Bab 17

Drama Completed 10354

Selang beberapa hari , Inspektor Adnan dan Inspektor Arfan kembali ke hospital dan berjumpa Doktor Yusof. Penerangan Doktor Yusof diambil bagi membantu pihak polis mengelesaikan kes Faliq.

Usai itu kedua-dua inspektor melawat Khalisya dan memberi khabar baik padanya.

" Assalamualaikum Puan , Puan sihat ? "

Tanya Inspektor Adnan bersama wajah yang tersenyum.

Salam dijawab dan pertanyaan itu dibalas ringkas oleh Khalisya bersama senyuman nipis.

" Waalaikumsalam. Alhamdulillah sihat. "

Inspektor Arfan yang berada disisi Inspektor Adnan mula bersuara.

" Em. Puan Khalisya , Kami disini sebenarnya ada berita gembira buat Puan. "

Kata-kata yang terbit dari bibir Inspektor Arfan itu telah berjaya menimbulkan sebuah persoalan pada Khalisya.

" Berita gembira ? "

" Ya "

Jawab Inspektor Adnan dengan ringkas. Inspektor Arfan yang masih tersenyum kembali bersuara.

" Puan , sebenarnya kami dah jumpa keluarga Puan. Puan telah dilaporkan hilang sejak 4 bulan yang lalu... Hari ini , keluarga Puan akan datang menjemput Puan. "

Berita yang telah disampaikan oleh Inspektor Adnan dan Inspektor Arfan itu telah membuatkan Khalisya menangis kegembiraan.

Tiada lagi ucapan yang mampu diucap oleh Khalisya. Cukup sekadar alhamdulillah sebagai tanda rasa syukur pada Tuhan. Terima kasih juga diucapkan pada kedua-dua inspektor itu kerana telah membantunya.

" Alhamdulillah... T-terima Kasih Inspektor Adnan.. T-terima Kasih Inspektor Arfan.. "

Kedua-dua inspektor lelaki itu hanya tersenyum melihat Khalisya. Buat mereka , apa yang telah dilakukan oleh mereka terhadap Puan Khalisya adalah sebahagian daripada tanggungjawabnya.

Sedang Khalisya menangis kegembiraan itu , suara seorang wanita yang bernada sebak jelas kedengaran.

" Lisya ? "

Suara itu , milik Puan Sri Serina iaitu ibu kepada Khalisya. Khalisya yang mendengar suara itu lantas mengangkat wajahnya. Susuk tubuh Puan Serina , kini benar-benar dihadapannya.

Dengan tergagap-gagap Khalisya memanggil ibunya itu bernada sebak.

" M-mama... ! "

Dengan pantas Khalisya berlari ke arah ibunya dan memeluk erat ibunya itu. Kerinduan yang dipendam selama 4 bulan , akhirnya terubat.

Tan Sri O. Ghazali yang melihat anaknya dan isterinya berpelukan itu hanya menahan sebak disamping isterinya sambil mengusap lembut bahu isterinya untuk menenangkan isterinya yang sudah menangis teresak-esak.

Khai yang masih berada diluar ward Khalisya meraup kasar wajahnya itu. Air mata kegembiraan yang turun itu perlahan-lahan diseka.

Ibu kepada Khai , Puan Sri Mazrin serta suaminya , Tan Sri Megat Amin hanya memandang keluarga Tan Sri O. Ghazali yang akhirnya bersatu semula.

Adik kepada Qaseh Khalisya , iaitu Qaseh Kharina yang juga sedang menangis kegembiraan hanya mengusap lembut bahu kakaknya yang teresak-esak itu.

Perlahan-lahan pintu ward ditolak , Khai melangkah memasuki ruangan itu. Pelukan di antara Khalisya dan ibunya juga terlerai.

" Khalisya , are you okay ? "

Suara yang garau itu dilontarkan oleh Khai. Pandangan Khalisya kini tertumpu pada Megat Khairil yang berdiri dihadapan pintu itu.

Dengan pantas langkah menuju kepada Khai diambil oleh Khalisya. Dengan bibir yang kering itu , segaris senyuman dilemparkan Khalisya pada Khai.

Air mata yang masih bersisa dipipi Khai itu diseka lalu dibalas senyuman Khalisya dengan senyumnya hingga menampakkan barisan gigi yang putih itu.

Kerinduan yang sekian lama dipendam , kebahagiaan yang tak tergambar rasanya dan pertemuan yang dinanti-nantikan oleh Khalisya akhirnya menjadi realiti.

Pada hari itu juga , Khalisya dibawa pulang ke rumahnya bersama ahli keluarganya. Tibanya di rumah , langkah pertama diambil.

Perlahan-lahan Khalisya mengatur langkahnya memasuki perkarangan rumah. Pintu utama dibuka oleh ibunya , Puan Sri Serina.

Khalisya yang merasakan sudah begitu lama dia meninggalkan rumahnya itu masih melihat pada kawasan sekeliling.

Perlahan-lahan kaki dijejakkan ke dalam rumah. Bayangan suaminya yang amat dicintai itu , jelas terlihat. Megat Khalif yang tersenyum seolah-olah menyambut kepulangannya.

Sekali lagi air mata Khalisya jatuh berguguran. Kerinduannya terhadap Megat Khalif tidak terungkap dengan kata. Tangisannya , tidak dapat dibendung lagi.

Kesesakan , keperitan yang dirasakan oleh Khalisya itu telah membuatkan Khalisya terduduk menahan perasaan itu. Wajahnya ditundukkan air matanya dibiarkan mengalir.

Ibu Khalisya yang melihatkan itu lantas mengusap lembut bahu anak sulungya itu dengan harapan ketenangan dijiwa diperolehnya.

Namun begitu , semakin lama diusap bahunya semakin kuat hatinya meronta. Dengan nafas yang tercungap-cungap Khalisya bersuara sambil menyapu air matanya.

" K-Khalisya r-rindukan dia ma... "

Ibu mertua Khalisya juga ibu kepada Khai , Puan Sri Mazrin juga merapati tubuh Khalisya dan memeluk erat jasadnya. Bernada sebak , Puan Sri Mazrina berbisik pada Khalisya.

" Khalisya , you kena kuat. Mummy tau you kuat. Khalisya , Mummy pun rindukan Khalif. Semua orang rindukan dia Lisya. Lisya sabar ya ? Sekarang , Mummy nak Lisya naik bilik and get some rest okay ? You got this , Khalisya. You can handle this. Put that in your mind okay sayang ? "

Kedua-dua mata Khalisya yang masih berkaca itu kini tertumpu pada ibu mertuanya. Dengan lembut air mata dipipi Khalisya diseka oleh ibu mertuanya.

Berukir senyuman diwajah Puan Sri Mazrina , dia sekali lagi bersuara sedang matanya memandang tepat kearah Khalisya.

" Nanti , kita melawat kubur Khalif okay sayang ? "

Mendengarkan itu , Khalisya mengangguk setuju.

Bersama tubuh yang lesu Khalisya berdiri dan melangkah menaiki anak-anak tangga itu. Pintu biliknya dibuka berhati-hati lalu Khalisya melangkah mendekati katil.

Diatas katil dihamparkan tubuhya bersama minda yang dipenuhi memori bersama suaminya. Mata yang berkaca dipejam lama. Air mata , kembali membasahi pipi yang semakin cengkung itu.

" If only you were here , abang..."

Desis hati Khalisya yang berharap suaminya berada dissampingnya disaat ini dan memujuk hatinya untuk kembali kuat.

Usai melepaskan kerinduan yang tidak tertanggung itu dengan air mata , Khalisya melelapkan matanya untuk berlari dari realiti. Walau seketika.

Megat Khairil yang mengasingkan dirinya dari ahli keluarga berdiri dihalaman rumah. Bersama wajah yang berkerut Khai bersuara. Telefon pintarnya digenggam kuat dan diletakkan pada telinganya.

" Okay , I'll be there in 20 minutes. Thank you , uncle. "

Dengan pantas Khai berlari memasuki rumah itu dan memberitahu kepada keluarganya juga keluarga Khalisya bahawa dia terpaksa beredar dari rumah itu.

" Mummy , Daddy. I got to go. Urgent. See you later. Mama , Papa , I'm sorry. Nanti Khai datang melawat lagi ya ? "

Lantas itu , kunci keretanya diambil dan berlari memasuki perut kereta Range Rover hitam miliknya.

Enjin kereta dihidupkan dengan pantas kereta itu dipandu oleh Khai menuju ke destinasi.

Setelah 20 minit perjalanan , akhirnya Khai tiba disebuah apartment mewah. Brek ditekan lalu keluarlah Khai dari perut kereta Range Rover hitamnya itu.

Khai yang mengejar masa berlari menuju ke bilik 204. Pintu diketuk , salam diberi.

(TokTok)

" Assalamualaikum ! Khai ni ! "

Beberapa detik berlalu , pintu pun dibuka oleh seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an. Berbaju kemeja dan seluar slek berwarna hitam lelaki itu tersenyum memandang Khai.

Langkah pertama diambil oleh Khai memasuki ruangan apartment mewah itu. Sampainya dihadapan pintu bilik , dengan berhati-hati Khai membuka pintu itu.

Bersama lelaki berpakaian serba hitan itu Khai melangkah masuk. Khai yang melihat susuk tubuh seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an itu kembali memandang kearah lelaki yang berpakaian serba hitam itu.

Bersama wajah yang berkerut Khai bersuara.

" Uncle , what happened ? Kenapa dia still tak sedarkan diri ? Uncle , tell me ! What's wrong with him ?!! "

" Uncle , jawab ! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience