Bab 2

Drama Completed 10365

Ketukan pintu aku dengarkan ku lihat Mama memasuki ruangan ward. Dengan wajah yang berhias senyum , Mama menyapa ku mesra.

" Lisya , Khai dah sampai. Mummy pun ada. "

Aku yang sedang ternanti-nanti akan kehadiran Khai mula tertumpu ke arah pintu. Pelbagai pertanyaan mula timbul diruang fikirku. Ya Allah permudahkanlah urusan ku..

" Assalamualaikum , Khalisya. Awak sihat ? "

Suara itu. Suara itu seakan akan milik Abang. Ku lihat dia yang tinggi lampai membawa buah tangan berbaju kemeja putih berlipat dilengannya. Rambutnya yang kemas. Ya Allah. Siapa lelaki ini ? Mengapa dia begitu mirip akan Abang ? Senyuman itu. Aku rindukan dia Ya Allah..

Terpaku aku saat melihat dia yang berada di pintu. Mata ku mulai bergenang. Tidak dapat ku tahan lagi perasaan ini. Tuhan , aku rindu akan dia. Ingin saja ku berlari ke arahnya Ya Allah.

Mummy dan Mama menghampiri aku yang lagi dilanda kesedihan. Dipeluk erat tubuhku menyalurkan hangatnya kasih mereka. Semakin erat aku dipelukan mereka , semakin kuat hati ini meronta. Tangisan ku , seakan tiada lagi butang henti.

Abang. Mengapa begitu perit kesakitan ini ? Abang , Qaseh rindukan abang. Qaseh rindu pelukan hangat Abang. Abang... Abang..

Tiada lagi kata-kata yang bisa aku lafazkan. Cuma Abang. Kepala ku , terasa sakit yang teramat. Hati ini terasa bagai ditekan tekan. Kelopak mata ku , tidak bisa ku buka lagi. Tuhan , aku tidak tahan lagi.

" Lisya ! Ya Allah ! Khai panggil doktor sekarang ! Lisya pengsan ! "

Sedang Mama , Papa , Khai dan Mummy bersabar menunggu aku menyedarkan diri. Aku sedang berbahagia dibuai mimpi indah bersama abang.

Abang , kini benar-benar dihadapan mataku. Senyuman yang terukir diwajahnya. Eratnya tangannya menggenggam tangan ku mesra. Hangatnya dakapannya memeluk tubuh ku. Bersama air mata yang membasahi pipi itu , dia berkata padaku ;

" Qaseh Khalisya , Abang minta maaf sebab Abang tak boleh berada disamping Qaseh dan anak kita. Maafkan abang Qaseh.. "

" Abang ! Jangan tinggalkan Qaseh Abang ! Abang ! "

Aku tersedar dari mimpi yang indah itu. Jeritan ku itu telah mengejutkan Khai yang berada disampingku. Lantas ku genggam tangannya kemas dan memohon agar dia kekal disisiku. Dia , yang ku sangkakan suamiku.

" Abang , jangan tinggalkan Qaseh please.. Qaseh tak nak hilang abang. Abang janji dengan Qaseh ! "

Dia yang terkejut akan kata-kata ku mengusap air mata ku yang laju bagai air terjun. Hangatnya tanggan itu mengusap lembut pipiku mesra. Dengan tenang dia menjawab pada ku.

" Saya janji , saya akan jaga awak. Selagi diizinkan Tuhan. Sekarang , awak rest okay ? Saya jaga awak. "

Dia mengusap rambutku lembut sambil tersenyum melihat ku. Tangan kanannya pula , masih digenggam erat tanganku. Andai saja bisa ku hentikan masa ini. Andai saja tercipta buat henti untuk ku tekan. Jujur , aku tak mampu kehilangan Abang buat kedua kalinya.

Hati ku semakin tenang disaat dia mengusap rambutku. Genggaman erat tangannya itu menghadirkan rasa nyaman untuk ku. Abang , adakah ini sekadar mimpi buruk ku ? Buat pertama kalinya , aku mampu tidur lena selepas pemergian abang.

" Sayang , bangun. Dah pagi ni. Awak kena makan. Bangun cepat. Abang dah beli makanan untuk awak. Bukalah mata tu. Sayang ? Qaseh Khalisya ! Bangun..! "

" Abang ? Abang ke tu ? "

Tanya ku yang melihat wajahnya sejurus kedua mataku terbuka. Benarkah itu abang ? Abang dah balik ? Ini bukan mimpi kan ? Sedang aku leka memandang dia , hinggapnya tangan dia dipipi ku mencubit ku lembut. Lalu dia berkata pada ku dengan lembut.

" Sayang menungkan apa tu hm ? Nah makan ni. Nak suap ke makan sendiri ni hm ? "

Dia duduk tepat dihadapan ku. Sudu diambil bungkusan makanan dibuka. Makanan di ambil pandangan nakalnya , diberikn padaku.

" Aaaaaa buka mulut cepat ! Aaaaaaa cepatlah buka mulut kapal terbang sampaii "

Dengan perlahan mulut dibuka disuapnya makanan penuh berhati-hati. Abang , adakah ini mimpi ? Jika benar , janganlah kau kejutkan aku dari mimpi ini. Aku tak sanggup. Air mata ku , jatuh lagi tanpa ku sedari.

Dia yang melihat ku menangis terlihat cemas lantas meletakkan bungkusan makanan itu diatas meja. Gelas yang berisi air mineral itu dicapainya lalu disuapkan ke bibir ku. Dipenuhi tanda tanya dan keriasauan , dia bertanya pada ku.

" Sayang , awak okay ke ? Pedas ke ? Sorry ! Nah minum air ni slow-slow. Janganlah nangis. Sorry okay ? Jangan buat abang risau.. Sayang.."

Dilontarkan dia kata-kata itu berserta reaksi wajah yang begitu cemas melihatku. Tangannya pantas mengusap air mataku lalu dicium tangan ku mesra.

Tangannya yang mengusap air mataku itu ku pegang erat disisi pipi ku. Entah mengapa hati ini terasa sayu. Pelbagai fikiran menerpa akalku.

" Abang , jangan tinggalkan Qaseh tau. Qaseh loves you so much. "

Bernada sayu aku melafazkan kata-kata itu. Sejurus melihat dia tersenyum lebar pandangan mata ku seakan kabur. Dia semakin menghilang dari paparan mata ku. Hati ku kini kembali diundang kecewa. Aku cemas. Aku takut Abang akan tinggalkan aku semula.

" Abang ! Abang nak pergi mana tu ? Abang jangan tinggalkan Qaseh Abang ! Abang ! "

Cuma itu yang bisa aku katakan. Lalu berakhirlah mimpi indah yang ku anggap realiti. Kerinduan ini semakin hari semakin tidak bisa ku tahan. Kepala ku terasa berat. Mata ku , cuba ku buka perlahan. Mama , wajah Mama yang dipenuhi kebimbangan.

" Lisya , Lisya dah bangun sayang ? Abang Lisya dah bangun. "

Jerit Mama pada Papa memberitahu bahawa aku sudah menyedarkan diri.

Dengan tenaga yang ada , aku kumpulkan untuk bertanya pada Mama. Tiada siapa lagi yang terlintas difikiran ku. Cuma Abang. Abang.

" Mama , Abang mana ? Mana Abang Khalif Ma ? Kenapa dia tak ada dekat sini ? Ma ? "

Mama yang terdiam mendengarkan persoalan ku cuba membuka mulutnya itu. Dengan berhati-hati Mama menyusun ayat. Tubuhku dirangkul kemas ke pangkuannya , diatas kerusi berhampiran ku Mama melabuhkan dirinya. Papa yang jauh dihadapan ku kini mengorak langkah menghampiri katilku. Perasaan ingin tahu ku , semakin membuak-buak.

" Mama , jawablah ! Mana Abang ? Baru je tadi Abang suap Lisya makan Ma. Mana Abang ? Lisya nak Abang Ma ! "

Mama yang terdiam membisu kini membuka bicaranya. Dengan perlahan Mama berkata ;

" Lisya , Abang Khalif dah tak ada Lisya. Dah sebulan dia pergi tinggalkan kita. Lisya lupa ke ? Lisya , jangan macam ni please. "

" Tipu ! Pa , tengok Mama nak main-mainkan Lisya. Mama , Abang baru je breakfast dengan Lisya tadi. Dia suap Lisya tadi Ma ! Mama jangan tipu Lisya ! "

Kata ku yang masih tidak mampu menerima kenyataan itu. Disaat aku dan Mama sedang bertengkar Khai dan Mummy menerpa masuk ke bilik. Dengan tergesa-gesa , aku mengorak langkah ku pergi ke arahnya. Meski tubuh terasa begitu lesu. Aku gagahi juga.

Belum sempat aku menghampiri dia yang aku sangkakan suami ku , perutku terasa begitu menyakitkan. Aku tak bisa melangkah lagi. Seluruh tubuh terasa lemah. Terlihat darah yang mengalir ke kaki ku. Aku kembali tidak menyedarkan diri. Khai yang terkejut melihat keadaan ku terus bergegas menggapai tanganku. Tubuh ku disambut kemas olehnya. Wajahnya yang cemas itu , wajah terakhir yang aku tatapi sebelum aku tidak menyedarkan diri.

" Makcik , saya minta maaf. Kandungan Puan Khalisya sangat lemah. Kami dah cuba sedaya upaya kami untuk menyelamatkan Puan Khalisya dan kandungannya. Maafkan saya. Kami cuma berjaya menyelamatkan Puan Khalisya sahaja. Saya pergi dulu Makcik. "

Kata Doktor Halina pada Mama dan Mummy.

Setelah beberapa jam aku ketiduran. Suara itu , hadir mengejutkan ku dari tidur yang panjang. Abang. Wajahnya yang sedih bersama bayi yang berada dipangkuannya membuatkan ku cemas.

" Sayang , Abang minta maaf. Abang terpaksa bawa anak kita bersama Abang. Abang pergi dulu sayang. Sayang abang kuat kan ? Abang loves you sayang. "

Kata-kata itu dilafazkan penuh rasa sebak. Abang yang mencium dahiku mesra pergi membawa bayi dipangkuannya. Air mata yang terus membasahi pipinya itu. Ku lihat jelas. Abang , hilang dari pandangan ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience