Bab 8

Drama Completed 10365

Hari ini , tinggal Qaseh seorang je dekat rumah ni abang. Istana kita berdua. Duhai Raja , tahukah kakanda bahwa disini , sang Permaisuri begitu merindui kehadiran mu.

Desis hati ku itu beriringkan tangisku. Tubir mata ku terasa begitu panas. Mata ku kini berkaca. Diraup lembut wajahku itu. Diusap perlahan air mata yang jatuh berguguran.

Benarlah kata orang. Peritnya sebuah kenyataan adalah kerana manisnya sebuah memori.

Kerana kenangan-kenangan bersama abang yang begitu membahagiakan ku... Memberikan keperitan diruang dada ku tanpa kehadirannya disini.

Album gambar yang ku simpan didalam almari aku tenung lama. Perlahan-lahan aku mengorak langkah ku mendekati almari itu. Dicapainya album itu dan aku , kembali ke atas katil.

Abang , disaat itu .. Qaseh begitu bahagia. Terbinanya mahligai cinta kita berdua. Terikatnya ikatan suci antara kita. I miss you so much abang..

Album gambar itu satu persatu aku selak. Helaian demi helaian aku tatapi. Terpancar indah senyuman abang diwaktu itu. Titisan demi titisan air mataku jatuh membasahi album itu. Kerinduan ini tak bisa lagi ku tahan.

Semakin lama Qaseh tenung gambar-gambar kita , semakin kuat tangisan ini abang. Tidak terucap dengan kata bagaimana rasanya ini abang...

Album yang sudah basah dek terkena air mata ku , aku usap perlahan. Meski tangan terketar-ketar , aku gagahi juga mengelap air mata ku itu. Nafas yang kian memendek endahkan sahaja. Pipi yang sudah basah itu , tidak ku pedulikan lagi.

Lalu ku tutup kemas album itu dan ku peluk erat ke dalam dakapan ku. Tubuh ku yang menggigil perlahan-lahan aku hamparkan diatas katil. Semakin kuat ku peluk album itu , semakin kuat tangisan ku. Hati ini , seakan meronta-meronta.

" Sayang , jangan macam ni please. Sayang abang kuat kan ? Janganlah macam ni. "

Mataku yang terpejam itu ku buka perlahan. Terasa hangat sekali pelukan itu. Rambutku diusap lembut oleh tangan itu. Dahiku , diciumnya bibir itu. Abang , sedang memeluk erat tubuhku.

Mata ku yang terbuka aku tutup semula. Ku rapati tubuhku ke dalam dapapan itu. Ku dekatkan telinga ini ke dada bidangnya. Degupan jantung itu , aku dengarkan. Tubuhku yang menggigil perlahan-lahan kembali pada asal.

Sedang aku nyaman mendengarkan degupan jantung itu , suara abang kembali kedengaran. Dagu ku ditarik lembut tangan yang kasar itu. Kedua mata ku , aku buka melihat abang.

" Sayang , I promise you. I'll always be with you. Qaseh sabar sikit ya ? When everything is back to normal , I'll be with you again. Sikit je lagi sayang. Sekarang , sayang jaga diri sayang elok-elok. I promise you. One day , we will be together forever and after."

Selaras kata-kata itu terzahir dari bibir Abang , aku lihat air matanya yang jatuh itu. Aku yang tidak terdaya untuk bersuara hanya mengangguk perlahan. Lalu mataku tutup semula.

Adakah ini mimpi ? Mengapa terasa seakan realiti ? Ya Allah janganlah kau kejutkan aku dari mimpi ini. Desis hati ku sambil air mataku jatuh membasahi baju abang.

" Sayang , abang pergi dulu ya ? I love you. "

Nafas itu kuat kedengaran ditelinga ku. Bisikan itu jelas sekali. Ku rasakan hangat dahiku dicium. Begitu erat sekali tangan ini di genggam. Selangkah demi selangkah aku dengarkan detakan kaki. Abang , kian menjauh.

Aku yang masih berdegil untuk membuka mata terdiam sendiri sambil mata masih menghasilkan cecair jernih itu. Jujur , aku tidak mahu bangkit dari mimpi ini lagi. Aku mahu bersama abang lagi , Ya Allah.

(Ring Ring)

Aku yang masih diulit mimpi itu kemudiannya membuka mataku yang membekak itu. Perlahan-lahan dicapainya telefon yang masih berdering itu. Terpampang nombor telefon yang tidak ku kenali. Panggilan diangkat tanpa berfikir panjang.

" Qaseh Khalisya , saya ada maklumat tentang suami awak. Tolong jumpa saya dengan segera ya. Masa dan tempat saya akan mesej kemudian. Awak datang ya ? "

Mendengarkan suara diatas talian itu membuatkan aku keliru. Maklumat tentang abang ? Maklumat apa ? Belum sempat aku bertanya , panggilan itu terus dimatikan. Lalu masuklah sebuah teks pesanan yang dari nombor tersebut.

Aku yang masih terpinga-pinga lantas berdiri dan bersiap untuk ke lokasi yang telah ditetapkan. Apa pun jadi , aku kena tahu maklumat apakah itu ? Ada apa dengan kematian abang ? I deserve to know !

Sehelai shawl hitam aku pakai rapi , cardigan putih aku sarungkan. Beg tangan yang berwarna hitam aku sumbatkan powerbank , dompet dan telefon. Muka yang pucat dan mata yang sembab aku biarkan saja.

Berlari anak aku menuruni tangga-tangga itu dengan pantas kunci kereta aku capai dan pintu rumah aku buka. Usai itu aku sarung kasut converse hitam dan ku kunci pintu itu. Sedang aku mengunci pintu itu suara Mama , jelas kedengaran.

" Lisya , nak pergi mana ni ? Kenapa tak call Mama ? Mama boleh temankan. "

Mama yang dibelakang aku hadapkan tubuhku. Tangan Mama ku salam sebagai tanda hormat. Berkerut-kerut wajah Mama melihat aku yang bagai mengejar waktu itu. Nafas yang panjang aku hirup dengan tenang aku menjawab itu.

" Mama , Lisya kena jumpa someone. Dia cakap ada maklumat tentang abang. Lisya kena pergi jumpa dia. No , its okay Lisya boleh pergi sendiri. Mama take care. Ni kunci rumah Lisya. I got to go. Love you. "

Kunci rumah aku berikan pada Mama. Pipi Mama ku cium sebagai tanda selamat tinggal. Belum sempat Mama berkata apa-apa aku terus berlari memasuki perut kereta mini cooper biru milikku itu.

Enjin ku hidupkan dengan pantas aku menuju ke lokasi itu. Sedang aku fokus memandu deringan telefon ku memecahkan keheningan.

(RingRing)
Terlihat nama Khai terpapar di skrin telefon. Pasti Mama telah memberitahu Khai tentang aku. Kereta aku hentikan dibahu jalan. Telefon yang masih berdering aku angkat. Belum sempat aku berkata apa-apa suara Khai sudah kedengaran. Cemas sungguh dia.

" Hello Qaseh Khalisya ! You better stop right now ! Stop right there ! I'll come to you ! Jangan buat kerja gila Qaseh ! Tunggu Abang datang ! "

Mendengarkan kata-kata Khai begitu membuatkan hati ini membara.

" Kerja gila ?! Salah ke aku nak tahu punca suami aku meninggal ? Salah ke aku nak tahu macam mana Khalif boleh accident ? I'm his wife ! "

Jerit aku sambil menghentak stereng kereta. Air mata ku sekali lagi mengalir menmbasahi pipi ini. Kepala ku yang kian menunduk aku letakkan diatas stereng kereta. Aku tidak tahu apa lagi yang harus aku lakukan. Aku keliru dengan semua ini.

Disaat aku masih lagi menangis tersesak-esak cermin kereta jelas kedengaran diketuk kuat. Perlahan-lahan aku angkat kepala ku dan ku lihat cermin itu. Khai , hadir bersama wajah yang berkerut seribu.

" Qaseh ! Open the door ! "

Meski cermin itu tertutup suara Khai yang sedang berteriak itu masih kedengaran. Pintu kereta aku buka perlahan dan aku berdiri menghadap Khai yang kini dihadapan mata.

Dipeluknya tubuh ku sekuatnya. Didengarkan aku nafasnya yang tercungap-cungap itu. Jantungnya berdegup kencang aku rasakan.

" Qaseh , jangan buat abang macam ni lagi please ! I love you sayang. I can't afford to loose you ! "

Mendengarkan kata-kata dari bibir Khai itu dengan pantas aku meleraikan pelukan itu. Tubuh Khai aku tolak sekuatnya. Aku yang masih keliru bertambah bingung.

" Abang ? Sayang ? Qaseh ? Love ?! Apa Khai merepek ni ?!! Wait.., are you crying ?! What the heck is going on ?! "

Segala kemarahan aku lepaskan. Khai yang dihadapan ku mengusap perlahan air matanya yang deras itu. Lalu persoalan ku diendah dia. Ditolaknya aku memasuki kereta di seat sebelah pemandu dan dipandunya aku pulang ke rumah.

Perjalanan kami ke rumah sunyi tanpa sebarang kata. Aku yang masih memuncak api kemarahan terus berdiam melihat Khai yang memandu. Mengapa dia menangis ? Mengapa dia begitu cemas ?

Aku keliru Ya Allah ! Apakah semua ini ?! Apakah rahsia mu Ya Allah ?

Tibanya dihadapan rumah ku pintu kereta dibuka oleh Khai. Aku yang melihat dia masih mengusap air matanya sambil memandang ku itu aku berikan jelingan tajam. Sungguh hati ini masih membara.

Salahkah aku sebagai isterinya untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku pada abang ?! Salahkah ?! Desis hati ku sambil melangkah memasuki rumah. Pintu yang terbuka seluas-luasnya aku hentak sekuat hati.

Mama dan Papa yang berada diruang tamu aku biarkan. Anak tangga ku naiki sambil kaki dihentak pintu bilik ku hempas dengan kuat. Beg tangan aku lempar diatas katil. Dibelakang pintu , aku terduduk menangis sendiri. Apakah ini semua , Ya Allah ?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience