Bab 19

Drama Completed 10365

Seperti Khalisya yang sedang dibuai mimpi indah , Megat Khalif yang sedang koma itu juga bermimpi perkara yang sama.

Didalam tidur , disaat mereka berdua diulit mimpi indah yang mengimbau kenangan lama itu , air mata kerinduan mulai mengalir.

Megat Khairil , abang kembar kepada Megat Khalif yang sedang mengalunkan surah Yaasin disamping Khalif itu memandang kearah Khalif.

Air mata Khalif yang mengalir diseka lembut oleh Khairil. Buat Khai , melihat air mata Khalif adalah perkara biasa. Mungkin , dia juga begitu merindukan isterinya.

Perlahan-lahan Khairil mendekatkan wajah pada adik kembarnya itu. Dengan mata yang berkaca dan bernada sebak Khairil cuba memberi semangat pada adiknya itu.

Kerana dia tahu. Adiknya itu mampu mendengarkan apa yang dikatakan. Cuma , dia tidak mampu untuk memberi tindak balas.

" Khalif , aku tau kau kuat. Aku tau kau rindukan isteri kau. Kau kena cepat sedar okay ? "

Lalu digenggam erat tangan Khalif yang dingin itu. Air mata Khairil yang mengalir laju itu dibiarkan bersahaja. Pandangan mata Khairil , hanya tertumpu pada Khalif.

" Lif , isteri kau sentiasa menunggu kau. Aku pun sama bro. Wake up. All of us missed you so much Lif ! "

Tambah Khairil yang cuba untuk memberi semangat pada adiknya supaya cepat menyedarkan diri dari tidur yang panjang itu.

Bulan kian menghilang , kini matahari menghadirkan diri. Dengan mata yang sembap dan merah itu Khalisya memamdang ke arah jam didinding.

Sudah tepat 6.00 pagi. Perlahan-lahan selimut ditolak ketepi dan dia duduk bersandar. Dengan lembut pipinya ya g basah diusap.

Lalu dengan berhati-hati Khalisya mengatur langkahnya ke kamar mandi untuk mengambil wudhu' dan menunaikan solat subuh.

Selesai mendirikan solat subuh , Khalisya kembali duduk diatas katilnya bersama sebuah kotak bercorak bunga orkid berwarna biru laut.

Kotak itu dibuka. Sehelai baju melayu berwarna putih , sepucuk surat berwarna merah jambu dan sebotol perfume berjenama Coach  kelihatan.

Lantas itu baju melayu diambil oleh Khalisya lalu ditekup lembut ke hidungnya. Matanya terpejam dan mengalirlah air mata.

" Abang... If only I can turn back the time... "

Desis hati Khalisya bernada sebak.

Baju melayu putih itu , adalah baju yang dipakai oleh Megat Khalif semasa hari pernikahan mereka berdua.

Wangian Khalif yang melekat pada baju itu benar-benar bermakna buat Khalisya.

Perlahan-lahan tubuh Khalisya dihamparkan diatas katil itu bersama mata yang terpejam dan baju melayu yang masih digenggam tangannya.

" Sayang ! Nah. Hadiah untuk sayang kalau-kalau sayang rindu dekat abang selama 2 hari abang tak ada ni "

Dengan wajah yang tersengih Khalif menghulurkan sebuah kotak bercorak bunga orkid berwarna biru laut.

Khalisya yang kebingungan lantas mengambil kotak itu dan dibuka dan diambil baju melayu itu.

Dengan wajah berkerut Khalisya memandang Khalif dan berkata.

" Are you kidding me , abang ? Like seriously ?! "

" Baju ni ! Abang..! Baju ni abang pakai masa nikah kita tu kan ?? "

Tambah Khalisya bernada teruja.

Khalif yang masih tersengih memandang Khalisya hanya mengangguk.

Lalu baju melayu itu Khalisya tekupkan lembut ke hidungnya. Tidak sampai beberapa saat , Khalisya bersin.

Khalif yang melihat Khalisya bersin hanya tersengih dan mengucapkan bernada manja.

" Alhamdulillah "

Khalisya dengan wajah berkerut merenung tajam kedalam mata Khalif dengan bernada sindiran dia berkata.

" Abang. Berapa botol perfume abang spray ni ? "

Lalu ditonyoh perlahan hidungnya yang kemerahan itu dan berkata lagi dengan nada manja.

" Pedih hidung Qaseh tau.. "

Khalif yang tertawa melihat gelagat Khalisya lantas mengusap lembut rambut Khalisya itu dan berkata

" Alololo.. kesian sayang abang ni ya ? Sorry la sayang. Abang spray sikit je , tak banyak pun. Sebotol je sayang. Heheh...Bukan apa , abang risau sayang rindu abang. Nanti kalau sayang demam abang juga yang susah kan ?"

" Ouh , by the way sayang nampak kan ? Dalam kotak tu abang ade sediakan sekali lagi sebotol perfume yang abang selalu pakai. Botol baru tu. Nanti kalau wangian dekat baju tu dah hilang sayang spray je okay ? "

Tambah Khalif yang panjang lebar berkata pada Khalisya.

Sedang Khalisya berbahagia di alam mimpi bersama Khalif , ketukan pintu jelas kedengaran.

Perlahan-lahan mata Khalisya dibuka lalu digosok lembut tangannya. Susuk tubuh ibunya jelas kelihatan memasuki ruangan biliknya itu.

Langkah ke katil Khalisya diambil oleh Puan Sri Serina. Diatas katil dilabuhkan tubuhnya. Dengan lembut Puan Sri Serina berkata pada Khalisya.

" Lisya , bangun sayang. Dah pukul 8 pagi ni. Bangun okay ? Kjta breakfast sekali. Hana cakap dia nak datang melawat Lisya. Khai pun sama. Lisya bangun okay ? Mama nak keluar pergi beli barang dapur sekejap lagi. "

Bersama suara yang serak Khalisya bertanya pada ibunya secara ringkas.

" Em.. Mama nak Khalisya teman ke ? "

Pipi Puan Sri Serina diherotkan hingga tersenyum. Pandangan matanya tertumpu pada anaknya yang seorang itu. Lalu dia menjawab panjang lebar.

" No. It's okay. Mama boleh pergi dengan  adik. Lisya rest okay ? "

" I know that you had been through so many things these days. So , just rest.. okay sayang ? "

Tambahnya bernada sebak sambil menggenggam erat tangan Khalisya yang dingin itu.

Khalisya yang melihatkan itu cuba untuk memujuk hati ibunya yang dilanda kesedihan.

" Mama , I'm sorry. Maafkan Lisya sebab selalu buat Mama risau.. Mama , don't cry please..."

Perlahan-lahan pipi ibunya diusap lembut air mata yang berjuraian diseka oleh Khalisya.

Ibu Khalisya yang tersenyum lantas berdiri dan keluar dari ruangan itu dan meninggalkan Khalisya sendirian.

Sementara itu Khai yang tertidur disamping Khalif tersedar apabila mendengarkan deringan telefonnya.

Matanya yang digosok perlahan dan dibuka. Telefon pintarnya dicapai lalu dilihat pada skrin telefon. Tulisan 'Mummy' terpapar.

Lalu dijawab panggilan itu dan diletakkan telefon pintarnya dicuping telinga kanan.

" Assalamualaikum Khai. Kenapa tak balik rumah semalam ? Ni , Khai ada di mana ? Khai masuk office tak hari ni ? "

Khai yang mendengarkan suara ibunya itu sambil mencubit pipinya supaya dapat menyedarkan diri sepenuhnya. Dengan suara yang serak Khai menjawab.

" Em. Waalaikumsalam. Khai tidur rumah kawan semalam. Sorry Khai lupa nak inform.  Emmm Khai masuk office harini. Mummy don't worry okay ? "

" Hm. Yelah. Ni hari ni ada meeting kan ? "

Balas ibunya.

" Haah. Khai ada meeting pukul 3. "

Jawab Khai secara ringkas

" Okay , nanti habis meeting terus pergi rumah Khalisya okay ? Kita jumpa sana. Okaylah Mummy nak bersiap nak jumpa Datin Liana. Bye sayang. "

Dengan panjang Puan Sri Mazrina memberi arahan serta penerangan pada anak sulungnya itu.

" Iye... Okay Mummy. Bye. Love you "

Balas Khai secara ringkas. Usai itu panggilan dimatikan. Telefon pintarnya diletakkan diatas kabinet berhampirannya dan dicaj.

Pandangan matanya kini tertumpu ke arah adiknya ,  Khalif. Tangannya yang hangat menggenggam erat tangan Khalif dan berkata

" Khalif , aku nak bersiap dulu. Nanti kalau aku lambat mati aku Daddy soal siasat Hahaha. Kau cepat sedar okay ? Dah aku gerak dulu ! "

Setelah itu Khai bergegas ke biliknya dan bersiap sedia untuk ke pejabat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience