Bab 20

Drama Completed 10354

Kata sepakat dicapai , tangan berjabat. Akhirnya , mesyuarat antara Megat Khairil dan syarikat The Legacy milik rakan baik ayahnya iaitu Dato' Fuad.

Nafas ditarik panjang oleh Khai lalu dihela.

" Fuh , nasib baik aku perform tadi "

Desis hati Khairil sambil berjalan seorang diri menuju ke parking lot.

Kunci kereta ditekan lalu dibuka pintunya sedang Khairil mahu melangkah memasuki perut keretanya itu terdengar jelas suara seorang lelaki memanggil namanya.

" Megat Khairil ! "

Lantas Khairil menghentikan tindakannya dan berpaling mencari suara itu. Susuk tubuh Ziyad jelas kelihatan.

Bersama wajah yang tersenyum Ziyad menghampiri Khairil. Tibanya Ziyad dihadapan Khairil dalam keadaan termengah-mengah membuatkan Khairil terpinga-pinga.

Dengan wajah yang kebingungan Khairil menyoal Ziyad.

" Whoa , apesal ni bro ? "

Ziyad yang masih mengah mengangkat tangan kanannya dan ditunjukkan pada Khairil sebagai tanda berhenti.

Perlahan-lahan nafas ditarik dan dihela oleh Ziyad. Lalu  Ziyad menjawab persoalan Khairil bernada marah.

" Kau tanya kenapa ?! Kau tak dengar ke aku panggil kau dari tadi ?! Argh geram betul aku ! "

Ziyad yang merenung tajam kedalam mata Khairil menarik nafas panjang.Khairil yang mendengarkan itu lantas ketawa kecil dan berkata.

" Hahaha sorry bro. Aku nak cepat ni. Ada hal. Sorry sangat. "

" Ha , ni kau ada apa cari aku ? "

Tambah Khairil yang masih tidak tahu motif Ziyad yang mengejarnya hingga ke parking lot itu.

Ziyad yang sudah bertenang akhirnya menjawab.

" Nothing. Aku kan baru balik dari US. Sajalah nak ajak kau lepak. Coffee-coffee ke ? Tapi kau ada hal pula. Haih. "

Khairil yang mendengarkan itu merasa serba salah. Sudah tentunya mereka merindui satu sama lain. Sudah begitu lama tidak bersua muka.

" Em.. Jangan macam tu Yad. Sorry lah. Bukan aku tak nak tapi.. "

Kata-kata Khairil terpotong apabila telefon bimbitnya berdering. Lantas poketnya diselup dan dikeluarkan telefon itu.

'Mummy' terpapar jelas pada skrin telefonnya.

" Damn ! Big Boss dah call ! "

Bisik hati Khairil setelah melihat paparan skrin telefonnya. Nafas ditarik lalu diangkat panggilan itu dengan tenang.

" H-Hello mummy... "

Khairil menyapa sejurus panggilan ibunya itu diangkat dengan gagap kerana perasaan takut akan ibunya yang sudah menyuruhnya ke rumah Khalisya.

" Khai , lambat lagi ke ? Dah habis meeting kan ? Khai dekat mana ni ? Cepat lah sikit. Ish lambat betul ! "

Jawab Puan Sri Mazrina pada anaknya itu dengan panjang lebar yang bertanya akan keberadaan anaknya sambil menyuruh anaknya menghadirkan diri ke rumah Khalisya secepat mungkin.

" Khai on the way ni. Kejap lagi Khai sampai lah.. "

Balas Khairil yang cuba untuk menghentikan bebelan ibunya itu. Dengan pantas talian dimatikan dan dimasukkan semula telefon pintar itu ke dalam poket seluarnya.

Dengan tergesa-gesa Khairil berkata pada Ziyad yang masih memandang dirinya.

" Yad , aku gerak dulu la. Next time kita hang-out okay ? Sorry bro. "

Lantas Khairil memasuki perut keretanya dan memandu dengan laju menuju ke rumah Khalisya.

Tibanya Khairil dirumah Khalisya dengan pantas langkah ke pintu utama rumah Khalisya diambil.

Salam diberi dan pintu diketuk perlahan. Lalu dibuka pintu itu dan terlihatlah wajah Khalisya yang sudah semakin berseri.

Wajah Khalisya yang dihiasi senyuman dipandang oleh Khairil. Dengan ayu dan ringkas Khalisya mempelawa Khairil masuk ke dalam rumahnya.

" Masuklah. "

Langkah kanan diambil oleh Khairil memasuki rumah itu. Kedengaran suara ibunya dan ibu Khalisya sedang rancak berbual.

Diatas sofa ruang tamu itu Khairil melabuhkan dirinya sambil memandang sekeliling. Khalisya yang melihat Khairil seolah-olah mencari ibunya mula berbicara.

" Mummy dengan Mama dekat dapur,  tengah buat kuih untuk minum petang. Sekejap ya , Khalisya bagitahu diorang ? "

Terang Khalisya pada Khairil mengenai keberadaan ibu-ibu mereka.

" Khai nak minum apa ? Khalisya sediakan ?"

Tambah Khalisya sedang matanya memandang Khairil.

" Anything. Khai minum je "

Jawab Khairil dengan ringkas sambil tersenyum nakal pada Khalisya.

" Okay then. Wait ya. "

Balas Khalisya dengan nada ceria.

Langkah Khalisya menuju ke dapur diambil pantas. Kini  , Khairil tinggal sendirian diruang tamu yang besar itu.

Sedang Khairil menanti Khalisya , Mummy dan Mama matanya tertumpu pada gambar yang berada diatas kabinet itu.

Perlahan-lahan Khairil berdiri dan menuju ke arah kabinet dan mengangkat bingkai gambar perkahwinan Khalif dan Khalisya.

" Lif , kau mesti sedar cepat. Everybody is missing you so bad , brother. "

Bisik hati Khairil sambil tangannya mengusap gambar Khalif yang terpancar bahagia. Mata Khairil yang bergenang digosok lembut dam diraup kasar wajahnya itu.

Khalisya yang baru meletekkan secawan Kopi O' panas dimeja ruang tamu melihat Khairil yang masih fokus pada gambar perkahwinannya.

Langkah diatur Khalisya menuju ke arah Khairil dan berkata dengan perlahan.

" Khai rindu Khalif ? "

Khairil yang terkejut mendengarkan suara Khalisya lantas meletakkan bingkai gambar itu dan melihat bahagian kirinya.

Khalisya bersama segaris senyuman nipis , memandang ke arah Khairil. Khairil yang melihat Khalisya berdiri disisi kirinya itu hanya mengangguk perlahan sebagai jawapannya.

Dengan suara yang garau bernada sedih , Khairil berkata.

" Of course I missed him. He is my twins. We shared everything. He is my best friend , Khalisya. "

" Every single day , Khalif always in my mind. There is not a single day passed by without thinking of him. The memories , kept flashbacks in my mind... "

Tambah Khairil meluahkan apa yang dirasakannya kepada Khalisya dengan mata yang berkaca.

Kesedihan yang semakin mencengkam jiwa Khairil itu akhirnya membuatkan Khairil tertunduk dan menangis.

Dengan nada yang sebak serta esakan , Khairil sekali lagi berkata.

" It was hard , Khalisya. It is really hard for me... "

" But I don't have a choice.. I have to be strong.. I need to hide my sadness. So that Mummy and Daddy doesn't worry about me..."

Tambahnya lagi sambil tangannya mengusap kasar wajahnya.

Khalisya yang terkedu melihat Khairil begitu cuba memujuk hati Khairil.

" Khai , you know what ? You are the strongest person I ever met. It's okay to cry Khai.. It's okay.. Just let it go. You have my shoulder to cry on Khai. I'm here. "

Tanpa disedari kata-kata Khalisya itu telah berjaya mengubati hati Khairil yang terluka itu. Perlahan-lahan diangkat wajahnya memandang ke arah Khalisya.

Sisa air mata dipipi itu diseka kasar. Akhirnya segaris senyuman nipis diberikan pada Khalisya.

" Khalisya , Khairil ! Buat apa tu ? Come , kuih dah siap. Jom kita minum petang sekali."

Jerit ibu Khalisya , Puan Sri Serina yang memanggil Khalisya dan Khairil untuk minum petang bersama diruang tamu.

Khalisya dan Khairil yang mendengarkan itu , lantas berjalan ke arah ruang tamu dengan wajah yang tersenyum.

Khalisya yang melihat Khairil kembali tertawa bersama ibu-ibu mereka menguntumkan senyuman nipis.

" Sometimes , there is nothing we can do but pretend to be strong. Eventho your heart is screaming , your head is spinning.. There is nothing you can do but hold on and just paint a smile like there is nothing going wrong. "

Desis hati Khalisya yang cuba menghuraikan definisi 'kuat' setelah melihat Khairil yang berada pada dua situasi. Ketika Khairil sendirian , dan ketika Khairil bersama keluarganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience