Bab 3

Drama Completed 10365

" Abang ? Abang ? "

Jeritku yang lemah memanggil suamiku. Seluruh badan ku terasa sakit. Terlihat Mama yang sedang tidur disampingku. Mendengarkan jeritan ku memanggil Abang , membuatkan Mama terjaga.

" Lisya , Lisya kenapa ni ? Lisya nak air ? Lisya lapar ke ? "

Tanya Mama yang dipenuhi kerisauan terhadap ku.

" Lisya nak abang. Mana abang Ma ? "

Cuma itu yang bisa ku lafazkan. Cuma abang , yang penting buatku. Tanpa melengahkan masa dengan sekuat tenaga , aku cuba untuk duduk. Namun , kesakitan ini tak bisa ku tahan.

" Lisya , badan Lisya lemah lagi. Lisya baring je okay ? Kalau nak apa-apa bagitau Mama. "

Aku yang hairan terus bertanya pada Mama.

" Ma kenapa badan Lisya rasa lemah sangat ni ? Kenapa badan Lisya sakit ? Baby Lisya selamatkan Ma ? "

Mama yang kesedihan terus mengalirkan air matanya. Menambahkan lagi kegelisahan di dada ini.

" Ma , kenapa ni ?! "

Jeritku yang dilanda kegelisahan. Tanpa ku sedari , jertian ku itu telah mengejutkan Papa dan Khai. Papa dan Khai yang terkejut akan jeritan ku itu terus datang mendekati katil ku. Sejurus Khai tiba disisi ku , Mama mula membuka bibirnya.

" Anak Lisya dah takda. "

Begitu ringkas jawapan yang dilafazkan Mama. Kata-kata itu , begitu menyesakkan dada ku. Ya Allah mengapa kau ambil anak kami Ya Allah..

Khai yang berada disisi , ku genggam kemas tangannya. Kerna emosi yang tak bisa ku kawal , dan wajahnya yang begitu mirip suamiku. Sekali lagi ku sangkakan dia adalah suamiku.

" Abang , baby kita dah takda abang. Abang.. Maafkan Qaseh abang. Semua ni salah Qaseh. "

Melihat aku yang tidak terkawal emosinya , Khai yang berdiri terus menghamparkan tubuhnya diatas kerusi disisi ku. Dia , cuba menenangkan aku yang hilang pertimbangan. Diciumnya tangan ku , lalu dia berkata ;

" Saya ada untuk awak. Saya , akan sentiasa ada untuk awak. Awak sabar ya ? Sekarang , awak rest okay ? Saya ada untuk awak. Saya sayang awak tau ? "

Mendengarkan kata-kata itu , berjaya menenangkan hati ku yang dilanda keperitan. Berada disampingnya , membuatkan aku merasa nyaman.

Hari itu , telah berlalu. Maafkan Qaseh abang. Maafkan Mama sayang. Mungkin , semua ini adalah ujian buat ku. Ya Allah , redhakanlah hati ini. Sesungguhnya aku adalah insan yang lemah Ya Allah.

Pagi ini telah menjelma. Satu lagi episod hidupku yang harus aku lakarkan sebaiknya. Ya Allah permudahkan urusanku.

Genggaman erat yang dikunci kemas tangan ku dan Khai , aku leraikan. Sungguh , kerinduan terhadap Abang tidak mampu ku tahan. Namun , ini bukan caranya untuk mengubati rindu itu. Ini , sememangnya salah. Meski Khai begitu mirip dengan Abang , Khai tetap bukan suamiku.

Sedang aku berhati-hati meleraikan genggaman tangan Khai yang sedang lena tidur disampingku , Khai mulai menyedarkan diri dari tidurnya. Matanya dibuka perlahan. Tangannya semakin kuat menggenggam tangan ku semula. Ya Allah kuatkanlah hati ku.

Dengan pantas ku tepis tangannya. Ini tidak benar. Aku dan dia , tidak seharusnya melakukan ini. Dengan lantang aku menyuarakan rasa padanya.

" Khai , stop it. We shouldn't be like this. I know it is my fault. I'm sorry. I'm not feeling well back then. I'm sorry Khai. I'm sorry for dragging you in my problems. Don't worry I'm okay now. "

Khai yang masih mamai terdiam seribu bahasa. Dia yang masih separuh sedar mengusap matanya kasar. Dipandang tepat matanya ke arahku , tangannya yang ku tepis dicapainya semula. Genggaman itu. Dia kembali eratkan. Berhiaskan senyuman dia melafazkan kata ;

" Khalisya , mungkin saya bukan Khalif. Tapi saya nak awak tau , saya ikhlas sayangkan awak. Saya sedia menerima awak seadanya Khalisya. "

Tipulah jika kata-kata itu tidak memberi kesan pada ku walau sedikit. Suaranya yang bernada perlahan itu benar-benar membuatkan aku terpaku. Namun begitu , aku masih belum bersedia. Aku tidak bersedia untuk sebarang perubahan. Cukuplah abang dan anakku saja yang hidup diruang memori ku..

" Lisya , Lisya dah bangun ke ? Lisya nak makan ? Mama ada bawakkan bekal untuk Lisya. Lisya macam mana ? Dah okay ? "

Mama yang baru melangkah masuk ke ruangan ward itu bersama wajah yang kerisauan memandang tepat ke arah sambil bibir melontarkan soalan demi soalan kepada ku.

Tangan ku yang sedang digenggam oleh Khai aku tarik perlahan. Mama yang sedang berdiri dihadapan ku masih memandang tepat ke arah ku menantikan jawapan dari bibirku. Perlahan-lahan aku cuba untuk duduk sendiri. Khai yang disisi setia membantu ku hingga aku bisa duduk. Dalam aku cuba menjawab persoalan Mama , Khai membuka bicaranya sambil tersenyum pada ku.

" Khalisya okay je Ma , Mama jangan risau. Khai ada untuk jaga Khalisya. "

Ya Allah. Apakah rancangan-Mu buat k Ya Allah ? Adakah dia benar-benar ikhlas terhadapku ? Apa yang harus aku lakukan ?
Satu persatu fikiran mulai menerpa ruang minda ku. Apakah semua ini ? Aku belum bersedia untuk memulakan kehidupan baru. Aku tidak sanggup mengkhianati Abang. Ya Allah. Bantulah aku.

" Ni , Mama sorang je ke ? Papa dengan Mummy tak ikut ? Adik pun tak ikut ke ? "

Tanya Khai pada Mama yang kini berlabuh di atas sofa itu. Mama yang tersenyum melihat aku dan Khai mulai menjawab persoalan itu.

" Eh taklah. Mummy ada datang dengan Mama. Papa busy sikit , ada meeting itu yang tak dapat datang. Adik pula ada kelas tambahan sampai petang. "

Sejurus selesai menjawab persoalan tersebut , kehadiran Doktor Halina dihadapan pintu mencuri perhatian ku.

" Assalamualaikum. Makcik , saya nak check keadaan Puan Khalisya sekejap ya. "

Dengan sopan dia membuka bicara. Lalu selangkah demi selangkah dia mendekati ku. Bersama senyuman , dia mulai memeriksa kesihatan ku.

Selepas selesai memeriksa tubuhku , Doktor Halina mengundurkan diri. Kini , hanya tinggal aku , Mama dan Khai.

" Assalamualaikum Khalisya ! Mummy rindu Khalisya ! "

Jeritan itu , telah memecahkan keheningan. Mummy , hadir memasuki ward ku dengan wajah yang ceria. Lantas dipeluknya tubuhku lalu dicium dahiku penuh sayang.

Aku yang terkedu akan tindakan Mummy terus membatu dipelukannya. Sedang aku terdiam didalam peluknya , Khai sekali lagi berbicara.

" Mummy , Khalisya sakit tu. Jangan peluk kuat sangat. Mummy tak nampak Khai ke ? Masuk-masuk terus cari Khalisya eh. Em "

Pelukan itu perlahan-lahan dilepaskan. Mummy tersenyum melihat ku. Khai yang masih disisi memandang tepat ke arah kami. Mummy , mulai membalas kata-kata Khai yang berunsur cemburu itu.

" Khalisya , tengok tu. Ada orang cemburukan kita lah. Hahaha "

Mendengarkan kata-kata Mummy yang sedang asyik mengusik Khai , Mama yang sedang duduk diatas sofa turut menyertai perbualan itu.

" Takpelah Khai , Khai ada Mama. Boleh la tu kan ? Hahaha "

Melihat Mama dan Mummy yang ketawa , berhasil membuatkan aku tersenyum sendiri. Andai saja abang masih disini. Berada dekat disamping Qaseh , pasti suasana ini lebih meriah. Kan abang ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience