Bab 25

Drama Completed 10354

Hari demi hari berlalu pergi. Keadaan kesihatan Khalisya semakin merosot. Meski telah dijalankan rawatan chemotherapy , kesihatan Khalisya tidaklah membaik malah semakin teruk dari hari ke hari.

Namun begitu , Khalisya tetap kuat semangat untuk terus hidup. Khairil yang melihat Khalisya berjuang untuk hidup mulai berasa bersalah.

Khairil berasa bersalah terhadap Khalisya kerana telah merahsiakan mengenai adik kembarnya itu.

Oleh itu , Khairil telah membuat keputusan untuk menjelaskan segalanya kepada Khalisya. Khairil bimbang , andai nanti Khalisya pergi meninggalkan mereka tanpa mengetahui perkara sebenar. Dan apabila itu terjadi , sudah pasti Khairil akan berasa begitu bersalah terhadap Khalisya.

Seawal jam 8 pagi lagi Khairil sudah tiba disebuah hospital dimana Khalisya ditempatkan.

Pintu ward dibuka lalu kakinya melangkah memasuki ruangan itu. Wajah Khalisya yang cengkung dan pucat itu dilihat Khairil.

Perlahan-lahan langkahnya diatur mendekati Khalisya. Lalu dilabuhkan tubuhnya diatas sebuah kerusi disamping katil Khalisya.

Nafas Khairil ditarik panjang. Dibuang segala kesedihan yang ada lalu diukirkan senyuman selebarnya dipipi Khairil. Khairil tahu andai dia memaparkan wajahnya yang sedih sudah tentu Khalisya akan risau.

Melihat riak wajah Khairil yang tersenyum lebar itu membuatkan Khalisya tertanya-tanya.

" Hello my pretiest sister in-law ! How are you ? "

Dengan lantang Khairil bersuara menyapa Khalisya. Khairil sedaya upaya mencuba untuk membahagiakan Khalisya. Bernada ceria bersama wajah yang tersenyum hingga ke telinga mata Khairil tertumpu pada Khalisya.

Khalisya yang seakan terkedu melihat perwatakan Khairil berubah itu hanya mampu tersenyum nipis dengan bibirnya yang pucat.

" Uwaaa ! Khai ! Ada good news ke ? Happy semacam je ! Khai nak kahwin ke ? Hahaha "

Usik Khalisya yang sengaja menyentuh soal kahwin kerna Khalisya tahu Khairil amat tidak suka jika berbual soal itu

Senyuman Khairil lantas hilang dari wajahnya setelah Khalisya berkata begitu. Renungan tajam Khairil berikan pada Khalisya yang masih tersenyum gembira.

Tiba-tiba Khalisya kembali bersuara.

" Kalau betul.. Kahwin la cepat ! Kalau boleh sebelum Khalisya tutup mata. Khalisya teringin nak dukung anak buah ! Hahahaha "

Selagi lagi Khalisya berkata secara spontan. Khalif yang mendengarkan itu semakin merasa sakit hati.

Manakan tidak ? Sudahlah disentuh soal kahwin. Ditambahnya pula soal anak buah. Tetapi ayat Khalisya " sebelum Khalisya menutup mata " benar-benar membuatkan Khairil tersentak.

Khairil tahu Khalisya sedar akan penyakitnya itu. Khairil juga tahu Khalisya sudah berjuang untuk hidup. Kerna itu hati Khairil serta merta terasa sedih apabila mendengarkan kata-kata itu dari bibir Khalisya sendiri.

Khalisya seakan-akan sudah benar-benar bersedia andai hidupnya terhenti disini.

Lantas itu Khairil mengeluh sekuat hati. Matanya yang berkaca dipejamkan lalu dibuka. Dengan tenang Khairil berkata.

" No. Jangan cakap macam tu. Khalisya akan hidup. For a really long time. Stop saying that can you ? You will survive Qaseh Khalisya Tan Sri O' Ghazali ! YOU WILL SURVIVE  ! "

Dengan penuh semangat Khairil cuba untuk memberikan semangat hidup kepada Khalisya.

Pipi Khalisya diherotkan hingga mengukirkan segaris senyuman nipis.

Padangan matanya yang tadi tertumpu pada Khairil dialihkan dan ditumpukan pada tangannya. Kepala Khalisya tertunduk. Lalu terlihatlah titisan demi titisan air matanya berguguran membasahi selimutnya.

" Khalisya , please. Jangan putus asa. Don't give up please. You got this. You can go through this. We all love you. So please.. don't give up easily. Plus , there is someone who still waited for you. Dia pun tengah berjuang Khalisya. If you want to meet him please.. DON'T GIVE UP."

Khairil sekali lagi cuba menyalurkan semangat pada Khalisya. Perlahan-lahan kepala Khalisya diangkat lalu matanya ditumpukan pada Khairil semula.

Air matanya diseka lembut tangannya. Sekali lagi Khalisya tersenyum nipis.

" Okay. I'll fight. I'll survive. I will. "

Ujar Khalisya yang cuba seakan kembali bersemangat untuk melawan sakitnya itu.

" That's my girl ! "

Jerit Khalif yang gembira melihat Khalisya kembali bersemangat.

" But..who is him ? Why are you saying that he is waiting for me ? "

Soal Khalisya yang kebingungan akan apa yang telah dikatakan oleh Khairil sebentar tadi.

" He is... "

(RingRing)
Deringan telefon Khairil jelas kedengaran. Sebuah telefon Iphone X dikeluarkan dari poket Khairil. Nama Doktor Maliq terpapar di skrin telefon.

Dengan pantas panggilan itu dijawab Khairil. Tiba-tiba suara Doktor Maliq yang cemas kedengaran.

" Bro please come here ASAP ! Khalif. Degupan jantung dia drop ! COME HERE NOW BRO ! "

" WHAT ? YA ALLAH. OKAY I'LL COME ! "

Jerit Khairil bernada cemas. Khalisya yang masih memandang Khairil hanya berdiam sambil mengerut dahi.

Dengan pantas Khairil berdiri dan berkata pada Khalisya.

" Khalisya sorry but I got to go. "

Khalisya hanya mengangguk perlahan. Tidak pernah Khalisya melihat Khairil sebegitu cemas.

Lalu Khairil pun berlari menuju ke kawasan parkir dan memasuki perut kereta Range Rover miliknya.

Sepantas yang mungkin , Khairil memandu menuju ke apartment Doktor Maliq. Tibanya Khairil dihadapan pintu apartment yang bernombor 204 itu lantas pintu diketuk sekuat hati.

Pintu itu pun dibuka. Wajah Doktor Maliq yang kesedihan jelas kelihatan.

" I'm sorry Khai. "

Ujar Doktor Maliq bernada sebak.

Khairil yang sudah tercungap-cungap dengan cepat menolak kasar Doktor Maliq hingga Doktor Maliq bersandar pada pintu.

Langkah menuju ke bilik Khalif dituju. Pintu bilik Khalif dibuka. Lalu air mata Khairil terus menitis sederas-deras yang bisa.

Doktor Maliq yang sudah berada dibelakang Khairil dengan pantas menepuk lembut bahu Khairil cuba untuk menenangkan hati Khairil.

Khairil kaku melihat apa yang berada dihadapan matanya kini. Suaranya seakan hilang. Jasadnya diam membatu.

Doktor Maliq yang faham akan perasaan Khairil hanya mampu menepuk lembut bahu Khairil sambil mengesat air matanya yang juga menitis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience