sri Serina dan Tan Sri O. Ghazali.

Suasana diruang tamu itu bagaikan suasana Hari Raya. Melihat para tetamu yang berpakaian tradisional lengkap itu benar-benar membuatkan Khalisya kehairanan.

Melihat Khalisya memasuki rumah itu menarik tumpuan setiap tetamu diruangan itu.

Dengan wajah yang tersenyum ibu Khalisya , Puan Sri Serina lantas memanggil Khalisya duduk diatas sofa disampingnya dengan senyuman.

" Khalisya , mari duduk dekat Mama. "

Senyuman dihiaskan diwajah Khalisya. Perlahan-lahan Khalisya melabuhkan dirinya diatas sofa disamping ibunya.

Lalu Puan Sri  Serina memperkenalkan anaknya itu kepada tetamu yang hadir dengan berkata.

" Inilah Qaseh Khalisya. "

Khalisya yang masih bingung hanya tersenyum dan mengangguk.

Mendengarkan itu , Datin Marifah yang tersenyum lebar memandang Khalisya bersuara.

" Wah.. Manis orangnya? Patutlah anak kita jatuh hati "

Khalisya yang tidak mampu menahan dirinya yang kebingungan itu lantas berkata.

" Siapa anak Puan dan apa tujuan Puan ke rumah saya ? "

Puan Sri Serina yang tersenyum lantas menjawab.

" Ini keluarga Doktor Yusof. Mereka datang nak masuk meminang Khalisya... Mama dengan Papa dah setuju... Mama dengan Papa nak....."

Belum sempat Puan Sri Serina menghabiskan biacaranya dengan pantas Khalisya berdiri dengan wajah yang marah.

" Minta maaf ya. Khalisya nak berehat. Minta diri dulu. "

Kata-kata Khalisya itu dilontarkan dengan nada tegas. Dengan pantas Khalisya menaiki anak-anak tangga itu dan memasuki kamarnya.

Ditutup perlahan pintu biliknya itu diatas katil Khalisya terduduk.

Air matanya kembali berjuraian dipipi gebunya itu. Esakannya jelas kedengaran.

Khalisya merasakan begitu kecewa akan tindakan kedua ibu bapanya yang menerima pinangan pihak Doktor Yusof tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.

" Sanggup Mama dengan Papa buat Khalisya macam ni ? Sedangkan Mama dengan Papa tahu. Cinta Khalisya cuma untuk Megat Khalif bin Megat Amin. Kenapa Mama Papa terima.. Ya Allah. Kenapa semua ini terjadi pada aku ?! Aku penat Ya Allah ! "

Kekecewaan yang dirasakan Khalisya diluahkan melalui lisannya. Dengan suara yang sengau dan nafas yang tersekat Khalisya mengatakan itu.

Hancur hatinya terasa apabila kedua ibu bapanya seolah-olah mementingkan diri mereka dengan menerima pinangan Doktor Khalif.

Keadaan ini seolah-olah telah meletakkan Khalisya tersepit diantara cintanya yang tulus buat Megat Khalif serta nama baik keluarganya.

Apa kata keluarga Doktor Yusof nanti , andai tiba-tiba Khalisya berdegil menolak pinangannya ?

Semakin banyak yang difikirkan oleh Khalisya. Nama keluarganya , cintanya , juga perasaan kedua ibu bapanya.

Berpeluk tubuh Khalisya menangis dalam kebisuan. Akalnya tidak berhenti memikirkan apa yang harus dilakukannya.

Khalisya kini buntu. Tidak tahu apakah tindakan yang sewajarnya diambil demi kebaikan keluarganya , dirinya juga masa depannya.

Mata yang sembap itu perlahan-lahan tertutup Khalisya dibuai mimpi bersama Megat Khalif. Satu-satunya lelaki yang dicintainya dahulu hingga kini.

Didalam mimpi itu , Khalisya yang sedang lena tidur diatas riba suaminya dibelai lembut rambutnya.

Perlahan-lahan bisikan Megat Khalif kedengaran dicuping telinga Khalisya yang mengatakan..

" Qaseh , tunggu abang okay ? We are almost there. Wait for me. Please.. ? "

Kata-kata yang dilafazkan oleh Megat Khalif  dilontarkan dengan nada sebak. Dengan deras air mata Khalif jatuh berguguran hingga terkena pada pipi Khalisya.

(TokTok)

Ketukan pintu bilik Khalisya kuat kedengaran disamping suara Khairil menjerit cuba memujuk Khalisya.

" Khalisya ! Khai ni ! Khalisya ! Jangan la macam ni. Khalisya ! Buka pintu ! Qaseh Khalisya ! "

Teriakan Khairil itu berjaya mengejutkan Khalisya dari tidurnya. Perlahan-lahan air mata diseka dan langkah diambil Khalisya membuka pintu biliknya.

Terbukanya pintu itu wajah Khairil yang kebimbangan jelas terpapar dikanta mata Khalisya.

Khairil yang melihat Khalisya dihadapan pintu akhirnya menghembuskan nafas lega.

" Alhamdulillah buka pun pintu. Khalisya , Khalisya tak boleh macam ni. Khai tau Khalisya kecewa dengan Mama Papa. But don't worry. We'll figure out how to settle this problem okay ? "

Kata Khairil yang cuba menyenangkan hati Khalisya. Khairil tahu , Khalisya pasti buntu memikirnya tentang semua ini.

Khalisya bersama wajahnya yang sembap perlahan-lahan menguntumkan segaris senyuman nipis kepada Khai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience